Anda di halaman 1dari 5

4, JALAN BROTHER JAMES, PULAU PINANG

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

1.0 TARIKH : 22 FEBRUARI 2013

HARI : SABTU

MASA : 11.00 2.30 PM

TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH

2.0 LAPORAN PERJALANAN PROGRAM

Program ini telah dijalankan bersama-sama badan pengawas sekolah dan ketua darjah. Ia
dijalankan dengan sempurna dengan kehadiran pengawas pusat sumber sebanyak 25 orang.
Semua peserta telah diberikan satu fail poket, pensil dan kertas A4.

Program ini telah dimulakan dengan ceramah dari Pn.Chan Min Choo yang bertajuk
Kepimpinan dan Komunikasi yang Berkesan

. Semua peserta telah memberi komitmen yang baik dan mereka dapat mencatat apa yang telah
disampaikan oleh Pn. Chan Min Choo.

Makanan tengah hari disediakan dan semua peserta diberi rehat selama 30 minit.

Ceramah kedua yang bertajuk Role Play Pelbagai Situasitelah disampaikan oleh En.Safri,
kaunselor sekolah. Murid-murid berasa sangat seronok apabila terlibat dalam aktiviti yang telah
dilakukan oleh En. Safri. Mereka sedar akan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka
melalui aktiviti tersebut. En. Safri juga telah memberi penekanan terhadap kepentingan
berkomunikasi dengan rakan-rakan lain ketika melakukan sesuatu kerja.

Program ini berakhir lebih kurang pada pukul 2.30 petang. Semua guru dan murid-murid
yang terlibat amat berpuas hati dengan program ini.
3.0 KELEMAHAN

Terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti.

1. Ketidakhadiran dua orang pengawas pusat sumber di atas masalah pengangkutan disebabkan
hari Sabtu.

2. Masa yang dipilih adalah selepas program merentas desa di mana murid-murid berasa sangat
letih.

3. Perjumpaan khas di antara guru diadakan secara tiba-tiba dan hanya seorang guru iaitu
Pn.Chan Min Choo, telah menjaga kesemua murid manakala guru-guru lain pula menghadiri
perjumpaan tersebut.

4. Tempat yang kurang selesa di mana murid-murid duduk di bawah disebabkan pusat sumber
sekolah tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai , meja dan kerusi.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

- Memastikan semua pengawas pusat sumber dapat menghadirkan diri untuk kem kepimpinan
tahun hadapan.

- Memilih hari dan masa yang sesuai iaitu di waktu pagi supaya murid-murid berasa selesa.

- Memilih hari di mana tidak ada sebarang perjumpaan khas diadakan supaya semua AJK dapat
melibatkan diri dalam semua slot dan dapat menolong di antara satu sama lain.

- Menyediakan tempat yang lebih lengkap dan sesuai supaya murid-murid tidak berasa bosan.

- Sijil penyertaan patut diberi pada hari berkenaan juga.


PERBELANJAAN

Makanan murid (30 X RM 6.00) RM 180.00

Fail (30 X RM0.60) RM 18.00

Pensel (30 X RM0.50) RM 15.00

Kertas A4 (1 rim) RM 12.00

JUMLAH RM 225.00

PENDAPATAN

Wang PCG RM 225.00

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

_____________________________ _________________________

(Pn. Noor Dalilah Bt Abdul Rahman) (Pn. Sivapakiam Sivasamy)


REKOD PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROGRAM

Nama Program : Kem Kepimpinan Pengawas

Tempoh Pelaksanaan : 11.00 -12.30 tengah hari.

Tarikh Pemantauan : 23 Februari 2013

Penilaian Keberkesanan Program :

Program ini berjalan dengan lancar.. Semua murid dapat memberi perhatian yang sepenuhnya
walaupun mereka berasa letih. Aktiviti yang dijalankan oleh En.Safri sangat menarik dan ia
dapat meyedarkan murid-murid mengenai tanggungjawab mereka. Murid-murid berasa sangat
seronok ketika melakukan aktiviti tersebut. Masalah-masalah seperti tempat yang kurang selesa,
dan masa yang dipilih selepas program merentas desa dapat diatasi walaupun murid-murid
berasa letih Secara keseluruhannya, program ini member manfaat kepada semua pengawas pusat
sumber.

Cadangan Penambahbaikan

1. Memastikan semua pengawas pusat sumber dapat menghadirkan diri untuk kem
kepimpinan tahun hadapan.
2. Memilih hari dan masa yang sesuai iaitu di waktu pagi supaya murid-murid berasa selesa.
3. Memilih hari di mana tidak ada sebarang perjumpaan khas diadakan supaya semua AJK
dapat melibatkan diri dalam semua slot dan dapat menolong di antara satu sama lain.
4. Menyediakan tempat yang lebih lengkap dan sesuai supaya murid-murid berasa selesa.
5. Sijil penyertaan patut diberi pada hari berkenaan juga.

Catatan
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Tandatangan Penilai .

Nama Penilai .

Jawatan Penilai

Anda mungkin juga menyukai