Anda di halaman 1dari 15

KEBERKESANAN KURSUS-KURSUS ANJURAN UNIT LATIHAN &

PENDIDIKAN LANJUTAN TERHADAP STAF POLITEKNIK-POLITEKNIK


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Syaiful Nizam Ab Rahim

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas mengenai kesedaran dan persepsi
keberkesanan di kalangan warga politeknik terhadap kursus-kursus anjuran Unit
Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL). Hasil kajian ini akan digunakan bagi
memperbaiki pelaksanaan serta penawaran kursus anjuran ULPL di politeknik masing-
masing. Sampel kajian adalah seramai 160 responden daripada setiap jabatan di
Politeknik Mukah Sarawak. Kajian adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan dua
instrumen kajian dalam mendapatkan data iaitu soal selidik dan temu bual. Data
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences for
Windows (SPSS) versi 11.5. Kesemua data dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk
analisis statistik secara deskriptif. Taburan peratusan digunakan untuk mengenalpasti
latarbelakang responden manakala taburan peratusan min digunakan bagi
mengenalpasti maklumat tentang program latihan. Dapatan kajian ini adalah
keberkesanan latihan yang dianjurkan mencapai objektif pada dasarnya. Namun begitu,
penambahbaikan dari segi perancangan dan pelaksanaan kursus perlu dibuat untuk
masa akan datang.

Kata kunci: keberkesanan, latihan, kursus.

1 PENGENALAN

Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara perindustrian dan benar-benar maju
menjelang tahun 2020. Lantaran itu wujudlah “Wawasan 2020” yang diilhamkan oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 28
Februari 1991. Justeru itu, pelbagai usaha sedang dan telah dilaksanakan bagi mencapai
matlamat tersebut. Di antara cabaran utama yang dihadapi adalah untuk membentuk
masyarakat yang kukuh ekonominya, bersifat progresif dan dapat memanfaatkan
teknologi sepenuhnya untuk kemajuan negara. Unsur penting bagi semua ini adalah
sumber tenaga manusia. Melalui kebolehan, kemahiran dan usaha rakyatnya
membolehkan sesebuah negara itu membangun. Oleh itu, ia boleh dicapai dengan
menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembangunan tenaga manusia terutama
dalam bidang vokasional dan teknologi (Shahril Marzuki, 1993). Pembangunan tenaga
manusia ini boleh dilaksanakan melalui pendidikan. Ini adalah kerana antara matlamat
pendidikan adalah melahirkan individu yang dapat memberi sumbangan dalam pelbagai
bidang kepada negara. Sistem pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi

1
memaju dan menaikkan taraf pendidikan sesebuah negara (Abd. Rahim Abd. Rashid,
2000).

Sekiranya sumber tenaga kerja mahir tidak terdapat di dalam sesuatu negara, maka
penglibatan pekerja mahir dari negara-negara lain dijalankan dengan menawarkan
insentif atau gaji yang menarik. Berdasarkan kepada fenomena ini, negara-negara maju
dan membangun menyusun semula dasar dan strategi pembangunan manusia mereka
terutama dalam bidang pendidikan dan latihan kemahiran. Ia bertujuan untuk
melengkapkan tenaga kerja mereka dengan pengetahuan dan kemahiran terkini untuk
menjamin employability mengikut keperluan industri bagi memastikan ekonomi negara
mereka terus maju dan berdaya saing (Mohd Yahya Nordin, 2003). Unit Latihan dan
Pendidikan Lanjutan (ULPL) ditubuhkan dengan tujuan untuk mengenalpasti keperluan
latihan, merancang dan menentukan tatacara memberi latihan termasuk kursus dalaman,
luaran, formal, tidak formal kepada semua staf di Politeknik Mukah Sarawak (akademik
dan sokongan) yang terlibat dalam semua proses dan memastikan setiap staf yang
dikenalpasti mengikuti program peningkatan kemahiran yang diperlukan.

1.1 Latar belakang kajian

Latihan dan pembangunan pekerja ialah aktiviti organisasi yang penting kerana
pengaruhnya terhadap produktiviti pekerja. Orientasi dan latihan membantu
pekerja baru untuk menjadi pekerja yang produktif dalam organisasi tersebut dan
pekerja yang berpengalaman dapat menerima perubahan dan kehendak kerja.
Program pembangunan memberi pekerja peluang untuk berkembang dan maju
dalam kerjaya samada dalam atau di luar organisasi. Penilaian pelaksanaan tugas
dijalankan untuk pekerja-pekerja baru dan yang berpengalaman dalam
mengenalpasti latihan tambahan dan pembangunan. Keseluruhan proses tersebut
meningkatkan kualiti sumber manusia organisasi tersebut, di mana ia memenuhi
kehendak pekerja dan seterusnya menyumbang ke arah kelancaran pergerakan
organisasi (Ricks, Ginn dan Daughtrey, 1995). Sumber manusia merupakan
sumber terpenting dalam organisasi. Sumber manusia juga menawarkan bakat,
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada organisasi (Abu Bakar Hamed,
1998). Tanpa sumber manusia organisasi bukan sahaja tidak dapat bergerak
malahan ia tidak akan wujud. Ini bermakna sumber tenaga manusia adalah
penentu kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Sumber manusia setiap
organisasi tanpa mengira saiznya, perlu diberi perhatian yang sewajarnya dari
segi pengurusan dan latihan. Ini adalah kerana, melalui latihan dan program
perkembangan staf, ia dapat menentukan sama ada sumber manusia ini berupaya,
mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman untuk menjalankan tugas
masing-masing bagi mencapai matlamat dan objektif organisasi.

1.2 Pernyataan masalah

Kejayaan sesebuah institusi pendidikan adalah berkait rapat dengan


perkembangan kakitangannya. Di dalam mengukur prestasi perlu ditinjau apakah
perancangan program yang disediakan untuk meningkatkan kualiti kerja dan
perkembangan terhadap staf politeknik. Antara persoalannya adalah:

2
1.2.1 bagaimana mengatasi staf yang kurang berkeupayaan, kurang
berketerampilan dan tidak berwibawa setelah beberapa ketika
menjalankan tugas?

1.2.2 bagaimana meningkatkan kemahiran dan pengetahuan staf yang


berkeupayaan dan berpotensi?

1.2.3 sejauhmanakah pelaksanaan latihan memberi impak yang


maksimum kepada staf di politeknik?

1.3 Matlamat kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan melihat tahap keberkesanan
latihan yang telah dilaksanakan oleh Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan
politeknik terhadap staf. Dengan adanya program perkembangan dan
peningkatan kemahiran staf yang berterusan, adalah dijangka bahawa staf
mampu memberi sumbangan dan melibatkan diri dengan aktif dalam tugas-tugas
mereka serta dapat meningkatkan prestasi kerja masing-masing. Selain itu latihan
yang dijalankan di institusi lebih berkesan dari segi transfer of training dan cost
effectiveness berbanding dengan program-program yang dijalankan di luar
institusi.

1.4 Objektif kajian

Objektif utama yang dikemukakan dalam kajian ini adalah :-

1.4.1 Mengenalpasti pelaksanaan kursus-kursus anjuran Unit Latihan


dan Pendidikan Lanjutan.

1.4.2 Mengenalpasti penilaian penceramah yang telah berjalan dinilai


oleh peserta kursus.

1.4.3 Mengenalpasti penilaian pelaksanaan kursus yang telah


dilaksanakan dinilai oleh peserta kursus.

1.4.4 Mengenalpasti penilaian keberkesanan kursus terhadap peserta


kursus?

1.5 Skop kajian

Skop kajian ini adalah merangkumi penguasaan keberkesanan pelaksanaan


kursus-kursus anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan terhadap staf
politeknik –politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3
1.6 Persoalan kajian

Persoalan utama yang dikemukakan dalam kajian ini adalah :-

1.6.1 Sejauh manakah pelaksanaan kursus-kursus anjuran Unit Latihan


dan Pendidikan Lanjutan?

1.6.2 Sejauh manakah penilaian penceramah yang telah berjalan dinilai


oleh peserta kursus?

1.6.3 Sejauh manakah penilaian pelaksanaan kursus yang telah


dilaksanakan dinilai oleh peserta kursus?

1.6.4 Sejauh manakah penilaian keberkesanan kursus terhadap peserta


kursus ?

1.7 Limitasi kajian

1.7.1 Staf politeknik yang telah mengikuti program latihan anjuran Unit
Latihan dan Pendidikan Lanjutan pada tahun yang dinilai.

1.7.2 Pemilihan staf secara rawak mewakili setiap kategori jawatan di


institusi tersebut.

