Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Teks ucapan yang dipilih oleh kumpulan kami adalah ucapan perutusan khas

Menteri Pelajaran Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Seri Hishamuddin Bin Tun

Hussien sempena Hari Guru tahun 2007 yang lalu.

Topik utama ucapan ialah perutusan khas sempena sambutan Hari Guru Tahun

2007 yang ke 36. Ucapan ini bertujuan memberi penghargaan kepada golongan guru yang

bertungkus lumus memberi tunjuk ajar kepada anak didik dengan penuh keikhlasan

walau di mana sahaja mereka ditugaskan,sama ada di kota raya,Bandar-bandar,mahupun

di ceruk kampong dan desa.Lebih-lebih lagi sambutan hari guru kali ini bersempena

dengan kemerdekaan Negara yang ke 50.

Ucapan atau perutusan ini ditujukan khas buat semua guru di Malaysia,dan beliau

mengharapkan guru-guru terus gigih mendidik anak bangsa walau di mana sahaja mereka

ditempatkan untuk menjalankan tugas yang murni .Pada kebiasaannya perutusan ini akan

dibacakan oleh Guru Besar setiap sekolah semasa sambutan hari guru.

Teks ini diperolehi daripada edaran yang dihantar kepada semua sekolah di

Malaysia.

1
3.0 RINGKASAN ISI DAN IDEA-IDEA UTAMA TEKS

3.1 Menyatakan kesyukuran Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran kerana dapat

sama-sama meraikan Sambutan Hari Guru yang ke 36 pada tahun

ini(2007).Sambutan yang dibuat secara besar-besaran ini diseluruh pelusuk

tanahair oleh semua lapisan masyarakat.

3.2 Sambutan menjadi lebih istimewa dan bermakna kerana sambutan kali ini

bersempena dengan sambutan Jubli Perak Kemerdekaan Negara.beliau menyeru

orang ramai supaya menanamkan sikap dan nilai peribadi yang tinggi serta

citakan tanahair ini.

3.3 Kita perlu bersyukur kerana prestasi kemajuan Negara kita berada pada tahap

yang membanggakan berbanding Negara-negara lain di dunia ini.Kita harus sedar

dan insaf bahawa perjuangan ini masih jauh dan tuntutan serta cabaran masa

depan jauh lebih getir dan mencabar.Kesedaran dan keinsafan itu hendaklah

dengan kesungguhan untuk bersatu dan bekerja dengan lebih tekun untuk

mencapai matlamat sebuah negara Malaysia yang maju menurut acuannya

sendiri.

2
3.4 Perjuangan dalam bidang pendidikan bermula dari awal kemerdekaan dan berasa

amat berbangga dengan jasa-jasa yang ditaburkan oleh guru-guru lama dalam

perjuangan mereka menuntut kemerdekaan. Sebagai guru-guru di masakini mesti

menilai tahap komitmen mereka dalam melaksanakan tanggung jawab sendiri.

3.5 Kemajuan yang dicapai dalam bidang pendidikan sehingga mendapat

pengiktirafan di peringkat nasional mahupun antarabangsa.Kejayaan para pelajar

dalam pelbagai kajian dan pertandingan berorientasikan akademik dank o-

kurikulum di luar Negara. PPSMI menjadi kajian dan model untuk pembangunan

kurikulum beberapa buah Negara di bawah kelolaan UNESCO.Sistem pengajian

Islam telah digunapakai di Afghanistan.

3.6 Penggubalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010

merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan

bersepadu,koprehensif dan menyeluruh,tidak tertumpu kepada satu jenis sekolah

sahaja,lokasi dan kaum. Pelan ini merupakan pelengkap kepada pelan-pelan

rancangan yang terdahulu dan digubal berpandukan matlamat dan teras kerangka

besar Misi Nasional dan Wawasan 2020.

3
3.7 Dua pendekatan yang digunakan bagi melaksanakan pelan induk tersebut:

i. menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dalam rancangan 5 tahun

sebelum ini.iaitu memastikan akses kepada pendidikan dan menyama

ratakan medan persaingan di kalangan pelajar.

ii. Berusaha untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan institusi

yang telah bersedia ke suatu tahap yang lebih tinggi bagi mengangkat imej

system pendidikan Negara di mata dunia.

