Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU KE-8

KEMAHIRAN MENGAJAR KURANG BERKESAN


TARIKH: 20 OGOS- 24 OGOS 2017
MASALAH
Pada minggu ke-lapan berpraktikum ini, sepanjang saya mengendalikan aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani, saya berpendapat bahawa kebanyakan murid kurang memberi perhatian
terhadap pelajaran. Ada di kalangan murid yang tidak mengendahkan arahan guru,
membuat bising dan berbual dengan rakan di sebelah dan membuat hal sendiri. Masalah
ini kebarangkalian berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan komunikasi
berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru, saya tidak menafikan bahawa
guru seharusnya memilih corak kepimpinan yang bersesuaian dan menggunakan teknik
yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid seterusnya
mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a) Saya perlu bertegas dengan murid-murid agar mereka tidak mengambil


kesempatan atas sikap saya yang berlembut dengan mereka.
b) Seterusnya, saya juga perlu mendekatkan diri dengan murid dan mengetahui
minat murid tentang sesuatu perkara.
c) Saya juga perlu merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik bagi
mengelakkan kebisingan.
d) Guru juga disarankan agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak
permainan Teaching Games For Understanding (TGFU). Pengaplikasian teknik
ini adalah menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif
dan seronok.
e) Saya haruslah mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada rakan-rakan,
pensyarah pembimbing dan guru pembimbing supaya dapat menguruskan masa
dengan baik.
TEMPOH MASA

Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah dalam masa yang paling singkat
iaitu dalam satu minggu ini. Adalah sangat berharap cadangan penambahbaikan oleh
guru dapat mengubahkan keadaan dalam kelas. Dengan begitu, fokus murid akan lebih
tertumpu kepada aktiviti yang disediakan oleh guru.

PENILAIAN KEJAYAAN

Perkara ini akan dapat mencapai objektifnya sekiranya guru konsisten dalam
mengikuti cadangan penambahbaikan tersebut. Saya juga akan meminta kerjasama
pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping
meminta pandangan daripada rakan-rakan praktikum.

TINDAKAN SUSULAN

Guru haruslah sentiasa berfikiran positif dalam menyelesaikan masalah supaya


tidak terjejas dengan kerjaya sebagai guru. Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati
sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk membantu murid-
murid ini. Saya akan mengatasi masalah ini mengubah cara penyampaian pengajaran
saya kepada pengajaran bersumberkan bahan bantu mengajar dan memperbanyakkan
aktiviti berpusatkan murid. Saya menilai masalah ini sebagai suatu yang positif dan
menerimanya dengan hati yang terbuka.

Disemak oleh Guru Pembimbing : Disemak oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai