Anda di halaman 1dari 57

Page 1 of 57

KAJIAN
KEPERLUAN PROGRAM
(PNA)
DIPLOMA KEJ URUTERAAN MEKANIKAL
BIRO PENYELIDIKAN & INOVASI
POLITEKNIK KOTA KINABALU
MAC 2012
POLITEKNIK KOTA KINABALU
Page 2 of 57
JAWATANKUASA PENYELIDIKAN
Ahli Jawatankuasa Penasihat
BIL NAMA JAWATAN
1 Wan Mohamad Nasir bin Wan Abdul Rahman Pengarah
2 Norehan bt Md Shariff TPA
3 En. Norkamal Bin Jaafar Ketua Jabatan
Ahli Penyelidik (Politeknik)
BIL NAMA
1 Hasnim bin Harun (Ketua)
2 Suzan binti Impak
3 Ernie bt Kulian @ Abd Karim
4 Radat bin Tasim
5 Grace Jennifer Philip
6 Nur Suriya binti Mohamad
7 Nurhanum binti Omar
8 Farah Asyikin Abd Rahman
9 Norzila Salim
10 Alester G. Jakuil
11 Bahril bin Balli
Ahli Penyelidik
BIL NAMA
1 En. Azlan Bin Ali (K)
2 Pn. Chicha Bagu
3 En. Sahrizan Bin Mohamad Sahari
Page 3 of 57
RINGKASAN EKSEKUTIF
Kajian keperluan program yang dijalankan adalah Program Diploma Kejuruteraan
Mekanikal. Kajian ini dikemukakan oleh Biro Penyelidikan & Inovasi Politeknik Kota
Kinabalu (PKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dapatan kajian ialah hasil
soal selidik yang diperolehi dari pihak industri, badan penasihat (Advisory Board),
pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Kinabalu, pelajar
sekolah menengah atas dan alumni bidang Kejuruteraan Mekanikal politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi dengan menggunakan instrumen kaedah soal
selidik(survey research) dan kajian rintis(exploratory research) .
Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mendapat maklumbalas dari responden yang
berkaitan mengenai keperluan, permintaan dan kebolehpasaran graduan dari
program yang dicadangkan ini. Hasil dapatan maklumbalas tersebut, didapati lebih
80% pihak industri, pelajar dan pensyarah bersetuju program ini dilaksanakan.
Dapatan daripada pensyarah juga menunjukkan bahawa pensyarah bersetuju
program diploma ini dilanjutkan di Politeknik Kota Kinabalu. Justifikasi
membangunkan program tersebut adalah berdasarkan daripada hasil dapatan kajian
data primer dan data sekunder yang positif, potensi untuk mengadakan kolaborasi
dengan pihak swasta, kemudahan program SIP Pensyarah, rekabentuk kurikulum
yang mengikut keperluan industri, menggunakan kaedah P & P selari dengan
perkembangan teknologi masa kini dan pemilihan lokasi yang bersesuaian dengan
kawasan indusri.
Page 4 of 57
ISI KANDUNGAN
RINGKASAN EKSEKUTIF 3
1.0 TUJUAN 6
2.0 DIKEMUKAKAN 6
3.0 LATAR BELAKANG 6
4.0 METODOLOGI 8
4.1 Carta Gantt 9
4.2 Instrumen Kajian 9
5.0 ANALISIS, DAPATAN DAN PERBINCANGAN 10
5.1 Berasaskan Data Primer 10
5.1.1 Kehendak dan Kesediaan Pelajar Melanjutkan
Pelajaran 10
5.1.2 Kehendak dan Kesediaan Alumni/Feeder
Melanjutkan Pelajaran 17
5.1.2.1 Kesesuaian Program di Tawarkan 19
5.1.3 Kehendak Industri 20
5.1.4 Kesediaan Pensyarah 25
5.1.4.1 Kemudahan Infrastruktur untuk tujuan
pengajaran 27
5.1.4.2 Sambutan dan kerelevanan Program
Diploma Kejuruteraan Mekanikal 29
5.1.5 Maklum balas daripada pelajar semasa 31
5.2 BERASASKAN DATA SEKUNDER 34
5.2.1 Program Transformasi Ekonomi Menyokong
Perkembangan Industri Elektrik Dan Elektronik 34
5.2.2 Pembangunan Sektor Kejuruteraan Mekanikal
Kearah Merealisasikan Rancangan Malaysia ke 10
(RMK 10) 35
5.2.3 Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi 2011 Ke
arah Memperkasakan Bidang Pendidikan Mekanikal. 37
5.2.4 Kajian Economic Planning Unit (EPU) Terhadap
Keperluan Bidang Mekanikal Pada Masa Akan Datang. 38
5.2.5 Halatuju Pelan Transformasi Politeknik 39
5.2.6 Guna Tenaga Mengikut Kumpulan Pekerjaan Utama,
2000-2010 40
Page 5 of 57
6.0 JUSTIFIKASI PENAWARAN PROGRAM 41
6.1 Kesediaan Pensyarah 41
6.2 Kesediaan Industri 42
6.3 Kesediaan Pelajar dan Alumni 42
7.0 IMPLIKASI PELAKSANAAN 43
7.1 Ruang Dan Peralatan 43
7.2 Kurikulum 43
7.3 Tenaga Pengajar/Pensyarah 45
7.4 Kebolehpasaran Pelajar 46
8.0 KESIMPULAN 48
9.0 KELULUSAN YANG DIPOHON 48
10. SENARAI RUJUKAN 49
LAMPIRAN
Page 6 of 57
1.0 TUJUAN
Kertas Kajian ini bertujuan mempertimbangkan perlanjutan Program Diploma
Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
Kertas Kajian ini bertujuan untuk memohon Mesyuarat Pengurusan, Jabatan
Pengajian Politeknik menimbang perlanjutan mengenai program Diploma
Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Kinabalu, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia.
2.0 DIKEMUKAKAN
Dikemukakan oleh Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia.
Dikemukakan oleh Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan Pusat Penyelidikan
dan Pembangunan Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
3.0 LATAR BELAKANG
Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) menggariskan pelbagai
cabaran masa kini dan masa depan untuk menyatukan perkembangan nasional dan
berbentuk suatu bangsa yang berintegriti dan kukuh. Salah satu teras dalam
kerangka PSPTN telah menetapkan bahawa langkah-Iangkah perluasan akses ke
pengajian tinggi berdasarkan prinsip meritokrasi di samping itu penyertaan dalam
pengajian tinggi ditingkatkan melalui pelbagai bakat dan keupayaan, memperluaskan
akses melalui kepelbagaian program, kriteria kemasukan terbuka, penambahbaikan
prasarana, keluasan penggunaan ICT dan kerjasama dengan agensi lain dapat
memastikan setiap individu ditawarkan tempat belajar di IPT.
Page 7 of 57
Pelan Induk Jangka Panjang Politeknik 2001-2010 (PIJPP) menetapkan
matlamat nasional iaitu mengekalkan pertumbuhan ekonomi dengan mengenalpasti
dan memperkukuhkan sumber-sumber pertumbuhan, institusi-institusi kewangan dan
koprat ; meningkatkan daya saing bagi mencapai cabaran-cabaran globalisasi dan
liberalisasi; membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledgebased
economy) sebagai langkah strategik bagi meningkatkan nilai tambah semua sektor
ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran negara; memperkukuhkan
pembangunan sumber manusia bagi menghasilkan kumpulan kerja yang kompeten,
produktif dan berpengetahuan; dan meneruskan pembangunan persekitaran
berterusan bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang.
Berasaskan pembaikan dalam teknologi termasuk ICT dan dalam produktiviti,
kadar purata pertumbuhan ekonomi semasa Rangka Rancangan Jangkamasa
Panjang (RRJP3) telah disasarkan pada 7.5% setahun. Oleh itu, suatu tenaga
pekerja yang kompeten, berdaya saing dan tersusun adalah diperlukan. Dalam
konteks ini pendidikan politeknik adalah salah satu institusi yang utama bagi
mencapai hasrat tersebut. Untuk membina dan mengekalkan guna tenaga yang
berpengetahuan dalam suasana yang efisien dan berorentasikan sasaran
merupakan satu faktor yang paling penting. Pada masa yang sama corak permintaan
bagi guna tenaga manusia akan berubah kearah teknologi tinggi dan industri
berasaskan sains, bioteknologi, ICT, farmasi dan aktiviti-aktiviti R&D, memerlukan
kadar peningkatan graduan-graduan pengajian tinggi. Bagi tempoh RRJP3, adalah
dijangkakan bahawa sektor pengeluaran akan menghasilkan permintaan sebanyak
137,200 jurutera dan 331,700 pembantu jurutera dalam bidang mekanikal, kimia,
bioteknologi, elektrikal dan elektronik, ICT dan teknologi yang lain.
Dalam mencapai Model Ekonomi Baru (MEB) ke arah menjana pendapatan
tinggi Negara, industri perkhidmatan memainkan peranan penting dan mencabar bagi
mencapai keperluan tersebut. Di peringkat nasional, sektor perkhidmatan
terutamanya telekomunikasi telah berkembang dengan pesat dan dapat dilihat
melalui adanya pelabur dari luar negara yang telah mengadakan MoU melibatkan
nilai pelaburan yang tinggi. Demikian juga dengan peningkatan dan sumbangan
industri tersebut dalam ekonomi Malaysia.
Page 8 of 57
Untuk memenuhi keperluan sumber tenaga manusia yang berkemahiran
dengan mengambilkira perkembangan semasa dalam bidang telekomunikasi di
peringkat global, maka adalah wajar program Diploma Kejuruteraan Mekanikal
dilaksanakan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
4.0 METODOLOGI
Laporan kajian ini adalah dapatan daripada soal selidik terhadap responden
yang terdiri daripada industri, pensyarah dan pelajar. Dapatan yang diperolehi telah
dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS 16 dan disokong dengan data
skunder daripada agensi yang berkaitan. Dapatan ini dibentangkan bagi menyokong
kelangsungan Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang ditawarkan di Politeknik Kota
Kinabalu.
Kajian kelangsungan program untuk Diploma Kejuruteraan Mekanikal
merangkumi maklumbalas dari responden yang terdiri daripada pihak industri, pelajar
semasa, pelajar sekolah menegah, pelajar alumni dan pensyarah untuk
mendapatkan input secara telus dan komprehensif mengenai gambaran sebenar
sejauh mana keperluan program ini perlu dilaksanakan di Politeknik Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
Taburan responden adalah terdiri dari 4 syarikat daripada pihak Industri yang
dipilih kerana mereka akan mengambil pelajar lepasan politeknik sebagai tenaga
kerja mereka di masa akan datang, 43 orang pensyarah yang akan melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran jika program ini dilaksanakan di politeknik, 19
orang Alumni pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, 223 orang pelajar semasa
Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan 502 orang pelajar-pelajar Sekolah Menengah
yang merupakan punca kemasukan pelajar kepada kehendak program ini. Hampir
100 % responden industri dan pensyarah politeknik adalah yang berpengalaman dan
terlibat secara langsung dalam bidang mekanikal, manakala Alumni Pelajar lepasan
Diploma Kejuruteraan Mekanikal Politeknik dan pelajar SMT adalah merupakan
Page 9 of 57
pelajar aliran Teknikal. Ini bertujuan supaya maklumat yang di berikan adalah
menepati kehendak sebenar tujuan kajian ini dijalankan.
Sebelum menjalankan sesuatu kajian, langkah perlaksanaan telah dirancang
untuk memastikan kajian yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar dan dapat
disiapkan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.
4.1 Carta Gantt
4.2 Instrumen Kajian
i. Kajian Rintis temuduga dan pemerhatian
ii.Kajian Soal Selidik golongan sasaran adalah:
Kehendak dan Kesediaan Pelajar Melanjutkan Pelajaran
Kehendak dan Kesediaan Alumni/Feeder Melanjutkan Pelajaran
Kehendak Industri
Kesediaan Pensyarah
Kaedah metadologi kajian penyelidikan jenis survey research ini telah melalui 6
peringkat iaitu:
1. Peringkat 1 : Mesyuarat perancangan dan perlantikan AJK oleh Pusat
Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik.
Page 10 of 57
2. Peringkat 2 : Rekabentuk instrumen soalan bagi soal selidik dengan
tumpuan responden kepada pihak industri berkaitan, alumni, pensyarah
bidang berkaitan dan pelajar semasa.
3. Peringkat 3 : Ujikaji bagi menentukan keberkesanan soalan. Pilot Test ini
telah dijalankan di sekitar Kota Kinabalu dengan mengedarkan soalan soal
selidik dan sesi temuduga.
4. Peringkat 4 : Pengumpulan maklumat melalui edaran soalan soal selidik
dengan cara edaran melalui pos, e-mail dan edaran terus kepada
responden.
5. Peringkat 5 : Analisa maklumat dengan kaedah mixed method iaitu
a. Quantitative Method ( statistical analysis ) perisian SPSS 16
b. Qualitative Method temuduga dan observation
6. Peringkat 6 : Rumusan dan laporan kajian
Page 11 of 57
Kaedah yang dijalankan
Data Primer
Soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS ver. 16). Perisisan lain yang digunakan ialah MS ACCESS
2007 dan MS Excel 2007.
Data ini merangkumi;
a. Kajian Keperluan Industri
b. Kajian Keperluan Alumni
c. Kajian Keperluan Pensyarah
d. Kajian Keperluan Pelajar Semasa
Data Sekunder
Kaedah perbandingan dengan mendapatkan maklumat dari jabatan-jabatan
yang telah menjalankan kajian keperluan dalam bidang teknikal.
5.0 ANALISIS, DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Kajian keperluan program Diploma Kejuruteraan Mekanikal adalah hasil
dapatan dari maklumbalas beberapa responden. Bilangan sampel yang
digunakan adalah berdasarkan kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel dari
Krejcie dan Morgan (1970).
5.1 Berasaskan Data Primer
5.1.1 Kehendak dan Kesediaan Pelajar Melanjutkan Pelajaran
Kajian dijalankan melibatkan pelajar sekolah. Seramai 502 responden
mengambil bahagian.
Page 12 of 57
Kekerapan Peratus
Lelaki 190 37.85%
Perempuan 312 62.15%
J umlah 502 100%
Jadual 5.1.1.1 Jantina
Carta 5.1.1.1 Jantina
Kekerapan Peratus
Tingkatan 4 155 30.69
Tingkatan 5 337 66.73
Lain-lain 13 2.57
J umlah 505 100
Jadual 5.1.1.2 Tingkatan
Carta 5.1.1.2 Tingkatan
Page 13 of 57
Kekerapan Peratus
SMK 333 65.81
SMT/V 172 33.99
SMA 1 0.2
J umlah 506 100
Jadual 5.1.1.3 Sekolah
Carta 5.1.1.3 Sekolah
Kekerapan Peratus
Sains 136 26.7
Teknik &Vokasional 177 34.8
Sastera/Agama 41 8.1
Perdagangan 35 6.9
Lain-lain 110 21.6
Jadual 5.1.1.4 Jenis Aliran
Page 14 of 57
Carta 5.1.1.4 Jenis Aliran
Kekerapan Peratus
Politeknik/kk 113 28.18
Lain-lain 288 71.82
J umlah 401 100
Jadual 5.1.1.5 Institusi di Minati
Carta 5.1.1.5 Institusi di Minati
Berdasarkan kepada carta di atas, 37.05% pelajar sekolah berminat untuk
melanjutkan pelajaran ke Politeknik. Ini bermakna politeknik merupakan pilihan
kedua pelajar selepas IPTA berbanding dengan IPTS dimana jumlah pelajar yang
ingin melanjutkan pelajaran ke institut berkenaan hanya 2.40%.
Page 15 of 57
Jadual 5.1.1.6 Minat Kejuruteraan Mekanikal
Kekerapan Peratus
Ya 148 29.1
Tidak 238 46.8
Tidak Pasti 94 18.5
Total 480 94.3
Carta 5.1.1.6 Minat terhadap Kejuruteraan Mekanikal
Carta 5.1.1.7 Pilihan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal
Berdasarkan kepada carta 5.1.1.6 diatas didapati 30.83% daripada responden
memilih berminat untuk mempelajari bidang Kejuruteraan Mekanikal dan carta
5.1.1.7 menunjukkan peratusan responden memilih untuk mengikuti bidang
Page 16 of 57
Kejuruteraan Mekanikal 48.44% adalah yang tertinggi berbanding dengan 31.56%
responden memilih pembuatan, 17.33% responden memilih mekatronik dan 2.67%
memilih cabang mekanikal yang lain. Kesimpulannya, permintaan daripada pelajar
lepasan SPM dan SPMV terhadap Diploma Kejuruteraan Mekanikal ini masih
memberangsangkan.
Page 17 of 57
5.1.2 Kehendak dan Kesediaan Alumni/Feeder Melanjutkan Pelajaran
Jadual 5.1.2.1 menunjukkan bilangan responden yang terlibat dalam soal selidik
ini dan program yang diikuti mereka semasa di Politeknik Kota Kinabalu.
Jadual 5.1.2.1: Bilangan responden yang terlibat mengikut jantina
Jantina
Kekerapan
Responden
Peratus
Lelaki
17 90
Perempuan
2 10
Total
19 100
Carta 5.1.2.1: Programyang diikuti oleh respondan
Bekas pelajar yang terlibat dalam kajiselidik ini 100% terdiri daripada pelajar
program Diploma Kejuruteraan Mekanikal daripada Politeknik Kota Kinabalu.
Seramai 90% pelajar yang terlibat dalam kajiselidik ini adalah lelaki dan 10% lagi
adalah pelajar perempuan. Faktor ini adalah disebabkan oleh pelajar lelaki lebih
ramai daripada pelajar perempuan mengikuti program Diploma Kejuruteraan
Mekanikal.
Page 18 of 57
Carta 5.1.2.2: Tahun Konvokesyen responden
Carta 5.1.2.3: Status semasa responden
Carta 5.1.2.4: Responden yang berhasrat menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.
Berdasarkan kepada carta 5.1.2.2 menunjukkan pelajar yang ramai terlibat
dalam kajiselidik ini adalah 52.6% tamat belajar pada tahun 2010 manakala Carta
5.1.2.3 menunjukkan pelajar yang tamat pengajian di peringkat diploma lebih suka
meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ini jelas dibuktikan dengan
pperatusan responden yang menyambung pengajian adalah 63.2%. Ini disokong lagi
Page 19 of 57
dengan jumlah peratusan responden yang berniat untuk menyambung pelajaran
adalah 100%berdasarkan carta 5.1.2.4 yangdiperolehi.
5.1.2.1 Kesesuaian Program di Tawarkan
Hasil maklum balas daripada 31.6 % responden yang bekerja, didapati jumlah
responden yang bekerja di swasta tempatan adalah 15.8% berbanding. Ini
menunjukkan bekas pelajar Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal lebih suka
bekerja di swasta berbanding dengan Badan Berkanun.
Carta 5.1.2.5: Majikan bagi responden yang yang bekerja
Berdasarkan penilaian kaji selidik yang diperolehi Program Diploma
Kejuruteraan Mekanikal ini amat membantu dalam kerjaya yang diceburi mereka.
Merujuk kepada carta pai di bawah, 89.5% responden menyatakan program ini
membantu kerjaya mereka.
Carta 5.1.2.6: Pekerjaan sekarang berkaitandengan programyangdiikuti
Page 20 of 57
Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal ini mampu menghasilkan graduan
yang dapat memenuhi keperluan industry. Kenyataan ini adalah berdasarkan
peratusan responden yang menyatakan program yang ditawarkan mampu
menghasilkan graduan yang dapat memenuhi keperluan industri adalah 100%.
Carta 5.1.2.7: Keberkesanan programdalamindustri
5.1.3 Kehendak Industri
Sebanyak 4 syarikat telah terlibat dalam kajiselidik terhadap industri dijalankan
adalah untuk menentukan kebolehpasaran graduan program ini. Daripada jumlah ini,
50% daripada syarikat ini menyatakan pengetahuan asas dan kemahiran asas
program Diploma Kejuruteraan Mekanikal adalah memenuhi kehendak industri
manakala 50% lagi menyatakan kursus-kursus yang ditawarkan dalam program
Diploma Kejuruteraan Mekanikal ini hanya separuh memenuhi kehendak indusri.
Page 21 of 57
Carta 5.1.3.1: Pengetahuan asas dan asas kemahiran praktikal program
memenuhi keperluan industri.
Berdasarkan kepada carta 5.1.3.2, syarikat 100% setuju menyatakan bahawa
pengetahuan asas dan kemahiran asas yang akan diperolehi oleh pelajar sebagai
pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal adalah sesuai dengan keperluan syarikat.
Carta 5.1.3.2: Pengetahuan asas dan asas kemahiran praktikal program sesuai
dengan keperluan industri.
Carta 5.1.3.3 menunjukkan syarikat 100% bersetuju menyatakan bahawa
kursus-kursus yang ditawarkan di dalam program ini adalah sesuai dan tidak perlu
ada penambahan atau pengurangan kursus-kursus sedia ada yang telah ditawarkan.
Page 22 of 57
Carta 5.1.3.3: Kesesuaian kursus-kursus yang ditawarkan dalam program
Diploma Kejuruteraan Mekanikal.
Carta 5.1.3.4 dibawah menunjukkan ciri-ciri dan keperluan syarikat yang
dikajiselidik. 75% daripada syarikat telah beroperasi lebih daripada 5 tahun dan 25%
lagi kurang daripada lima tahun beroperasi. 50% daripada syarikat ini mempunyai
pekerja 10 hingga 100 orang dan 25% syarikat mempunyai kurang 10 orang pekerja
dan 25% mempunyai lebih daripada 100 orang pekerja. 75% daripada syarikat ini
memerlukan pekerja berkelulusan diploma dan 25% memerlukan pekerja
berkelulusan diploma lanjutan. 50% daripada syarikat ini juga memerlukan pekerja
yang mempunyai 50% pengetahuan teori dan 50% kemahiran dan 50% syarikat yang
lain memerlukan pekerja yang mempunyai 40% pengetahuan teori dan 60%
kemahiran. Keseluruhan syarikat yang terlibat dalam kajiselidik ini 100% memerlukan
graduan dalam bidang kejuruteraan.
Page 23 of 57
Carta 5.1.3.4: Ciri-ciri dan keperluan syarikat yang dikaji selidik
Carta 5.1.3.5 di bawah menunjukkan, 75% daripada syarikat yang dikaji selidik
menyatakan PLO dan PEO yang ditawarkan oleh program Diploma Kejuruteraan
Mekanikal sangat sesuai untuk kebolehpasaran pelajar yang mengambil jurusan ini.
Manakala 25 % lagi menyatakan PLO dan PEO sesuai dalam melahirkan graduan
yang memenuhi kehendak dalam pekerjaan sebenar dalam bidang mekanikal.
Secara keseluruhannya, syarikat setuju menyatakan PLO dan PEO sesuai dalam
melahirkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.
Carta 5.1.3.5 : Kesesuaian PLO dan PEO dalam melahirkan graduan yang sesuai
untuk kebolehpasaran.
Page 24 of 57
Komen yang dinyatakan oleh syarikat berkaitan dengan pembuatan teknologi
baru dalam industri dalam lima hingga 10 tahun akan datang adalah darisegi
pengetahuan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal, mahir dalam menggunakan
alatan tangan dan mesin-mesin yang berteknologi tinggi dan pekerja hendaklah
kurang dalam melakukan kesalahan semasa melakukan pekerjaan.
Page 25 of 57
5.1.4 Kesediaan Pensyarah
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang terlibat dalam kaji selidik ini
adalah seramai 43 orang. Carta 5.1.4.1 di bawah jelas pensyarah Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal bersedia dari segi pengetahuan untuk mengajar pelajar
Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, dimana 34.88% pensyarah memiliki
Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dan 48.84% pensyarah memiliki Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan Mekanikal. Selain daripada itu, terdapat 11.63% pensyarah juga
mempunyai Ijazah Sarjana Pendidikan. Pensyarah-pensyarah ini mempunyai latihan
Ikhtisas pendidikan serta pengkhususan dan jumlah tersebut mencukupi untuk
mengendalikan serta mengajar kursus-kursus yang ditawarkan dalam Program
Diploma Kejuruteraan Mekanikal.
Carta 5.1.4.1: Kelayakan Akademik Tertinggi Pensyarah
Carta 5.1.4.2: Pengalaman Pensyarah
Page 26 of 57
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Kinabalu ini juga
79.07% pensyarah bekerja lebih daripada 3 tahun. Manakala hanya 11.63%
pensyarah yang mengajar kurang daripada setahun.
Histogram 5.1.4.1: Pemahaman pensyarah terhadap PEO dan PLO
Merujuk kepada histogram di atas didapati jumlah pensyarah yang memahami
PLO adalah 35 orang dan 30 pensyarah memahami PEO yang diajar. Pemahaman
pensyarah terhadap PEO dan PLO menunjukkan hanya segelintir pensyarah yang
tidak faham dan tidak pasti dengan perkara tersebut. Ini disebabkan ada pensyarah
yang kurang setahun mengajar di politeknik. Walau bagaimana pun jumlah ini hanya
sedikit sahaja.
Page 27 of 57
Histogram 5.1.4.2: Kelayakan pensyarah mengajar dan keperluan latihan
Pensyarah yang terlibat dalam kaji selidik ini adalah 43 orang, daripada jumlah
itu, seramai 38 pensyarah mendapati program yang diajar adalah mengikut
kelayakan mereka. Ini membuktikan pensyarah memang bersedia untuk mengajar
program ini. Tambahan lagi, seramai 28 pensyarah juga sedia untuk mengikuti
latihan tambahan bagi memenuhi kehendak program.
5.1.4.1 Kemudahan Infrastruktur untuk tujuan pengajaran
Infrastruktur seperti bilik kuliah, makmal, bengkel dan alat bantu mengajar
adalah perkara asas dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif
dan selesa bagi pelajar dan pensyarah. Histogram di bawah adalah dapatan
kajiselidik terhadap pensyarah berkaitan dengan bilik kuliah. Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal mempunyai 25 bilik kuliah.
Page 28 of 57
Histogram 5.1.4.3: Kesesuaian bilik kuliah sebagai tempat mengajar
Hasil dapatan kajiselidik ini didapati 18 orang setuju dengan kelengkapan
kerusi dan meja dalam kelas adalah mencukupi dengan bilangan pelajar. Faktor
yang mempengaruhi dapatan ini adalah jumlah pelajar melebihi 40 orang
menyebabkan jumlah kerusi dan meja tidak mencukupi. Seramai 22 pensyarah
setuju dengan suasana kelas adalah selesa, 28 pensyarah setuju pencahayaan
adalah memuaskan dan 27 pensyarah setuju suasana kelas adalah selesa.
Page 29 of 57
Histogram 5.1.4.4: Alat bantu mengajar yang bersesuaian adalah mencukupi
Seramai 22 pensyarah setuju alat bantu mengajar yang bersesuaian adalah
mencukupi. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mempunyai bengkel kimplan, bengkel
tuangan, bengkel mesin, bengkel gegas dan bengkel loji untuk tujuan praktikal
pelajar dalam bidang mekanikal. Jabatan ini juga mempunyai beberapa makmal
untuk member pendedahan kepada pelajar tentang ujikaji yang terlibat dalam bidang
mekanikal. Makmal yang ada di jabatan ini adalah seperti makmal kaji daya mesin,
makmal kaji daya bahan, makmal CNC, makmal CADCAm makmal Autocad, makmal
Metalurgi, makmal Metrologi, Makmal Pneumatik, makmal bendalir dan Makmal
Industri. Walau makmal dan bengkel adalah mencukupi tetapi setiap pensyarah tidak
dibekalkan dengan LCD Projecter dan computer riba untuk mengajar.
5.1.4.2 Sambutan dan kerelevanan Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Berdasarkan kepada dapatan kaji selidik yang dijalankan, 97% pensyarah
setuju menyatakan program ini mendapat sambutan yang tinggi di kalangan
pemohon. Ini kerana perkara ini jelas dapat dilihat jumlah pelajar Diploma
Kejuruteraan Mekanikal setiap semester melebihi 80 orang setiap semester.
Page 30 of 57
Carta 5.1.4.3: Permintaan terhadap program
Carta 5.1.4.4 : Pensyarah program mencukupi
Merujuk kepada carta pai di atas, lebih kurang 88% pensyarah setuju pensyarah
bagi program ini mencukupi manakala 12% tidak pasti.
Histogram 5.1.4.5: Graduan diperlukan di
industri
Histogram 5.1.4.6: Program memberi
laluan pelajar ke IPT
Page 31 of 57
Berdasarkan kepada histogram di atas, semua pensyarah yang terlibat dalam
kaji selidik ini 100% setuju dengan penyataan graduan program ini masih di perlukan
di industri dan memberi laluan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Carta di bawah pula, menunjukkan peratusan pensyarah
yang bersetuju dengan pelaksanaan program ini. Tanpa mengira bidang kelayakan
yang dimiliki pensyarah, sebanyak 100% pensyarah bersetuju program ini diteruskan
di Politeknik Kota Kinabalu.
Carta 5.1.4.5 : Peratusan persetujuan pelanjutan program oleh pensyarah JKM
Politeknik Kota Kinabalu
5.1.5 Maklum balas daripada pelajar semasa
Seramai 223 pelajar semasa terlibat dalam kaji selidik yang dijalankan.
Merujuk kepada carta pai di bawah dapat dilihat jumlah pelajar lelaki 94.17% yang
menjawab soal selidik ini dan 95 % responden adalah pelajar semasa Diploma
Kejuruteraan Mekanikal.
Page 32 of 57
Carta 5.1.5.1: Jantina dan Program diikuti oleh responden pelajar semasa
Carta 5.1.5.2: Bidang pengajian dipilih dan diminati pelajar selepas diploma
Carta Pai di atas jelas menunjukkan pelajar semasa Diploma Kejuruteraan
Mekanikal berminat dalam bidang kejuruteraan mekanikal, dimana 87.89% daripada
responden ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan
81.17% pelajar memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan
Mekanikal selepas tamat pengajian diploma.
Carta 5.1.5.3: Wajaran isi kandungan yang diminati
Merujuk kepada carta pai diatas dapat dilihat pelajar semasa berminat dengan
amali atau praktikal. 47.98 % pelajar setuju jika sekiranya 40% teori dan 60% amali,
40.36% pelajar setuju jika sekiranya 50% teori dan 50% amali dan hanya 11.66%
pelajar yang berminat sekiranya 60% teori dan 40% amali.
Page 33 of 57
Carta 5.1.5.4: Bidang pengajian yang diikuti sekarang diminati atau sebaliknya
Berdasarkan carta pai di atas, walaupun hanya 41.70% responden pernah
mendapat maklumat berkaitan Kejuruteraan Mekanikal sebelum ini, namun amat
memberangsangkan apabila 88.79% pelajar yang terlibat dalam kajiselidik ini
berminat dengan bidang yang diikuti sekarang.
Carta 5.1.5.5: Pengetahuan dan minat terhadap kerjaya dalam Mekanikal
Berdasarkan peratusan responden terhadap minat prospek kerjaya dalam
bidang Kejuruteraan Mekanikal, jelas peratusan responden yang minat dalam kerjaya
ini adalah sangat tinggi iaitu 92.38%. Seramai 81.61% pelajar semasa juga tahu
peluang pekerjaan yang boleh dipohon selepas tamat pengajian.
Secara keseluruhannya, pelajar semasa yang terlibat dalam kaji selidik ini minat
dalam bidang kejuruteraan mekanaikal dan ini mendalami bidang kejuruteraan ini di
peringkat yang lebih tinggi. Dari segi kerjaya pula, pelajar semasa memang meminati
prospek kerjaya dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
Page 34 of 57
5.2 Berasaskan Data Sekunder
5.2.1 Program Transformasi Ekonomi Menyokong Perkembangan Industri
Elektrik Dan Elektronik
Graduan politeknik di negeri ini mendapat permintaan yang tinggi daripada
pihak swasta dan kerajaan di dalam sektor pekerjaan, begitulah yang dilaporkan oleh
Encik Abdul Rashid Abdul Rahman pada 30 November 2010 sebagai penulis utusan.
Sehubungan itu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji
Noor berkata semasa merasmikan minggu suaikenal pelajar baru Politeknik Kota
Kinabalu sesi Disember 2010, berdasarkan kajian 90 peratus daripada gradan
politeknik memperolehi pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan
pengajian.
Dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), 45% atau 1.5 juta dari 3.3 juta
peluang pekerjaan yang akan diwujudkan menjelang 2020 adalah dalam bidang
pendidikan dan latihan vokasional dan teknikal. Daripada 1.5 juta tersebut, politeknik
mensasarkan sebahagian besar graduat yang dihasilkan untuk menampung
keperluan tenaga kerja dalam 11 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
J adual 5.2.1.2 : Peluang pekerjaan dalamberbagai bidang meknikal
Page 35 of 57
(The Economic Transformation Programme, 2010)
Para graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal boleh bekerja di sektor awamatau
swasta sebagai ahli teknologi, juruteknik atau pembantu juruteknik di syarikat-
syarikat yang akan dimajukan oleh NKEA.
5.2.2 Pembangunan Sektor Kejuruteraan Mekanikal Kearah Merealisasikan
Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10)
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan RMK10
di Dewan Rakyat telah mengatakan bahawa negara perlu meningkatkan komposisi
pekerja berkemahiran tinggi kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang
tahun 2015. Pada masa kini, hanya 23 peratus daripada tenaga kerja negara ini
merupakan tenaga kerja berkemahiran tinggi, iaitu jauh lebih rendah berbanding
dengan negara-negara maju lain. Di negara maju, pendidikan teknikal dan latihan
vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ia mempunyai prospek kerja
yang baik tetapi ia dilihat sebagai pilihan terakhir pelajar di negara ini. Pendidikan
teknikal dan latihan vokasional menyediakan landasan alternatif yang baik bagi para
pelajar merealisasikan potensi mereka.
Bandar raya Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya (Greater KL) pula telah dikenal
pasti sebagai satu NKEA. Projek dan inisiatif utama yang dirancang di bawah RMKe-
10 ke arah mentransformasikan Greater KL menjadi sebuah bandar bertaraf dunia
merangkumi :
Pelaburan besar dalam pengangkutan awam termasuk perluasan liputan
perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Kuala Lumpur dan pelaksanaan Transit
Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) secara besar-besaran. Selain itu, rangkaian
perkhidmatan bas perantara dan laluan pejalan kaki berbumbung akan ditambah
bagi keselesaan warga kota,
Selain itu, strategi khusus akan dilaksana untuk bandar lain seperti
Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, terutama dari segi
kesesuaian sebagai tempat tinggal, perhubungan dan mengukuhkan lagi kluster
Page 36 of 57
perindustrian mengikut kekuatan masing-masing, misalnya, kluster E&E di Pulau
Pinang (Rujuk Jadual 5.2.2)
Jadual 5.2.2 Bidang Industri dan Kawasan
Tema RMKe-10 dirumuskan ke dalam bentuk 10 idea utama. Sekiranya 10 idea
utama berikut dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan,
Malaysia pasti akan dapat mengatasi cabaran yang sedang dihadapi dan
mencapai status negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2020.
5.2.3 Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi 2011 Ke arah Memperkasakan
Bidang Pendidikan Mekanikal.
Merujuk kepada Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi 2011 pada 17 Januari
2011, Politeknik diberi perhatian khusus untuk menangani perubahan ekosistem
pengajian tinggi negara yang bukan sahaja memerlukan modal insan berilmu tinggi
tetapi juga berkemahiran tinggi. Negara kita perlu meningkatkan peratusan tenaga
kerja berkemahiran tinggi daripada 23% kepada 37% menjelang tahun 2015. Justeru,
Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) perlu diarusperdanakan
sebagai langkah merealisasi sasaran negara. Ini termasuk membetulkan pandangan
Page 37 of 57
masyarakat terhadap imej TVET. Selain itu, laluan pendidikan dan latihan bidang
TVET dibangunkan daripada peringkat menengah tinggi sehingga peringkat
pengajian tinggi.
Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri, KPT telah memutuskan untuk
mengembalikan peranan asal keempat-empat universiti teknikal sedia ada iaitu
Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM),
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Ini akan
meluaskan peluang pelajar politeknik bagi melanjutkan pengajian ke peringkat
Sarjana Muda di samping menjadi feeder kepada empat IPTA di bawah jaringan
Malaysia Technical University Network (MTUN). Bagi memberi laluan berterusan,
politeknik akan mewujudkan artikulasi dengan John Moores University dan
melaksanakan program berkembar dengan Taylors University bagi program
Hospitaliti yang diartikulasikan pula dengan Toulouse University di Perancis.
YB Menteri juga menekankan bahawa Politeknik wajar menawarkan program-
program sejajar dengan keperluan Economic Transformation Programme (ETP).
Sehubungan itu, politeknik merancang pelaksanaan program-program berkaitan oil
and gas technology, oleochemical engineering, e-tourism, landscape dan
biotechnology pada tahun 2011. Ini merupakan penambahan kepada program yang
telah dirancangkan sebelum ini seperti Pengurusan Fasiliti, Kejuruteraan Mekanikal
(Automasi), Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Pembuatan Automatif),
Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Produk), Perkhidmatan Makanan (Amalan
Halal), Pengurusan Acara dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Institusi politeknik negara juga terus melalui fasa pemantapan dan pembaharuan
sesuai dengan kedudukannya sebagai peneraju dalam pengajian TVET. Dengan
menyasarkan pengeluaran seramai 680,000 orang pekerja mahir di peringkat
diploma dengan mengambil kira sumbangan institusi lain termasuk dari swasta,
negara memerlukan 11 buah lagi politeknik baharu iaitu penambahan tiga (3) buah
politeknik konvensional, lapan (8) politeknik metro selain enam (6) buah politeknik
yang dinaik taraf supaya dengan itu, kita boleh menampung enrolmen seramai
150,000 orang setahun.