1.8 Kerangka teori

Pengetahuan sedia ada staf (Hands-on)

Kemahiran sedia ada staf (Hands-on)

Program peningkatan kemahiran/latihan (Hands-on)

Peningkatan prestasi staf (Hands-on)

Rajah 1.8.1: Kerangka teori

Sumber: Adaptasi daripada Ab. Aziz Yusof (1999), McGhee, W. dan Thayer, P. W.
(1991).

4
2 ULASAN KARYA

2.1 Kesan program perkembangan staf ke atas prestasi kerja pensyarah


Maktab Perguruan di Malaysia oleh Ab Razak (2000)

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berusaha menghasilkan guru-guru latihan


maktab untuk sekolah rendah dan menengah termasuk juga sekolah vokasional.
Bahagian Pendidikan Guru mempunyai peranan penting dalam menghasilkan
para guru terlatih untuk sekolah-sekolah menengah dan rendah. Tenaga
pengajar di maktab-maktab perguruan, rata-rata terdiri daripada guru-guru
yang berpengalaman dan telah mengajar di sekolah sekurang-kurangnya lima
tahun. Kementerian Pendidikan telah berusaha memperbaiki kualiti guru-guru
pelatih dengan menyediakan pensyarah-pensyarah yang berpengalaman. Di
samping itu Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga menyediakan latihan serta
kursus di dalam perkhidmatan yang bertujuan untuk memperbaiki prestasi
kerja para pensyarah.

Semua aktiviti yang berupa pembelajaran yang disusun dan dirancang oleh
pihak organisasi untuk melicinkan dan meningkatkan keupayaan serta
kemampuan ahli-ahli staf sehingga dapat mencapai matlamat organisasi
tersebut. Matlamat utama program perkembangan staf ialah memaksimumkan
pengajaran dan pembelajaran guru-guru pelatih. Staf mendapati perkhidmatan
yang diberikan akan mendapat penghargaan, sewajarnya secara peribadi,
khususnya dan untuk kegunaan organisasi, amnya. Sebagai kesimpulan, kajian
ini dijalankan untuk melihat sejauhmana keberkesanan pengurusan program
perkembangan staf ke atas prestasi kerja pensyarah di maktab atau institusi
perguruan di Malaysia. Pengukuran yang dijalankan terhadap kerja pensyarah
adalah melalui peningkatan kemahiran, peningkatan pengetahuan dan
perubahan sikap pensyarah setelah menghadiri kursus. Secara tidak langsung ia
dapat meningkatkan prestasi.

2.2 Permasalahan dalam pembelajaran mata pelajaran Teknologi


Kejuruteraan di Sekolah-Sekolah, Negeri Pulau Pinang oleh Mansor
Shamsudin (1999)

Pendidikan vokasional amat berperanan dalam melatih dan menghasilkan


tenaga manusia bagi memenuhi keperluan negara. Di Malaysia, pendidikan
vokasional dan teknikal disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta.
Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan agensi utama kerajaan untuk
melaksanakan pendidikan akademik, pendidikan teknik dan vokasional. Kajian
yang dijalankan oleh Mansor (1999) di Pulau Pinang lebih memfokuskan
kepada masalah-masalah yang timbul di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Mata pelajaran
tersebut adalah sebahagian daripada bidang teknik dan vokasional di Malaysia.
Secara tidak langsung penyelidik telah menjalankan kajian tentang masalah-
masalah yang wujud di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan teknik
dan vokasional.

5
Antara lain matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan
warganegara yang progresif, mahir dan cekap. Mereka akan dapat
melaksanakan tugas secara produktif dan sempurna dalam menyumbang
kepada kemajuan dan pembangunan negara. Kesimpulannya, kajian ini adalah
untuk mengenal pasti masalah-masalah yang timbul di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pendidikan teknik dan vokasional. Namun begitu,
kajian tertumpu kepada sekolah-sekolah yang mengajar mata pelajaran
teknikal. Maka, wajar dilakukan satu kajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
yang khusus kepada pendidikan teknik dan vokasional seperti di politeknik-
politeknik Malaysia. Hasil kajian menunjukkan berlakunya masalah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam aliran teknikal. Bagi mencapai
matlamat Wawasan 2020 dalam melahirkan graduan yang berkualiti, maka
masalah-masalah ini perlu diatasi dengan segera terutama dalam memastikan
yang para pendidik mempunyai tahap kemahiran yang tinggi seiring dengan
perubahan semasa.

