Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)

Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan

Tarikh : 31 Mac 2015

Masa : 7.45 pagi – 8.15 pagi

Tahun : 5 Murni

Bilangan Murid : 24 orang L : 13 P : 11

Tajuk : Kecederaan Ringan

Standard Kandungan : 3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.

Standard Pembelajaran : 3.3.1 Memahami situasi yang menyebabkan kecederaan ringan iaitu melecet dan melecur.

3.3.2 Mengaplikasi langkah-langkah semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan iaitu melecet
dan melecur.

Hasil Pembelajaran : Tahap 2 Memberi contoh situasi yang boleh menyebabkan kecederaan ringan iaitu melecet dan melecur.

Tahap 3 Mendemonstrasi langkah-langkah memberi bantu mula untuk kecederaan ringan iaitu melecet
dan melecur

Pengetahuan Sedia Ada : Kebanyakan murid pernah melihat dan mengalami situasi-situasi yang menyebabkan kecederaan ringan.
Penerapan Nilai : Kerjasama dan bertanggungjawab

KBKK : Kemahiran berfikir kritis

EMK : Didik hibur

KBAT : Menilai

Penggabungjalinan : Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Sains

Strategi Utama : Kontekstual

BBM :

Bahan Sumber PdP Bilangan


1. Video nyanyian 1
2. Slaid Power Point 1
3. Lembaran kerja 1 24
4. Peta bulatan 4
5. Sampul bergambar (Langkah 1) 4
6. Kad gambar 12
7. Sampul bergambar (Langkah 2) 4
8. Kad perkataan 3
9. Kad gambar 4
10. Kad manila 4
11. Lembaran kerja 2 24
Langkah/Masa Isi Pelajaran Fokus Pembelajaran dan Aktiviti Catatan

Fokus Pembelajaran Strategi


1. Menyanyikan lagu Murid memberi maklum balas berdasarkan video yang Menghubung kait
‘Kalau Rasa Gembira’. ditunjukkan.
2. Hubung kait antara Penggabungjalinan
kecederaan yang Aktiviti - Pendidikan
Set Induksi dialami membataskan 1. Murid ditayangkan dengan video nyanyian yang bertajuk Jasmani
(5 minit) sesuatu pergerakan ‘Kalau Rasa Gembira’. - Pendidikan Muzik
disebabkan rasa sakit. 2. Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu
tersebut sambil melakukan pergerakan yang melibatkan EMK
anggota badan. Didik Hibur
3. Selepas itu, murid disoal oleh guru tentang pergerakan
yang dilakukan sebentar tadi sama ada menyakitkan BBM
atau tidak. Video nyanyian
Contoh Soalan :
 Situasi yang bagaimana kita akan menyanyi lagu begini?
 Apakah situasi yang menggembirakan kamu?
 Bagaimana pula situasinya jika kita dalam keadaan
sakit?
4. Murid mendengar guru mengaitkan aktiviti yang
dilaksanakan dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.
Fokus Pembelajaran
Jenis-jenis kecederaan : Murid dapat mengenalpasti situasi-situasi yang boleh Strategi
1. Melecur menyebabkan kecederaan ringan seperti melecur dan melecet. - Pembelajaran
2. Melecet Kontekstual
Aktiviti - Menghubung kait
1. Guru memaparkan slaid gambar melecet dan melecur - Pembelajaran
kepada murid. koperatif
2. Beberapa orang murid yang dipilih secara rawak diminta
Langkah 1 untuk berkongsi pengalaman mereka berhadapan Nilai
(10 minit) dengan kecederaan ringan yang pernah mereka alami. - Kerjasama
3. Murid mendengar penerangan daripada guru tentang - Bertanggungjawab
situasi-situasi yang boleh menyebabkan kecederaan
ringan tersebut. Penggabungjalinan
4. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk Sains
melekatkan kad gambar pada peta pemikiran (peta
bulatan) mengenai situasi yang boleh menyebabkan BBM
kecederaan ringan. - Slaid Power Point
5. Murid dan guru bersama-sama menyemak jawapan yang - Peta bulatan
telah dilekatkan pada papan putih. bersaiz kad manila
- Sampul bergambar
- Lembaran kerja 1
Fokus Pembelajaran Strategi
1. Langkah-langkah bantu Murid dapat bertindak dan merawat dengan pantas apabila Konstruktivisme
mula. berlakunya kecederaan ringan.
Melecur KBKK
Aktiviti
1. Murid ditunjukkan langkah-langkah merawat kecederaan BBM
melecur dan melecet oleh guru. - Sampul bergambar
Langkah 2 2. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu - Kad perkataan
(10 minit) Kumpulan A, B, C, dan D - Kad manila
3. Wakil setiap kumpulan diminta ke hadapan untuk - Lembaran kerja 2
mencabut undi bagi menentukan jenis kecederaan
ringan yang akan diperoleh dan mengambil sampul berisi Catatan
gambar bahan-bahan yang boleh merawat kecederaan Menerusi aktiviti ini, murid
melecur dan melecet. dapat mengetahui dan
1. Tuang air sejuk di
4. Kad gambar kecederaan yang diperoleh akan dilekatkan memahami langkah-
tempat yang
pada mana-mana bahagian seorang daripada wakil langkah bantu mula bagi
melecur.
setiap kumpulan.mengikut kesesuaian kecederaan. merawat kecederaan
2. Keringkan tempat
5. Setiap kumpulan dikehendaki melekatkan bahan-bahan ringan.
yang melecur.
yang diperoleh ke atas kad manila yang diberikan
3. Balut menggunakan
dengan urutan langkah dengan betul.
kain pembalut.
6. Setiap kumpulan dikehendaki untuk berbincang tentang
langkah-langkah bantu mula bagi merawat kecederaan
ringan berdasarkan sampul bergambar yang diberikan.
7. Wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki untuk
menerangkan langkah-langkah bantu mula bagi
2. Lembaran kerja. kecederaan yang diperoleh.
8. Murid mendengar penambahbaikan daripada guru
berdasarkan pembentangan yang telah dibuat oleh
semua kumpulan.
9. Murid diedarkan lembaran kerja oleh guru.

1. Soal jawab dan 1. Murid dan guru bersoal jawab tentang apa yang Nilai
rumusan isi pelajaran. dipelajari pada hari ini. Kerjasama
2. Nyanyian lagu ‘Kalau 2. Guru memuji sikap murid kerana memberi kerjasama
Rasa Gembira’. sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran KBAT
Penutup berlangsung. Menilai
(5 minit) 3. Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu ‘Kalau
Rasa Gembira’ sekali lagi. EMK
Didik Hibur

BBM
Video nyanyian

Catatan
Menerusi aktiviti ini murid
dapat menghubungkaitkan
pengetahuan dan
pengalaman sedia ada
dengan kemahiran
menjawab soalan.

Refleksi Pembelajaran :

Dalam melaksanakan pengajaran mikro ini, masa yang diperuntukkan adalah 30 minit. Terdapat kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan
yang telah kami peroleh iaitu:

Kekuatan :
Bagi menarik minat murid semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), set induksi dimulakan dengan menggunakan tayangan
video nyanyian. Murid-murid menyanyi sambil membuat gaya dengan penuh semangat. Set induksi berjalan dengan baik . Semua murid
bekerjasama, seronok dan boleh mengikuti set induksi dengan baik.
Langkah satu dan langkah dua diteruskan dengan tayangan slaid power point kepada murid. Penerangan yang jelas oleh kami memudahkan
pemahaman murid-murid untuk melakukan aktiviti seterusnya. Kawalan kelas juga baik kerana semua murid mendengar arahan guru dan tidak
ada murid yang pasif. Terdapat segelintir murid yang memberi respons dengan baik apabila guru mengemukakan soalan berkaitan tajuk
pelajaran. Dalam perbincangan kumpulan, setiap murid mampu memberi ulasan tentang tajuk yang diajar. Pembentangan kumpulan dibuat
selesai sahaja perbincangan. Setiap kumpulan mampu membuat simulasi langkah bantu mula dengan baik. Seterusnya dalam langkah
penutup, kami menayangkan semula video lagu kepada murid-murid untuk mengelakkan kebosanan. Kami dan murid-murid bersama-sama
membuat gaya semasa menyanyikan lagu tersebut. Lembaran kerja diberikan kepada murid-murid untuk memberi kefahaman yang lebih
kepada mereka. Secara keseluruhannya, pengajaran pada kali ini telah mencapai objektif yang ditetapkan.

Kelemahan :
Kelemahan yang kami dapati ialah masa yang diperuntukkan untuk mengajar melebihi masa.Terdapat dua orang murid yang agak
keliru misalnya losyen tersenarai dalam bahan-bahan yang boleh digunakan dalam langkah bantu mula atau tidak. Selain itu, terdapat juga
beberapa orang murid yang memberi respons negatif apabila lembaran kerja diedarkan untuk latihan di rumah. Sesetengah murid tidak gemar
membuat kerja rumah dan memberi pelbagai alasan untuk mengelak. Masa yang diperuntukkan untuk membuat perbincangan dalam
kumpulan diambil agak lama oleh beberapa kumpulan menyebabkan P&P terlebih sedikit masa. Selain itu, semasa aktiviti berkumpulan
dijalankan, murid membuat bising menyebabkan guru terpaksa memantau setiap pergerakan murid.

Penambahbaikan :
Tayangan slaid power point akan lebih menarik dengan adanya animasi-animasi yang membuatkan murid terpegun dan menimbulkan
tanda tanya. Kumpulan perbincangan juga mungkin boleh dipecahkan kepada unit yang lebih kecil bagi mengelakkan murid lain dalam
kumpulan tersebut berbual kosong sesama mereka. Arahan yang diberikan kepada setiap aktiviti di dalam kelas mestilah ditegaskan dan
peraturan mestilah ditetapkan oleh guru supaya murid-murid takut untuk melakukan kesalahan. Perancangan masa yang rapi diperlukan agar
masa mengajar tidak lebih. Latihan pengayaan mestilah diberikan pada murid-murid dan mereka haruslah melakukan latihan tersebut di dalam
kelas dengan pengawasan guru. Tindakan susulan juga mestilah dibuat selesai sahaja proses P&P dibuat bagi meningkat mutu pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai