Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU KE-6

ISU KEBERSIHAN
MASALAH
Pada minggu keenam, saya telah mendapati bahawa kelas 4 Ibnu Abas sangat
kotor dengan sampah-sarap, kertas-kertas yang bertaburan di atas lantai. Murid-murid
tidak mengambil berat dengan kebersihan dalam kelas. Sesetengah murid pula berbaju
kotor dan kadang-kala berbau juga.

ANALISIS

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang bermasalah


dalam kelas ini. Kebanyakan murid memandang enteng akan hal ini. Mereka tidak
begitu mengambil berat tentang isu penjagaan diri dan isu kebersihan dalam kelas.
Mereka membuang sampah di merata-rata tempat duduk dan tidak memandang tinggi
terhadap kebersihan dalam kelas. Jadual untuk bertugas juga tidak dipatuhi dan tiada
murid yang menjalankan tanggungjawab dalam kelas. Oleh sebab itu, kelas menjadi
sangat kotor dan kurang selesa untuk pengajaran dan pembelajaran.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a) Guru kelas haruslah memantau murid-murid untuk menjalankan tugas setiap


hari.
b) Guru haruslah memandang berat tentang hal kebersihan diri dan kebersihan
kelas.
c) Guru haruslah memikirkan cara untuk mendenda murid-murid yang tidak
menjalankan tugas.
d) Guru haruslah memupuk nilai kebersihan dalam diri murid-murid.
e) Saya haruslah mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada rakan-rakan,
pensyarah pembimbing dan guru pembimbing supaya dapat menguruskan masa
dengan baik.

TEMPOH MASA

Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah dalam masa yang paling singkat
iaitu dalam dua minggu ini. Adalah sangat berharap cadangan penambahbaikan oleh
guru dapat mengubahkan keadaan dalam kelas. Dengan begitu, fokus murid akan lebih
tertumpu kepada aktiviti yang disediakan oleh guru.
PENILAIAN KEJAYAAN

Perkara ini akan dapat mencapai objektifnya sekiranya guru konsisten dalam
mengikuti cadangan penambahbaikan tersebut. Saya juga akan meminta kerjasama
pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping
meminta pandangan daripada rakan-rakan praktikum.

TINDAKAN SUSULAN

Guru haruslah sentiasa berfikiran positif dalam menyelesaikan masalah supaya


tidak terjejas dengan kerjaya sebagai guru. Apabila masalah di atas difikirkan dan
diamati sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk
membantu murid-murid ini. Guru haruslah mengingati setiap murid untuk menjaga
kebersihan diri dan kelas dari semasa ke semasa. Murid juga haruslah difahamkan
dengan kepentingan menjaga kebersihan diri dan kelas supaya setiap murid menuntut
ilmu pengetahuan dalam keadaan yang bersih dan selesa. Guru juga haruslah yakin
dengan diri semasa pengajaran supaya murid-murid dapat menaruh kepercayaan yang
tinggi terhadap guru.

Anda mungkin juga menyukai