Anda di halaman 1dari 131

MODUL 1 : KATA GANTI NAMA DIRI

1. Maksud
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

2. Jenis:
Terbahagi kepada 3 jenis:
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

3. Bilangan penutur / pendengar:


a. Tunggal (seorang)
b. Jamak (lebih daripada seorang)

4. Golongan pengguna:
a. Masyarakat Moden
b. Masyarakat Melayu Lama (klasik)
c. Masyarakat Istana / Bangsawan

5. Contoh Kata Ganti Nama Diri


a. Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.

Kata Ganti Diri Penggunaannya


Pertama
aku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
(keakraban)
saya (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali
atau dalam suasana rasmi.
hamba (tunggal) Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
patik (tunggal) Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
beta (tunggal) Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
kami (tunggal) Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila
bercakap dengan orang kedua.
kita (tunggal) Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

1
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.

Kata Ganti Diri Penggunaannya


Kedua
anda (tunggal dan Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan
jamak)) kita.
awak (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita.
engkau (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
Tuan hamba Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata
(tunggal) ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’
sebagai kata ganti diri kedua)
tuanku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian (tunggal) Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu (tunggal dan Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
jamak)) dengan kita.

c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya
(orang yang diceritakan halnya tidak hadir)

Kata Ganti Diri Penggunaannya


Ketiga
baginda (tunggal) Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
beliau (tunggal) Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa,
guru dan pemimpin.
Dia dan ia (tunggal) Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan
rakan.
mereka (tunggal) Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada
seorang.

2
6. Bentuk kesilapan:

SALAH BETUL

“Kami tidak harus mengalah sebelum “Kita tidak harus mengalah sebelum
perlawanan bermula,” kata Murthi kepada perlawanan bermula,” kata Muthi kepada
Azrul. Azrul.

Kereta itu sungguh mahal kerana ianya Kereta itu sungguh mahal kerana diimport
diimport dari Jepun. dari Jepun.

Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes Dia diberkas kerana terlibat dalam kes
penipuan. penipuan.

“Hamba mohon maaf atas kesalahan “Patik mohon maaf atas kesalahan patik,”
hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
Mansor Syah.

Kakitangan syarikat ini sedia menolong Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.
engkau.
Saya ingin berjumpa dengan ia. Saya ingin berjumpa dengannya.

Mereka-mereka sedang bermain bola di Mereka sedang bermain bola di padang.


padang.

7. Ringkasan:

Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak

Diri Pertama (penutur) aku kami


saya kita
patik
hamba

Diri Kedua (pendengar) awak awak semua


kamu kamu semua
engkau saudara sekalian
encik saudari sekalian
3
cik encik-encik
saudara cik-cik
saudari tuan-tuan
tuan puan-puan
puan anda semua
anda kalian
tuanku
tuan hamba

Diri Ketiga (orang yang Dia mereka


diceritakan halnya) Ia
Beliau
Baginda

4
MODUL 2 : KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT

1. Maksud:
Kata ganti nama diri yang telah disingkatkan.

2. Contoh:

Kata Ganti Penerangan Ayat Contoh


Diri Pertama
kau Asal daripada kata ‘engkau’. 1. “Surat ini hendaklah kaubaca,”
Digunakan pada awal kata yang pinta Encik Hazim.
dirapatkan dengan kata yang
menyertainya. 2. Lukisan yang kaulukis sangat
cantik sekali.
ku Asal daripada kata ‘aku’. 1. Kata Dina, “Lagu ini kutujukan
Digunakan pada awal atau akhir untuk Shida yang berada di Johor.”
kata yang ditulis rapat.
2. “Aduh, sakitnya kakiku!” kata Dol.
mu Asal daripada kata ‘kamu’. 1. Hasratmu akan aku tunaikan.
Digunakan pada akhir kata sahaja.
2. “Adikmu pandai menyanyi,” kata
Zuraini kepada Syafiqah.
nya Asal daripada kata ganti nama diri 1. Kakaknya menuntut di luar
ketiga (dia). Digunakan pada akhir negara.
kata sahaja.
2. Setiap kesalahan akan menerima
balasan daripada-Nya.

3. Bentuk kesilapan
a. Tidak ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan dengan kata yang menyertainya.

5
SALAH BETUL
“Warna apa yang kau minati?” tanya Azim “Warna apa yang kauminati?” tanya Azim
kepada Syafiq. kepada Syafiq.
“Kawan ku ini berasal dari Sabah,” kata Arif “Kawanku ini berasal dari Sabah,” kata Arif
kepada Sayuti. kepada Sayuti.

b. Tidak boleh menggunakan kata singkatan sebagai subjek ayat.

SALAH BETUL
“Mu berdua tidak bekerja hari ini?” tanya “Kamu berdua tidak bekerja hari ini?”
Enzik Azwan. tanya Enzik Azwan.
“Kau belum mandi lagi, Man?” tanya ibu “Engkau belum mandi lagi, Man?” tanya
kepada Rosman. ibu kepada Rosman.

c. Tidak menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan berkaitan dengan Tuhan.

SALAH BETUL
Ya Allah, aku memohon keampunanmu. Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu.
Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa
hambanya. hamba-Nya.

MODUL 3 : KATA BILANGAN

1. Maksud:

6
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda
atau perkara.

2. Contoh Kata bilangan

Jenis Kata Bilangan Contohnya


Kata bilangan tentu Satu, dua, tiga, dan seterusnya
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu. Contoh ayat: Dua ekor kambing.
2. Boleh diikuti oleh penjodoh bilangan
Kata bilangan tak tentu. Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
(Menunjukkan bilangan yang tidak setengah, dan sebagainya.
tentu) Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan pecahan. Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya.
(Menunjukkan bilangan berbentuk Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tahun
pecahan) enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan. Setiap, tiap-tiap.
(Menunjukkan bilangan yang berpisah) Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki membayar
yuran sekolah dengan segera.
Kata bilangan himpunan. Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-
(Menunjukkan sesuatu bilangan secara minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya.
himpunan) Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-
puluh bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tingkat. Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.
(Menunjukkan giliran atau urutan Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga sahaja
dalam sesuatu jumlah) dalam peraduan lukisan.

3. Kesilapan kata bilangan:


a. Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang
menggunakan kata bilangan tentu.

SALAH BETUL

Tiga motosikal itu berjenama Honda. Tiga buah motosikal itu berjenama Honda.
7
Dua ribu telur ayam telah direbus untuk Dua ribu biji telur ayam telah direbus
majlis kenduri. untuk majlis kenduri.

Seratus calon telah menghadiri seminar Seratus orang calon telah menghadiri
UPSR. seminar UPSR.

b. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang membawa maksud
jamak (banyak).

SALAH BETUL

Tiga puluh meja-meja di dalam bilik Tiga puluh meja di dalam bilik darjah kami
darjah kami telah rosak. telah rosak.

Empat pekerja-pekerja kilang terbunuh Empat pekerja kilang terbunuh dalam


dalam kemalangan jalan raya. kemalangan jalan raya.

Lapan ratus pelancong-pelancong asing Lapan ratus pelancong asing diraikan


diraikan dalam majlis yang gilang- dalam majlis yang gilang-gemilang.
gemilang.

c. Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan kata
bilangan tak tentu kecuali kata bilangan tak serupa – beberapa.

SALAH BETUL

Amran membeli beberapa buku cerita. Amran membeli beberapa buah buku
cerita.
(Tatabahasa Dewan m.s 197)

Para orang peniaga di pasar malam diseru Para peniaga di pasar malam diseru agar
agar mengutamakan kebersihan. mengutamakan kebersihan.

Sesetengah buah bas persiaran beroperasi Sesetengah bas persiaran beroperasi secara
secara haram. haram.

d. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu.

SALAH BETUL

Kebanyakan guru-guru hadir dalam Kebanyakan guru hadir dalam mesyuarat


mesyuarat kurikulum sekolah. kurikulum sekolah.

8
Semua surat-surat telah dihantar kepada Semua surat telah dihantar kepada para
para tetamu. tetamu.

Sebahagian daripada pekerja-pekerja Sebahagian daripada pekerja warga asing


warga asing masuk ke negara ini secara masuk ke negara ini secara haram.
haram.

e. Menggunakan kata singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.

SALAH BETUL

Kedua buah pulau di negara ini Kedua-dua buah pulau di negara ini
mempunyai batu karang yang paling mempunyai batu karang yang paling cantik
cantik di dunia. di dunia.

Antara kedua tugas, yang manakah lebih Antara kedua-dua tugas, yang manakah
mudah? lebih mudah?

Berbagai isu-isu dibincangkan dalam Berbagai-bagai isu dibincangkan dalam


mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa. mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.

f. Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan
himpunan.

SALAH BETUL

Ketiga-tiga anak Pak Halim menuntut di Ketiga-tiga orang anak Pak Halim
luar negara. menuntut di luar negara.

Beratus-ratus sate dihidangkan untuk Beratus-ratus cucuk sate dihidangkan untuk


pelancong dari Jepun. pelancong dari Jepun.

Beribu-ribu cakera padat tiruan dirampas Beribu-ribu keping cakera padat tiruan
dalam operasi pihak berkuasa. dirampas dalam operasi pihak berkuasa.

g. Penggunaan kata bilangan tak tentu yang sudah membawa maksud jamak.

SALAH BETUL

Para-para petugas di pameran buku sedia Para-para petugas di pameran buku sedia
memberikan bantuan kepada pengunjung. memberikan bantuan kepada pengunjung.

9
*Para tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada golongan yang tidak dihormati seperti
penjahat, pengganas, pengemis, penagih dan penipu.

h. Tidak menggunakan kata bilangan himpunan yang betul.

SALAH BETUL

Berbagai acara diadakan dalam karnival Berbagai-bagai acara diadakan dalam


jualan murah. karnival jualan murah.

Tiap pelanggan yang berkunjung ke Tiap-tiap pelanggan yang berkunjung ke


restoran itu pasti berpuas hati dengan restoran itu pasti berpuas hati dengan
layanan mesra pekerjanya. layanan mesra pekerjanya.

i. Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan untuk menghitung sesuatu kata nama ukuran, kata nama
waktu dan kata nama abstrak yang tertentu.
Peringatan: Kata nama konkrit yang membawa maksud orang seperti mayat tidak perlu didahului oleh
penjodoh bilangan.

SALAH BETUL

Peserta pertandingan pidato diberi masa Peserta pertandingan pidato diberi masa
lima buah minit sahaja. lima minit sahaja.
Beberapa buah bahagian rumah pangsa Beberapa bahagian rumah pangsa itu
itu telah retak. telah retak.

Tiga orang mayat mangsa lemas dijumpai Tiga mayat mangsa lemas dijumpai
terdampar di pantai. terdampar di pantai.

j. Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan.

SALAH BETUL

Harga daging itu lapan setengah ringgit Harga daging itu lapan ringgit setengah

10
sahaja. sahaja.

Saya menunggu awak sudah dua Saya menunggu awak sudah dua jam
setengah jam. setengah.

MODUL 4 : KATA PENGUAT

1. Maksud

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan
maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

11
2. Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:

KATA PENGUAT CONTOH


a. penguat hadapan terlalu, paling, agak
b. penguat belakang sekali, benar, nian
c. penguat bebas amat, sangat, sungguh

3. Contoh:
a. Digunakan di hadapan kata adjektif.

KATA PENGUAT HADAPAN CONTOH


terlalu Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
paling Sambal tumis itu paling sedap.
agak Jalan di kawasan itu agak bahaya.

b. Digunakan di belakang kata adjektif

KATA PENGUAT BELAKANG CONTOH


sekali Pendapat murid itu baik sekali.
nian Nyaman nian udara di puncak pusat
peranginan tanah tinggi.
benar Cantik benar rantai mutiara ini.

c. Digunakan secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

KATA PENGUAT BEBAS CONTOH


amat 1. Kraf tangan itu amat cantik.
2. Kraf tangan itu cantik amat.

sangat 1. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat


berat.
2. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat
sangat.
sungguh 1. Kereta yang dipandu oleh Jazeman sungguh
laju.

12
2. Kereta yang dipandu oleh Jazeman laju
sungguh.

d. Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh
amat merdu, sungguh kurang sopan, dan terlalu amat pedih. (Tatabahasa Dewan m.s 390)

Contoh:
a. Suaranya sungguh amat merdu.
b. Perangainya sungguh kurang sopan.
c. Kata-katanya terlalu amat pedih.

MODUL 5 : DARJAH PENGHABISAN

1.1 se + kata adjektif + gandaan + kata nama

Contoh:

13
a. Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi hasrat kami.
b. Sebijak-bijak budak itu, akhirnya tertipu juga.
c. Faridlah sebaik-baik sahabat yang pernah saya kenali.

1.2 ter + kata adjektif

Contoh:
a. Aminlah murid yang terpandai di dalam kelas ini.
b. Liza antara gadis yang tercantik di kampong ini.
c. Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang terpanjang di Asia.

1.3 paling + kata adjektif


Contoh:
a. Antara adik-beradiknya, Fifilah yang paling cerdik.
b. Kita mesti mencari jalan penyelesaian yang paling baik.
c. Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.

1.4 kata adjektif + sekali


Contoh:
a. Perniagaan Encik Sulaiman maju sekali.
b. Sedap sekali ayam goreng ini.
c. Suasana di dalam dewan ini meriah sekali.

1.5 ter + amat, sangat + kata adjektif


Contoh:
a. Raja itu teramat baik terhadap rakyat baginda.
b. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.
c. Kek yang tersangat lazat ini pernah saya makan.
d. Shamimi tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya.

1.6 amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali


Contoh:

14
a. Peserta larian itu amat cergas sekali.
b. Kain songket di kedai itu sungguh halus sekali.
c. Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.

2. Kesilapan kata penguat darjah penghabisan.

SALAH BETUL

paling terbaik sekali baik sekali

paling terbaik paling baik

paling tercantik sekali cantik sekali

paling tercantik paling cantik

paling termasyhur paling masyhur

paling masyhur sekali masyhur sekali

paling terpandai sekali pandai sekali

terindah sekali terindah

terpandai sekali terpandai

tertinggi sekali tertinggi

terendah sekali Terendah

MODUL 6 : KATA NAFI

i) Kesilapan penggunaan kata nafi tidak.


Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya:

SALAH BETUL
bukan berjaya tidak berjaya
bukan bertunang tidak bertunang

15
bukan berusaha tidak berusaha
bukan benar tidak benar
bukan hidup tidak hidup
bukan kaya tidak kaya
bukan kecil tidak kecil
bukan manis tidak manis
bukan mati tidak mati
bukan melanggar tidak melanggar
bukan membawa tidak membawa
bukan menangkap tidak menangkap
bukan mengantuk tidak mengantuk
bukan miskin tidak miskin
bukan muda tidak muda
bukan pandai tidak pandai
bukan pergi tidak pergi
bukan rendah tidak rendah
bukan tinggal tidak tinggal
bukan tinggi tidak tinggi
bukan tua tidak tua

(ii) Kesilapan penggunaan kata nafi bukan


Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama.

SALAH BETUL
tidak dari Kuantan bukan dari Kuantan
tidak di desa bukan di desa
tidak di Subang bukan di Subang
tidak doktor bukan doktor
tidak emak mentua bukan emak mentua
tidak gas bukan gas
tidak kakak bukan kakak
tidak Kassim bukan Kassim
tidak ke Ipoh bukan ke Ipoh
tidak kerajaan bukan kerajaan
tidak ketua kampong bukan ketua kampong
tidak lembu bukan lembu

16
tidak mahasiswa bukan mahasiswa
tidak oleh ibu bukan oleh ibu
tidak pelajar bukan pelajar
tidak tangan bukan tangan
tidak tentang masakan bukan tentang masakan
tidak tentang Perdana Menteri bukan tentang Perdana Menteri
tidak untuk kekasih bukan untuk kekasih
tidak untuk wanita bukan untuk wanita

MODUL 7 : KATA PEMERI

Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:

i. adalah
ii. ialah

17
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.

KATA PEMERI MAKSUD AYAT CONTOH


ialah - menunjukkan 1. Rumah yang cantik itu ialah rumah En.
persamaan Mazlan.
- hadir di hadapan frasa 2. Emak ialah seorang guru.
nama 3. Agama rasmi Negara ialah agama Islam.
Adalah - menunjukkan huraian 1. Meja yang dibeli itu adalah daripada kayu
atau keterangan. jati.
- Hadir di hadapan frasa 2. Warna kasut abang adalah hitam.
adjektif dan frasa sendi 3. Tujuan pertandingan itu diadakan adalah
untuk mencungkil bakat baru.