3.8 6 teras strategic yang telah dikenalpasti iaitu:

a. Teras Pertama- Membina Negara Bangsa

b. Teras Kedua Membangunkan Modal Insan

c. Teras Ketiga Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

d. Teras Keempat Merapatkan Jurang Pendidikan

e. Teras Kelima Memartabatkan Profesion Keguruan

f. Teras Keenam Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

4
3.9 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan bulan April sebagai Bulan

ICTmanakala Bulan Mei pula sebagai Bulan Guru. Ia merupakan teras yang kelima

Pelan Indul Pendidikan iaitu memartabatkan profesion keguruan.

KRITIKAN TERHADAP TEKS

Hasil kajian terhadap teks ucapan Menteri Pelajaran Yang Amat Berhormat Dato

Seri Hishamuddin Bin Tun Hussien telah mendapati isi ucapan ini banyak melahirkan

rasa kesyukuran beliau sempena sambutan Hari Guru yang ke 36,lebih-lebih lagi

sambutan kali ini bertambah gah dan meriahnya kerana bersempena dengan ulang tahun

kemerdekaan Negara kita yang ke 50 iaitu sambutan Jubli Perak. Dalam mengharungi

arus kemerdekaan ini jasa guru lah yang banyak menaburkan jasa dan bakti dalam

mendidik anak bangsa.Malah untuk mencapai kemerdekaan juga kaum guru yang dahulu

banyak menyimbah keringat mereka dalam memberi kesedaran kepada penduduk Tanah

Melayu agar berjuang memerdekakan Negara dari cengkaman penjajah.

Dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan, dunia pendidikan mengalami pelbagai

rentetan perjalanan yang penuh ranjau oleh itu kita tidak boleh menoleh ke belakang

keran apa yang lebih penting memajukan Negara ,membina masa depan Negara agar

cemerlang di mata dunia.Kita perlu bersyukur kerana prestasi kemajuan kita kin berada di

tahap yang membanggakan berbanding Negara-negara lain yang seusia dan seangkatan

dengan Malaysia.

5
Kesedaran dan keinsafan ini mesti ditanam di hati sanubari setiap insan

/penduduk Negara ini lebih-lebih lagi kaum guru kerana cabaran masa dapan yang lebih

jauh getir dan mencabar yang mesti kita hadapi.

Keinsafan dan kesedaran ini harus dipupuk dengan kesungguhan untuk terus

bersatu dan bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat bersama membina sebuah

Negara Malaysia yang maju menurut acuan kita sendiri. Mampukah kita kaum guru

menangani dan menentang segala pancaroba yang datang bertali arus,menggoda disiplin

anak-anak murid kita di masa kini? Masalah disiplin menjadi perkara yang paling utama

yang mesti kita tangani.Didik,bombing dan asuhlah anak didik kita agar kembali kepada

tuntutan azali iaitu kembali kepada tuntutan Allah agar segala cabaran yang bakal

mendatang dapat ditangani dengan baik.

Segala perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memartabatkan

pendidikan Negara kita di mata dunia bukanlah satu perkara yang remeh dan dipandang

mudah.perancangan yang diatur diatas kertas kerja merupakan satu perkara yang mudah

diuasahakan tetapi bagaimana dengan pelaksana-pelaksana yang menghadapi pelbagai

karenah anak murid dan ibu bapa yang datang dengan ribuan permasalahan. Mampukah

kita menanganinya dan dapatkah kita melaksanakan sepertimana yang telah dirancang.

Oleh itu kita kaum guru mestilah berganding bahu dalam melaksanakan

perancangan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta tidak meninggalkan

nilai insani yang mesti dipenuhi dengan imbagan ilmu agama yang bakal menjadi

benteng yang kukuh bagi kita mengharungi cabaran dan dugaan .

6
Di samping menjalankan segala tugas dan tanggungjawab yang diberi,seharusnya

kebajikan kaum guru harus difikirkanberbaloikah apa yang mereka dapat selama ini

.tugas dan tanggungjawab sentiasa bertambah dari masa kesemasa.Moga sambutan hari

guru ini dapat memberi sedikit imbuhan dan ganjaran kepada kaum guru di atas titik

peluh mereka selama ini.

Pengiktirafan dan ungkapan ucapan terima kasih cikgu merupakan kata-kata yang

sedikit sebanyak memberi kelegaan di hati para guru kerana jasa dan khidmat bakti

mereka mendapat perhatian yang tulus dari Menteri Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai