Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TAHUN 3

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Kebudayaan

Tajuk : Pakaian Tradisional

Fokus :

Standard Kandungan

1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran

1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

Objektif :

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i. Bercerita dengan tepat tentang pakaian tradisional yang diketahui menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.
ii. Bercerita dengan tepat tentang pakaian tradisional yang terdapat dalam gambar yang disediakan.
Pengisian Kurikulum:
i. Ilmu : Kebudayaan.
ii. Nilai murni : Hormat-menghormati.
iii. KBT : Kemahiran Berfikir, Pembelajaran Kontekstual, kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

Sistem Bahasa :
i. Morfologi: Kata nama.
ii. Sebutan dan intonansi: Ayat penyata.

Media : Mounting board (pakaian tradisional kaum), kad gambar dan ayat, kertas mahjung, lembaran kerja, persembahan power point,
laptop dan pembesar suara.

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN

Set Pakaian tradisional kaum-  Guru menunjukkan beberapa pakaian tradisional kaum di Malaysia di BBM :
Induksi kaum utama di Malaysia: mounting board. -mounting board:
(5 minit) a. Melayu : Baju kurung  Murid mengenalpasti pakaian-pakaian tradisional tersebut. pakaian-pakaian
dan baju melayu  Guru menjelaskan serba sedikit tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran tradisional.
yang akan dipelajari.
b. Cina : Cheongsam dan Soalan lisan : KBT:
Samfu 1. Siapa yang memakai? -Pembelajaran

2. Bila pakaian ini dipakai? Kontekstual


c. India : Dhoti dan Sari  Murid secara lisan menyatakan apa yang difahami melalui KP:
pengetahuan sedia ada. Verbal linguistik

KB:
Menjana idea

NILAI:
Hormat-
menghormati

Langkah 1 Membaca ayat yang terdapat  Murid tampil ke hadapan kelas dan mengambil satu kad ayat daripada BBM:
(15 minit) pada kad gambar dan guru. -kad ayat
menyesuaikannya pada  Murid akan membaca kuat ayat yang tertera pada kertas tersebut
gambar yang berkaitan. dengan nada dan intonasi yang betul. KB:
 Murid-murid yang lain baca secara beramai-ramai. -Menjana idea,

 Murid akan menampal ayat pada gambar yang bersesuaian di papan menghubungkait

putih.

Langkah 2 Mengklasifikasikan pakaian-  Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. BBM:
( 20 minit) pakaian tradisional kaum  Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas mahjung dan helaian gambar -Kertas mahjung,
menggunakan konsep ‘i-think’. pakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia. gambar-gambar
 Murid perlu menggunting dan menampal gambar-gambar tersebut di pakaian
atas kertas mahjung mengikut kelas yang bersesuaian. tradisional.

 Murid membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas.


Nilai:
Kerjasama
KB:
Menjana idea

KBT:
Kemahiran
interpersonal dan
intrapersonal.

Langkah 3 Melengkapkan lembaran Penilaian BBM :


(15 minit) kerja. - Murid bercerita tentang salah satu pakaian tradisional kaum, di Malaysia Lembaran kerja
dan menyatakan kelebihannya menggunakan ayat tunggal atau ayat
majmuk yang gramatis secara bertatasusila. Nilai:
Kerjasama
Pemulihan
- Murid secara berpasangan bercerita tentang pakaian tradisional KB:
berdasarkan gambar yang diberi. Menjana idea,
- Murid mendengar dan menulis jenis-jenis pakaian tradisional berdasarkan menghubungkait.
gambar.

Pengayaan
- Murid secara berpasangan bercerita berdasarkan gambar pada lembaran
kerja.
- Murid menulis semula cerita menggunakan ayat tunggal atau ayat
majmuk menjadi satu perenggan.

Penutup Kognitif BBM:


(5 minit) - Berapa jenis pakaian tradisional yang anda pelajari hari ini? Slide power point
- Apa perasaan anda dapat mempelajari pakaian tradisional kaum lagu pakaian
lain di Malaysia? tradisional.
Sosial
- Aktiviti didik hibur. Menyanyi lagu pakaian tradisional Nilai:
menggunakan irama lagu ‘Suar Suir Kemuning’. Hormat-
menghormati.

KBT:
Kemahiran
muzikal

Anda mungkin juga menyukai