Nota :

1. Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.

SALAH BETUL

Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan Siswazah yang baru lulus itu bukan
pengetua maktab. pengetua maktab.
Arahan itu adalah bukan untuk semua Arahan itu bukan untuk semua pegawai.
pegawai.

2. Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa adjektif.
Contoh binaan kata nafi + kata adjektif:-
i. Tidak benar
ii. Tidak cantik
iii. Tidak adil

Contoh ayat:
Laporan itu adalah tidak benar.
Keputusan itu adalah tidak adil.

18
3. Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri adalah
dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh:-
i. Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.

Struktur ayat yang betul ialah:


Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Ibu Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Tuan-tuan diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.

ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.

Struktur ayat yang betul ialah:


Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.

iii. Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.

Struktur ayat yang betul ialah:-


Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.

MODUL 8 : KATA PERINTAH

1. Kata perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan gerak balas yang berupa tindakan.
Ayat perintah berfungsi sebagai ayat yang bermaksud suruhan, permintaan, silaan ataupun larangan.

19
2. Contoh kata perintah:
a. Suruhan – tolong
b. Permintaan – minta, harap
c. Silaan – sila, jemput
d. Larangan – jangan, usah.

3. Contoh penggunaan kata perintah dalam ayat:


a. Tolong kembalikan buku cerita saya.
b. Minta semua peserta bersedia.
c. Harap saudara faham masalah saya.
d. Sila masuk.
e. Jemput makan.
f. Jangan berdiri di situ.
g. Usah kamu fikirkan kisah yang sudah berlalu.

4. Kesilapan
4.1 penggabungan kata perintah.
a. Sila jangan merokok di kawasan ini. (X)
b. Tolong jangan bising di dalam perpustakaan. (X)
c. Harap jangan memijak rumput ini. (X)
d. Jangan merokok di kawasan ini. (√)
e. Jangan bising di dalam perpustakaan. (√)
f. Jangan memijak rumput ini. (√)

*Imbuhan meN- pada kata kerja transitif harus digugurkan dalam ayat perintah.

*Imbuhan awalan kata kerja tak transitif harus dikekalkan dalam ayat perintah.

MODUL 9 : KATA MAJMUK

Definisi: Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.

20
Bentuk-bentuk kata majmuk:

1. Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.


Contoh:

gambar rajah kuning langsat


biru laut jalan raya
luar biasa merah muda
tengah hari jam tangan
kapal terbang nasi minyak
bandar raya bom tangan
alat tulis meja tulis
terima kasih kipas angin

*kategori ini juga termasuk gelaran

Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar,
Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.

2. Kata Majmuk berbentuk istilah khusus.


Contoh;

garis pusat kertas kerja cari gali


pita suara darah panas reka bentuk
model linear mata pelajaran kanta lekap
segi tiga batu kapur
atur cara kemas kini

3. Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)


Contoh:

kaki ayam pilih kasih duit kopi kaki bangku makan angin
buah tangan manis mulut anak emas buah hati berat tangan

21
Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.

antarabangsa kerjasama suruhanjaya


beritahu olahraga tandatangan
bumiputera matahari tanggungjawab
jawatankuasa setiausaha warganegara
kakitangan sukarela pesuruhjaya

Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum.
Contohnya:

a. Kata nama peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari,


hulubalang
b. Kata adjektif sukacita, dukacita
c. Kata sendi nama kepada, daripada
d. Kata hubung apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala,
padahal, walhal, kadangkala
e. Kata tanya bagaimana

Penggandaan Kata Majmuk


Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja.
Contohnya:

Tunggal Jamak

alat tulis alat-alat tulis

gambar rajah gambar-gambar rajah

balai raya balai-balai raya

kapal terbang kapal-kapal terbang

Menteri Besar Menteri-menteri besar

suku kata suku-suku kata

garis pusat garis-garis pusat

22
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contohnya:

Tunggal Jamak

pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjaya

warganegara warganegara-warganegara

tandatangan tandatangan-tandatangan

jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa

setiausaha setiausaha-setiausaha

Pengimbuhan kata majmuk


a) Kata Majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
campur aduk - bercampur aduk
ambil alih - mengambil alih
daya serap - daya serapan
ulang kaji - mengulang kaji

b) Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara bercantum.
Contohnya:
campur aduk - mencampuradukkan
ambil alih - pengambilalihan
daya serap - kedayaserapan
ulang kaji - pengulangkajian

MODUL 10 : KATA PARTIKEL

Kata partikel atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan kepada frasa predikat atau bahagian-
bahagiannya.

-lah, -tah, dan –kah


23
Penggunaan kata penegas dalam ayat.
Dalam bahasa bertulis, unsur yang ditegaskan atau difokuskan dalam sesuatu ayat harus dikedepankan.

SALAH BETUL
Mereka datang bilakah? Bilakah mereka datang?
Anaknya pintarkah? Pintarkah anaknya?
Gerangan gadis itu siapakah? Siapakah gerangan gadis itu?
Komputer baharuku itulah. Itulah komputer baharuku.
Kunciku manatah? Manatah kunciku?
Usaha kita sia-sialah. Sia-sialah usaha kita.

Penulisan kata penegas pun


Penulisan kata penegas pun tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

SALAH BETUL
Kakakpun hendak pergi ke bandar. Kakak pun hendak pergi ke bandar.
Saya tidak akan mengaku kalah biar pun Saya tidak akan mengaku kalah biarpun
keletihan. keletihan.

Sudah ditetapkan bahawa tiga belas (13) patah kata seperti yang berikut ini perlu ditulis serangkai (dicantumkan)
dengan kata partikel pun, iaitu:

adapun andaipun ataupun bagaimanapun


biarpun kalaupun kendatipun lagipun
mahupun meskipun sekalipun sungguhpun
walaupun

Kata penegas pun ditulis terpisah daripada perkataan yang mendahuluinya jika pun bermaksud:
a) juga - Adik pun ingin pergi ke pasar.
b) bahkan - Berjalan pun dia tidak boleh, apatah lagi berlari.
c) biar - Betapa sukar pun projek itu, dia tetap akan meneruskannya.

24
d) menguatkan pokok ayat -Tidak ada seorang pun calon yang gagal dalam
peperiksaan itu.
e) turutan - Selepas itu, pasukan polis pun bertindak.
f) Penguat kata ganti tak tentu - Sesiapa pun boleh masuk.

Contoh kata penegas lain:


jua, juga, sahaja, lagi, memang dan hanya.

Selain itu, terdapat kata penegas yang bebas dari segi kehadirannya dalam ayat.
Contoh:
Adik juga ingin pergi ke Sabah.
Adik ingin juga pergi ke Sabah.

25
MODUL 11: KESILAPAN EJAAN (KATA)

SALAH BETUL SALAH BETUL


auto matif automotif geraf graf
audien audiens geharu gaharu
agreget agregat hajjah hajah
arithmetik aritmetik hurmat hormat
agen (wakil) ejen (wakil) ide idea
ampangan empangan idap hidap
aked arked iktizam iltizam
akitek arkitek impot import
analisa analisis injin enjin
atlit atlet inspekter inspektor
atnik etnik insuran insurans
anggrik anggerik Insyaallah / InsyaAllah insya- Allah
baucer baucar istihar isytihar
bistari bestari istirehat istirahat
bowling boling isya isyak
buffet bufet justru justeru
bumiputra bumiputera jeket jaket
buroh buruh kampong kampung
calun calon kapitalisma kapitalisme
cocok (tusuk) cucuk (tusuk) katun kartun
cucuk (sesuai) cocok (sesuai) kefeteria kafeteria
catit catat komidi komedi
cendiawan cendekiawan komisyen komisen
cop cap (cetak) kondaktor konduktor
dasyhat dahsyat konsotium konsortium
dialog dialog kontrek kontrak
definasi definisi korum kuorum
deligasi delegasi kaptain kapten
deraf draf karenah (ragam) kerenah
durhaka derhaka kelender kalendar
efisyen efisien keredhaan keredaan
ekur ekor kerinting keriting
ehsan ihsan kianat khianat
26
engzos ekzos ko-kurikulum kokurikulum
ekslusif eksklusif kolestrol kolesterol
ekspot eksport komersil komersial
ekspress ekspres komplek kompleks
emel e-mel kontingen kontinjen
engkar ingkar lagenda legenda
fadhilat fadilat lakun lakon
fax faks lapuran laporan
faksimili faksimile lebel label
Febuari Februari lencungan lencongan
gembeling / gembleng leukimia leukemia
gembeleng
SALAH BETUL SALAH BETUL
lojik logik protin protein
losyen losen pekej pakej
letrik elektrik pesonal (kakitangan) personel
lojistik logistik petrolium petroleum
maksima maksimum platfom platform
manafaat manfaat profail profil
masaalah masalah profesyenal profesional
mee mi sekala skala
mekanisma mekanisme sekelian sekalian
mencatit mencatat sekim skim
mengenengahkan mengetengahkan sessi sesi
megenepikan megetepikan setor stor
mengujudkan mewujudkan siksa seksa
mengwujudkan mewujudkan silaturrahim silaturahim
mentera mantera snooker snuker
merbahaya berbahaya stesyen stesen
minima minimum stokin stoking
munshi munsyi sunnah sunah
nasionalisma nasionalisme sabsidi subsidi
odit audit sanwic sandwic
oditorium auditorium selinder silinder
optima optimum skima skema

27
organisme organisma spesis spesies
otomatik automatik stem setem
otomobil automobil talipon telefon
pamir pamer taugeh (sayuran) tauge
paspot pasport trampil terampil
patriotisma patriotisme tulin tulen
pehak pihak ugama agama
pelancung pelancong usek usik
pemerosesan pemprosesan warong warung
pemilekan pemilikan vokasyenal vokasional
pengembala penggembala yunit unit
pengemblengan penggemblengan
pensil pensel
perabut perabot
perihatin prihatin
perlaburan pelaburan
perlancaran pelancaran
perletakan peletakan
pertunjukkan pertunjukan
pesaraan persaraan
pesiaran persiaran
plan pelan
profession profesion
prosidur prosedur

MODUL 12 : KESILAPAN EJAAN (KATA MAJMUK)

28
SALAH BETUL SALAH BETUL
acapkali acap kali lalulintas lalu lintas
ada pun adapun latarbelakang latar belakang
adakala ada kala lebuhraya lebuh raya
andai pun andaipun lagi pun lagipun
andaikata andai kata mana pun manapun
apa kala apakala mana kala manakala
apa tah apatah merekapun mereka pun
atau pun ataupun meski pun meskipun
Aidil-fitri Aidilfitri olah raga olahraga
aturcara atur cara papantanda papan tanda
ambilalih ambil alih penguatkuasa penguat kuasa
barang kali barangkali pengubahmilik pengubah milik
begitupun begitu pun pilihanraya pilihan raya
belumpun belum pun pasaraya pasar raya
biar pun biarpun rekabentuk reka bentuk
baikpulih baik pulih rekabina reka bina
bandaraya bandar raya ruangniaga ruang niaga
cendera mata cenderamata samada sama ada
cahayamata cahaya mata sebutharga sebut harga
campurtangan campur tangan sediada sedia ada
empatbelas empat belas segitiga segi tiga
gambarajah gambar rajah sekaligus sekali gus
gantirugi ganti rugi senireka seni reka
garispanduan garis panduan suratcara surat cara
gunatanah guna tanah suratkhabar surat khabar
hakmilik hak milik susunatur susun atur
hapuskira hapus kira susutnilai susut nilai
ibubapa ibu bapa sediakala sedia kala
ibupejabat ibu pejabat selangseli selang seli
ibusawat ibu sawat seringkali sering kali
isipadu isi padu sesungguh-nya sesungguhnya
inipun ini pun siapa-tah siapatah
janakuasa jana kuasa sudahpun sudah pun
jasabaik jasa baik sungguh pun sungguhpun

29
jawatan kuasa jawatankuasa temubual temu bual
jiwa-mu jiwamu temuduga temu duga
jualbeli jual beli tengahari tengah hari
kawalselia kawal selia tuanpunya tuan punya
kadang kala kadangkala tukarsyarat tukar syarat
kemaskini kemas kini telahpun telah pun
kerapkali kerap kali ulangtahun ulang tahun
keretapi kereta api urusetia urus setia
kerja sama kerjasama usahasama usaha sama
kerjatanah kerja tanah walau pun walaupun
kertaskerja kertas kerja walaubagaimanapun walau bagaimanapun
kuatkuasa kuat kuasa

MODUL 13 : KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)

30
Imbuhan Pinjaman

- imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan
Inggeris.
- boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu baku.

Contoh imbuhan pinjaman:

Imbuhan Inggeris:

Awalan

Imbuhan Makna Contoh


anti- menentang / benci antidadah
antikomunis
anti-Amerika
auto- dengan sendiri automatik
autonomi
automobil
poli- banyak poligami
poliklinik
politeknik
pro- menyokong / menyebelahi prokerajaan
probarat
pro-Malaysia
sub- sebahagian daripada subtajuk
subbidang
subsistem
supra- melebihi / merentasi supranasional
suprakelas
pasca- selepas pascakemerdekaan
pascakolonial
pascamajlis

31
Akhiran

Imbuhan Makna Contoh


-is orang yang melakukan cerpenis
kartunis
ekonomis
-isme kepercayaan / ajaran / kapitalisme
fahaman seseorang komunisme
nasionalisme
-logi bidang ilmu antologi
psikologi
morfologi
-grafi bidang ilmu / bidang seni geografi
kaligrafi
biografi
*Catatan

- jika kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama khas, tanda sempang (-)
mesti diletakkan antara imbuhan dengan kata nama khas tersebut.
Contoh : pro-Malaysia, anti-Israel

Imbuhan Sanskrit
Awalan
Imbuhan Makna Contoh

dasa- sepuluh dasawarsa

dwi- dua dwibahasa


dwimusim
dwicara

eka- satu ekabahasa


ekafungsi
ekatujuan

juru- orang yang pakar / mahir juruhebah

32
dalam sesuatu bidang jurubahasa
juruterbang

maha- agung / besar mahaguru


maharaja
mahasiswa

panca- lima pancaragam


pancawarna
pancaindera

pra- sebelum prakata


prasangka
prasyarat

tata- peraturan / sistem tatabahasa


tatatertib
tatadunia

Akhiran
Imbuhan Makna Contoh

-ita wanita / perempuan biduanita


posnita

-man orang yang memiliki sifat / seniman


kepakaran dalam sesuatu budiman
bidang

-wan orang yang jutawan


- pakar dalam sesuatu wartawan
bidang jelitawan
- melakukan sesuatu ilmuwan
perbuatan angkasawan
- memiliki sesuatu sifat
- memiliki sesuatu

-wati wanita yang mahir dalam peragawati

33
sesuatu bidang pekerjaan seniwati
angkasawati

*catatan
- -wan [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf-huruf lain]
- -man [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf ‘i’]

Imbuhan Arab –Parsi


Awalan
Imbuhan Makna Contoh

bi- tidak biadab


bilazim
binormal

Akhiran
Imbuhan Makna Contoh

-ah orang perempuan / wanita ustazah


qariah

-at orang perempuan / wanita muslimat


hadirat

-iah hal yang ada perkaitan ilmiah


dengan sifat jasmaniah
alamiah

-in orang lelaki hadirin


muslimin
musyrikin

*catatan
- -wi [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf vokal]
- -in [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf konsonan]

34
SALAH BETUL pra-moden pramoden

anti agama antiagama pra-sekolah prasekolah

anti dadah antidadah pra-syarat prasyarat

anti Israel anti-Israel pro aktif proaktif

anti kapal selam antikapal selam pro Barat pro-Barat

anti komunis antikomunis pro kemerdekaan prokemerdekaan

anti lelaki antilelaki pro-pembangkang propembangkang

anti nuklear antinuklear sub tajuk subtajuk

anti perang antiperang sub-judul subjudul

anti sosial antisosial sub-kelas subkelas

anti-aparteid antiaparteid sub-kontraktor subkontraktor

anti jenayah antijenayah sub-seksyen subseksyen

dwi bahasa dwibahasa sub-standard substandard

dwi budaya dwibudaya tata nama tatanama

dwi bulanan dwibulanan tata rias tatarias

dwi cabang dwicabang tata susila tatasusila

dwi cara dwicara tata-tertib tatatertib

dwi fokus dwifokus tatatur / tata atur tataatur

dwi fungsi dwifungsi


dwi tahunan dwitahunan
eka atom ek atom
eka bahasa ekabahasa
eka fungsi ekafungsi
eka suku kata ekasuku kata
eka warna ekawarna
pasca ijazah pascaijazah
pasca merdeka pascamerdeka
pasca modenisme pascamodenisme
pra kata prakata
pra Olimpik pra-Olimpik
pra sejarah prasejarah

35
MODUL 14 : AYAT TUNGGAL.

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal
terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah ,
dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang
terdiri daripada FN, FK, FA dan FS.

SUBJEK DALAM AYAT TUNGGAL.

(a) Frasa nama sebagai subjek.


i. Tan Kong Joo pelajar sekolah.
ii. Buah itu masam.
iii. Ibunya sakit.
iv. Motosikalnya telah rosak.
v. Balai raya ini untuk orang ramai.

(b) Kata ganti nama diri sebagai subjek.


i. Dia anak bongsu.
ii. Beliau guru saya.
iii. Dia adik Ragunathan.
iv. *Itu Bank Rakyat.
v. *Ini stesen bas.
(*rujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 102)
Namun demikian, dalam penulisan karangan, murid tidak digalakkan memulakan
ayat dengan kata ganti nama tunjuk.

(c) Kata kerja sebagai subjek.


i. Membaca buku ialah hobinya.
ii. Bersenam dapat menyihatkan badan.
iii. Menyanyi ialah kerjayanya.
iv. Mencuri perbuatan yang salah.
v. Minum air boleh menghilangkan dahaga.

36
(d) Kata adjektif sebagai subjek.
i. Cergas bermakna badan sihat.
ii. Hijau warna kesukaannya.
iii. Harum bau bunga melur itu.
iv. Tamak ialah amalan yang keji.

PREDIKAT DALAM AYAT TUNGGAL.

(a) Frasa nama sebagai predikat


i. Encik Zulkifli pegawai polis.
ii. Kakaknya doktor mata.
iii. Bangunan itu kediamannya.
iv. Bilik itu stor barang.

(b) Frasa kerja sebagai predikat


i. Dia makan mi goreng.
ii. Anjing itu menyalak musuh.
iii. Mereka tidur.
iv. Adiknya menangis.

(c) Frasa adjektif sebagai predikat


i. Keropok ini sangat rangup.
ii. Rumah itu sangat besar.
iii. Abangnya sangat bijak.
iv. Budak itu baik sungguh.

(d) Frasa sendi nama sebagai predikat.


i. Buku ini untuk adik.
ii. Ayah ke Kuala Lumpur.
iii. Beliau dari Universiti Sains Malaysia.
iv. Wajahnya seperti bintang terkenal itu.

37
MODUL 15: SUSUNAN AYAT SONGSANG

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula
terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan
dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada
predikat.

Pendepanan seluruh predikat.

Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)

Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)

*Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah,
dan –kah)

Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)

Dialah / ibu saya. (susunan songsang)

*Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan
biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)

Pendepanan sebahagian daripada predikat.

(a) Pendepanan Frasa Kerja


i. Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek.


Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.


Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

38
b) Pendepanan Frasa Adjektif

i. Pendepanan kata adjektif sahaja.


Ramli rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.


Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.


Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat


Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c) Pendepanan Frasa Sendi Nama

i. Frasa sendi nama sebagai predikat.


Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.


Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

39
FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:

Dia / membeli buku di kedai itu.

Cara Songsangan Ayat:

Nomborkan penggalan ayat.

1 2 3

Dia membeli buku di kedai itu.

KGND - Ketiga Frasa Kerja Transitif Objek Frasa Keterangan

Subjek Predikat

FORMULA:

Ayat Biasa : 1+2+3


Ayat songsang:
i. 2+3+1
ii. 2+1+3
iii. 3+1+2
iv. 3+2+1

Ayat Biasa:

1 2 3

Dia membeli buku di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)

2 3 1

Membeli buku di kedai itu dia

40
Contoh ayat songsang (ii)

2 1 3

Membeli buku dia di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)

3 1 2

Di kedai itu dia membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)

3 2 1

Di kedai itu membeli buku dia

41
MODUL 16: AYAT PASIF

Ayat pasif terbentuk apabila objek dalam ayat pasif transitif bertugas sebagai subjek,
contohnya seperti ayat di bawah ini.

Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. (Ayat aktif= pelaku sebagai subjek)
Objek

Kerja itu sudah saya laksanakan semalam. (Ayat Pasif=objek sebagai subjek)
Subjek

Jenis-jenis Ayat Pasif


Terbahagi kepada:
1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
2. Ayat pasif dengan kata ganti diri ketiga.
3. Ayat pasif berimbuhan ‘ber...- dan ‘ke-...-an’
4. Ayat pasif berimbuhan ‘ter-...’
5. Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja.

1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
Kata ganti nama orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja pasif
berimbuhan ‘di-‘. Oleh itu, kata ganti nama diri orang pertama (aku, saya, kami, kita, patik,
hamba) dan kata ganti nama orang kedua (anda, awak, engkau, kamu, kalian) haruslah
berada di hadapan kata kerja (tanpa imbuhan ‘di’).
Contoh:
Kerja itu sudah saya laksanakan semalam (√) – ayat pasif
Kerja itu sudah dilaksanakan oleh saya semalam. (X)
(Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. – ayat aktif transitif)

Rumah itu telah kami cat bersama-sama. (√)


Rumah itu telah dicat oleh kami bersama-sama. (X)
(Kami telah mengecat rumah itu bersama-sama. – ayat aktif transitif)
Cerita seram itu telah kalian dengar. (√)

42
Cerita seram itu telah didengar oleh kalian. (X)
(Kalian telah mendengar cerita seram itu. – ayat aktif transitif)

Hutang itu mesti engkau jelaskan esok. (√)


Hutang itu mesti dijelaskan oleh engkau esok. (X)
(Engkau mesti menjelaskan hutang itu esok.- ayat aktif transitif)

*Walau bagaimanapun, kata kerja berimbuhan ‘ter’ boleh menerima kata sendi ‘oleh’ yang
diikuti kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. Contohnya seperti ayat
di bawah ini.

Meja yang besar itu terangkat oleh saya. (√)

Nota:
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua mesti ditulis
bersebelahan dengan kata kerja pasif tanpa imbuhan awalan ‘di’ (hukum aneksi persona).
Kesalahan berlaku jika kata-kata lain seperti kata bantu (telah, perlu, sudah, akan dll.)
disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif.
Contoh:
Kereta itu awak harus pandu. (X)
Kereta itu harus awak pandu. (√)

Kerja itu kami sedang siapkan. (X)


Kerja itu sedang kami siapkan. (√)

Tuan Pengetua saya akan temui esok. (X)


Tuan Pengetua akan saya temui esok. (√)

2. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga (termasuk pelaku = kata nama khas dan
kata nama am).
Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerjapasif ‘di-’

43
Contoh:

Motosikal itu telah ditunggang oleh Rahim kelmarin. (√)


Motosikal itu telah Rahim tunggang kelmarin. (X)

Kerusi dan meja itu sudah disusun oleh murid kelas 3A pagi tadi. (√)
Kerusi dan meja itu sudah murid kelas 3A susun pagi tadi. (X)

Bola itu ditendang oleh Helmi dengan kaki kiri. (√)


Bola itu ditendang dengan kaki kiri oleh Helmi. (√)
Bola itu ditendang dengan kaki kiri Helmi. (X)
Bola itu Helmi tendang dengan kaki kiri. (X)

Nota : Kata sendi ‘oleh’ boleh digugurkan jika tidak menjejaskan makna.
Contoh:
Motosikal itu telah ditunggang Rahim kelmarin. (√)
Kerusi dan meja itu disusun pengawas sekolah pagi tadi. (√)

Perhatian : Jika kata sendi ‘oleh’ terletak jauh daripada kata kerja, maka ‘oleh’ tidak
boleh digugurkan kerana akan menjejaskan makna ayat.
Contoh:
Motosikal itu telah ditunggang kelmarin oleh Rahim. (√)
Motosikal itu telah ditunggang kelmarin Rahim. (X)

3. Ayat pasif berimbuhan (ber-.., dan ke-...-an)


Contoh:
Baju Raju belum bercuci lagi (belum dicuci).
Kumisnya itu belum bercukur (belum dicukur).
Seluruh dunia kegemparan oleh serangan Amerika itu (ditimpa rasa gempar).
Rumah Pak Abu kecurian petang semalam. (ditimpa kejadian curi)
Aminah kehujanan ketika pulang dari sekolah (ditimpa hujan)

44
4. Ayat pasif berimbuhan ‘ter-...’
(a) sudah di-
terasing = sudah diasingkan
terhasil = sudah dihasilkan

(b) keupayaan atau kemampuan


Novel yang tebal itu tidak terbaca oleh saya.
Batu yang besar itu tidak terangkat oleh mereka.
Gunung Ledang yang terkenal dengan legendanya terdaki oleh kami.

(c) Imbuhan awalan ‘ter’ yang membawa maksud ‘tidak sengaja’ (juga digunakan
dalam ayat aktif transitif)
terbawa = tidak sengaja membawa / dibawa
tersepak = tidak sengaja menyepak / disepak
tertembak = tidak sengaja menembak / ditembak
Contoh ayat: Pemburu itu tertembak rakannya sendiri (ayat aktif transitif)
Rakannya sendiri tertembak oleh pemburu itu. (ayat pasif)

5. Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’.


Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan ‘kena’ di hadapan kata kerja dasar yang
tidak menerima imbuhan awalan.
Contoh:
Anak ahli korporat itu kena culik.
Budak nakal itu kena rotan oleh bapanya.
Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
Ah Chong kena kejar oleh anjing.

6. Ayat pasif yang mempunyai DUA objek


Contoh : (1) Upin membelikan Ipin sebatang pembaris (ayat aktif)
(objek tepat) (objek sipi)
(2) Upin menghadiahi Ipin sebuah buku (ayat aktif)
(objek tepat) (objek sipi)

45
Nota: Apabila ayat di atas dipasifkan hanya objek tepat sahaja yang bertugas sebagai subjek
dalam ayat. Jika objek sipi yang dibawa ke hadapan (bertugas sebagai subjek) ayat itu
dianggap tidak gramatis.
Contoh:
(1a) Ipin dibelikan sebatang pembaris oleh Upin (√)
Sebatang pembaris dibelikan kepada Ipin oleh Upin. (X)
(2a) Ipin dihadiahi sebuah buku oleh Upin. (√)
Sebuah buku dihadiahi oleh Upin kepada Ipin. (X)

MODUL 17: KATA MAJMUK

Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada
dasarnya semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk yang ditulis
terpisah.

46
Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.

Contohnya : guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, Setiausaha
Politik.

Kata Majmuk yang merupakan istilah khusus.

Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka
bentuk.

Kata Majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.

Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang.

Namun begitu, terdapat juga kata majmuk yang ditulis secara bercantum kerana
penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan. Dalam Tatabahasa Dewan
Edisi Baharu (1993:75), antara kata majmuk yang ditulis bercantum ialah:

antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kerjasama
olahraga
matahari
kakitangan
setiausaha
sukarela
tanggungjawab
tandatangan
warganegara
pesuruhjaya
suruhanjaya

47
Selain itu, kata majmuk yang ditulis akan berubah menjadi kata majmuk yang ditulis serangkai apabila
menerima apitan , misalnya pengenalpastian, disatupadukan, menandatangani, melipatgandakan dan
dikuatkuasakan.

Cara Mengenal Kata Majmuk

Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuk kata
majmuk, contohnya:

 Tandatangan tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk tanda yang tangan.
 Urus setia tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk urus yang setia.
 Kakitangan tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk kaki dan tangan
 Tanah air tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk tanah dan air.

Selain itu, kata majmuk mempunyai makna yang tertentu, yang berbeza daripada kata-kata asal yang
membentuk kata majmuk tersebut. Misalnya:

 Sapu tangan merupakan kata majmuk kerana merujuk kepada kain segi empat dan
berlainan daripada makna biasa sapu dan tangan.
 Bumiputera yang membawa makna tertentu yang terdiri daripada dua kata dasar bumi
dan putera.

Golongan Kata Majmuk

Kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut ini.

Penggolongan Kata Majmuk Contoh Perkataan

Kata Nama Majmuk guru besar, balai raya, tapian gelanggang, cakar ayam,
bulan madu, Menteri Besar, Naib Canselor, ketua murid,
warganegara, ketidakadilan, persuratkhabaran,
kebolehpercayaan, tandatangan, warganegara, setiausaha.

Kata Kerja Majmuk hapus kira, ambil alih, lipat ganda, kenal pasti, terima kasih,

48
gulung tikar, bersatu padu, mereka bentuk,
menandatangani, bertanggungjawab, berlatarbelakangkan.

Kata Adjektif Majmuk merah jambu. Terang hati, kuning langsat, muda remaja,
panas terik, sukacita, dukacita.

Kata Tugas Majmuk bagaimana, apabila, barangkali, kadangkala, walhal,


daripada, kepada, mana lagi.

Kesilapan dalam ejaan kata majmuk berganda.


Penggandaan unsur pertama akan dieja terpisah dan penggandaan hanya berlaku pada unsur pertama
sahaja.

Surat khabar-surat khabar dijual di kedai itu (X)


Surat-surat khabar dijual di kedai itu. (√)
Ibu bapa-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (X)
Ibu-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (√)

MODUL 18: IMBUHAN ‘meN-...-kan’ DAN ‘meN-...-i’

49
Imbuhan apitan meN-, meN-...-kan dan meN-...-i akan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan
objek atau penyambut sebagai unsur predikatnya.

1. Kata Kerja apitan ‘meN-...-kan’ dan ‘meN-‘


meN-...-kan = 2 objek (objek tepat dan objek sipi)
meN- = 1 objek dan frasa keterangan
contoh: Pah Tijah membuatkan [Pak Mansor] [secawan kopi]
objek tepat objek sipi

Pah Tijah membuat [secawan kopi] untuk Pak Mansor.


Objek tepat frasa keterangan

Imbuhan meN-...-kan Imbuhan meN-

Naseer mencarikan Pak Zul akar Tongkat Ali. Naseer mencari akar Tongkat Ali untuk Pak
Zul

Ibu memasakkan bapa bubur kacang. Ibu memasak bubur kacang untuk bapa.

Nazimah menjahitkan Hanif sehelai baju. Nazimah menjahit sehelai baju untuk Hanif.

Min membelikan Syarifah senashkah majalah. Min membeli senashkah majalah untuk
Syarifah.

Kekecualian:
Terdapat kekecualian bagi rumus di atas bagi kata dasar beri dan ajar yang menerima imbuhan apitan
meN-...-kan dan meN-
Contoh: Kakak memberikan segelas air [kepada adik.]
Objek frasa keterangan
Kakak memberi adik [segelas air.]
Objek tepat objek sipi

Kakak mengajarkan Matematik kepada adik.


Kakak mengajar adik Matematik.

50
2. Kata kerja meN-...- kan dan meN-...-i dari segi kedudukan objek tepat dan objek sipi.

 Kedua-dua jenis imbuhan ini boleh digabungkan dengan kata dasar yang sama.
 meN-...-kan akan diikuti oleh objek tidak bernyawa (benda)
 imbuhan meN-...-i pula akan menerima 2 objek (objek tepat [objek bernyawa] dan objek sipi)
Contoh: Baginda mengurniakan [hadiah] kepada pembesar istana itu.
KKT Objek Frasa keterangan

Baginda mengurniai [pembesar istana itu] [hadiah].


KKT objek tepat objek sipi

Imbuhan meN-...-kan Imbuhan meN-...-i

Puan Zu menghidangkan ayam goreng Puan Zu menghidangi kami ayam goreng.


kepada kami.

Sultan Kedah menganugerahkan bintang Sultan Kedah menganugerahi Perdana Menteri


kehormatan kepada Perdana Menteri. bintang kehormatan.

Ketua kampung menghadiahkan basikal Ketua kampung menghadiahi murid miskin


kepada murid miskin. sebuah basikal.

3. Kata kerja meN-...-kan dan meN-...-i dari sudut makna (semantik).


Dari segi semantik iaitu makna, perkataan dasar yang bergabung dengan imbuhan meN-...-kan
atau meN-...-i juga membawa pengertian makna yang tidak sama. Oleh itu, rumus-rumus yang
diterangkan di atas tidak boleh digunakan untuk kata dasar yang tidak sama dari segi makna apabila
bergabung dengan imbuhan meN-...-kan dan meN-...-i. Contoh perkataan-perkataan itu adalah seperti
yang berikut ini.

Kata dasar Imbuhan apitan: meN-...-kan dan meN-...-i

turun menurunkan – menuruni

51
masuk memasukkan – memasuki

serta menyertakan – menyertai

kahwin mengahwinkan – mengahwini

jalan menjalankan – menjalani

naik menaikkan - menaiki

Contoh ayat:
Pemandu teksi itu menurunkan penumpang di hadapan bangunan itu. (menyuruh penumpang turun)
Bas yang sarat dengan penumpang itu menuruni jalan yang curam itu dengan lajunya. (turun melalui
jalan yang curam).
 Ibu memasukkan garam secukup rasa ke dalam gulai ayam itu. (membawa masuk garam,
mengisi garam)
Siti akan memasuki acara lumba lari 100 meter. (mengambil bahagian dalam acara lumba lari)
 Bapa menyertakan wang tunai bersama-sama dengan surat itu. (mengirimkan wang tunai
bersama-sama, mengembarkan wang tunai bersama-sama)
Murid-murid itu akan menyertai acara larian maraton di Kuala Lumpur. (mengikut serta,
mengikuti acara larian).
 Pak Abu hendak mengahwinkan anak perempuannya dengan anak orang kaya itu. (menjadikan
anaknya berkahwin)
Pak Abu mengahwini janda muda itu setelah isterinya meninggal dunia. (berkahwin dengan
janda muda)
 Para doktor bertungkus lumus menjalankan pembedahan itu. (melaksanakan pembedahan)
Pak Hassan telah selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara. (mengalami
atau melalui pembedahan jantung).
 Ahli Pengakap itu menaikkan bendera Malaysia semasa perhimpunan sekolah. (menjadikan
bendera naik)
Beberapa orang murid berebut-rebut untuk menaiki bas yang penuh dengan penumpang itu.
(naik bas)

52
MODUL 19: KATA BANTU

Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam dalam binaan ayat.
Kata bantu dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

53
(i) Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa ini
(kini) atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu aspek yang dominan dalam kalangan penutur jati
bahasa Melayu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum.

Kata Bantu Aspek

Masa lampau Masa ini (kini) Masa hadapan

telah sedang akan


sudah tengah belum
pernah masih
selalu

Contoh ayat:

Masa lampau
1. Pekerja industri itu telah pulang ke rumah.
2. Murid-murid itu sudah bersarapan.
3. Kami pernah melawat ke Sabah.
4. Aminah selalu teringat akan gurunya yang sudah bersara itu.

Masa ini (Kini)


5. Ah Meng sedang membaca komik.
6. Mutusamy tengah menyiapkan kerja khususnya.
7. Puan Siti masih memasak di dapur.

Masa Hadapan
8. Johari akan ke Kuala Lumpur esok.
9. Baju itu belum berbasuh lagi.

Kata bantu aspek tertentu boleh hadir bersama-sama tanpa menjejaskan makna dalam binaan kata
kerja. Sila lihat ayat contoh yang berikut ini.

54
10. belum + pernah
Muhammad Hanif belum pernah melawat ke Kuala Lumpur.
11. masih + belum
Harizah masih belum menjamah kuetiau tersebut.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah kata bantu aspek tidak boleh hadir bersama-sama atau
berderetan, malah binaan ayat yang terhasil juga tidak gramatis. Sila lihat ayat contoh yang berikut:
12. Gadis itu akan belum berumah tangga lagi. (X)
13. Banyak orang akan sedang mengikuti ulasan langsung pertandingan bola
sepak itu. (X)
14. Melissa belum akan menyiapkan tugasan sekolahnya. (X)
Ayat (12 hingga 14) di atas menyalahi rumus tatabahasa Melayu. Oleh itu, pengguna bahasa Melayu
baku perlu berhati-hati dalam hal ini.

(ii) Kata bantu ragam berperanan untuk menyatakan atau menerangkan ragam atau suasana
perasaan yang berhubung dengan perbuatan yang dilakukan. Bentuk kata bantu ragam yang lazim
diungkapkan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu baku ialah hendak, mahu, harus, mesti, boleh,
dapat, perlu, wajib, enggan dan patut.

Kata Bantu Ragam

Mesti melakukan Hendak melakukan Berkeupayaan Pengizinan


(sesuatu perbuatan) (sesuatu perbuatan) melakukan (sesuatu melakukan (sesuatu
perbuatan) perbuatan)

harus

Mesti hendak

55
perlu dapat boleh

wajib mahu

Kata Bantu Ragam

Tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan) Mahu atau tidak mahu melakukan
(sesuatu perkara)

enggan mungkin

Berdasarkan jadual di atas, yang berikut ini ialah ayat contoh bagi meningkatkan kefahaman pembaca
tentang kata bantu ragam:

Mesti melakukan (sesuatu perbuatan)

15. Semua murid harus cepat ke kelas supaya tidak dikenakan tindakan disiplin.
16. Bil elektrik bulan lepas mesti dijelaskan pada hari ini juga.
17. Kita perlu berhemah semasa berurusan dengan sesiapa sahaja.
18. Umat Islam wajib berpuasa pada bulan Ramadan kecuali mereka yang tidak berupaya.

Hendak melakukan (sesuatu perbuatan)


19. Ibu hendak ke pasar Chowrasta.
20. Banyak orang kini mahu memegang jawatan tinggi.

Berkeupayaan melakukan (sesuatu perbuatan)


21. Mereka dapat pulang ke rumah pada cuti hujung minggu ini.
22. Siti Faezah dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana.

Pengizinan melakukan (sesuatu perbuatan)


23. Murid-murid boleh ke tandas sekiranya mendapat pas keluar daripada guru.
24. Mereka boleh mengikuti rombongan sekolah ke Johor Bahru kerana mendapat keizinan

56
daripada ibu bapa masing-masing.

Tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan)


25. Mereka enggan memakai kemeja putih yang jarang itu.
26. Ali enggan menyertai pasukan Bulan Sabit Merah kerana dia tidak berminat.

Mahu atau tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan)


27. Siew Lin mungkin tidak akan datang kerana dia kurang sihat.
28. Mariamah mungkin akan berpindah ke sekolah baharu kerana keluarganya akan
berpindah ke daerah lain.

*Rumus tatabahasa Melayu juga membenarkan gandingan berturutan atau berpasangan dalam binaan
ayat yang menggunakan kata bantu ragam. Sebagai contoh, sila lihat ayat yang berikut ini.
29. harus + mahu
Salmiah harus mahu menunaikan rukun Islam yang kelima pada tahun ini.
30. harus + dapat
Encik Daud harus dapat menjawat Guru Cemerlang kerana mempunyai prestasi yang
amat membanggakan sepanjang tiga tahun lalu.
31. mesti + mahu
Encik Lim mesti mahu menghadiri majlis perjumpaan alumni ke-40 sekolah lamanya
kerana ingin menemui rakan-rakan sekolahnya.

32. mesti + dapat


Munirah mesti dapat mencapai 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kerana dia
rajin mengulangkaji pelajarannya.

Seperkara lagi, ada sesetengah kata bantu ragam yang tidak boleh hadir bersama-sama. Sebagai
contoh, sila lihat ayat yang berikut:

57
33. Ah Chong hendak mahu makan laksa walaupun tidak berselera. (X)
34. Mohan hendak harus membawa keluarganya ke Bukit Fraser. (X)
35. Hashim hendak mesti menyiapkan tugasan sekolahnya pada hari ini. (X)

Ayat contoh (33 hingga 35) di atas menyalahi rumus tatabahasa Melayu. Oleh hal yang demikian,
pengguna bahasa Melayu baku sentiasa cakna akan hal ini agar dapat menghasilkan ayat yang gramatis.

*Selain itu, kata bantu aspek tertentu boleh hadir bergandingan dengan kata bantu ragam, waima secara
mendahuluinya atau ,mengikutinya. Sebagai contoh, sila lihat ayat yang berikut ini.

Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam


36. Pak Husin sedang hendak mengambil wuduk.
37. Razif belum hendak pulang ke rumahnya kerana hendak menghabiskan kerjanya.

Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek


38. Hamdiah mesti akan tiba sebentar lagi.
39. Nasser harus sudah makan malam.

Di samping itu, dalam binaan ayat yang merangkumi frasa adjektif, elemen-elemen kata bantu dapat
membantu mendukung pelbagai maksud. Sila lihat ayat contoh yang berikut ini.

Kata Bantu + Kata Adjektif


40. Pekebun itu masih kuat mengerjakan ladangnya.
41. Budak yang diserang leukimia itu sudah kurus kerana hilang selera makan.

Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif


42. Fizikal kanak-kanak yang berusia lima tahun itu masih agak kecil berbanding dengan kanak-
kanak seusianya.
43. Belum terlalu lewat untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kaum Cina pada hari ketiga

58
Tahun baru Cina.

Kata Bantu + Kata Adjektif + Kata Penguat


44. Encik Rahmat memberitahu kawannya bahasa masih awal sangat untuk meramalkan
pasukan bola sepak yang akan menjuarai Piala Malaysia tahun ini.
45. Pesakit barah itu sudah baik betul setelah doktor menggunakan kaedah baharu untuk
mengubatinya.

Kata bantu + Kata Adjektif + Kata Adjektif


46. Walaupun tinggal di Kenya selama 10 tahun, Amira masih putih mulus dan ceria.
47. Pak Mat dan Mak Minah masih riang gembira menyambut anak mereka pulang walaupun
mereka dalam keadaan uzur.

Dalam ayat songsang, unsur kata bantu boleh dikehadapankan bagi tujuan penegasan dalam konstituen
predikat. Sila lihat contoh ayat yang berikut ini.

Pendepanan Kata Bantu dengan Kata Kerja


48. a) Para atlet itu / masih berlatih.
b) Masih berlatih / para atlet itu.
49. a) Pengantin perempuan belum tiba.
b) Belum tiba pengantin perempuan.

Pendepanan Kata Bantu dengan Kata Adjektif


50. a) Buah itu belum tentu segar.
b) Belum tentu segar buah itu.
51. a) Masjid Negara masih utuh lagi.
b) Masih utuh lagi Masjid Negara.

*Unsur kata bantu boleh juga hadir dalam binaan frasa sendi nama dan beberapa unsur kata yang lain.
Perhatikan ayat contoh yang berikut ini.

59
Kata Bantu + Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen
52. Sharifah telah ke Singapura untuk menziarahi sepupunya.
53. Pasukan MERCY akan ke China / untuk membantu mangsa banjir di sana.

Kata Bantu + Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Keterangan
54. Orang tua itu masih di tepi tasik setiap senja.
55. Abang Nizam akan ke bawah rumah dengan sepupunya.

Dalam binaan frasa sendi nama di atas, kehadiran unsur kata sendi nama dan frasa nama adalah wajib
manakala kehadiran unsur-unsur kata nama arah, ayat komplemen dan keterangan digunakan secara
pilihan (boleh digugurkan jika tidak diperlukan)

*Binaan frasa kerja yang menggunakan unsur kata bantu dapat dilihat dalam ayat yang berikut ini.

Kata Bantu + Kata Kerja Transitif + Objek + Keterangan


56. Encik Zul akan mengusahakan perniagaan peralatan kesihatan di bandar Maran, Pahang.
57. Puan Asmah hendak membincangkan permasalahan bahasa rojak dalam Seminar Bahasa
Melayu Antarabangsa.

Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif + Pelengkap + Keterangan


58. Hasiah masih tinggal di Muar, Johor dengan Noor Rehan.
59. Saiful sedang berwirid di dalam kamar.

Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif + Ayat Komplemen + Keterangan


60. Wan Lijah telah berjaya untuk mendapat markah cemerlang dalam temu duga itu.
61. Encik Norman telah berjaya dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan baru-baru ini.

60
Kesimpulannya, penggunaan kata bantu aspek dan kata bantu ragam yang menjadi elemen penting bagi
frasa kerja dalam binaan ayat bahasa Melayu banyak membantu pengguna bahasa untuk menghasilkan
ayat yang gramatis dan bermakna serta jelas penyampaiannya. Pengguna bahasa yang komited dan
celik tatabahasa dapat memartabatkan bahasa Melayu dalam aspek morfologi, sintaksis dan leksikon
sama ada dalam pertuturan mahupun penulisan.

MODUL 20: KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama
atau frasa nama.

Kata adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat. Kata penguat
ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang
yang hadir selepas kata adjektif, dan penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

61
Kata Penguat Hadapan Kata Penguat Belakang Kata Penguat Bebas
terlalu, paling, agak, begitu sekali, benar, nian, betul amat, sangat, sungguh
Contoh ayat: Contoh ayat: Contoh ayat:
 Pokok di belakang rumah  Kelakuan budak-budak itu  Pakaian pemuda itu amat
Rahman terlalu rendang. nakal sekali. kemas.
 Masakan ibunya paling  Rumah di atas bukit itu  Pakaian pemuda itu
sedap. cantik betul. kemas amat.
 Lukisan itu agak cantik.  Pemandangan di situ  Sungai itu dalam sangat.
indah nian.  Sungai itu sangat dalam.

1. Frasa Adjektif yang diperluas.

Frasa adjektif yang diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas.


Contoh : Saya gemar lagu-lagu Melayu Asli. (X)
Saya gemar akan lagu-lagu Melayu Asli. (√)
Kami benci sikapnya itu. (X)
Kami benci akan sikapnya itu. (√)

2. Bentuk Kata Adjektif


 Kata adjektif tunggal – terdiri daripada satu perkataan. Contohnya : terang, pendek, gemuk.
 Kata adjektif terbitan - kata adjektif yang menerima imbuhan awalan, sisipan, akhiran dan apitan.
 Kata adjektif ganda – bermaksud makna keadaan sifat yang menyeluruh (besar-besar, cantik-
cantik.)
 Kata adjektif majmuk – rangkaian 2 kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. (merah
jambu, hijau daun)

3. Kata Adjektif Terbitan


i. Imbuhan Awalan teR-
Awalan ter- pada kata adjektif berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau
keadaan ‘paling’.
Contoh:

62
Ali ialah murid yang terkecil di kelas itu. (paling kecil)
Alan ialah murid yang terkacak di kelas itu. (paling kacak)

 Apabila kata adjektif sudah berawalan ‘ter’ maka tidak perlu disertai oleh kata penguat yang lain.
Contoh:
Zainal mendapat markah paling terbaik. (X)
Zainal mendapat markah terbaik. (√)
Ali mendapat markah paling baik. (√)

 Jika kata adjektif berawalan ter- digunakan, kata penguat belakang tidak boleh hadir.
Contoh :
Stadium inilah yang terbesar sekali. (X)
Stadium inilah yang terbesar. (√)

ii. Imbuhan Awalan se-


Awalan ‘se-‘ dapat menerbitkan kata adjektif yang berfungsi sebagai memberikan pengertian
‘sama dengan’.

Contoh:
Warna baju itu semerah darah. (sama merah dengan)
Gadis itu secantik bidadari. (sama cantik dengan)

Kata adjektif awalan ‘se-‘ membawa makna ‘sama dengan’ maka tidak perlu diikuti dengan kata sendi
‘dengan’
Contoh:
Kereta baharunya tidak secantik dengan kereta abang saya. (X)
Kereta baharunya tidak secantik kereta abang saya. (√)

iii. Apitan ke-...-an

63
Apitan ke-...-an dapat menerbitkan kata adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat atau
sama seperti. Oleh itu, penggunaan kata ‘seperti’ sebelum kata adjektif apitan ‘ke-...-an’ adalah
salah.
Contoh:
Matanya seperti kemerah-merahan akibat kurang tidur. (X)
Matanya kemerah-merahan akibat kurang tidur. (√)
Pertuturan pemuda itu seperti kearaban selepas pulang dari Jordan. (X)
Pertuturan pemuda itu kearaban selepas pulang dari Jordan. (√)

Apabila kata adjektif mengalami penggandaan, maka kata nama tidak boleh digandakan lagi untuk
menunjukkan maksud jamak.
Contoh:
Barang-barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka. (X)
Barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka. (√)

Rumus Penggunaan Kata Adjektif dan Kata Penguat.

Rumus Ayat Contoh

sangat Rumah di atas bukit itu sungguh besar sekali.


amat + kata adjektif + √
sekali
sungguh

ter- + kata adjektif √ Razman merupakan murid yang terpandai di dalam


kelasnya.

paling + kata adjektif √ Bangunan itu paling tinggi di Malaysia.

paling + ter- + kata adjektif X Dialah paling tercantik.

64
paling + kata adjektif + sekali X Nora paling ayu sekali.

Ter- + amat/sangat + kata X


adjektif

MODUL 21 : FUNGSI –nya DALAM AYAT

Dalam Tatabahasa Dewan (1993), -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang diletakkan
pada akhir kata sahaja. Ganti nama diri ketiga, -nya digunakan apabila kita tidak mahu menyebut nama
orang yang kita bercakap tentangnya sekali atau berulang-ulang kali. Sebagai contoh:

1. Saya amat simpati akan dirinya. (Saya sangat simpati akan Aina.)

2. Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasunya yang mahal itu. (Saya memarahi
Ahmad kerana dia telah memecahkan pasu dia yang mahal itu.)

65
Fungsi –nya juga dapat digantikan dengan dia atau beliau. Sebagai contoh:

3. Hantar beg itu kepadanya. (Hantar beg itu kepada dia/beliau.)

4. Doktor Aliff telah menghantar surat peletakan jawatan kepada majikannya. (Doktor Aliff telah
menghantar surat peletakan jawatan kepada majikan beliau.)

Penggunaan –nya yang merujuk kepada Tuhan, ditulis dengan huruf besar dan didahului oleh tanda
sempang (-). Penggunaannya terdapat dalam doa, seperti;

5. “Hanya kepada-Nya tempat aku mengadu dan bermohon.”

Fungsi –nya sebagai kata tugas dalam Tatabahasa Dewan terdiri daripada kata penekan dan kata
pembenda. –nya sebagai kata penekan memberikan penegasan kepada kata yang bergabung
dengannya. –nya jenis ini juga digolongkan sebagai –nya penegas. Misalnya:

6. Sesungguhnya, budak itu telah difitnah sebelum ini.

7. Pokok kelapa itu nampaknya akan tumbang.

8. Bahawasanya, tuntutan saman itu perlu diteruskan bagi membersihkan nama baik kita.

Kata pembenda menurut Tatabahasa Dewan ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang
bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Sebagai contoh –nya sebagai kata pembenda yang hadir
pada akhir kata sifat itu mengubahkan kata sifat itu menjadi kata nama.

Contohnya:

9. Bukan kepalang rindunya kepadaku.

10. Dia menolak batang kelapa itu dengan kuatnya.

Fungsi –nya pada akhir kata nama membawa makna milik. Contohnya:

66
11. Kunci keretanya telah hilang.

12. Rumah di atas puncak bukit itu rumahnya.

Penggunaan –nya dalam ayat berfungsi sebagai objek kata kerja transitif.

13. Lebai Musa telah menutupnya dengan papan.

14. Moin telah mengecatnya setelah didesak oleh ibunya.

15. Halim menumbuknya beberapa kali.

Perkataan –nya juga digunakan untuk merujuk kepada perkataan atau perkara yang dinyatakan
sebelumnya. Pada mulanya, Ahmad hanya mengharapkan dia lulus sahaja dalam peperiksaan itu.
Namun, harapannya bertukar apabila melihat abangnya telah memperoleh ijazah kelas pertama.

Fungsi –nya dapat pula merujuk kepada penyertaan. –nya membawa makna ‘berserta’ atau ‘bersama-
sama’.

16. Siapakah yang belajar dengannya semalam.

17. Ridzuan sedang bergurau dengannya di depan rumah.

-nya juga menunjukkan manfaat. Ada pihak lain yang mendapat manfaat daripada sesuatu perbuatan.

18. Sudin menghadiahkan jam tangan yang mahal kepadanya.

19. Ibu memasakkan bubur untuk tetamunya.

Penanda wacana juga menggunakan –nya.

20. Kita mestilah berfikir semasak-masaknya apabila membuat pilihan. Seandainya, kita salah membuat
pilihan, maka musnahlah impian kita.

67
21. Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk menjayakan wawasan negara.

Kesilapan dalam penggunaan –nya.

1. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ‘ianya’.

Contoh:

a. Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang ianya akan
menular. (X)

b. Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang perbuatan
itu akan menular. (√)

2. Ayat yang hendak dipasifkan, bentuk –nya harus digantikan dengan kata atau frasa nama yang utuh.
Binaan ayat tidak dapat diterima, jika –nya tidak digantikan. Rujuki ayat 22 dan 24 di bawah ini.

22. Nya telah ditutup oleh Lebai Musa dengan papan (X)

23. Lubang telah ditutup oleh Lebai Musa dengan papan. (√)

24. Nya telah dicat oleh Moin setelah didesak oleh ibunya. (X)

25. Bilik telah dicat oleh Moin setelah didesak oleh ibunya. (√)

26. Nya ditumbuk oleh Halim beberapa kali. (X)

27. Ahmad ditumbuk oleh Halim beberapa kali. (√)

68
MODUL 22: KATA KERJA

Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan
atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:

 Kata kerja transitif


 Kata kerja tak transitif

KATA KERJA TRANSITIF (KKT)

Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk
melengkapkan maksud ayat.

69
KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:

(minum, makan) – tiada imbuhan

meN-... - (mencangkul, menebang, memukul)


meN-...-i - (menjalani, menghadiahi, menghadapi)
meN-...-kan - (melarikan, memasukkan, menjalankan)
memper-... - (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)
memper-...-kan - (mempertingkatkan, mempertunjukkan)
memper-...-i - (memperdengari, memperingati)
KKT boleh dipasifkan. Contoh:

Ayat Aktif Ayat Pasif


Ah Moi sedang membasuh kain di dalam bilik Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam
air. bilik air.
Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan Jalan raya sedang diperlebar oleh pekerja-
raya. pekerja.
Ibu menidurkan adik di dalam kamar. Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.
Kami makan kentang goreng itu. Kentang goreng itu kami makan.
Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati
hukuman mati mandatori. mandatori oleh Tuan Hakim.

KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)

Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri
sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan
maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.

KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini.

 Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)


 meN-... (mengalir, meletup, menangis, membisu)
 ber-... (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)

70
 ter-... (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
 ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
 ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)

KKTT terbahagi kepada dua iaitu;

i. KKTT tanpa pelengkap

ii. KKTT berpelengkap

KKTT Tanpa Pelengkap

Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.

Contoh:

Gadis itu asyik termenung.


Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.

KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut tentang
ayat tersebut.
Contoh:
1. Si Dara itu asyik termenung di dalam kamar.
2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.

KKTT Berpelengkap

71
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi
nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau
penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami
proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan banjir sudah beransur surut.
2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi yang
berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif.

Struktur Frasa Kerja Tak Transitif

Kata bantu KKTT Kata Sendi /adjektif Kata Nama

sedang bekerja di pejabat

ingin berbincang tentang perkara

telah terlupa akan nama rakannya

sudah bertambah kukuh -

72
sudah beransur sembuh -

telah bersuamikan - orang kaya

telah berpayungkan - daun pisang

Struktur Frasa Kerja Transitif

Kata Bantu KKT Objek atau Penyambut

telah membincangkan perkara

akan memperbesar rumah

sedang menggilap kasut

hendak menunggang motosikal

Kesalahan-kesalahan Kata Kerja.

1. Penggunaan KKT tanpa imbuhan.


Contoh ayat:
Haji Naseer sedang pandang lukisan itu (X)
Haji Naseer sedang memandang lukisan itu. (√)

2. Penggunaan kata sendi nama selepas KKT.


Contoh ayat:
Sharifah memahami akan kehendak adiknya. (X)

73
Sharifah memahami kehendak adiknya. (√)

3. Penggunaan Kata Adjektif selepas KKT.


Contoh ayat:
Ahmad telah menendang kuat-kuat bola itu. (X)
Ahmad telah menendang bola itu kuat-kuat. (√)

4. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT


Contoh ayat:
Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)
Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. (√)

5. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan


Contoh ayat:
Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X)
Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. (√)
6. Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)
Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. (√)

MODUL 23: PASANGAN KATA MENGELIRUKAN

1. KATA NAFI : tidak - bukan


 Kedua-duanya ialah kata nafi. Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi untuk frasa-
frasa predikat.

tidak bukan
Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama
dan frasa adjektif. dan frasa sendi nama.
Bapanya tidak pergi ke pejabat hari ini. Makanan itu bukan untuk Ali tetapi untuk
Aminah.

74
Kenyataan yang diberinya itu tidak benar. Projek itu bukan usaha yang saya lakukan.
Nota:

 Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa
tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.
Contoh: Pak Abu bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.
Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja.
2. kerana - sebab
 kerana ialah kata hubung manakala sebab ialah kata nama.

kerana sebab
Zainal tidak pergi ke sekolah kerana dia Pihak tertuduh gagal memberikan sebab dia
demam campak. tidak bersalah.

Nota:

Perkataan sebab boleh dijadikan sebagai kata hubung dengan meletakkan perkataan oleh di
hadapannya menjadi oleh sebab. Perlu diingat bahawa kata hubung kerana yang memang merupakan
kata hubung tidak boleh diletakkan perkataan oleh untuk menjadikannya sebagai kata hubung. Oleh itu,
frasa oleh kerana adalah salah.

Contoh kesalahan ayat:

Abu ditangkap oleh pihak polis sebab mencuri di pasar raya. (X)
Abu ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri di pasar raya. (√)

Oleh kerana hujan, kami terpaksa berteduh di bawah pokok itu. (X)
Oleh sebab hujan, kami terpaksa berteduh di bawah pokok itu. (√)

3. dalam - di dalam

75
dalam di dalam
Merupakan kata sendi nama yang hadir di Merupakan kata arah hadir di hadapan kata
hadapan kata nama yang membawa nama yang mmerujuk kepada tempat yang
pengertian tempat yang tidak mempunyai mempunyai ruang atau jarak.
ruang atau jarak.
1. Kita semua bersetuju dalam hal ini. 1. Banyak pelajar masih berada di dalam kelas
itu.
2. Kita harus fasih bertutur dalam bahasa 2. Beberapa orang pemburu telah sesat di
Melayu. dalam
hutan yang tebal itu.
3. Perkara itu telah dibincangkan dalam 3. Buku-buku itu terletak di dalam meja saya.
mesyuarat yang lalu.

Contoh ayat yang salah:

Saya tidak terlibat di dalam urusan perniagaan itu. (X)


Aminah masih berada dalam kelas itu. (X)

4. antara - di antara

antara di antara
Kata sendi nama yang tidak membawa maksud Kata arah yang digunakan untuk maksud arah
yang mempunyai ruang dan jarak. yang mempunyai ruang dan jarak.
Contoh: Contoh:
 Tidak ada perbezaan yang besar antara  Tambak Johor terletak di antara negeri
pendapat saya dengan pendapatnya. Johor dengan negara Singapura.
 Pelajar itu sedang berbincang antara  Saya dapat menikmati pemandangan yang
mereka. indah sepanjang perjalanan di antara Pulau
Pinang dengan Kelantan.

76
5. bagi - untuk
 Pada umumnya kata bagi dan untuk ialah kata sendi nama yang digunakan secara bervariasi
antara satu sama lain.
 Asrama itu dibina untuk pelajar-pelajar miskin. (√)
 Asrama itu dibina bagi pelajar-pelajar miskin. (√)

Nota :
Dalam penggunaan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan kata untuk tidak boleh
ditukar ganti dengan kata bagi.
Contoh:
 Hadiah itu pemberian khas daripada ibu untuk saya. (√)
 Hadiah itu pemberian khas daripada ibu bagi saya. (X)

6. dapat - boleh

dapat boleh
Kata bantu yang digunakan dalam ayat yang Kata bantu yang digunakan dalam ayat yang
menyatakan maksud ada keupayaan atau menyatakan maksud keizinan atau kebenaran.
berupaya.
1. Jalan itu tidak dapat dilalui kerana banjir. 1. Kanak-kanak mahupun orang dewasa tidak
boleh berbohong.
2. Saya tidak dapat memenuhi permintaannya 2. Ahmad tidak boleh menghadiri majlis itu
yang melampau itu. kerana
terpaksa menolong ibunya di rumah.

7. berasa - merasa

Berasa bermakna mempunyai rasa manakala merasa pula bermakna menikmati rasa.
Berasa mesti digunakan di hadapan kata adjektif, manakala merasa digunakan di hadapan

77
kata nama.

berasa merasa
Ahmad berasa kecewa dengan keputusan Ibu ingin merasa kari ayam yang telah dimasak
pertandingan itu. oleh ayah.
Seluruh badan Pak Samad berasa sakit setelah Bapa saya pernah merasai keperitan hidup
bekerja sehari suntuk. pada zaman pemerintahan Jepun.
Gulai ikan itu berasa sangat masin akibat Aminah merasai kesakitan yang teruk akibat
terlebih garam. kemalangan itu.

8. ialah - adalah

ialah adalah

Kata pemeri yang digunakan di hadapan kata Kata pemeri yang digunakan di hadapan kata
nama. sendi nama dan kata adjektif.

Contoh: Contoh:
Cikgu Nor ialah guru Bahasa Melayu saya. Langkah kerajaan itu adalah untuk membantu
mereka yang kurang bernasib baik.
Menara Berkembar Petronas ialah bangunan
yang tertinggi di dunia. Anak Puan Aminah adalah sangat comel.

Nota:
Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.
Contoh:
Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan berasal dari Pulau Pinang. (X)
Siswazah yang baru lulus itu bukan berasal dari Pulau Pinang. (√)

Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai. (X)


Arahan itu bukan untuk semua pegawai. (√)

78
 Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif
Berita yang disebarkan itu adalah tidak benar. (√)

 Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.
Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan esok. (X)
Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan esok. (√)

9. banyak - ramai

banyak ramai

Kata adjektif yang digunakan untuk menunjukkan Digunakan untuk menunjukkan suasana dan keadaan
bilangan yang lebih daripada satu khasnya untuk meriah, tidak sunyi, bising, dan riuh rendah.
manusia, benda dan binatang.
Contoh: Contoh:
Banyak pelajar yang tidak datang ke sekolah hari Suasana majlis hari jadi itu menjadi riuh-rendah
ini kerana banjir. apabila ramai orang yang menjerit-jerit.

Banyak kanak-kanak suka akan makanan yang Ramai kanak-kanak yang melompat-lompat semasa
manis. menyaksikan persembahan penyanyi itu.

Contoh ayat yang salah:


 Ramai pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit mata. (X)
 Banyak pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit mata. (√)
 Jennifer Lopez mempunyai ramai peminat di Malaysia. (X)
 Jennifer Lopez mempunyai banyak peminat di Malaysia. (√).

79
MODUL 25: KESALAHAN STRUKTUR AYAT

1. Ayat Gabungan

Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata
hubung.

Contoh:

Nani dan Nora ke perpustakaan.


Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.

80
Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat
gabungan tidak digabungkan dengan betul.

Contoh:

SALAH BETUL
1. Mereka akan melancong ke Pulau Tioman 1. Mereka akan melancong ke Pulau Tioman
atau Pulau Langkawi? atau ke Pulau Langkawi?
2. Saya tidak pasti sama ada Nora tinggal di 2. Saya tidak pasti sama ada Nora tinggal di
Jelutong atau Sg. Ara. Jelutong atau di Sg. Ara.
3. Baik yang kaya atau miskin semuanya 3. Baik yang kaya atau yang miskin semuanya
mampu berjaya. mampu berjaya.
4. Hadiah ini untuk Mira bukan Mirza. 4. Hadiah ini untuk Mira bukan untuk Mirza.
5. Jangankan membeli kereta, motosikal pun 5. Jangankan membeli kereta, membeli
saya tidak mampu. motosikal pun saya tidak mampu.

2. Ayat Pancangan
Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan
pada ayat yang satu lagi.

Contoh:
a. Kereta Pak Dollah itu terbabas.
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i. Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Dollah.

b. Walaupun miskin, keluarga Mak Bedah bahagia.


Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut ini:
i. Keluarga Mak Bedah miskin.
ii. Keluarga Mak Bedah bahagia.

81
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku apabila unsur penerang dalam ayat tersebut
salah strukturnya.

Contohnya:

SALAH BETUL

1. Rumah itu di atas bukit tidak ada 1. Rumah di atas bukit itu tidak ada
penghuninya. penghuninya.

2. Bangunan itu yang tinggi ialah Menara 2. Bangunan yang tinggi itu ialah Menara
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan
yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama.
Contoh:

SALAH BETUL

1. Kami berdoa kamu berjaya. 1. Kami berdoa agar kamu berjaya.

2. Semua orang tahu dia anak Dato’ Zain. 2. Semua orang tahu bahawa dia anak Dato’
Zain.

3. Ayat Tergantung
Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang.
Contoh: Budak itu / menangis.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.

Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan.
Contoh: Siapakah / gadis itu.
Itulah / teman saya.

Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ‘ayat tergantung’.

82
SALAH BETUL

1. Di seluruh negara dilanda banjir. 1. Seluruh negara dilanda banjir.

2. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis 2. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
ini.

3. Banyak pelajar lelaki yang lulus dengan baik. 3. Banyak pelajar lelakilah yang lulus dengan baik.

4. Ada pihak membangkang cadangan itu. 4. Ada pihak yang membangkang cadangan itu.

5. Dia yang datang kelmarin. 5. Dia datang kelmarin.

6. Mengetahui hal itu saya membatalkan 6. Setelah mengetahui hal itu, saya membatalkan
rancangan. rancangan.

7. Kesan kemelesetan ekonomi pengangguran 7. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi,


meningkat. pengangguran meningkat.

8. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri 8. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri
Pelajaran. Pelajaran.

9. Apakah perlu kita lakukan sekarang? 9. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?

10. Siapa kata saya berbohong? 10. Siapakah yang mengatakan saya berbohong?

11. Peserta-peserta lulus saja akan dipilih. 11. Peserta-peserta yang lulus sajalah yang akan
dipilih.

12. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan 12. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan
bahawa dia bersalah. bahawa dia bersalah.

13. Mengikut beliau menyatakan bahawa 13. Beliau mengatakan bahawa perompak
perompak bersenjata api sudah itu tumpas. bersenjata api itu sudah tumpas.

14. Yang manakah betul? 14. Yang manakah yang betul?

15. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut. 15. Butiran mesyuarat adalah seperti yang berikut.

5. Ayat yang Tidak Betul Susunannya


Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.

SALAH BETUL

83
Ini hari Azizah tidak datang. Hari ini Azizah tidak datang.

Buku ini saya tidak mahu membaca. Saya tidak mahu membaca buku ini.

Yang melukis gambar ini Zainallah. Yang melukis gambar ini Zainal.

Yang memukul awak siapakah? Yang memukul awak siapa?

Itu pen dakwat sudah habis. Pen itu sudah habis dakwat.

Nora dan Nani baik berkawan. Nora dan Nani berkawan baik.

Majalah itu saya tidak menyimpannya. Saya tidak menyimpan majalah itu.

PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat


Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

84
4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6. baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang


Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu


Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya


Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi


Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung


Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing


Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air


Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

85
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati


Maksud : Tidak sombong

17. murah hati


Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong


Maksud : Hampa.

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing


Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

86
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai


Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang
susah

6. indah khabar daripada rupa


Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah


Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni


Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit


Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat
kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak


Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua


Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima
akibatnya..

13. memerah otak


Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

87
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang


kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit


Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan


Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.


Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang
pula.

21. mencari jalan


Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat


Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan


Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati

88
Maksud : Gembira.

25. anak buah


Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah


Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung


Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang


Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan


Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk


Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

CADANGAN PERUNTUKAN MASA UNTUK MENJAWAB BAHASA MELAYU 2

KERTAS 2 150 minit (2 jam 30 minit)

Soalan 1 : Rumusan teks 30 minit


Soalan 2 : Pemahaman 60 minit
Soalan 3 : Pengetahuan dan kemahiran tatabahasa 30 minit
Soalan 4 : Pemahaman novel 20 minit
Menyemak Jawapan 10 minit

Soalan 1 : Rumusan teks [30 markah] 30 minit

89
Membaca dan menganalisis soalan 3 minit
Membina pendahuluan 3 minit
Mengenal pasti /menanda isi tersurat 5 minit
Membina isi tersirat 5 minit
Membina kesimpulan 2 minit
Menulis rumusan 10 minit
Menyunting rumusan 2 minit

Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] 60 minit

(i) Pemahaman Teks 2 markah


2a. 9 markah (ii) Pemahaman Teks 3 markah
15 minit (iii) Kem. Berfikir secara Kritis & Kreatif 4 markah

(i) Pemahaman Teks 2 markah


2b. 9 markah (ii) Kem. Berfikir secara Kritis & Kreatif 3 markah
15 minit (iii) Komsas 4 markah

(i) Pemahaman Teks 2 markah


2c. 8 markah (ii) Pemahaman Teks 3 markah
15 minit (iii) Kem. Berfikir secara Kritis & Kreatif3 markah

(i) Pemahaman Teks 2 markah


2d. 9 markah (ii) Kem. Berfikir secara Kritis & Kreatif3 markah
15 minit (iii) Komsas 4 markah

90
Soalan 3 :Tatabahasa [30 markah] 30 minit

3a. Morfologi 6 markah 6 minit


3b. Sintaksis 6 markah 6 minit
3c. Ejaan dan imbuhan 6 markah 6 minit
3d. Kata, istilah dan kesalahan tatabahasa 6 markah 6 minit
3e. Peribahasa 6 markah 6 minit

Soalan 4 :Genre Novel [15 markah] 20 minit

4a. Komsas/ KBKK 7 markah 10 minit


4b. Komsas/ KBKK 8 markah 10 minit

91
ANALISIS SOALAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Soalan 3(a) : Morfologi [6 markah]

1. Kata dasar dan kata Jun ‘05 8. Kata homofon


Terbitan Nov ‘10
2. Kata banyak makna 9. Kata pinjaman Jun ‘06
Jun ‘07 Jun ‘10

3. Kata ganda 10. Pasangan kata


Nov ‘09 Homograf
4. Kata pelbagai imbuhan 5. Nov ‘07 11. Pasangan kata homofon
Kata majmuk 12. Pasangan kata imbuhan
Nov ‘04 Nov ’06
Sisipin
7. Kata pelbagai imbuhan 13. Pasangan kata dasar &kata
Nov ‘05 Jun ’08
pinjaman Ganda
7. Kata homograf 14. Frasa Nov ‘08
Jun ‘09

Soalan 3(b) : Sintaksis [6 markah]

1. Cakap ajuk kepada cakap 7. Cerakinkan ayat Jun ‘06


Jun ‘10
pindah Nov ‘06
2. Cakap pindah kepada cakap 8. Menggabungkan ayat
Nov ‘04 Jun ‘09
ajuk
3. Ayat aktif kepada ayat pasif 4. Nov ‘07 9. Jenis-jenis ayat Jun ‘07
Ayat pasif kepada aktif 10. Menganalisis ayat
Nov ‘05
5. Susunan biasa kepada 11. Pola Ayat
Jun ‘08 Nov ‘08
songsang
6. Songsang kepada susunan 12. Subjek dan predikat
Jun ‘05 Nov ‘09
biasa
7. Ayat penyata kepada ayat tanya Nov ’10

Soalan 3(e) : Peribahasa [6 markah]

1. Membina ayat Jun ‘05 5. Persamaan maksud


Nov ‘08
2. Memadankan situasi dengan 6. Berlawanan maksud
Nov ‘04
peribahasa
3. Memadankan ayat dengan Nov ‘05 7. Memadankan peribahasa
Jun ‘07
peribahasa Jun ‘08 dengan maksud
4. Mengisi tempat kosong Jun ‘06 8. Maksud Peribahasa
Nov ‘07
Nov ‘06
Jun ‘09
Nov ‘09
Jun ‘10
Nov ‘10

92
TEKNIK MENJAWAB
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

3 a) -MORFOLOGI

Membina ayat
Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan digunakan sebagai rujukan utama.

P & P peringkat awal didahului dengan membincangkan maksud perkataan yang diuji.

Tidak perlu membina ayat yang meleret atau terlalu panjang (memadai 7 -12
perkataan sahaja).

Melatih pelajar membina 2 ayat bagi perkataan berpasangan.

Perbanyak latihan menggunakan perkataan yang agak sukar dan agak


mengelirukan.

Pembetulan segera (lisan / perbincangan di dalam kelas) terutama


berkaitan dengan kesalahan ejaan dan struktur ayat supaya tidak berulang.

Pendedahan perkataan-perkataan melalui pengajaran, pertandingan silang kata, carta


perbendaharaan kata, dan sebagainya.

Rencamkan latihan membina ayat di dalam kelas.

Kenal pasti jenis penggolongan kata bagi kata dasar.

Kenal pasti cara membina ayat dengan menggunakan kata kerja pasif
(menggunakan ganti nama diri pertama atau kedua).

Kenal pasti cara membina ayat dalam bentuk cakap ajuk/ ayat perintah (suruhan:
Tolong…, Sila...,/ larangan: Jangan…)

Soalan bahagian ini merangkumi ;


93
o Kata dasar dan kata terbitan

 Kata banyak makna

 Kata yang hampir sama makna

 Kata nama

o Kata kerja

o Kata adjektif

o Kata ganda

o Kata tugas

 Kata terbitan/pasangan kata terbitan

 Pasangan kata homograf

o Pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh

o Pasangan kata ganda dan kata majmuk

 Pasangan kata dasar dan kata ganda berimbuhan

 Pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitan

 Pasangan kata dasar dan kata majmuk

 Pasangan kata homofon

 Kata pinjaman bahasa Melayu

 Kata tunggal

 Kata terbitan

 Kata majmuk

3 b) -SINTAKSIS

94
Menggabung ayat
Melatih pelajar menggabungkan ayat-ayat mengikut jumlah dalam arahan
soalan.
Melatih pelajar mengenal pasti kelompok idea dalam petikan.
Mendedahkan kaedah penulisan dan contoh penggunaan kata hubung
yang sesuai, penanda wacana dan tanda bacaan untuk menggabungkan
ayat-ayat.
Menggunakan sistem nombor (i., ii., iii., dsb.)
Jangan tinggalkan isi penting.

Memisahkan ayat/Mencerakinkan ayat


Tentukan dahulu subjek dan predikat dalam ayat
Kenal pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat berkenaan dengan
menggariskan kata hubung berkenaan.
Bina ayat tunggal baharu yang mempunyai satu subjek dan satu predikat
berdasarkan stuktur asal dan mengikut susunan.

Cakap ajuk cakap pindah /cakap pindah cakap ajuk


Membimbing pelajar menggunakan pelbagai penyataan perasaan dan
ragam ayat ketika menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah
(contohnya; menerangkan, menjelaskan, ingin tahu).
Guru mesti menekankan penggunaan ganti nama diri ketiga saja dalam
cakap pindah
Struktur frasa kerja pasif diri ketiga perlu difahami oleh pelajar.
Melatih pelajar menukarkan kepada ayat penyata.
Menjelaskan kepada pelajar perbezaan antara cakap pindah dengan
laporan.
Memastikan pelajar menggunakan teknik dialog/ temu bual ketika
menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk.
Guru mesti menekankan penggunaan ganti nama diri pertama dan kedua
sahaja dalam cakap ajuk.
Struktur frasa kerja pasif diri pertama dan kedua perlu difahami oleh
pelajar.
Kenal pasti jumlah isi dalam petikan
Pastikan isi ditulis mengikut urutan.
Ayat yang ditulis mesti gramatis.
Tukarkan ayat demi ayat dan bukan berbentuk laporan.

Ayat susunan biasa/ ayat songsang


Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya didahulukan daripada
predikat
Ayat songsang ialah ayat yang predikat atau sebahagian daripada unsur
predikat dikedepankan.

Ayat aktif / ayat pasif

95
Ayat aktif ialah ayat yang meletakkan subjek atau pelakunya pada awal
ayat.
Penanda bagi ayat aktif ialah kata kerja yang menerima imbuhan meN....,
meN... .i,dan meN....kan.
Ayat pasif ialah ayat yang objek hadir pada permulaan ayat.
Penanda bagi ayat pasif ialah kata kerja yang menerima imbuhan di....,
di...i, di...kan,ter....,ber..., dan ke...an.
Bagi ayat pasif, Kata Ganti Nama Diri I dan II hadir di hadapan kata kerja.

Mengesan kesalahan dalam ayat


Mendedahkan pelbagai kesalahan tatabahasa yang biasa dilakukan oleh
pelajar dan masyarakat dalam perbualan sehari-hari.
Pelajar mesti jelas dan faham tentang punca kesalahan ejaan atau struktur
ayat yang berkenaan.
Jika tidak, umumnya kesalahan yang sama akan berulang.
Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti
bilangan kesalahan.
Guru dan pelajar menggunakan Tatabahasa Dewan sebagai rujukan asas
berhubung dengan hukum tatabahasa.
Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti
bilangan kesalahan dalam ayat.
Pelajar mesti mempunyai nota tentang kesalahan biasa dalam tatabahasa,
bahasa istana yang umum dan gelaran kebesaran / panggilan tokoh dalam
masyarakat.

Memberi imbuhan
Mengenal pasti penggolongan kata dasar.
Mengetahui konsep awalan, akhiran dan apitan dan makna perkataan yang
diimbuhkan.
Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan .
Mengenal pasti bilangan kata dasar yang terlibat dalam ayat.

Mengenal pasti perkataan tertinggal dalam ayat.


Mengenal pasti golongan perkataan.
Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti
bilangan perkataan yang perlu ditambah
dalam ayat.

Menulis semula ujaran yang tidak gramatis


Kata singkatan seperti nak, ni, mau dan sebagainya mesti ditulis dalam
bentuk bahasa Melayu yang lengkap.
Kata asing seperti lu, best dan sebagainya perlu ditukar dengan perkataan
yang sesuai dalam bahasa Melayu baku.
Pastikan ayat yang digunakan sesuai sama ada ayat penyata biasa, ayat
songsang, ayat pasif, ayat gabungan dan sebagainya mengikut struktur
ujaran yang asal.

Analisis Ayat

96
Pelajar perlu menganalisis ayat-ayat yang diberi dan menentukan binaan
subjek dan predikat ayat berkenaan.
Apabila pelajar telah dapat membuat pengecaman tentang subjek dan
predikat sewaktu latih tubi dijalankan, pelajar didedahkan pula oleh pola
ayat.

Terdapat empat pola ayat dalam bahasa Melayu iaitu:


1) FN + FN
2) FN + FK
3) FN + FA
4) FN + FS

Sebagai pengukuhan, pelajar dikehendaki membina ayat daripada pola-


pola yang ditetapkan.
Jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu:

1) Ayat Penyata

2) Ayat Tanya:-
i. Ayat tanya dengan kata tanya(Apa, mana,
siapa, bagaimana, bila, mengapa, dan
lain-lain)
Jika gunakan kata tanya pada pangkal
ayat, gunakan partikel kah-
ii. Ayat tanya tanpa kata tanya - hanya
menggunakan tanda tanya

2) Ayat Seruan

4) Ayat Perintah :-
i. Ayat suruhan
ii. Ayat larangan
iii. Ayat permintaan
iv. Ayat silaan

Jenis-jenis ayat majmuk :-

1) Ayat majmuk gabungan


-petandanya ialah kata hubung gabungan iaitu, dan,
atau, lalu, sambil, tetapi,kerana dll

2) Ayat majmuk pancangan


-Ayat majmuk pancangan-penandanya
penggunaan kata hubung pancangan ‘yang’

-Ayat majmuk pancangan komplemen -


penandanya penggunaan kata hubung pancangan
komplemen ’bahawa’ dan ’untuk’

-Ayat majmuk pancangan keterangan -

penandanya penggunaan kata hubung pancangan


97
keterangan seperti supaya, semasa,apabila dll.

3) Ayat majmuk Campuran


-Dikenali sebagai ayat campuran apabila ayat itu
mengandungi mana-mana campuran ayat-ayat
majmuk di atas.

3 e) -PERIBAHASA

Pelajar perlu menguasai maksud peribahasa.(termasuk simpulan


bahasa,perbidalan, pepatah,bidalan,perbilangan dan kata
hikmat,perumpamaan,
Pelajar perlu dilatih mengaplikasi penggunaan peribahasa
dalam ayat yang gramatis.
Pelajar perlu didedahkan peribahasa yang ada dalam buku teks.

Pelajar perlu mempunyai nota/ latihan/ rujukan yang khusus untuk


peribahasa.
Bentuk soalan yang dikemukakan lazimnya mementingkan
penggunaan/aplikasi peribahasa iaitu:

 Membina ayat berdasarkan peribahasa


 Menyatakan maksud peribahasa
 Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud
 Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
 Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan ( situasi )
 Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan perbualan
 Menyatakan peribahasa yang sama maksud
 Melengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

98
LATIHAN
PENGETAHUAN BAHASA DAN KEMAHIRAN TATABAHASA

LATIHAN 1

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksudnya dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan sebagai peribahasa
atau nama khas.

(i) menduduki - mendudukkan

(ii) menaiki - menaikkan

(iii) memagari - memagarkan


[ 6 markah ]

(b) Analisis setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan asingkan ayat
tersebut mengikut subjek dan predikat.

(i) Restoran yang sedang dibina di bandar itu kepunyaan keluarga kami.

(ii) Aminah menghidangkan sedulang makanan untuk kawan-kawan ibunya yang


sedang berbual-bual di ruang tamu.

(iii) Perdana Menteri berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah


negara perindustrian menjelang tahun 2020.
[ 6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Hubungan baik antara kedua-dua orang adik-beradik itu terjejas akibat
daripada perselisehan pendapat mengenai hak memiliki sebidang tanah.

(ii) Negarawan itu begitu disanjong oleh masyarakat hingga dianggap sebagai
perjuangan bangsa.

(iii) Artis popular itu diberi tepokan yang gemuruh sebaik saja memulai
persembahannya.
[ 6 markah ]

99
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Mereka tidak dapat masuk dalam dewan itu kerana pengawal yang bertugas
tidak memberikan kerelaan kepada mereka.

(ii) Setiap peserta-peserta yang menyertai bengkel bahasa itu diminta kecamkan
struktur ayat yang menyalahi hukum tatabahasa.

(iii) Oleh kerana selimut itu kotor, penolong rumah saya telah membasuhnya.

[ 6 markah ]

(e) Bina satu ayat menggunakan setiap peribahasa yang diberikan di bawah ini.

(i) Bagai aur dengan tebing.

(ii) Bak cendawan tumbuh selepas hujan.

(iii) Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

[ 6 markah ]

100
LATIHAN 2

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksudnya dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan sebagai peribahasa
atau nama khas.

(i) kuasa
( ii ) berkuasa
( iii ) menguasai
( iv ) kekuasaan
(v) penguasaan
( vi ) penguasa
[ 6 markah ]

(b) Tukar ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat-ayat pasif tanpa mengubah maksud
asalnya.

(i) Kami membawa rombongan tersebut melawat ke beberapa tempat


menarik di sekitar bandar Kota Tinggi.

( ii ) Anda berjaya memenangi anugerah yang julung-julung kali diadakan


untuk pengusaha batik tempatan.

( iii ) Wahab menanam pokok jati tersebut sebagai hiasan di halaman rumah.

[ 6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Jamal tidak mengindahkan nasihat bapanya agar tidak melibati diri dalam
perlumbaan haram itu.

( ii ) Baju kebaya yang berwarnakan merah jambu itu memang cucuk dengan
Hayati.

( iii ) Kawasan yang disyakki menjadi tempat persembunyian kuncu-kuncu


pemberontak itu sedang diawasi oleh pihak tentera.
[ 6 markah ]

101
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kajian yang dijalani oleh pihak MARDI telah berjaya menghasilkan
zuriat pokok yang bermutu tinggi.

( ii ) Peragawati yang bertugas dalam pesawat tersebut mengumumkan


supaya semua penumpang kembali pada tempat duduk dan memasang
tali keledar.

( iii ) Persembahan budaya yang diadakan pada malam tersebut disertai


oleh beberapa kesatuan kesenian yang terkenal di negara ini.

[ 6 markah ]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Rakyat Malaysia hari ini semakin luntur pegangan walaupun di mana-mana


juga mereka berada di negara ini. Mereka hendaklah patuh akan undang-undang
supaya kehidupan lebih harmoni. Keadaan bertambah teruk apabila terdapat
segelintir pendatang asing yang datang ke bumi Malaysia ini menganggap negara ini
seperti negara mereka sendiri dan bebas melakukan apa-apa sahaja. Kesannya,
perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin goyah. Keadaan ini tidak boleh
dibiarkan berlarutan kerana mampu menjadi barah yang lebih kronik pada masa
akan datang.

[ 6 markah ]

102
LATIHAN 3

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan daripada pasangan perkataan di bawah supaya
jelas menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan
sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) jejak - jejaka

( ii ) juang - jurang

( iii ) kawal - kawat


[6 markah]

(b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan
ayat-ayat berikut menjadi tiga ayat.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan. Malaysia mempunyai keindahan alam


semula jadi. Negara ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Kerajaan
mengadakan pelbagai usaha mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan
kempen Tahun Melawat Malaysia. Malaysia juga menganjurkan pertandingan
sukan bertaraf antarabangsa. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia. Ekonomi
Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan terbuka luas untuk dinikmati oleh rakyat
Malaysia.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kerajaan menggesa gulungan remaja melengkapkan diri dengan pelbagai


ilmu pengetahuan dan mahir.
(ii) Perabut yang dibeli oleh ayah itu mahal harganya kerana kayunya kualiti
tinggi dan diimport dari luar negeri.
(iii) Anggarkan sebanyak 10000 orang penuntun menyaksikan persembahan
Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Nasional baru-baru ini.
[6 markah]

103
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Sesebuah keluarga itu akan tinggal dalam suasana yang harmoni dan saling
faham-memahami jika ibu bapa dapat mentadbir rumah tangga dengan
cemerlang.
(ii) Ibu bapa perlu membimbing akan remaja secara berterusan agar mereka
sentiasa memulihara disiplin diri untuk manfaat jangka panjang.

(iii) Para petani yang bercocok tanam di tanah bukit itu telah mendapat khidmat
nasihat dari pegawai Jabatan Pertanian untuk meningkatkan hasil tanaman.

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Budak-budak jahat yang selalu berkeliaran pada waktu malam itu akhirnya ditangkap polis
juga. Mereka menyangka bahawa mereka bijak dan dapat melarikan diri daripada
polis. Kini mereka menyesal atas perbuatan mereka itu.
[6 markah]

104
LATIHAN 4

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan daripada pasangan perkataan di bawah supaya
jelas menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan
sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) pemindahan - perpindahan

(ii) pelanggaran - perlanggaran

(iii) penahanan - pertahanan


[6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kerana kesuntukan masa, mereka tidak sempat membincangkan perkara lain
dalam mesyuarat semalam.

(ii) Pelajar lelaki itu mengirimkan e-mel kepada gurunya untuk menanyakan
masalah pelajarannya.

(iii) Cikgu Ramlah mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah


sekolah luar bandar.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Rakyat yang pengetahuan luas dalam bidang teknoloji maklumat mempunyai
peluang pekerjaan yang luas dalam sektor kerajaan atau swasta.

(ii) Rakyat Malaysia sepatutnya mengembleng tenaga dan wang ringgit ke arah
membentuk nilai-nilai murni yang memberi kesan baik kepada masyarakat.

(iii) Sejak pengswastaan Syarikat Telekom Malaysia Sendirian Berhad,


pengurusannya menjadi lebih efisyen.
[6 markah]

105
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Para pelajar disarankan agar memberitahu wadar asrama sekiranya mereka
menghadapi lain-lain masalah.

(ii) Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi


prestasi pelajar-pelajar dalam sektor kokurikulum.

(iii) Amnah dikenakan oleh guru untuk menceritakan kembali peristiwa itu kepada
rakan-rakannya di kelas 3 Cempaka.
[6 markah]

(e) Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Fikirlah masak-masak sebelum menolak tawaran belajar di universiti


tempatan kerana kamu belum tentu diterima belajar di universiti luar
negara. Ibu khuatir ___________________ _______________________.

(ii) Syarikat swasta digesa supaya tidak bersikap pilih kasih seperti kata pepatah
____________________ dalam memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan berbanding dengan pekerja asing

(iii) Perbalahan antara pemimpin kedua-dua buah negara itu menyebabkan


rakyat negara masing- masing hidup dalam ketakutan seperti
___________________.

[6 markah]

106
LATIHAN 5

(a) Tulis satu ayat daripada pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan
perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan
serta menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) laki - lelaki

(ii) langit - lelangit

(iii) rambut - rerambut


[6 markah]

(b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud
asalnya.

“Apa hal cikgu jemput saya?” tanya Aishah sambil menatap wajah Cikgu Tipah.
“Cikgu jemput Aishah ke bilik ni bertujuan murni. Anggaplah pertemuan ini sebagai
seorang kakak dengan adik,” jelas Cikgu Tipah sambil tersenyum manis.
“Maksud cikgu?” Aishah ingin kepastian. “Saya sebenarnya ingin mendapat
penjelasan daripada Aishah kenapa keputusan ujian bulanan merosot,” kata Cikgu
Tipah sambil merenung ke wajah Aishah.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Semangat silaturrahim dapat dipupuk menerusi amalan gotong-royong serta


menarik pelancong berkunjung negara ini.

(ii) Encik Borhan menerima perlantikan sebagai pengarah syarikat dan lantikan
beliau itu berkuatkuasa pada 1 Mac 2006.

(iii) Ibu mencadang kakak membawa rakannya bersiar-siar ke komplek beli-


belah.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Anak-anak dilarang daripada menyahut perbualan orang tua-tua kerana


perbuatan itu menyalahi akan adat ketimuran.

(ii) Kita tidak wajar menggauli segala urusan yang tiada kena dengan kita.

107
(iii) Puan Normah telah diminta untuk menyebut sepatah dua kata di dalam majlis
yang dianjurkan oleh kakitangan pejabat sempena persaraannya.

[6 markah]

(e) Baca ayat - ayat di bawah dengan teliti dan kemukakan peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat ini .

(i) Setiap pelajar perlulah berusaha untuk mencapai kejayaan kerana kejayaan
itu tidak datang begitu mudah melainkan dengan usaha yang gigih.

(ii) Walaupun Tengku Hassan berasal daripada keluarga bangsawan yang begitu
dihormati tetapi beliau masih mahu bergaul dengan orang kebanyakan atau
rakyat bawahan. Beliau tidak pernah menganggap imejnya akan terjejas
akibat pergaulannya itu.

(iii) Encik Ahmad merupakan tokoh korporat yang banyak menerima pengalaman
di luar negara dan telah tinggal di luar negara lebih sepuluh tahun. Walaupun
mempunyai syarikat yang besar di sana, beliau akhirnya meninggalkan
perniagaan itu dan kembali ke tanah air untuk berbakti.
[6 markah]

108
LATIHAN 6

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) kemas
(ii) mengemaskan
(iv) kekemasan
(v) harga
(vi) menghargai
(vii) penghargaan

[6 markah]

(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan


menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan
hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong
dalam ayat-ayat yang diberi.

(i) Mereka bersenam petang tadi

(ii) Encik Samad pengurus besar syarikat itu.

(iii) Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam


pelajaran.

(iv) Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium


Bukit Jalil.

(v) Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.

(vi) Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja


bulat

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Pertunjukan akrobatik yang mengkagumkan itu mendapat


tepukan yang gemuroh daripada para penonton.

(ii) Semua peserta ekspidisi meredah hutan itu digalakkan supaya


memakai stoking tebal untuk menjaga keselamatan.

109
(iii) Mangsa kemalangan jalan raya itu telah dikejarkan ke hospital
dengan menggunakan sebuah ambulan.

[6 markah]

(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata


atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Sederetan umah-rumah telah musnah dalam kebakaran di tapak


perumahan tersebut. Anggota pasukan bomba telah bergegas ke
tempat kejadian supaya memadamkan api yang sedang mara.
Jumlah kerugian yang pemilik-pemilik rumah alami belum dapat
ditafsirkan lagi.
[6 markah]

(e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal


insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-
guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di
samping bekerjasama bagai ... .................. .(i)...

Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk
menempa kecemerlangan kerana .......................... ...(ii)... ............. ..Sebagaimana
yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan
antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program
untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila
bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana... ...(iii)...

[6 markah]

110
LATIHAN 7

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i) hiruk-pikuk (iv) senang-lenang

(ii) selok-belok (v) lintang-pukang

(iii) lambat-laun (vi) kenduri-kendara


[ 6 markah ]

(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat
seperti yang berikut:

Subjek :____________________________________

Predikat :____________________________________

(i) Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.


(ii) Ketinggian Gunung Kinabalu 4104 meter.
(iii) Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan.
(v) Murid yang pintar itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
(vi) Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup
bergolok bergadai.
[ 6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan
kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pengusaha kafetaria itu telah dikenakan tindakan kerana persediaan


makanan yang tidak bersih.

(ii) Peragawati itu menggunakan losyen berjenama terkenal untuk


melembuti kulitnya.

(iii) Penggunaan peralatan eletronik membolehkan murid-murid mengikuti


kaedah pelajaran terkini.
[ 6 markah ]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

(i) Pencemaran alam sekitar pada tahap besar akan menyebabkan


sesebuah negara mengalami kerugian di dalam jangka masa panjang.

111 33
(ii) Amalan pemakanan lengkap dalam kalangan masyarakat adalah antara
langkah yang berkesan supaya mencegah pelbagai penyakit.

(iii) Tindakan tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan


silap laku dalam menjalankan tugas.
[ 6 markah ]

(e) Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah :Syafik, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti
sesuaikan diri dengan budaya dan adap resam mereka. Ikutlah
nasihat orang tua-tua, iaitu __________(i)__________________.

Syafik :Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam
hati saya.

Ayah :Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin.
Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana
kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan
negara, bak kata peribahasa_________(ii)_________

Syafik :Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah :Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah
pengalaman sebanyak-banyaknya kerana ________(iii)_______.

[ 6 markah ]

112
JAWAPAN
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

JAWAPAN LATIHAN 1

(a) (i) Menduduki - mendudukkan

Menduduki - mengambil tempat duduk, menakluki dan menguasai sesebuah


Negeri / Mengambil peperiksaan / ujian, memikat hati seseorang

Mendudukkan - meletakkan, mendapatkan kesimpulan sesuatu perkara,


mengahwinkan, menikahkan

(ii) Menaiki - menaikkan

Menaiki - memanjat, mendaki, pergi dengan kenderaan, mengenderai,


menunggang
Yati menaiki bas ekspres semasa pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kursus.

Menaikkan - menjadikan naik, membawa ke tempat tinggi, meletakkan ke atas


kenderaan, menjadikan lebih tinggi

(iii) Memagari - memagarkan

Memagari - membuat atau mendirikan pagar, mengelilingi, melingkari sesuatu,


menghalangi, melindungi, mendindingi

Memagarkan - menggunakan sesuatu sebagai pagar, membuatkan pagar,


Mendirikan pagar pada.

[6 markah]
(b)

Bil Subjek Predikat


(i) Restoran yang sedang dibina di bandar itu kepunyaan keluarga kami.
[2 markah]
(ii) Aminah menghidangkan sedulang makanan untuk kawan-kawan ibunya
yang sedang berbual-bual di ruang tamu.
[ 2 markah ]
(iii) Perdana Menteri berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
perindustrian menjelang tahun 2020.
[ 2 markah ]

[6 markah]

( c ) (i) perselisehan - perselisihan


memiliki - pemilikan
(ii) disanjong - disanjung
perjuangan - pejuang
(iii) tepokan - tepukan
memulai - memulakan [6 markah]
113
(d) (i ) dalam - ke dalam
kerelaan - kebenaran

(ii ) setiap peserta-peserta - setiap peserta


kecamkan - mengecam

(iii ) Oleh kerana - Oleh sebab


Penolong - pembantu

[6 markah]

( e ) (i ) Semua penduduk di Kampung Aman bekerjasama bagai aur dengan tebing


sewaktu mereka mendirikan semula rumah Mak Bedah yang terbakar.

(ii ) Pembinaan kilang-kilang di bandar itu bagai cendawan


tumbuh selepas hujan akibat pertumbuhan ekonomi negara yang baik

(iii ) Pak Malau memberi didikan agama kepada anak-anaknya sejak kecil lagi kerana
dia berpegang kepada peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.

[6 markah]

114
JAWAPAN LATIHAN 2

(a) Membina ayat

( i ) daya / kemampuan / keupayaan / kekuatan / hak / kewibawaan / tenaga

( ii ) mempunyai kuasa / berhak / berkemampuan

( iii ) menggunakan kuasa / mengatasi dan mengawal

( iv ) kewibawaan / kekuatan / kemampuan

( v ) perihal menguasai

( vi ) orang yang berkuasa untuk menentukan sesuatu ( mengurus )

[6 markah]
(b) Ayat aktif kepada ayat pasif

(i) Rombongan tersebut telah kami bawa melawat ke beberapa tempat


menarik di sekitar bandar Kota Tinggi.

Telah kami bawa melawat ke beberapa tempat menarik di bandar Kota


Tinggi rombongan tersebut.

( ii ) Anugerah yang julung-julung kali diadakan untuk pengusaha batik


tempatan telah berjaya anda menangi.

Telah berjaya anda menangi anugerah yang julung-julung kali diadakan untuk pengusaha batik
tempatan

( iii ) Pokok jati tersebut telah saya tanam sebagai hiasan di halaman rumah.

Telah saya tanam sebagai hiasan di halaman rumah pokok jati tersebut

[6 markah]

(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i) mengindahkan - mengendahkan


melibati - melibatkan

( ii ) berwarnakan - berwarna
cucuk - cocok

( iii ) disyakki - disyaki


kuncu-kuncu - konco-konco
[6 markah]

115
(d) Kesalahan kata atau istilah

(i) dijalani - dijalankan


zuriat - baka

( ii ) peramugari - pramugari
pada - ke

( iii ) budaya - kebudayaan


kesatuan - persatuan
[6 markah]

(e) Peribahasa

(i) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.


(ii) Masuk kandang kambing menggembek, masuk kandang lembu menguak
(iii) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
[6 markah]

116
JAWAPAN LATIHAN 3

(a) Membina ayat

(i) jejak - bekas tapak kaki/bekas langkah[orang/binatang], bekas jalan perahu,


kesan.
- injak hampir atau mengenai tanah, kena pada satu tahap, hampir
seimbang.
- tabiat, tingkah laku, perangai.
- lurus, tegak,teratur baik, tetap/tidak berubah-ubah.

jejaka - pemuda,belia, bujang

(ii) juang - berlaga antara satu sama lain,berlanggaran, berlawan.


- hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dengan jalan beradu
tenaga/kekuatan/kuasa dengan pihak lain/unsur yang menentangnya
/boleh memudaratkannya.
- sejenis tumbuhan herba juang-juang/lenjuang[bukit].
- sejenis tumbuhan renek

Jurang - lembah yang dalam,lurah


- kehidupan yang susah,kemelaratan
- perbezaan yang memisahkan sesuatu dengan sesuatu yang lain
/suatu generasi dengan generasi lain

(iii) kawal - orang yang menjaga,penjaga, penjaga yang meronda, peronda


- penjagaan, pengawasan

kawat - tali yang diperbuat daripada logam spt tembaga, dawai


- berita, khabar, telegram
[ 6 markah ]

(b) Menggabung ayat

1. Malaysia merupakan destinasi pelancongan kerana mempunyai keindahan alam


semula jadi dan masyarakat yang berbilang kaum.

2. Kerajaan mengadakan pelbagai usaha mempromosikan Malaysia dengan


mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia serta menganjurkan sukan
bertaraf antarabangsa.

3. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia sehingga ekonomi Malaysia meningkat


dan peluang pekerjaan terbuka luas untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.
[ 6 markah ]

(c) Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan

(i) gulungan - golongan


mahir - kemahiran

(i) perabut - perabot


kualiti - berkualiti

(ii) anggarkan - dianggarkan


penuntun - penonton
[ 6 markah ]

117
d) Membetulkan kesalahan istilah/kata atau kesalahan bahasa

(i) saling faham memahami - saling memahami


mentadbir - mengurus

(ii) remaja - anak-anak


memulihara - menjaga

(iii) bercocok - bercucuk


dari - daripada
[ 6 markah ]

(e)
(i) Kacang hantu
(ii) Pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk.
(iii) Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna.
[ 6 markah ]

118
JAWAPAN LATIHAN 4

(a) Membina ayat.

(i) Sekiranya Malaysia ingin maju setanding dengan negara barat, pemindahan
teknologi perlu dilakukan.

Perpindahan penduduk setinggan ke kawasan perumahan baru perlu


disegerakan kerana kerja-kerja pembangunan akan dijalankan di kawasan
tersebut.

(ii) Para pelajar diseru agar tidak melakukan pelanggaran disiplin di dalam
kawasan sekolah.

Perlanggaran antara lori dengan kereta di lebuh raya itu semalam telah
mengorbankan tiga nyawa.

(iii) Penahanan tiga orang pemuda yang terlibat dalam kes pecah amanah itu
telah menarik perhatian orang ramai.

Pertahanan tentera kerajaan di dalam kawasan sempadan yang tidak kukuh


menyebabkan tentera musuh mudah meloloskan diri masuk ke negara
tersebut.
[6 markah]
(b) Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif .

(i) Perkara lain tidak sempat dibincangkan oleh mereka dalam mesyuarat
semalam kerana kesuntukan masa.
(ii) E-mel dikirimkan oleh pelajar lelaki itu kepada gurunya untuk menanyakan
Masalah pelajarannya.
(iii) Mata pelajaran Bahasa Melayu diajarkan oleh Cikgu Ramlah di sebuah
sekolah di luar bandar.
[6 markah]
(c) Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan

(i) pengetahuan - berpengetahuan


teknoloji - teknologi

(ii) mengembleng - menggembleng


membentuk - pembentukan

(iii) pengswastaan - penswastaan


efisyen - efisien
[6 markah]
(d) Membetulkan kesalahan kata/istilah dan kesalahan bahasa

(i) wadar - warden


lain-lain masalah - masalah-masalah lain

(ii) meningkatkan lagi prestasi - meningkatkan prestasi pelajar-pelajar lagi


Sektor - bidang

(iii) dikenakan - ditugaskan


menceritakan kembali peristiwa itu - menceritakan peristiwa itu kembali

119
(e) Peribahasa

Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran


Anak di pangkuan diletakkan, kera di hutan disusui
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
[6 markah]

120
JAWAPAN LATIHAN 5

(a) Membina ayat.


(i) Laki
1. Suami/pasangan hidup isteri.
- Laki Aminah bekerja sebagai guru.

Lelaki
1. Jantan/lawan perempuan.
- Lelaki itu telah dimasukkan ke hospital kerana terlibat dalam kemalangan
jalan raya.

( ii ) langit
lengkung yang nampaknya biru dan melingkungi bumi
- Langit yang membiru kelihatan begitu cantik dan saujana mata memandang.

lelangit
1. kain yang dipasang di atas bilik ( di bawah atap ), papan dan lain-lain
yang dipasang di bawah atap, kain bahagian atas kelambu
- Emak menjahit lelangit kelambu di bilik kakak kerana telah terkoyak.

2. bahagian sebelah atas rongga mulut ( ada bahagian lembut dan keras )
- Lelangit saya luka kerana tertikam tulang ikan ketika sedang makan.

( iii ) rambut
sejenis bulu yang tumbuh di kepala
- Rambut kakak banyak yang gugur kerana kakak kerap menggunakan
syampu rambut yang berlainan.

rerambut
salur darah yang halus . halus ( yang membentuk jaringan dalam tisu ),
kapilari
- Beberapa rerambut darah kakak di tangan terputus terkena pisau semasa
sedang menghiris daging.
[6 markah]

( b ) Menukarkan ayat cakap ajuk kepada cakap pindah

1. Aishah menanyakan tujuan Cikgu Tipah menjemputnya.


2. Cikgu Tipah memberitahu Aishah bahawa dia bertujuan murni menjemput
Aishah ke biliknya.
3. Cikgu Tipah menyatakan bahawa Aishah hendaklah menganggap pertemuan
itu sebagai pertemuan seorang kakak dengan adik.
4. Aishah menanyakan maksud kata-kata Cikgu Tipah itu.
5. Sambil merenung wajah Aishah, Cikgu Tipah menyatakan bahawa dia
sebenarnya ingin mendapatkan penjelasan daripada Aishah tentang
kemerosotan keputusan ujian bulanannya.
[6 markah]

121
(c) (i) silaturrahim - silaturahim
berkunjung - mengunjungi

( ii ) perlantikan - pelantikan
berkuatkuasa - berkuat kuasa

( iii ) mencadang - mencadangkan


Komplek - kompleks .
[6 markah]

(d) (i) menyahut - mencelah / menyampuk


menyalahi akan - menyalahi

( ii ) menggauli - mencampuri
tiada kena - tiada kena - mengena

( iii ) menyebut - menyampaikan


di dalam - dalam
[6 markah]

(e) (i) Yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang
menggolek / Genggam bara api biar sampai jadi arang/ Usaha tangga
kejayaan.

( ii ) Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

( iii ) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri , baik juga di negeri
sendiri / lebih baik di negeri sendiri.
[6 markah]

122
JAWAPAN LATIHAN 6

(a) Binaan ayat


(i) Kemas
- elok dan rapi kelihatan (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus dsb dengan baik)
teratur (tersusun dll) dengan elok atau rapi.
- kuat, teguh, erat
- beres, bersih, habis, selesai
- sihat,segar (tubuh)

(ii) Mengemaskan
- menjadikan tersusun ( teratur, rapi,dll), membereskan
-menghabiskan(wang, harta benda dll)

(iii) Kekemasan
- keadaan kemas
- Harga
- sesuatu barang dengan (kiraan) wang
- kehormatan (diri ), maruah
- faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan

(iv) Menghargai
- memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan
- memberikan penghormatan (pujian, sanjungan, dsb) menganggap penting
(berfaedah)
- menghormati, memuliakan,mengendahkan

(v) Penghargaan
- perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan, penyanjungan [6 markah]

(b) Ayat tanya dengan kata tanya

(i) Bilakah mereka bersenam?


Mereka bersenam bila?

(ii) Siapakah pengurus besar syarikat itu?


Pengurus besar syarikat itu siapa?

(iii) Mengapakah murid itu mendapat pujian?


Apakah sebab murid itu mendapat pujian?.

(iv) Di manakah pertandingan akhir Piala Malaysia itu akan diadakan?.


Pertandingan akhir Piala Malaysia itu akan diadakan di mana?

(v) Apakah yang digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu?


Jentera apakah yang digunakan dalam pembinaan bangunan 21
tingkat itu?
123
vi) Bagaimanakah negara kita mencapai kemerdekaan?
Negara kita mencapai kemerdekaan dengan cara apa?
[ 6 markah ]

(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan.


(i) Mengkagumkan - mengagumkan
Gemuroh - gemuruh

(ii) Ekspidisi - ekspedisi


Digalakan - digalakkan

(iii) Dikejar - dikejarkan


ambulan - ambulans

[6 markah]

(d) Kesalahan penggunaan kata, istilah atau tatabahasa.


(i) Sederetan rumah-rumah - sederetan rumah
(ii) Di tapak - di kawasan
(iii) Supaya - untuk
(iv) Mara - marak
(v) Pemilik-pemilik rumah alami - dialami oleh pemilik-pemilik rumah
(vi) Ditafsirkan - ditaksirkan
[6 markah]

(e) Peribahasa
(i) bagai aur dengan tebing
(ii) usaha tangga kejayaan
(iii) muafakat membawa berkat
[6 markah]

124
JAWAPAN LATIHAN 7

(a)
(i) hiruk pikuk
o Keadaan riuh rendah, sibuk dan bising, gempar,
huru-hara, sangat
riuh, gegak gempita.

(ii) Selok-belok
o Hal yang berselit-belit (berliku-liku), sesuatu yang
ada hubungannya
dengan yang lain, hal yang berkaitan dengan
sesuatu

(iii) Lambat-laun
o lama-kelamaan, akhir-akhirnya

(iv) senang-lenang
o Berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang

(v) Lintang-pukang
o Tidak menentu arahnya ( orang berlari dll), bergerak bertempiaran,
tunggang-langgang

(vi) Kenduri-kendara
o berbagai-bagai kenduri, kenduri besar-besaran

[Maksimum:6
markah]

(b) (i) Subjek - kami


Predikst - dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.

(ii) Subjek - Ketinggian Gunung Kinabalu


Predikat - 4104 meter

(iii) Subjek - Kami sekeluarga


Predikat - ke perpustakaan pada setiap petang Sabtu.

(iv) Subjek - Taman Tasik Perdana


Predikat - terkenal oleh landskapnya yang menarik

(v) Subjek - Murid yang pintar itu


Predikat - bercita-cita untuk menjadi angkasawan

(vi) Subjek - Ibu bapa


Predikat - sanggup bergolok-bergadai demi membiayai kos
pelajaran anak-anak
[Maksimum ; 6 markah ]

125
(c) (i) kafetaria - kafeteria
Persediaan - penyediaan/menyediakan

(ii) losyen - losen


Melembuti - melembutkan

(iii) eletronik - elektronik


Pelajaran - pembelajaran/pemelajaran

[Maksimum ; 6 markah ]

(d) (i) besar - serius / kritikal / tinggi


di dalam - dalam

(ii) lengkap - seimbang


Supaya - untuk / bagi

(iii) pada - terhadap / kepada


silap laku - salah laku
[ Maksimum : 6 markah ]

(e) (i) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung / masuk kandang
kambing mengembek , masuk kandang kerbau menguak

(ii) Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

(iii) Jauh berjalan luas pemandangan.


[ Maksimum : 6 markah ]

-TAMAT-

126
Nabi Muhammad pernah berkata,

Amal yang paling disukai Allah


adalah amal yang dilakukan secara
terus menerus sekalipun sedikit

(HR Bukhari dan Muslim daripada


Aisyah)

127
NOTA MEMBINA AYAT
Apabila anda membina ayat, pastikan anda menggunakan formula:

a) Bila + Siapa + buat apa


b) Siapa + buat apa + di mana
c) Siapa + buat apa + kenapa

Contoh:

1. Prasyarat
ayat: Kakak berjaya memasuki pertandingan itu kerana lulus prasyarat yang ditetapkan oleh penganjur
pertandingan.

2. Propaganda
ayat: Pendedahan akuan palsu yang dilakukan oleh pemimpin negara itu merupakan propaganda
politik yang mungkin akan menarik perhatian media massa.

3. Pascamerdeka
ayat: Pada zaman pascamerdeka, anak-anak bangsa harus mengisi kemerdekaan dengan
mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh anasir luar.

4. Dwibahasa
ayat: Ayah menggunakan kamus dwibahasa untuk mencari makna perkataan yang tidak difahaminya
dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

5. AntiIsrael
ayat: Satu perarakan antiIsrael telah diadakan di Dataran Merdeka oleh penuntut-penuntut universiti
kerana mereka mengetahui kekejaman Israel terhadap keamanan dunia.

6. Antirasuah
ayat: Kerajaan Malaysia menjalankan kempen antirasuah untuk menghapuskan gejala ini sehingga
akar umbi.

7. Interaksi
ayat: Pakar psikologi perpendapat bahawa kekurangan interaksi antara anak dengan ibu bapa akan
menyebabkan jiwa anak kosong.

8. Insentif
ayat: Pihak sekolah akan memberi wang insentif sebanyak RM100 kepada pelajar yang mewakili
sekolah dalam acara sukan.

9. Integrasi
ayat: Pihak kerajaan melancarkan kempen 1Malaysia untuk memupuk integrasi kaum dan membina
perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

10. Intensif
ayat: Pihak sekolah akan menjalankan kelas intensif untuk pelajar yang lemah dalam subjek Sains
dan Matematik.

128
11. Inisiatif
ayat: Kerajaan berharap agar pihak sekolah akan mengambil inisiatif untuk memastikan kebersihan
persekitaran sekolah supaya murid-murid tidak diserang wabak demam denggi.

12. tentatif
ayat: Buat sementara waktu, beberapa langkah tentatif diambil untuk memasukkan sains sepenuhnya
ke dalam skop sosiologi ilmu pengetahuan.

13. senget
ayat: Ayah mengetawakan adik yang memakai seluarnya senget sebelah.

14. sengit
ayat: Pengumuman semua calon SPM yang mendapat keputusan 9A+ dijanjikan biasiswa JPA akan
menimbulkan persaingan yang sengit antara calon SPM.

LATIHAN MEMBINA AYAT

Latihan 1.
Tuliskan satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan
maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan, menggunakan perkataan
sebagai peribahasa dan nama khas.
i. belut
ii. belot
iii. sekat
iv. sakat
v. rempah
vi. rempuh [6 markah]

Latihan 2.
Tulis satu ayat daripada setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan serta
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) biru - haru-biru
(ii) lintang - lintang-pukang
(iii) sasap - susup-sasap

[6 markah]

Latihan 3.
Tuliskan dua ayat bagi setiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan perbezaan
maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan, menggunakan perkataan
sebagai peribahasa dan nama khas.
i. haus
ii. alamat
iii. dingin

[6 markah]

129
130
SMK PUTRA PERDANA

MODUL
TATABAHASA
BAHASA MELAYU

TINGKATAN
4&5

DISEDIAKAN OLEH:

PUAN AZMAH MOHD AZMI

131

Anda mungkin juga menyukai