Anda di halaman 1dari 5

UPU3312 - PENGAJIAN KENEGARAAN

Kumpulan Q
Tugasan Individu
Ulasan Filem Mat Kilau
PENSYARAH
DR. NURUL AINI BINTI MEHAT

NAMA NO PELAJAR PROGRAM


AQIL AIMAN BIN D20211101208 AE14
ZAINUDDIN
Filem tempatan yang mengisahkan tentang sejarah pahlawan Malaysia yang mendapat
sambutan di negara kita ini bertajuk Mat Kilau. Filem ini mengisahkan seorang pahlawan Melayu
iaitu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan para sahabat bangkit menentang
penjajahan British. Pada tahun 1982, pihak Kolonial British telah menduduki tanah-tanah di
Pahang dan mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu serta mencampuri urusan
adat dan agama orang-orang Melayu. Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang
semakin berleluasa, Mat Kilau dan rakan-rakan bangkit menentang penjajah British.

Pengajaran yang kita dapat dari filem ini ialah semangat persaudaraan dan persahabatan
memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan sebuah perjuangan. Tanpa
persahabatan, kuranglah dorongan dan hilanglah sebahagian kekuatan dalam perjuangan.
Sebagai contoh, di dalam filem mat kilau persaudaraan antara mat kilau dan rakan-rakannya
membuahkan hasil apabila mereka berjaya mengalahkan British bersama-sama. Ini terbukti
dengan semangat persaudaraan yang utuh kita dapat melakukan sesuatu perkara bersama
dengan berjaya.

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia, sewajarnya kita sentiasa menghayati sejarah


perjuangan pahlawan-pahlawan terdahulu dalam menentang penjajahan kerana itulah yang
menjadi jati diri yang menaikkan semangat patriotik dan cintakan negara. Sebagai contoh, kita
seharusnya menghargai pahlawan-pahlawan negara kita yang sanggup berkorban demi
memperjuangkan tanah melayun dari penjajahan dan memperjuangkan kemerdekaan demi
keamanan negara. Tanpa mereka kita tidak dapat hidup di negara Malaysia yang aman.

Kesimpulannya, filem mat kilau ini banyak memberi pengajaran kepada masyarakat tidak
kira dari segi tersurat mahupun tesirat. Sebagai rakyat yang berwibawa, kita seharusnya
mengekalkan keamanan dan keharmonian negara yang diperjuangkan oleh pejuang negara.
Oleh itu, kita sepatutnya membangunkan negara kita supaya setaraf dengan negara luarn supaya
kita dapat memberi saingan.

Anda mungkin juga menyukai