Page 38 of 57
5.2.4 Kajian Economic Planning Unit (EPU) Terhadap Keperluan Bidang
Mekanikal Pada Masa Akan Datang.
Menurut Kajian yang dibuat oleh pihak EPU menunjukkan Malaysia masih lagi
ketinggalan daripada aspek bilangan tenaga kerja mahir berbanding dengan
beberapa buah negara maju. Pada tahun 2008, peratusan tenaga kerja mahir adalah
25.9 peratus iaitu lebih rendah daripada negara-negara lain seperti Ireland (38.9%),
Australia (42.9%), Finland (44.5%) dan Singapura (52.8%). Kajian yang sama juga
menunjukkan bidang-bidang yang menyumbang kepada pekerjaan berpendapatan
tinggi menjelang tahun 2020 seiring dengan Model Baru Ekonomi ialah kewangan
(31%), pelancongan (25%), perniagaan (13.8%), elektrik dan elektronik (8.8%),
penjagaan kesihatan (6.4%), pemborongan dan peruncitan (5.6%), telekomunikasi
(3.9%), pertanian (2.9%), kelapa sawit (1.9%) dan Oil and Gas Teknologi (0.9%).
Buat masa ini, nisbah graduat yang dihasilkan di politeknik mengikut bidang ialah,
kejuruteraan (40%), elektrik dan elektronik (25%), perdagangan (20%), hospitaliti
(5%) dan teknologi maklumat (7%) dan lain-lain (3%) yang merangkumi industri
makanan, perkapalan, reka bentuk dan penyelenggaraan pesawat. Jika
dibandingkan nisbah tersebut, jelas menunjukkan, politeknik perlu melakukan
penjajaran semula penawaran program pengajian baharu bagi memenuhi keperluan
Model Baharu Ekonomi dalam masa terdekat dan mempakej semula program sedia
ada seiring dengan keperluan industri masa kini dan masa hadapan.
Berdasarkan perancangan Unit Perancang Ekonomi yang menunjukkan
unjuran jumlah pekerja dan tahun bagi tempoh 2005-2020, tenaga kerja
berpendidikan tertiari di Malaysia merangkumi 33% daripada 34.75 penduduk
Malaysia menjelang 2020.
Jadual 5.2.4
5.2.5 Halatuju Pelan Transformasi Politeknik
Pada 25 Februari 2010, kerajaan telah melancarkan satu Pelan Transformasi
Politeknik. Selaras dengan program transformasi itu, politeknik KPTM perlu
meneruskan program Diploma
5.2.6 Guna Tenaga Mengikut Kumpulan Pekerjaan Utama, 20
Jadual 5.2.6.1 menunjukkan keperluan kumpulan pekerjaan bagi tahun 2000 hingga
2010 yang diperolehi sumber daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU). Didapati
bahawa guna tenaga pekerjaan khususnya dalam bidang kejuruteraan iaitu hampir
3.4 juta pada tahun 2010 dan peratu
2010 iaitu 24.7% hingga 28.2%.
Jadual 5.2.4 Jumlah Tenaga Kerja 2005-2020
Halatuju Pelan Transformasi Politeknik
Pada 25 Februari 2010, kerajaan telah melancarkan satu Pelan Transformasi
Politeknik. Selaras dengan program transformasi itu, politeknik KPTM perlu
program Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Guna Tenaga Mengikut Kumpulan Pekerjaan Utama, 20
menunjukkan keperluan kumpulan pekerjaan bagi tahun 2000 hingga
2010 yang diperolehi sumber daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU). Didapati
bahawa guna tenaga pekerjaan khususnya dalam bidang kejuruteraan iaitu hampir
3.4 juta pada tahun 2010 dan peratusannya meningkat bermula tahun 2000 hingga
2010 iaitu 24.7% hingga 28.2%.
Page 39 of 57
2020
Pada 25 Februari 2010, kerajaan telah melancarkan satu Pelan Transformasi
Politeknik. Selaras dengan program transformasi itu, politeknik KPTM perlu
Guna Tenaga Mengikut Kumpulan Pekerjaan Utama, 2000-2010
menunjukkan keperluan kumpulan pekerjaan bagi tahun 2000 hingga
2010 yang diperolehi sumber daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU). Didapati
bahawa guna tenaga pekerjaan khususnya dalam bidang kejuruteraan iaitu hampir
sannya meningkat bermula tahun 2000 hingga
Page 40 of 57
KUMPULAN
PEKERJAAN
(' 000 ORANG) % DARIPADA JUMLAH
2000 2005 2010 2000 2005 2010
PEGAWAI KANAN &
PENGURUS
639.9 871.6 1018 6.9 8 8.5
PROFESIONAL 537.9 680.9 778.4 5.8 6.2 6.5
JURUTEKNIK
&PROFESIONAL
BERSEKUTU
1112.9 1430.5 1580.8 12 13.1 13.2
JUMLAH 2290.7 2983 3377.2 24.7 27.3 28.2
Jadual 5.2.6.1: Guna Tenaga Mengikut Kumpulan Pekerjaan Utama, 2000 - 2010
Jadual 5.2.6.2 menunjukkan bahawa enrolmen yang diperolehi daripada KPTM
dalam keperluan pendidikan peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda semakin
meningkat iaitu antara 200 ribu hingga 480 ribu bagi program Diploma. Manakala
bagi program Ijazah Sarjana Muda enrolmennya adalah antara 200 ribu hingga 430
ribu. Ini menunjukkan pendidikan peringkat Diploma dan Ijazah Pertama semakin
meningkat.
Menurut Jabatan Perangkaan bahawa 77 peratus tenaga kerja dalam kalangan
rakyat Malaysia atau 60 peratus daripada penduduk negara ini, memulakan
pekerjaan mereka dengan kelulusan SPM atau setaraf pada 2007.
Jadual 5.2.6.2 : Pembangunan Sumber Manusia Berdasarkan Enrolmen di
Institusi Pendidikan, 2000-2010
6.0 JUSTIFIKASI PENAWARAN PROGRAM
Cadangan untuk mengekalkan kelangsungan program Diploma Kejuruteraan
Mekanikal mendapat sokongan penuh untuk dilaksanakan di Politeknik dan ia
dijangka akan mampu menampung keperluan tenaga kerja berkemahiran yang
diperlukan oleh sektor kejuruteraan. Ditambah dengan kedudukan Politeknik Kota
Page 41 of 57
Kinabalu yang terletak berhampiran Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), iaitu
Kawasan Perindustrian yang membolehkan Politeknik Kota Kinabalu membekalkan
tenaga kerja separuh professional ke kawasan tersebut. Selain itu juga, graduan
yang dihasilkan nanti dapat membantu mengatasi isu-isu kritikal yang dihadapi oleh
negara terutama untuk mentransformasikan sektor kejuruteraan supaya menjadi
lebih moden, dinamik dan berdaya saing.
6.1 Kesediaan Pensyarah
Pada masa ini terdapat seramai 59 orang pensyarah yang mempunyai latar
belakang dan pengalaman mengajar dalam bidang Mekanikal, Pembuatan dan
Mekatronik. Pensyarah-pensyarah ini mempunyai latihan Ikhtisas pendidikan serta
pengkhususan dan jumlah tersebut mencukupi untuk mengendalikan serta
melaksanakan kursus-kursus Ilmiah dan Ikhtisas Program Diploma Kejuruteraan
Mekanikal.
Lampiran 1 menunjukkan perincian senarai, bidang pengkhususan dan
pengalaman pengajaran modul pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Kota Kinabalu sehingga Disember 2011 mengikut kategori.
Page 42 of 57
6.2 Kesediaan Industri
Berdasarkan carta 6.2.1, 100% responden bersetuju agar program ini
diteruskan. Komen daripada syarikat menyatakan program yang ditawarkan amat
sesuai berikutan keperluan industri yang mana pengguanaan teknologi yang
tinggi.
Carta 6.2.1: Perspektive syarikat tentang program DKM
Secara umumnya industri yang bersetuju dengan perlaksanaan program
ini memerlukan pekerja semi professional dalam bidang komunikasi , maka skop
kebolehpasaran adalah luas.
6.3 Kesediaan Pelajar dan Alumni
Aspek latihan dan praktikal merupakan kekuatan yang ada pada sistem
pendidikan politeknik. Dengan kekuatan ini, graduan politeknik mudah
menyesuaikan diri ke dalam sistem yang terdapat dalam organisasi swasta dan
awam. Graduan mampu melaksanakan sesuatu tugasan dengan arahan dan
penyeliaan minimum. Dengan menawarkan Diploma Kejuruteraan Mekanikal,
Page 43 of 57
lebih banyak pengetahuan, latihan dan pendedahan dapat diberikan oleh
politeknik dalam melahirkan bakal pembantu jurutera berkualiti tinggi.
7.0 IMPLIKASI PELAKSANAAN
7.1 Ruang Dan Peralatan
Kemudahan bilik kuliah sediada sebanyak 25 buah yang boleh
memuatkan 40 pelajar untuk 1 bilik. Sebuah dewan kuliah berhawa dingin juga
disediakan yang boleh memuatkan 100 pelajar. Rujuk lampiran 2 untuk melihat
senarai kemudahan ruang yang ada di J abatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Kota Kinabalu.
Kemudahan prasarana peralatan juga disokong dengan 13 Makmal dan 4
Bengkel yang lengkap dengan peralatan . Peralatan dan kemudahan fizikal ini di
sediakan berdasarkan kepada bilangan normal pelajar semasa. Penambahan
peralatan dan kemudahan fizikal walau bagaimana pun sentiasa di cadangkan
secara berterusan oleh jabatan melalui Anggaran Mengurus Tahunan dan Projek
Rancangan Malaysia.
7.2 Kurikulum
Kurikulum yang mantap telah dibangunkan berdasarkan kepada teknologi
dan kehendak semasa. Pihak yang terlibat secara langsung dalam
membangunkan bidang Meknaikal sama ada dari sektor kerajaan dan swasta
dijemput bersama untuk memberi input dan membangunkan kurikulum nanti.
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) perlu dirujuk disamping
standard antarabangsa NOS (UK), National Occupational Classification (NOC)
Canada dan lain-lain standard pekerjaan antarabangsa. Perbandingan jumlah
unit duti pekerjaan diantara SKPK (NOSS) dengan NOS (UK).
Manakala rekabentuk struktur program pengajian di peringkat diploma (tahap 4)
perlulah merujuk kepada standard MQA (MAL), NQF (UK), NVQ (UK), AQF
Page 44 of 57
(AUS), NZQA (New Zealand) dan lain-lain standard antarabangsa. Dengan
merujuk kepada standard pekerjaan yang dibangunkan oleh LANTRA (UK).
UNESCO melalui International Standard Classification of Education (ISCED
1997) telah mengklasifikasikan program pengajian diperingkat tertiari ialah
seperti berikut :
i. Akademik kurang dari 25% kandungan vokasional/teknikal
ii. TVET lebih dari 25% kandungan vokasional /teknikal
Rekabentuk program pengajian diperingkat diploma perlu merujuk kepada
ISCED97 dengan tahap pengajian seperti jadual dibawah :
Bil
Sistem
Pendidikan
ISCED97
Post Secondary
[Non-Tertiary]
[4A]
Academic
Post
Secondary
[Non-Tertiary]
[4B]
Skill
1
st
Stage Tertiary 2nd Stage
Tertiary
Diploma
Adv. Diploma
[5B]
Hibrid Sys.
Degree
Master
[5A]
Academic
Hybrid Sys.
PhD
[6]
Fully
Academic
1
Malaysia Matrikulasi
ILP, ADTEC
IKBN,IKTBN,IKM
GIAT MARA
Politeknik
U-College
University
U-College
University
Research U
2 Singapore Junior College ITE Polytechnic University University
Jadual 7.2 :Benchmark Sistem Pendidikan Politeknik dengan Sistem
Pendidikan Singapura & ISCED97
Sistem pendidikan di politeknik mengikut standard ISCED97 adalah
didalam kategori 1
st
stage tertiary-(5B) dan boleh menawarkan program sehingga
peringkat Master. Bagaimanapun dengan Akta Pendidikan 96 dan Akta MQA
2007, Politeknik hanya boleh menawarkan program hingga ke tahap MQA-5 iaitu
Diploma Lanjutan sahaja.
Program diploma politeknik perlu mengandungi minima subjek/kursus yang
bercirikan pekerjaan (world of work) sebanyak 25% dari keseluruhan kandungan
Page 45 of 57
silibus. Latihan industri adalah ciri utama yang perlu ada bagi semua sistem
pendidikan politeknik di Malaysia. Ciri-ciri lain kurikulum bagi program ini ialah
komponen kursus-kusus wajib, kursus berbentuk akademik, teknologi dan soft-
skill. Projek tahun akhir adalah untuk menguji kreativiti dan daya kritis pelajar
(creative and critical thinking).
Perbezaan ketara diantara program pengajian politeknik dengan sistem
pengajian diploma TVET di institusi lain ialah seperti berikut
1. Bercirikan pendidikan vokasional & teknikal yang broad-based (TVE).
2. Komponen akademik bagi laluan ke peringkat lebih tinggi
3. hand-on dengan nisbah teori : praktikal [40 : 60]
4. Latihan industri (Industrial training) ( 5 bulan)
5. Projek pelajar tahun akhir (creative & critical thinking)
6. GSA, Key Skill (SVQ), Core Skill (NQF)
7. 8 domain MQF dan badan profesional seperti EAC
8. Benchmark kepada framework antarabangsa seperti NQF, EQF, AQF,
NZQF dan Standard pekerjaan seperti NOS (UK), NOC (Canada) dan lain-lain.
Rujukan juga perlu dilakukan keatas program sedia ada IPTA/IPTS yang
diktiraf JPA/MQA bagi memudahkan artikulasi dan laluan pelajar (mobility) bagi
membuka laluan kerjaya mereka. Walaupun peranan politeknik adalah untuk
memenuhi keperluan segera tenaga kerja diperingkat eksekutif pertengahan atau
separa profesional, tetapi ruang untuk meneruskan pengajian diperingkat lebih
tinggi perlu diberikan sekurang-kurangnya kepada 10% graduan yang cemerlang.
Program berkembar dengan universiti luar negara juga perlu diberi keutamaan
bagi memantapkan lagi proses transformasi sistem pendidikan politeknik di
Malaysia.
7.3 Tenaga Pengajar/Pensyarah
Pada masa ini terdapat seramai 59 orang pensyarah yang mempunyai
latar belakang dan pengalaman mengajar dalam bidang Mekanikal, Pembuatan
Page 46 of 57
dan Mekatronik. Pensyarah-pensyarah ini mempunyai latihan Ikhtisas pendidikan
serta pengkhususan dan jumlah tersebut mencukupi untuk mengendalikan serta
melaksanakan kursus-kursus Ilmiah dan Ikhtisas Program Diploma Kejuruteraan
Mekanikal.
