Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Minggu 5

Masalah
Setelah 5 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi
matapelajaran matematik, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir murid kurang
memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang
melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising,
berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan
berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan
komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai
hubungan interpersonal. Sebagai seorang pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru
seharusnya menggunakan corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan
menggunakan teknik yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi
yang berkesan dengan murid-murid menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan
minat murid terhadap proses pengajaran.
Analisis masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali terganggu
akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan
guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya
minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah
contohnya akan menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran dan menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid
dapat mendengarnya. Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan
akibat daripada sikap murid-murid yang kurang berminat untuk belajar.
Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi proses interaksi
antara guru dengan murid. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan autokratik di mana
murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang
menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid
tidak digalakkan dan bersifat pasif.
Cadangan
Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa perubahan
untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau diatasi. Saya akan
mencuba mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan
seperti melakuakan corak kepimpinan demokratik. Selain itu, guru wajar mengaplikasikan
kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti
dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut: Untuk menarik minat dan perhatian murid-
murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan
aktiviti P&P bercorak permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-
murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.
Tempoh penyelesaian
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana
kemahiran komunikasi yang sesuai adalah perlu pada setiap proses pengajaran dan
pembelajaram. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif
yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya
Tindakan susulan
Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam mengendalikan
P&P dengan berkesan. Disamping itu, saya akan cuba menggunakan kaedah peneguhan
positif seperti pujian atau hadiah dan peneguhan negatif seperti dendaan dalam usaha
mengawal murid-murid semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai