Anda di halaman 1dari 30

PUSAT PENGEMBANGAN, KEUSAHAWANAN DAN PEMUAJUAN PROFESIONAL (APEEC) LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM JUARA RAKYAT KEMENTERIAN PERTANIAN DAN

INDUSTRI ASAS TANI BERSAMA PAKAR PERTANIAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DI PARLIMEN TANJONG KARANG Bersama Rakan Kongsi Membangunkan Sektor Pertanian 1. Tujuan Laporan Laporan ini disediakan sebagai laporan keseluruhan pelaksanaan program Juara Rakyat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Pakar Pertanian Universiti Putra Malaysia Di Parlimen Tanjong Karang pada 8 dan 9 Mei 2010 di Dewan Dato Hormat dan Dataran Tanjong Karang. Tema pada kali ini adalah Bersama Rakan Kongsi Membangunkan Sektor Pertanian. Program ini memfokuskan kepada seluruh kumpulan sasar melalui aktiviti dialog, forum, bengkel pengembangan, motivasi pelajar, pameran dan klinik pakar pertanian. Seramai lebih 1000 orang pengunjung telah hadir untuk memeriahkan program ini.

2. Pendahuluan Program Hari Terbuka bersama Pakar Pertanian Universiti Putra Malaysia (HTBPP UPM) adalah salah satu daripada program pengembangan utama universiti melalui khidmat nasihat dan rundingan untuk mendekati masyarakat secara langsung sesuai dengan slogan DARI GEDUNG ILMU KE LAPANGAN. Lokasi kelima berlangsungnya HTBPP UPM di Tanjong Karang merupakan destinasi pertama di Negeri Selangor selepas Johor, Pahang dan Kelantan. Penglibatan bersama agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjaya digembleng bersama untuk menjayakan program ini. Juara Rakyat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Pakar Pertanian Universiti Putra Malaysia Di Parlimen Tanjong Karang telah berlangsung pada 8 dan 9 Mei 2010 di Dewan Dato Hormat dan Dataran Tanjong Karang. Tema pada kali ini adalah Bersama Rakan Kongsi Membangunkan Sektor Pertanian. Program ini memfokuskan kepada seluruh kumpulan sasar melalui aktiviti dialog, forum, bengkel pengembangan, motivasi pelajar, pameran dan klinik pakar pertanian. Seramai lebih 1000 orang pengunjung telah hadir untuk memeriahkan program ini.

Majlis Perasmian program Juara Rakyat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Pakar Pertanian Universiti Putra Malaysia Di Parlimen Tanjong Karang telah disempurnakan sendiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh bin Haji Omar. Sebagai peneraju utama dalam bidang pertanian negara, kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Universiti Putra Malaysia diperkukuhkan lagi dengan termetrainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara MOA dan UPM pada 11 Jun 2007 untuk memantapkan lagi perkhidmatan pengembangan dan penyelidikan yang terbaik kepada kumpulan sasar melalui aktiviti pertanian di Malaysia. Pengisian program HTBPP UPM di Parlimen Tanjong Karang ini meliputi seluruh kumpulan sasar termasuklah agen pengembangan dari agensi pembangunan setempat, petani, penternak, nelayan, pelajar sekolah menengah di sekitar Parlimen Tanjong Karang dan usahawan tani. Klinik Pakar Pertanian merupakan aktiviti utama bagi setiap HTBPP UPM yang dianjurkan. Aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan sepanjang dua hari adalah dialog, forum, motivasi pelajar dan bengkel pengembangan yang dibahagikan kepada empat sektor iaitu bengkel pengurusan dan pengeluaran tanaman padi, pengurusan dan pengeluaran akuakultur, pengurusan dan pengeluaran ternakan, serta industri hiliran dan produk halal. Aktiviti yang berlangsung seperti di Lampiran 1.

Objektif Program 1) Membuka peluang kepada kumpulan sasar untuk mengemukakan masalah dan pendapat kepada kumpulan pakar pertanian secara langsung, terbuka dan telus. 2) Membolehkan MOA dan UPM menyumbang kepakaran terus ke lapangan, bekerjasama dengan agensi pertanian dalam membangunkan sektor pertanian setempat melalui dianosis masalah pertanian secara bersama. 3) Memantapkan hubungan kerjasama antara pihak MOA, UPM dan agensi-agensi pertanian yang lain dalam memacu pertanian negara. 4) Membuka peluang kepada pakar pertanian untuk meneliti masalah pertanian dan seterusnya menjadikannya sebagai tumpuan penyelidikan. 5) Membolehkan UPM untuk memperkenalkan hasil penemuan penyelidikan dan menambah nilai penyelidikan dan teknologi yang sedia ada kepada petani dan usahawan tani. 6) Menjadikan salah satu wadah untuk memperkenalkan program pengajian dan peluang kerjaya terutamanya pendidikan pertanian kepada pelajar di kawasan setempat.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

Pelaksanaan Program Tarikh Masa Tempat Perasmian Tetamu : : : : : 8 dan 9 Mei 2010 9.00 pagi 5.00 petang Dewan Dato Hormat dan Dataran Tanjong Karang, Selangor Y. Bhg. Datuk Seri Noh bin Haji Omar Y. Bhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha bin R. Abdullah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Y. Bhg. Dato Mohd Mokhtar Ismail Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Penglibatan PTJ UPM : 1) APEEC 2) Fakulti Pertanian 3) Fakulti Perubatan Veterinar 4) Fakulti Kejuruteraan 5) Fakulti Pengajian Pendidikan 6) Fakulti Sains 7) Institut Biosains 8) Institut Gerontologi 9) Institut Penyelidikan Produk Halal 10) Institut Pengajian Sains Sosial 11) Pusat Asasi Sains Pertanian 12) Pusat Inovasi dan Pengkomersilan 13) Pusat Kesihatan Universiti 14) Pejabat TNC JINM 15) Bahagian Akademik & Hal Ehwal Pelajar 16) Taman Pertanian Universiti 17) Radio Putra FM

Penglibatan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Agensi Pembangunan Setempat

1) AGRO BANK Tanjong Karang 2) BERNAS Wilayah Tengah 3) FAMA Kuala Selangor 4) IADA Barat Laut Selangor 5) Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Selangor 6) Jabatan Perikanan Kuala Selangor 7) Jabatan Pertanian Kuala Selangor 8) Jabatan Pertanian Tanjong Karang 9) MARDI Tanjong Karang 10) Pejabat Pendidikan Daerah

15) Jabatan Pertanian Sg. Burung 16) Jabatan Veterinar Kuala Selangor 17) KEMAS Kuala Selangor 18) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 19) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) 20) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) 21) Lembaga Pertubuhan 3

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

11) Persatuan Nelayan Kebangsaan 12) PPK Tanjong Karang 13) Polis Daerah Kuala Selangor 14) SYABAS Daerah Kuala Selangor Penglibatan Agensi Swasta : 1) Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) 2) Johor Corporation (JCorp)

Peladang (LPP) 22) RELA Daerah Kuala Selangor 23) Yayasan TEKUN Tanjong Karang 3) Golden Hope Food & Beverages Sdn. Bhd 4) MYAGRI

3. Laporan Pelaksanaan Aktiviti Program yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan penglibatan secara menyeluruh setiap disiplin di UPM dengan kerjasama agensi pembangunan setempat di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Aktiviti yang dilaksanakan merupakan susunan strategi yang dirancang; memfokuskan penglibatan bersama kumpulan sasar yang telah dikenal pasti sebelum ini. Aktiviti yang dilaksanakan adalah program dialog bersama pegawai agensi pembangunan bersama pakar UPM, forum bersama petani, penternak, nelayan dan usahawan. Lanjutan daripada forum yang diadakan, bengkel pengembangan akuakultur, tanaman, ternakan serta industri hiliran dan produk halal juga turut diadakan. Selain daripada itu, aktiviti berikut juga turut diadakan iaitu klinik pakar pertanian UPM, pertandingan industri asas tani; pencarian makanan warisan, pertandingan kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) pelajar pertanian, program motivasi pelajar sekolah dan pameran teknologi daripada UPM dan agensi pembangunan setempat.

1) Dialog Memperkukuhkan Kolaborasi Antara Agensi Dalam Perkhidmatan Pengembangan Ke Arah Pembangunan Pertanian Berprestasi Tinggi Sesi dialog dengan tajuk Memperkukuhkan Kolaborasi antara Agensi dalam Perkhidmatan Pengembangan ke arah Pembangunan Pertanian Berprestasi Tinggi dianjurkan berikutan implikasi daripada pengembangan pesat dalam teknologi pertanian di mana agen pengembangan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan pertanian berprestasi tinggi. Program dialog ini dilaksanakan dengan harapan dapat memperkukuhkan kolaborasi di atara agen pengembangan di agensi setempat yang terlibat secara langsung dalam pengembangan pertanian.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

Gambar 1 Barisan ahli-ahli panel yang terlibat dalam program dialog. Dari kiri, Tuan Haji Muhammad Nasir Khusairi, Encik Ahmad Zakaria Mohd Sidek, Prof. Dr. Musa Abu Hassan, Prof. Dr. Rahim Md. Sail, Dr. Norizan Mohd Nor dan Dato Safie Baharom.

Gambar 2 Peserta yang hadir bagi sesi dialog daripada agensi di sekitar daerah Kuala Selangor

Program dialog ini disertai oleh 168 orang agen pengembangan daripada pelbagai agensi pembangunan setempat, agen pengembangan serta pegawai pertanian. Penyertaan peserta melebihi daripada sasaran pihak Jawatankuasa walaupun sasaran pernyertaan pada

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

peringkat awal adalah seramai 60 100 orang peserta. Secara keseluruhan, program dialog ini berjaya dilaksanakan dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.

2) Forum Perkongsian Strategik Dalam Membangunkan Sektor Pertanian Berprestasi Tinggi

Gambar 3 Ahli panel yang terlibat dalam sesi forum. Dari kiri Tuan Haji Mohd Jani Rasimon, Encik Ahmad Fuad Zakaria, Prof. Dr. Mad Nasir Shamsuddin, Prof. Dato Dr. Sulaiman Md. Yassin dan Encik Eliyas Saad.

Aktiviti kedua dalam program HTBPP UPM Di Parlimen Tanjong Karang adalah forum yang mensasarkan penyertaan daripada agen pengembangan agensi pembangunan setempat, kumpulan petani, penternak dan nelayan di kawasan Tanjong Karang khususnya dan Kuala Selangor amnya. Forum ini memberi penekanan kepada sikap dan peranan rakan kongsi di kalangan agensi pembangunan, agen pengembangan, petani, penternak dan nelayan dalam membangunkan sektor pertanian.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

Gambar 4 Sebahagian daripada peserta yang menyertai forum yang diadakan pada hari pertama program.

3) Bengkel Pengembangan Bengkel Pengembangan merupakan satu aktiviti penting yang dijalankan untuk merapatkan hubungan antara pakar dengan kumpulan sasar di samping menumpukan bidang-bidang yang telah dikenal pasti dengan lebih khusus dan mendalam. Bengkel Pengembangan Pertanian (BPP) yang dijalankan menumpukan kepada empat fokus penting di lokasi HTBPP UPM. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan maklumat awal kepada peserta mengenai sub bidang yang dikenal pasti sebagai keperluan dalam membantu masyarakat tempatan. Hasil daripada bengkel ini juga dapat mewujudkan hubungan kerjasama dua hala antara tiga pihak iaitu UPM, agensi pembangunan setempat dan kumpulan sasar.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

Gambar 5 Bengkel Pengurusan dan Pengeluaran Ternakan dikendalikan oleh Prof. Dr. Abdul Razak Alimon, Prof. Dr. Zainal Aznam Mohd Jelan dan Prof. Madya Dr. Azhar Kasim.

Terdapat empat bengkel yang dijalankan iaitu BPP 1 Bengkel Pengurusan dan Pengeluaran Akuakultur, BPP 2 Bengkel Pengurusan dan Pengeluaran Tanaman Padi, BPP 3 Bengkel Pengurusan dan Pengeluaran Ternakan dan BPP 4 Bengkel Industri Hiliran dan Produk Halal. Bengkel-bengkel ini dikendalikan oleh pakar daripada UPM yang memberikan ceramah berkaitan dengan topik pengkhususan. Pakar juga memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan isu setempat serta mengadakan interaksi bersama dengan peserta. Beberapa bahan seperti spesimen tumbuhan, serangga, gambar dan tayangan video turut digunakan untuk menjadikan bengkel ini lebih interaktif.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

Gambar 6 Bengkel Industri Hiliran dan Produk Halal dikendalikan oleh Encik Dzulkifly Mat Hashim dan Dr. Puziah Hashim.

Gambar 7 Bengkel Pengurusan dan Pengeluaran Akuakultur dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Sharr Azni Harmin dan Prof. Madya Dr. Che Ross Saad.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

4) Program Motivasi Pelajar

Program Motivasi Pelajar sesi kedua daripada pengisian HTBPP UPM di Daerah Temerloh, Pahang. Program kali ini di Tanjong Karang lebih menarik, merangkumi tiga sesi iaitu ceramah Pertanian Menjana Kekayaan, Jom Masuk UPM/Institut Pertanian/Majlis Kebangsaan Latihan Pertanian (NATC) dan ceramah Eksplorasi Dunia Sains Bagai Irama dengan Lagu.

Gambar 8 Sesi Ceramah Motivasi Pelajar mendapat sambutan di luar jangkaan daripada pelajar sekitar daerah Kuala Selangor.

Kehadiran pelajar untuk ketiga-tiga sesi ini adalah amat menggalakkan. Jangkaan jumlah pelajar yang hadir pada peringkat awal hanyalah seramai 500 orang sahaja. Namun jumlah sebenar kehadiran yang direkodkan adalah di luar jangkaan iaitu seramai 573 orang pelajar sekolah termasuk hampir 20 orang guru yang turut sama hadir. Kehadiran ini melibatkan sebanyak 12 buah sekolah menengah di sekitar daerah Kuala Selangor seperti berikut: 1. SMK Tiram Jaya 2. SMK (A) Kuala Selangor 3. SMK Seri Desa 4. SM Sains Kuala Selangor 5. SMK Sultan Abdul Aziz 6. SMK Sungai Burong 7. SMK Pengkalan Permatang 8. SMK Seri Tanjong 9. SMK Jeram 10. SAM Tanjong Karang 11. SMK Sultan Sulaiman Shah 12. SMK Dato Harun

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

10

Program ini dilaksanakan menggunakan kaedah interaksi dua hala bersama dengan pelajar sekolah dan pakar UPM. Para pelajar bebas mengemukakan soalan kepada pakar yang bukan hanya berkenaan dengan topik yang dibincangkan, tetapi juga pengalaman mereka untuk memasuki universiti.

Gambar 9 Para pelajar khusyuk mendengar ceramah Pertanian Menjana Kekayaan dalam sesi motivasi pelajar.

Ceramah Pertanian Menjana Kekayaan

disampaikan oleh Prof. Dr. Razi Ismail

daripada Fakulti Pertanian. Ceramah ini memberi pendedahan dan penerangan mengenai kelebihan bidang pertanian masa kini yang boleh menjana kekayaan dan kecemerlangan. Para peserta juga didedahkan dengan dunia sains melalui pengisian ceramah Eksplorasi Dunia SainsBagai Irama dengan Lagu. Sesi ini dikendalikan oleh anak jati Tanjong Karang sendiri, iaitu Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz, Prof. Dr. Ahmad Ismail dan Dr. Mahdi Abd. Wahab. Selain daripada itu, peluang untuk bersama-sama dengan ahli Al-Biruni dari Fakulti Sains UPM yang memperolehi PNGK 3.5 ke atas tidak dilepaskan oleh para peserta motivasi pelajar. Jom Masuk UPM/Institut Pertanian/Majlis Kebangsaan Latihan Pertanian (NATC) pula memberikan penerangan dan maklumat hala tuju pelajar untuk melanjutkan pengajian selepas tamat SPM. Sesi ini pula dikendalikan oleh Dr. Roselan Baki dan Prof. Madya Dr. Abd Aziz Arshad daripada UPM, Encik Hamizan Abdullah dan Cik Mahfuzah Tarmudi, masing-masing daripada

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

11

Institut Pertanian dan NATC.

Pengisian dalam sesi ini adalah program pengajian yang

ditawarkan oleh UPM, Institut Pertanian dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NUTC), proses permohonan kemasukan, kelayakan akademik mengikut program serta kemudahan, kelebihan dan peluang-peluang lain yang boleh diperoleh. Penglibatan daripada pelajar cemerlang Fakulti Pertanian UPM juga memberikan peluang kepada peserta untuk beramah mesra dan mendapatkan tip-tip serta amalan yang perlu dilakukan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan dan sebagainya.

5) Klinik Pakar Pertanian UPM Klinik Pakar Pertanian UPM merupakan pengisian yang utama dalam HTBPP UPM. 42 orang pakar daripada UPM di bawa untuk program HTBPP UPM di Parlimen Tanjong Karang meliputi pelbagai disiplin. Sebanyak 11 kaunter pertanyaan pakar telah dibuka kepada orang ramai. Berikut adalah bidang kepakaran yang disediakan di Klinik Pakar Pertanian dan bilangan maklumbalas hasil perundingan:

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Bidang Kepakaran Sains Tanaman Perniagaantani Akuakultur Perlindungan Tumbuhan Teknologi Pertanian Kesuburan dan Pengurusan Tanah Ayam dan Pemakanan Haiwan Perubatan Akuatik Perubatan Ruminan Teknologi Makanan Produk Halal Jumlah

Bilangan Borang Maklum Balas 3 5 2 6 12 6 1 3 3 41

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

12

Gambar 10 Pakar daripada Fakulti Pertanian bersama seorang pengunjung Klinik Pakar UPM

Gambar 11 Hasil kajian daripada UPM yang ditunjukkan kepada pengunjung menjadi bahan tarikan pengunjung kepada Klinik Pakar UPM

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

13

Gambar 12 Komunikasi bersemuka antara pakar dan petani memberi peluang kepada UPM menjalankan tanggungjawab sosial seterusnya menjadikannya sebagai tumpuan penyelidikan.

6) Pameran, Pertandingan Pencarian Makanan Warisan, Pertandingan Gajet Tani

Gambar 13 Staf daripada Institut Biosains memberikan penerangan hasil penyelidikan kepada pengunjung pameran.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

14

Pameran yang dilaksanakan dalam HTBPP UPM kali ini melibatkan PTJ UPM, agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, syarikat swasta serta usahawan tani tempatan. Dalam pameran PTJ UPM ini terdapat poster mengenai PTJ, aktiviti PTJ dan penyelidikan. Turut dipamerkan juga alatan/mesin ringkas, produk penyelidikan serta jualan produk dari PTJ terbabit. Syarikat swasta dan usahawan yang dijemput UPM adalah berdasarkan penglibatan mereka secara langsung dengan UPM sama ada dari usahasama dalam

penyelidikan dan khidmat nasihat. Promosi dan jualan dari syarikat dan usahawan terbabit mencapai matlamatnya dan mendapat sambutan hangat dari hadirin sepanjang program berlangsung.

Gambar 14 Syarikat NJ Farms merupakan salah satu daripada usahawan dibawah bimbingan APEEC turut menyertai pameran.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

15

Gambar 15 Demonstrasi membuat tosai daripada Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.

Gambar 16 Demonstrasi kraf kaca oleh Encik Abas dari gerai Fakulti Sains, UPM

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

16

Senarai Demonstrasi yang berlangsung

Bil 1

Demonstrasi Teknologi Inovasi (Pembiakan Tampang, Cendawan Tiram Kelabu, Fertigasi Tanaman, Kit Pertanian)

PTJ terlibat Taman Pertanian Universiti

Teknologi Inovasi Industri Asas Tani (Produk Berasaskan Beras/Padi, Pembuatan Jem Sayur, Pembuatan Sabun Dari Tepung Beras, Pembuatan Kuih Redan)

Fakulti Kejuruteraan

3 4 5 6

Alat Pengopek Buah Durian Alat Pengutip Biji Sawit Kraf Kaca Pembuatan Tosei

Fakulti Kejuruteraan Fakulti Kejuruteraan Fakulti Sains Fakulti Sains dan Teknologi Makanan / APEEC

7 8 9 10

Pengiraan Kelip-Kelip Penggunaan Sistem GIS Vaksinasi Ikan Siakap Terapi Herba

Fakulti Pengajian Alam Sekitar Fakulti Pengajian Alam Sekitar Institut Biosains Institut Biosains

Klinik kesihatan komuniti UPM ini dijalankan sepenuhnya oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UPM. Seramai 10 orang staf PKU terlibat dalam pemeriksaan kesihatan ini. Antara jenis pemeriksaan percuma yang dijalankan ialah pemeriksaan tekanan darah, ujian saringan gula, pengiraan indeks jisim tubuh, penerangan kesihatan serta soal jawab bersemuka dengan pelanggan. Dari makluman yang diterima, seramai 600 orang pengunjung yang mengunjungi gerai tersebut sepanjang program berlangsung.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

17

Gambar 17 Sesi pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan oleh Pusat Kesihatan Universiti.

Gambar 18 Antara makanan warisan berasaskan padi dan beras yang dipertandingkan.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

18

Terdapat dua pertandingan yang telah diadakan sempena program tersebut bagi memeriahkan program ini iaitu Pertandingan Pencarian Makanan Warisan dan Pertandingan Gajet Tani. Pertandingan Pencarian Makanan Warisan bertujuan untuk meneroka jenis- jenis produk hiliran beras yang popular dan berpotensi di kawasan Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Penilaian pertandingan memilih dua jenis makanan warisan berasaskan beras yang berpotensi untuk dibangunkan. Seramai 80 orang peserta menyertai pertandingan ini dengan 106 produk makanan warisan dipertandingkan.

Gambar 19 Hakim pertandingan Gajet Tani menilai projek pasukan yang bertanding.

Dengan tema pertandingan Kreativiti Sains Memacu Ke Arah Pertanian Moden, pertandingan ini mengumpulkan saintis muda dari kalangan pelajar dari beberapa buah sekolah menengah di sekitar Parlimen Tanjong Karang. Ia merupakan satu platform perkongsian dan pengembangan hasil kajian penyelidikan sains pertanian para pelajar. Inovasi yang dihasilkan berkaitan dengan bidang pertanian. Untuk penilaian gajet tani, 3 orang hakim dari UPM, seorang dari agensi pembangunan setempat serta seorang dari pejabat pelajaran daerah telah dilantik. Hadiah pemenang ditaja oleh Parlimen Tanjong Karang, dan hadiah iringan ditaja oleh Fakulti Pertanian, UPM.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

19

4. Pengalaman Pembelajaran HTBPP UPM di Parlimen Tanjong Karang Pelaksanaan HTBPP UPM ini telah mendatangkan hasil/kesan (pengalaman pembelajaran) kepada UPM, agensi pelaksana, para petani/penternak dan usahawan, orang ramai iaitu:

1. Peningkataan Penglibatan Peserta dalam HTBPP UPM. Penglibatan peserta dalam program HTBPP UPM di Parlimen Tanjong Karang menunjukkan peningkatan dibandingkan dengan 4 program HTBPP UPM yang lalu seiring dengan penambahan aktiviti yang dijalankan. Jumlah penyertaan aktiviti direkodkan sejumlah 1400 orang dengan dialog 168 orang, forum 253 orang, bengkel pengembangan pertanian 196 orang, ceramah motivasi pelajar 750 orang.

2. Hubungan Kerjasama Agensi Pertanian Setempat dan Kementerian dengan UPM/APEEC Hubungan kerjasama antara UPM dengan rakan kongsi setempat semakin berkembang bukan sahaja diperingkat pengurusan, tetapi sehingga ke akar umbi dalam pelaksanaan HTBPP UPM. Setiap peringkat di bawah MOA turut dilibatkan seperti Bahagian Industri Asas Tani yang terlibat secara terus dalam program ini. Penglibatan agensi juga semakin bertambah termasuk agensi yang merangkumi pertanian dan perkhidmatan.

3. Promosi Imej UPM sebagai Universiti Bertemakan Pertanian (Teknologi dan Pengembangan) Moto UPM Berilmu Berbakti, HTBPP UPM menjadikan satu platform kepada setiap entiti UPM dalam disiplin pertanian dan teknologi untuk menyalurkan, mengembangkan serta menyampaikan ilmu dan teknologi baharu kepada kumpulan sasar selari dengan moto HTBPP UPM Dari Gedung Ilmu ke Lapangan .

4. Mewujudkan Mekanisma Hubungan Dua Hala Klinik Pakar Pertanian UPM dan pameran PTJ khususnya pameran inovasi dan program pengajian UPM telah memberikan pulangan ilmu kepada pengunjung yang hadir. Melalui klinik pakar pertanian, pengunjung berpeluang mengemukakan masalah dan pendapat kepada kumpulan pakar pertanian secara langsung, telus dan terbuka. Selain daripada itu, usahawantani serta individu yang berminat dapat berhubung terus dengan pakar untuk mendapatkan teknologi pemprosesan makanan baharu. Walaupun sesi konsultasi mengalami beberapa

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

20

cabaran, tetapi maklumat hubungan dapat direkodkan untuk tindakan susulan yang akan dibuat selepas program.

5.

Peningkatan Kemahiran Pakar dan Staf UPM dalam Aktiviti Pengembangan, Pemindahan Teknologi dan Penyelidikan. Pakar dan staf UPM dapat menjadikan HTBPP UPM sebagai satu platform untuk peningkatan kemahiran dalam menjalankan aktiviti pengembangan, pemindahan teknologi dan penyelidikan terus kepada golongan sasar. Ini dapat dilakukan menerusi aktiviti yang menumpukan terus kepada kumpulan sasar dan bidang fokus seperti program dialog kepada agen pengembangan. Selain daripada itu, ini memberi peluang kepada pensyarah dan staf baharu untuk meningkatkan kemahiran dalam melakukan kerja pengembangan sekali gus merealisasikan peranan ketiga universiti iaitu menjalankan khidmat pengembangan kepada masyarakat.

6. Pengukuhan Kemahiran dan Pengalaman Staf UPM dalam Menganjurkan HTBPP UPM Sepanjang proses perancangan HTBPP UPM, staf telah mendapat pendedahan dan pengalaman bermula dari proses perancangan, pelaksanaan, pemantauan serta membuat penilaian akhir program. Staf juga turut mendapat pendedahan tentang perancangan kewangan bagi menjalankan program pengembangan.

7. Merangsang dan Meningkatkan Motivasi Setiap aktiviti dijalankan yang menumpukan kepada kumpulan sasar, dapat dilihat berdasarkan kepada penyertaan peserta dalam pertandingan Pencarian Makanan Warisan dan Gajet Tani dimana penyertaan dan produk yang dipertandingkan amat memberangsangkan. Para peserta dilihat amat seronok dan bersemangat membawa produk warisan yang dihasilkan untuk dipertandingkan. Mereka boleh bertukar pengalaman dan resepi sesama peserta serta mewujudkan jaringan rakan kongsi baharu. Selain daripada itu, ceramah motivasi pelajar juga turut merangsang dan meningkatkan motivasi mereka untuk menimba ilmu sehingga ke menara gading dan menjadikan pertanian sebagai satu pilihan utama.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

21

8. Sumber Kewangan Tambahan Pusat Tanggungjawab di UPM juga dilihat dapat meningkatkan pendapatan melalui hasil jualan yang dibuat seperti jualan anak pokok dan produk baharu hasil penyelidikan UPM (mesin pemprosesan makanan).

Laporan Disediakan Oleh: Ainul Mardhiyyah Mohamed Ghazali & Hazreen Diana Haris Pengurus Program Bersama, HTBPP UPM Di Parlimen Tanjong Karang, Selangor Unit Pengembangan Pertanian APEEC

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

22

Lampiran 1 PENGISIAN AKTIVITI JUARA RAKYAT KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI BERSAMA PAKAR PERTANIAN UPM DI PARLIMEN TANJONG KARANG

Gambar 20 Encik Dzulkifly Mat Hashim mendengar soalan daripada peserta bengkel Industri Hiliran dan Produk Halal.

Gambar 21 Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah menyampaikan tanduk rusa sebagai cenderamata HTBPP UPM kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Haji Omar.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

23

Gambar 22 Datuk Seri Noh Haji Omar menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Pencarian Makanan Warisan.

Gambar 23 Dr. Rosnah Shamsuddin daripada Fakulti Kejeruteraan memberi penerangan mesin ciptaan beliau, Pineapple Multi Peeler Plus kepada tetamu kehormat semasa lawatan pameran.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

24

Gambar 24 Mesin memasak jem antara inovasi UPM yang dipamerkan kepada pengunjung.

Gambar 25 Encik Norhaiman menunjukkan cara-cara membuat cantuman pokok kepada pengunjung di gerai Taman Pertanian Universiti.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

25

Gambar 26 Sesi penghakiman pertandingan Pencarian Makanan Warisan berasaskan padi dan beras.

Gambar 27 Warga kerja program bergambar kenangan bersama Naib Canselor UPM, Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

26

Gambar 28 Bergambar bersama Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Tai Shzee Yew.

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

27

Lampiran 2 LAPORAN AKHBAR

Utusan Malaysia, Isnin 3 Mei 2010

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

28

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

29

HTBPP UPM 5 | Tanjong Karang, Selangor

30

Anda mungkin juga menyukai