Lampiran 1 menunjukkan perincian senarai, bidang pengkhususan dan
pengalaman pengajaran modul pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Kota Kinabalu sehingga Disember 2011 mengikut kategori.
Walaubagaimanapun pensyarah perlu diberikan pendedahan latihan yang
sewajarnya dari masa ke semasa dalam bidang kemahiran yang baru dan
selaras dengan perkembangan teknologi. Bidang-bidang kemahiran baru kepada
pensyarah adalah seperti:
1. Autodesk Inventor
2. Profesional Welding
3. CNC Operation
4. Injection Moulding Operation
5. Surface Milling Operation
7.4 Kebolehpasaran Pelajar
Program ini menyediakan peluang kerjaya dalam bidang kejuruteraan mekanikal
seperti :
I. Pembantu Teknik - penyelenggaraan
(Technical Assistance - Maintenance)
II. Pengurus Perkhidmatan (Service Manager)
III. Penasihat Perkhidmatan (Service Advisor)
IV. Penyelia (Supervisor)
V. Pembantu Jurutera / Jurutera
(Engineer Assistant/ Engineer)
VI. Kontraktor Mekanikal (Mechanical contractor)
Page 47 of 57
VII. Instruktor / Pensyarah / Jurudemonstrasi
(Instructor/ Lecturer/Demonstrator)
VIII. Pegawai Pemasaran (Sales Executive)
IX. Pegawai Pemasaran dan Pembelian
(Sales & Purchase executive)
Kebolehpasaran Graduan. Kementerian Pengajian Tinggi telah
menawarkan peruntukan RM1 juta untuk setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) menganjurkan program bersama pihak industri bertujuan menambah nilai
dan meningkatkan kebolehpasaran graduan. program itu mesti berasaskan
sektor strategik yang boleh meningkatkan industri berasaskan inovasi dan
menjamin peluang pekerjaan untuk graduan.
Timbalan Perdana Menteri juga telah menyatakan bahawa transformasi
mengenai latihan vokasional perlu dibuat berdasarkan keperluan industri bagi
memenuhi permintaan dalam pasaran kerja. Disebabkan itu di peringkat
kementerian, kerajaan telah mula mengorak langkah untuk memasuki bidang
vokasional secara besar-besaran. Sasarannya ialah daripada 10 peratus pelajar
mengikuti pendidikan teknik dan vokasional sedia ada sekarang akan dapat
ditingkatkan kepada 20 peratus menjelang 2015.
Memastikan graduan politeknik menjadi pilihan utama pihak majikan
antara institusi di Malaysia. Pelajar senantiasa di beri kemahiran tambahan iaitu
kursus pentauliahan professional seperti
i. Kursus Inventor
ii. Kursus Kimpalan
Politeknik dan pihak industri akan terus memeterai MoU bertujuan meningkatkan
kebolehpasaran pelajar.
Page 48 of 57
8.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa program
Diploma Kejuruteraan Mekanikal mendapat sokongan penuh untuk dilaksanakan
di Politeknik dan ia dijangka akan mampu menampung keperluan tenaga kerja
berkemahiran yang diperlukan oleh sektor kejuruteraan. Ditambah dengan
kedudukan Politeknik Kota Kinabalu yang terletak berhampiran Kota Kinabalu
Industrial Park (KKIP), iaitu Kawasan Perindustrian yang membolehkan
Politeknik Kota Kinabalu membekalkan tenaga kerja separuh professional ke
kawasan tersebut. Selain itu juga, graduan yang dihasilkan nanti dapat
membantu mengatasi isu-isu kritikal yang dihadapi oleh negara terutama untuk
mentransformasikan sektor kejuruteraan supaya menjadi lebih moden, dinamik
dan berdaya saing. Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan
dari lepasan sekolah khususnya lepasan sekolah menengah teknik dan
vokasional untuk meneruskan kesinambungan pengajian mereka diperingkat
yang lebih tinggi. Oleh itu adalah diharapkan bahawa program Diploma
Kejuruteraan Mekanikal dapat dilaksanakan di Politeknik Malaysia dan
mengimbangi nisbah penawaran program di peringkat ijazah.
9.0 KELULUSAN YANG DIPOHON
Ahli mesyuarat Pengurusan JPP dipohon menimbang untuk mengekalkan
kelangsungan Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota
Kinabalu, Sabah.
Page 49 of 57
10. SENARAI RUJUKAN
Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi 2011 pada 17 Januari 2011
Jabatan Pengajian Politeknik. (2009). Hala Tuju Transformasi Politeknik.
Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Majlis Penasihat Ekonomi Negara. (2010). Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia
Bahagian Akhir. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Program Transformasi Ekonomi. (2010). Putrajaya: Performance Management
And Delivery Unit (PEMANDU). Jabatan Perdana Menteri.
Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015). (2010). Putrajaya: Unit Rancangan
Ekonomi. Jabatan Perdana Menteri.
Keeves, J.P. (Ed.). (1988). Educational research, methodology and
measurement: An international handbook. Oxford: Pergamon.
Anderson, B. (1966). The Psychology Experiment: An Introduction to the
Scientific Method. Belmont, CA: Wadsworth.
Unit Perancang Ekomomi (UPE), Kajian Separuh Penggal RMK-9 2006 2010
from http://www.epu.gov.my
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia; Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia 2008 from
http://www.mohe.gov.my
National Economic Advisory Council (NEAC), New Economic Model for Malaysia
(NEM) from http://www.epu.gov.my
Page 50 of 57
Jabatan Pengajian Politeknik, Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik
2007 dan 2008
Ministry of International Trade and Industry. Third Industrial Master Plan (IMP3)
2006 - 2010 from http://www.dof.gov.my/55
Page 51 of 57
LAMPIRAN 1 - KELAYAKAN STAF
Page 52 of 57
LAMPIRAN 2 KEMUDAHAN FIZIKAL
Page 53 of 57
No Kemudahan
Semasa
Unjuran Penambahan
Tahun 1 Tahun 2
Bil
Kapasiti
(pelajar)
Bil Kapasiti Bil Kapasiti
1. Dewan Kuliah 1 120 - - - -
2. Bilik Toturial/Bilik Kuliah 25 40 - - - -
3. Makmal dan Bengkel 17 - - - -
Makmal Kaji Daya Bahan 1 40 - - - -
Makmal Rekabentuk
Terbantu Komputer
1 40 - - - -
Makmal Kaji Daya Mesin 1 40 - - - -
Makmal Metalurgi 1 40 - - - -
Makmal Kawalan dan
Jangkawas
1 40 - - - -
Makmal Metrologi 1 40 - - - -
Makmal CNC 1 40 - - - -
Makmal CADCAM 1 40 - - - -
Makmal Industri 1 40 - - - -
Makmal Lukisan 1 40 - - - -
Makmal Pneumatik dan
Hidraulik
2 80 - - - -
Makmal Robotik 1 40 - - - -
Makmal Bendalir 1 40 - - - -
Makmal Loji 1 40 - - - -
Bengkel Kimpalan 1 40 - - - -
Bengkel Gegas 1 40 - - - -
Bengekel Mesin 1 40 - - - -
Bengkel Foundry
Page 54 of 57
LAMPIRAN 3
BORANG SOALSELIDIK UNTUK
PELAJAR SEMASA DKM
Page 55 of 57
LAMPIRAN 4
BORANG SOALSELIDIK UNTUK ALUMNI
Page 56 of 57
LAMPIRAN 5
BORANG SOALSELIDIK UNTUK
PENSYARAH
Page 57 of 57
LAMPIRAN 6
BORANG SOALSELIDIK UNTUK INDUSTRI

Anda mungkin juga menyukai