Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU KE-11

MASALAH TINGKAH LAKU MURID


MASALAH
Pada minggu ke-11 ini, masalah yang dihadapi adalah masalah tingkah laku
murid-murid. Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran, saya dapati dan
berpendapat bahawa segelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap
pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu
tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising dan membuat hal sendiri. Masalah
ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan
kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini
boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang pendidik atau guru,
saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak kepimpinan atau
pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai untuk
mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan murid-murid
menyebabkan teknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid terhadap proses
pengajaran.

ANALISIS

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah yang dihadapi pada minggu ini.
Akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, suasana
padang yang tidak baik iaitu penuh dengan lumpur, kurangnya minat murid untuk belajar
dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan
menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran
dan pembelajaran dan menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat
mendengarnya. Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat
daripada sikap murid-murid yang kurang berminat untuk belajar. Menurut Mok Soon
Sang:

Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-
murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap
pelajaran.
Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi
proses interaksi antara guru dengan murid. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan
autokratik di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak
diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya,
interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a) Guru haruslah bersikap kreativiti dalam merancang aktiviti supaya dapat menarik
perhatian murid untuk melakukan aktiviti tersebut.
b) Guru haruslah menggalakkan murid-murid mencabar diri supaya cuba untuk
melakukan aktiviti yang susah supaya dapat meningkatkan kemahiran diri.
c) Guru haruslah mencuba mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang disarankan seperti melakuakan corak kepimpinan
demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan
guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan
komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak berkesan).
d) Guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak
permainan Teaching Games For Undestanding (TGFU). Pengaplikasian teknik
menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran
secara aktif juga boleh membantu.
e) Saya haruslah mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada rakan-rakan,
pensyarah pembimbing dan guru pembimbing supaya dapat mengawal kelas
peperiksaan dengan baik untuk mengelakkan murid-murid meniru dan bertanya
jawapan dengan rakan-rakan lain.

TEMPOH MASA

Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah pada masa akan datang. Adalah
sangat berharap cadangan penambahbaikan yang dirancang oleh guru dapat
menyelesaikan masalah ini. Dengan begitu, murid-murid diharap dapat mengubah
perangai malas dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dalam tempoh
dua minggu bermula dari minggu ke 11.
PENILAIAN KEJAYAAN

Perkara ini akan dapat mencapai objektifnya sekiranya guru konsisten dalam
mengikuti cadangan penambahbaikan tersebut. Saya juga akan meminta kerjasama
pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping
meminta pandangan daripada rakan-rakan praktikum.

TINDAKAN SUSULAN

Guru haruslah sentiasa berfikiran positif dalam menyelesaikan masalah supaya


tidak terjejas dengan kerjaya sebagai guru. Apabila masalah di atas difikirkan dan
diamati sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk
membantu murid-murid ini. Guru haruslah bertanya dan banyakkan pengalaman supaya
dapat merancang banyak aktiviti yang kreaktif, mencabar minda dan jiwa murid. Guru
juga haruslah yakin dengan diri semasa pengajaran supaya murid-murid dapat menaruh
kepercayaan yang tinggi terhadap guru. Murid juga perlu mengekalkan hubungan yang
sihat sesama rakan dan menggalakkan interaksi positif dalam kalangan rakan sebaya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai