Anda di halaman 1dari 15

1.

PENGENALAN
Media massa, baik media cetak mahupun elektronik merupakan alat penyebaran

Maklumat yang berupaya mempengaruhi pemikiran kita. Implikasi dan pengaruh media
kepada individu berbanding dengan individu yang lain bagaimanapun tidak setara kerana
keberkesanan pengaruh itu boleh berubah. Hal ini berlaku lantaran pemikiran seseorang
individu itu berbeza antara satu indivu dengan individu yang lain. Jika seorang individu
menilai sebuah artikel dari media cetak atau elektronik sebagai positif, belum tentu ia
dapat diterima sebagai positif juga oleh individu yang lain.
Pembentukan salah satu daripada tiga keadaan dalam diri seorang individu iaitu
positif, negatif dan neutral berhubung maklumat balas daripada sumber media adalah
dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya agama yang dianuti, latar belakang keluarga
serta pendidikannya, sikap prinsip hidup, budaya bangsa dan adat resam yang terdapat
dalam masyarakatnya (H.M Tuah Iskandar, 1997)
Nilai positif, negatif, pro, kontra dan neutral terhadap isu yang dikemukakan oleh
media massa adalah sesuatu yang lumrah berlaku di Malaysia.

Berlakunya reaksi

kemarahan orang ramai terhadap kes jenayah ragut ekoran laporan sensari yang
dilakukan media massa dalam bulan Jun 2004 yang lalu membuktikan reaksi mendadak
yang meletus ekoran laporan yang diberikan oleh media. Ketika itu setiap media massa
di negara ini menyiarkan laporan kes jenayah ragut yang berlaku. Media elektronik
swasta pertama di negara ini iaitu TV 3 melalui siaran rancangan khas mengenai laporan
kes jenayah iaitu 999 telah setiap minggu melaporkan kes jenayah tersebut. Begitu juga
dengan siaran berita seperti Buletin Utama di TV 3, Berita Perdana di TV 1, dan Edisi

Siasat di NTV 7 yang turut melaporkan kes jenayah ragut sebagai berita utama di kaca
televisyen.

Kekerapan penyiaran kejadian kes jenayah tersebut di kaca televisyen

meninggalkan kesan negatif di hati orang ramai. Mereka menganggap bahawa kejadian
jenayah tersebut di negara ini begitu berleluasa dan sukar dibendung sekaligus turut
menimbulkan kesan negatif terhadap kewibawaan pasukan polis untuk menjaga
keselamatan dan ketenteraman awam.
Bagaimana situasi ini berlaku dapat kita lihat apabila kita memahami tiga teori
yang berkait rapat dengan komuniaksi massa iaitu Teori Penanaman, Teori Penetapan
Agenda dan Teori Pilin Kesenyapan serta mengaitkannya dengan isu yang ditimbulkan
oleh media massa tersebut.

2.0

TEORI PENANAMAN
Teori Penanaman telah diasaskan oleh George Gerbner. Menurut Gerbner et al.

(1986), orang yang banyak menonton TV akan mengalami perasaan takut terhadap
keganasan yang berlaku di dunia.
Kajian oleh Gerbner dan rakan-rakannya mendapati pembentukan perasaan takut
atau penanaman disebabkan menonton program TV lebih ketara di kalangan mereka yang
menonton TV selama empat jam atau lebih. Gerbner telah mengkategorikan penonton
kepada dua kategori iaitu satu kategori penonton yang kurang menonton 2 jam atau
kurang, dan satu lagi kategori yang banyak menonton iaitu 4 jam atau lebih, dan melihat
pandangan dan tindak balas mereka terhadap beberapa isu yang diutarakan seperti
peluang mereka untuk terlibat dalam kejadian ganas, peraaan takut untuk berjalan pada

waktu malam, tanggapan terhadap aktiviti polis dan perasaan tidap percaya pada orang
lain.
Hasil kajian beliau mendapati bahawa pandangan atau tanggapan orang yang
banyak atau kerap menonton TV adalah berasaskan kepada gambaran di TV dan
bukannya berdasarkan keadaan yang sebenar.

Ini bermaksud, berdasarkan kajian

Gerbner, mereka yang kerap menonton TV akan terbawa-bawa unsure kejadian atau
peristiwa yang berlaku di TV dan dijadikan asas untuk tanggapan kemungkinan suatu
perkara itu akan berlaku. Menurut Gerbner, berdasarkan kajian beliau, penanaman atau
pendapat mereka berhubung sesuatu isu sekiranya ditanya kepada mereka yang kerap
menonton TV adalah berasaskan kepada apa yang disiarkan atau dipertontonkan
sepertimana di TV. Realiti mereka adalah realiti TV, tidak berdaya memberikan pendapat
berdasarkan pemikiran sendiri kerana telah terpengaruh secara kronik dengan rancangan
di TV.
Gerbner telah mengutarakan dua konsep untuk menjelaskan penontonan TV dan
penanaman perasaan takut iaitu mainstreaming dan resonance. Mainstreaming ialah
proses di mana mereka yang kerap menonton TV lebih empat jam membentuk satu
pandangan yang sama disebabkan terdedah kepada imej yang sama. Kesannya, menurut
Gerbner, semua penonton yang banyak menonton TV tidak kira dari latar belakang yang
berbeza akan mempercayai perkara yang sama.
Konsep resonance menerangkan keadaan di mana teknik pengulangan tayangan
keganasan yang pernah disiarkan di televisyen, memberikan kesan takut kepada kita

dengan menganggap ianya akan berlaku lagi.

Kesan penanaman ini akan semakin

berjaya jika pengulangan yang kerap dilakukan secara berulang di televisyen.


Misalnya pengulangan laporan berita kejadian jenayah ragut telah menimbulkan
perasaan takut kepada orang ramai khususnya golongan wanita untuk keluar rumah atau
ke destinasi tertentu berseorangan. Ia juga juga menimbulkan sikap sentiasa berhati-hati
dan berwaspada di kalangan wanita agar tidak menjadi mangsa ragut. Laporan berita
mengenai peragut yang berjaya ditahan, dan dibelasah hingga mati oleh orang awam pula
dijadikan senjata oleh pihak media untuk menakutkan peragut agar tidak melakukan
jenayah tersebut.

Melalui saluran media juga pihak berkuasa telah memberikan amaran

keras kepada para penjenayah bahawa mereka akan menerima hukuman berat jika
melakukan jenayah tersebut.

3.0

TEORI PENETAPAN AGENDA


Teori ini telah dikemukakan oleh Shaw dan McCombs (1977). Teori ini

menyatakan bahawa media massa berupaya memindahkan kepentingan isu berita kepada
agenda umum.

Menurut Shaw dan McCombs (1972), fenomena penetapan agenda

adalah penting disebabkan masyarakat menganggap penting perkara yang dianggap


penting oleh pihak media.
Misalnya kematian Chin Wai Fun, 38 dan Chong Fee Ching seorang wartawan
akhbar Nanyang Siang Pau, 37 akibat menjadi mangsa ragut telah dijadikan berita utama
pada hampir semua akhbar utama. Chin Wai Fun meninggal dunia pada 23 Mei 2004
setelah menjadi mangsa ragut kali yang keempat di lokasi yang sama di Jalan Tun

Sambanthan, Brickfields sejak 15 tahun lalu. Mendiang meninggal di Pusat Perubatan


Universiti Malaya selepas koma selama 17 jam. Chong Fee Cheng pula meninggal
dunia selepas koma akibat diseret dalam kejadian ragut bermotosikal di Taman Molek,
Johor Bahru pada 12 Jun 2004 yang lalu. Selain daripada kematian mangsa ragut,
terdapat juga berlakunya kematian di kalangan individu yang cuba membantu mangsa
ragut seperti kejadian yang berlaku di Selangor baru-baru ini. Jenayah ragut juga turut
mengakibatkan mangsanya cedera parah seperti yang dialami oleh Junifah Jaafar, 25 yang
cedera parah paa bahu kanan akibat dikelar oleh peragut di tangga sebuah pangsapuri di
Desa Perdana.
Isu jenayah ragut yang disebarkan oleh media massa mengakibatkan kerajaan
mengambil tindakan tegas bagi membanteras jenayah tersebut. Perdana Menteri dalam
akhbar Berita Harian pada 17 Jun 2004 menyatakan bahawa kerajaan sedang menimbang
untuk memperketakkan undang-undang bertujuan memperkukuhkan hak rakyat dalam
usaha membanteras jenayah termasuk ragut. Pihak polis menggunakan pelbagai taktik
bagi memerangkap peragut antgaranya ialah penggunaan polis wanita untuk mengumpan
mereka. Orang ramai pula mulai sedar tentang peranan dan tanggungjawab mereka
dalam mencegah dan membanteras jenayah ragut daripada berleluasa.
Menurut Littlejohn (1996), proses penetapan agenda boleh dilihat dalam tiga
bahagian iaitu:
i.

Prioriti isu dibincangkan oleh pihak media atau penentuan agenda media.

ii.

Agenda media mempengaruhi pemikiran masyarakat atau agenda umum,

iii.

Agenda umum mempengaruhi pemikiran pembuat dasar atau agenda global.

Ini menunjukkan bahawa agenda media mempunyai pertalian dengan agenda


umum manakala agenda umum pula mempengaruhi agenda polisi.
Misalnya kejadian jenayah ragut yang berlaku secara berleluasa telah dijadikan
agenda oleh media massa untuk memerangi kejadian jenayah tersebut. Jika kita teliti,
sebenarnya sebelum ini kejadian jenayah ini sebenarnya telah lama berlaku. Telah ada
orang ramai yang menjadi kes ragut tetapi bilangan kes yang dilaporkan tidak meluas di
dada akhbar. Tetapi kes ini ini menjadi isu besar dalam bulan Mei dan Jun yang lalu.
Kesemua media cetak baik yang berbahasa Melayu, Inggeris, Inggeris, Cina dan
Tamil menjadikan laporan jenayah ragut sebagai berita utama di muka akhbar mereka.
Ketika itu juga setiap media massa telah melancarkan perang terhadap jenayah ragut.
Mungkin ini ada perkaitan dengan kematian seorang wartawan dari akhbar Nanyang
Siang Pau yang mati dalam kejadian ragut. Media massa seolah-olah mahukan orang
ramai bersimpati dengan nasib wartawan tersebut dan membalas perbuatan penjenayah
tersebut.
Media massa elektronik pula saban hari memaparkan laporan kejadian ragut yang
berlaku melalui saluran berita mereka. Segala pandangan dan pendapat diambil daripada
orang ramai dan tokoh tertentu tentang jenayah tersebut. Malah media elektronik swasta
pertama di negara kita iaitu TV 3 telah mengadakan bancian SMS di kalangan penonton
untuk melihat pandangan mereka terhadap jenayah ragut tersebut. Rata-rata mereka
mengutuk dan mengecam perbuatan jenayah tersebut yang mengakibatkan berlakunya
kehilangan harta benda, kecederaan dan kematian kepada mangsa ragut. Orang ramai

berasakan perbuatan tersebut amat kejam dan tidak berhati perut yang sanggup merampas
hak orang lain secara paksa untuk kepentingan sendiri.
Peranan yang dimainkan oleh media massa telah menimbulkan kesan positif
apabila pihak polis secara agresif telah melakukan operasi besar-besan bagi membanteras
jenayah tersebut. Bilangan anggota polis telah dipertingkatkan dan diletakkan di tempattempat yang dikenalpasti sebagai lokasi ragut. Bukan sahaja anggota polis beruniform
malahan ada di kalangan anggota polis yang menyamar sebagai orang awam untuk
memantau keadaan dan memberkas peragut.

Malahan pihak polis telah memasang

perangkap dengan meletakkan anggota polis wanita yang menyamar sebagai orang awam
di tempat-tempat tersebut. Bukan itu sahaja malah ada cadangan untuk memasang CCTV
di tempat-tempat tertentu bagi menangani jenayah tersebut.
Pihak kerajaan sendiri telah mengambil langkah positif bagi membanteras jenayah
tersebut.

Perdana Menteri sendiri menyatakan bahawa kerajaan menimbang untuk

memperkenalkan undang-undang bertujuan memperkukuhkan hak rakyat dalam usaha


membanteras jenayah termasuk ragut.

Undang-undang itu bertujuan membolehkan

warga negara memainkan peranan yang lebih berkesan berlandaskan undang-undang


dalam usaha membanteras jenayah.
Orang ramai sendiri telah berasa bertanggungjawab bagi membanteras kegiatan
jenayah itu. Mereka sanggup memberi maklumat malah memberkas penjenayah terbabit
tanpa perlu menunggu kehadiran pihak polis. Ini dapat dilihat dalam kejadian ragut di
Klang pada 12 Jun 2004 yang lalu. Dalam kejadian itu seramai lima orang awam telah
membelasah seorang peragut selepas penjenayah terbabit meragut beg tangan seorang

wanita. Penjenayah tersebut akhirnya meninggal dunia setelah koma. Menurut Perdana
Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kejadian tersebut jelas menunjukkan
kemarahan rakyat terhadap jenayah ragut.

4.0

TEORI PILIN KESENYAPAN


Teori ini telah diutarakan seorang penyelidik Jerman yang bernama Noelle-

Niumann, 1974. Pilin kesenyapan berlaku apabila individu yang mempunyai tanggapan
bahawa pendapatnya yang popular akan terus mempertahankan pendapatnya, tetapi
apabila mengetahui pendapatnya bukan pendapat yang dipersetujui oleh orang ramai atau
pendapat orang ramai, maka ianya berdiam diri. Proses ini berlaku dalam bentuk pilin
(spiral) yang membuatkan satu pandangan tentang isu lebih utama berbanding pandangan
yang sebaliknya.
Teori ini telah diasaskan kepada dua andaian iaitu:
i.

Orang ramai tahu pandangan yang utama

ii.

Orang ramai mengubah pandangan mereka mengikut tanggapan mereka


tentang pandangan yang utama.
Misalnya pandangan orang ramai terhadap hukuman bagi penjenayah kes ragut, di

mana hukuman yang dikenakan selama ini tidak setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan dan implikasi yang dialami oleh mangsa dan keluarga mereka. Orang ramai
berpendapat pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas selama ini bagi
membanteras jenayah tersebut. Seolah-olah pihak berkuasa lebih suka bersikap tunggu
dan lihat atau bila terantuk barulah terngadah. Mereka juga beranggapan bahawa pihak

berkuasa dan kerajaan secara amnya tidak serius dalam menjaga ketenteraman awam. Ke
mana perginya anggota polis yang bertugas selama ini sehingga para penjenayah boleh
melakukan jenayah ragut dengan mudah terutama sekali di tempat yang terbuka?
Bukankah selama ini pihak polis didapati kerap didapati melakukan rondaan? Adakah
rondaan tersebut tidak berkesan? Kebenaran pendapat orang ramai ini terbukti benar
kerana didapati pihak berkuasa seakan-akan baru bangun dari tidur terutama apabila
media massa mengejutkan mereka dengan berita kematian seorang wartawan akibat
menjadi mangsa ragut. Pihak media juga terus menyiarkan berita tersebut setiap hari
seolah-olah ingin menyedarkan pihak berkuasa agar pro aktif dalam membanteras
jenayah.
Untuk melihat bagaimana pilin kesenyapan berlaku di negara kita juga dapat kita
lihat apabila sikap berdiam diri orang ramai dalam memberikan pendapat terhadap
keseriusan pihak berkuasa mengenakan tindakan undang-undang terhadap para
penjenayah ragut juga mula terdedah apabila pihak media massa kerap meminta pendapat
mereka tentang sistem undang-undang di negara ini. Menerusi media cetak, pendapat
pembaca diminta melalui ruangan pendapat pembaca misalnya Ruangan Surat dan Email di dalam akhbar Berita Harian, manakala menerusi media elektronik, pendapat
penonton diminta melalui bancian SMS yang dipaparkan hasil bancian tersebut pada
akhir Buletin Utama di TV 3. Pendapat dan pandangan orang ramai ini ternyata benar
kerana apabila isu ragut ini menjadi sensasi di seluruh negara barulah pihak berkuasa
hendak menimbang dan mengkaji untuk memperkenalkan undang-undang bertujuan

membanteras jenayah ragut seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dalam wawancara oleh Berita Harian pada 15 Jun yang lalu.
Orang ramai telah lama memendam perasaan ketidak puasan hati mereka terhadap
ketegasan pelaksanaan undang-undang di negara ini.

Pilin Kesenyapan ini berlaku

kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk meluahkan pendapat mereka. Walaupun
pendapat mereka itu benar tetapi mereka terpaksa akur dengan pandangan majoriti yang
rata-rata akur dan berpuas hati dengan pelaksanaan undang-undang oleh pihak berkuasa
yang ketat selama ini sehinggalah berlakunya beberapa kematian akibat jenayah
tersebut.

Ekoran itu mereka sanggup membelakangkan undang-undang dengan

mengambil tindakan sendiri bagi melindungi mangsa dan menegakkan keadilan.


Kemuncak Pilin Kesenyapan inilah mengakibatkan lima orang awam yang berasa
bertanggungjawab membantu mangsa ragut membelasah seorang peragut dalam satu
kejadian di Klang sehingga mengakibatkan penjenayah tersebut mati. Menurut Perdana
Menteri Daruk Seri Abdullah Ahmad Badawi kejadian tersebut jelas menunjukkan
kemarahan rakyat selama ini.

5.0

PANDANGAN UMUM MEDIA MALAYSIA TENTANG ISU UTAMA


Bermula 23 Mei 2004 yang lalu, media massa di Malaysia telah memainkan

peranannya dengan menarik perhatian rakyat terhadap kejadian jenayah kejam yang
meragut nyawa seorang kerani, Chin Wai Fun, 38, mati selepas terjatuh pada bahu jalan
dalam satu kejadian ragut Brickfields, Kuala Lumpur. Pada 12 Jun 2004 pula, rakyat
Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kejadian kejam yang meragut nyawa seorang

10

kerani akhbar Nanyang Siang Pau, Chong Fee Cheng, 37 yang koma dan parah selepas
diheret dalam kejadian ragut bermotosikal di Taman Molek, Johor Bahru.
akhirnya meninggal dunia pada pagi 14 Jun iaitu 3 hari kemudian.

Beliau

Mangsa yang

mengalami pendarahan pada otak, disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Johor,
pada 7.35 pagi.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh dan disiasat

mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Berita tersebut menjadi berita utama di muka
depan kesemua akhbar pelbagai bahasa dan media elektronik milik kerajaan mahupun
swasta di negara ini. Ia telah menarik minat khalayak pembaca dan penonton untuk
membentuk pandangan umum tentang isu utama yang difokuskan iaitu jenayah ragut.
Selepas dua kejadian yang meragut nyawa dua mangsa yang malang itu, media
massa pada setiap hari menyiarkan dan memaparkan berita-berita mengenai kejadian
jenayah ragut yang berlaku di seluruh negara tidak terhad di bandaraya-bandaraya utama
sahaja. Rupa-rupanya selama ini jenayah ragut memang sudah lama berleluasa di negara
kita Cuma tidak didedahkan oleh pihak media massa sahaja. Jika adapun kejadian
jenayah ragut yang berlaku di negara kita ruangan laporan berita yang diperuntukkan
untuknya adalah kecil sahaja bukan menjadi berita utama. Situasi ini berkaitan dengan
teori pilin kesenyapan yang diutarakan oleh Noelle- Niumann, 1974.
Pada 12 Jun 2004 (Berita Harian 17 Jun 2004 - Lampiran iv), polis Johor berjaya
menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes ragut yang mengakibatkan kematian
seorang kakitangan wanita akhbar Nanyang Siang Pau, Chong Fee Cheng, 37 kira-kira
jam 11 malam.

Ketiga-tiga lelaki tersebut yang berusia di antara 24 dan 28 tahun

merupakan rakyat tempatan. Mereka ditahan reman oleh polis selama sembilan hari

11

bermula dari hari mereka ditangkap. Kejayaan pihak polis memberkas suspek yang
terlibat memperlihatkan kepada orang ramai bahawa pasukan polis negara kita amat
cekap menyelesaikan kes jenayah dalam masa yang sinkat sekaligus menunjukkan
kesungguhan pihak polis membenteras jenayah dan menjaga ketenteraman awam.
Bagaimanapun rupa-rupanya kejadian ragut tidak terhad dengan hanya melibatkan
kedua-dua mangsa tersebut.

Selepas itu didapati banyak kejadian kes ragut yang

dilaporkan di media massa (Berita Harian, 15, 17, 21 Jun 2004 - Lampiran i, ii, iii) .
Liputan berita yang meluas terhadap kes tersebut disebabkan adanya penggunaan Teori
Penetapan Agenda. Media massa telah berupaya memindahkan kepentingan isu berita
kepada agenda umum. Misalnya kes ragut didapati tidak memilih mangsa baik golongan
gadis, wanita, golongan warga emas malahan di kalangan para pelancong asing yang
melancong di negara kita. Ada di antara penjenayah yang menyamar sebagai eksekutif
untuk memerangkap mangsa. Kejadian kes ragut yang membabitkan pelancong asing
pula telah mencemarkan imej negara ini di mata dunia. Para pelancong berasa tidak
selamat untuk melancong di negara ini kerana khuatir menjadi mangsa ragut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah mendedahkan kepada pihak
media bahawa sebanyak 1, 144 kes ragut membabitkan kerugian bernilai RM2.34 juta
dicatatkan di sekitr ibu negara khususnya di kawasan tumpuan pelancong dan Segi Tiga
Emas dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. Manakala sepanjang tahun lalu,
sebanyak 15, 798 kes ragut dicatatkan di seluruh negara manakala dalam tempoh tiga
bulan pertama tahun ini pula, sebanyak 3, 436 kes dicatatkan (Berita Harian 15 Jun 2004
- Lampiran x). Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu jelas menunjukkan bahawa

12

kejadian kes ragut di negara ini merupakan satu perkara yang serius dan berada dalam
tahap yang amat membimbangkan.
Kejadian jenayah ragut bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar seperti di
Kuala Lumpur dan Johor Bahru malahan di bandar-bandar kecil. Ekoran berlakunya
peningkatan kejadian jenayah ragut tersebut maka orang ramai berasakan bahawa pihak
polis kurang mengambil tindakan tegas bagi menangani jenayah tersebut (Berita Harian
15 Jun 2004 - Lampiran x). Pihak media massa pula dilihat selama ini seolah-olah tidak
mengambil berat isu tersebut dengan mengikut Teori Pilin Kesenyapan atas kepentingan
pihak-pihak tertentu. Ini tidaklah menghairankan kerana ada di kalangan pihak atasan
yang tidak senang dengan penyiaran berita jenayah ragut secara berleluasa kerana
dikhuatiri akan menjejaskan industri pelancongan negara.

Tanggapan bahawa pihak

polis tidak tegas dalam hal tersebut akibat Teori Pilin Kesenyapan telah menyebabkan
orang ramai berasa amat marah lalu mengambil langkah berani dengan sendiri
memberkas penjenayah tersebut tanpa menanti kehadiran pihak polis. Namun demikian
sikap orang ramai yang bersungguh-sungguh untuk mengajar sikap kurang ajar
penjenayah tersebut menyebabkan mereka mengenepikan undang-undang dengan
membelasah dan melanggar penjenayah dan kenderaan

sehingga mengakibatkan

berlakunya kecederaan dan kematian (Berita Harian 17 Jun 2004 - Lampiran xii, xiii, xiv,
xv). Ekoran kejadian kematian seorang peragut yang mati selepas dibelasah seramai lima
orang awam dalam kejadian di Klang, maka pihak polis menasihatkan orang ramai agar
tidak bertindak keterlaluan sehingga menyebabkan kecederaan parah dan kematian ketika
memberkas penjenayah ragut (Berita Harian 17 Jun 2004 - Lampiran xv). Malahan orang

13

ramai diingatkan bahawa tindakan keterlaluan mereka boleh menyebabkan mereka


disabit kesalahan lain serperti cubaan membunuh atau mencederakan.

Pihak polis

meminta agar penjenayah terbabit diserahkan kepada pihak polis dan biarlah pihak polis
yang mengambil tindakan.
Peningkatan jenayah ragut menyebabkan pihak polis mula mengambil tindakan
proaktif. Tindakan proaktif pihak polis ialah seperti mengadakan operasi besar-besaran
membanteras jenayah ragut di bandar-bandar utama. Dalam operasi tersebut pihak polis
menempatkan anggotanya sama ada anggota beruniform atau berpakaian biasa bagi
memantau keadaan dan mengambil tindakan jika berlaku jenayah tersebut. Pihak polis
negeri Perak pula mengambil tindakan yang lebih bijak dengan menempatkan angota
polis wanita muda yang mengamar sebagai orang awam di beberapa kawasan tumpuan
peragut (Berita Harian 17 Jun 2004 Lampiran xviii). Anggota polis wanita berkenaan
akan diberi tugas dengan sengaja membawa beg tangan pada posisi yang mudah dilihat
untuk mengumpan peragut yang berjalan atau menunggang motosikal.

Ketua Polis

Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar pula mencadangkan supaya pesalah jenayah ragut
dikenakan hukuman yang lebih berat termasuk sebatan seperti kesalahan bagi kes
rompakan (Berita Harian 15 Jun 2004 - Lampiran xvi). Pihak polis Bukit Aman pula
mengkaji peruntukan undang-undang untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada
penjenayah kes ragut, terutama yang mengakibatkan kematian atau kecederaan kepada
mangsa.
Pihak kerajaan pula mula menyedari bahawa kepentingan, keselamatan dan
keamanan rakyat telah tergugat ekoran peningkatan kes ragut di seluruh negara. Perdana

14

Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah memberi jaminan bahawa
kerajaan

telah

menimbang

untuk

memperkenalkan

undang-undang

bertujuan

memperkukuhkan hak rakyat dalam usaha membanteras jenayah termasuk ragut (Berita
Harian 17 Jun 2004 - Lampiran xii). Menurut beliau undang-undang itu nanti bertujuan
untuk membolehkan warga negara memainkan peranan yang lebih berkesan berlandaskan
undang-undang dalam usaha membanteras jenayah.

Kenyataan Perdana Menteri itu

disokong oleh Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel
yang menyatakan bahawa undang-undang seumpama itu perlu diwujudkan sebagai garis
panduan untuk rakyat, walaupun seseorang itu mempunyai hak menangkap penjenayah
terutama ketika mereka berdepan dengannya (Berita Harian 17 Jun 2004 - Lampiran
xviii). Pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pula menyatakan akan
memperkenalkan semula program rondaan sukareka di kawasan Rukun Tetangga (RT) di
seluruh negara. Menurut Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri, Azman Amin Hassan, langkah itu bertujuan
membantu pihak berkuasa terutama polis mencegah dan mengurangkan kadar jenayah
terutama ragut di kawasan kediaman (Berita Harian 15 Jun 2004 - Lampiran xix, xxi dan
xxii). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula menasihatkan orang
ramai terutama wanita supaya berwaspada dan tidak mendedahkan mereka kepada
kemungkinan diragut (Berita Harian 15 Jun 2004 Lampiran xx).

15

Anda mungkin juga menyukai