2.3 Hala tuju PTV : Kajian ilmiah terhadap peluang akademik dan
pekerjaan lepasan vokasional (jurusan Kejuruteraan Jentera) oleh
Suhaimy Ahmad (1991)

Pendidikan teknik dan vokasional yang ada sekarang memberikan latihan


kepada para pelajar dalam mata pelajaran yang bersifat teknikal dan
berkemahiran tinggi terutamanya dalam bidang kejenteraan, fizik dan
sebagainya. Bagi membolehkan lebih ramai pelajar memasuki bidang
vokasional dan teknikal ini, kerajaan telah meletakkan dasar nisbah 60:40 iaitu
30% pelajar perlu memasuki bidang sains, 30% pelajar ke bidang teknikal dan
vokasional dan 40% lagi dalam bidang sastera. Kajian yang dilakukan oleh
Suhaimy (1991) terhadap lepasan vokasional yang lebih memfokuskan kepada
peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Persoalan yang
ditimbulkan adalah sejauh mana pengiktirafan pendidikan teknik dan
vokasional dan penerimaan mereka dalam sektor pekerjaan di kalangan
masyarakat Malaysia pada hari ini.

Latihan vokasional dan kemahiran merupakan salah satu pilihan yang baik
dalam pembinaan dan pembangunan kerjaya generasi muda. Kualiti para
pekerja merupakan elemen yang sangat penting dalam menentukan kejayaan
dan kemakmuran ekonomi sesebuah negara. Masyarakat masih menganggap
bahawa pelajar vokasional adalah pelajar yang lemah dan peluang melanjutkan
pelajaran serta mendapat pekerjaan adalah terlalu sukar. Secara
keseluruhannya, iaitu daripada penganalisisan secara kritis, kajian lanjutan
wajar dilakukan. Kini bidang teknik dan vokasional sudah dapat menjamin
masa depan yang baik kepada remaja hari ini. Buktinya ramai remaja
menceburkan diri mereka dalam latihan kemahiran teknik dan vokasional.
Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa bidang pendidikan teknik dan
vokasional semakin mendapat tempat sama ada di institusi pengajian tinggi
kerana banyak peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang

6
lebih tinggi. Ini juga memberikan peluang kepada mereka mendapat kedudukan
yang lebih baik terutama dalam sektor pekerjaan.

2.4 Pendidikan teknik dan vokasional di Jepun oleh Parmanand Varma


(1999)

Kemajuan dalam sektor perindustrian sangat penting kerana kita tidak lagi
boleh atau hanya bergantung pada sektor pertanian sahaja. Kita perlu
mencontohi beberapa buah negara maju seperti Jepun yang berjaya menguasai
ekonomi dunia dan mempunyai sektor perindustrian yang besar dan tenaga
mahir yang cukup. Di dalam mengharungi dunia globalisasi, liberalisasi dan
arus peredaran teknologi pada masa kini, pembelajaran teknik dan vokasional
telah dijadikan sebahagian asas pembangunan yang utama bagi sesebuah
negara. Program-program kemahiran yang diperkenalkan di sekolah teknik dan
vokasional memberi peluang kepada pelajar yang kurang berminat dalam
pelajaran menceburi dalam bidang kemahiran. Kemahiran yang ada pada
seseorang sangat diperlukan dalam sektor perindustrian di mana ia boleh
mengendalikan kerja dengan kemahiran yang ada. Sumbangan yang diberikan
oleh mereka yang mempunyai kelulusan dari sekolah vokasional ini sama
penting dengan pelajar kelulusan akademik lain. Malah sumbangan lepasan
sekolah vokasional dan teknik ini boleh membantu negara mencapai cita-cita
untuk menjadi sebuah negara yang mempunyai kedudukan ekonomi setanding
dengan negara maju dan negara perindustrian yang lain.

Konsep latihan vokasional digunakan bagi program vokasional yang hanya


memberi tumpuan kepada memberi latihan kemahiran bagi sesuatu bidang
pekerjaan kepada pelatih. Pendidikan vokasional merangkumi latihan
vokasional di mana tujuan utama pendidikan vokasional adalah untuk
melahirkan tenaga kerja mahir dalam berbagai-bagai bidang pekerjaan. Ini
kerana tenaga kerja mahir sangat diperlukan oleh negara untuk pembangunan.
Kini ia bermatlamatkan kepada fungsi sebagai modul untuk menaik taraf
pembangunan manusia, meningkatkan produktiviti dan menurunkan kadar
pengangguran. Namun, pada masa kini pendidikan teknik dan vokasional
dilihat sebagai pemangkin kepada peningkatan taraf hidup manusia.

Dalam pada itu isu berhubung mendapatkan peluang pendidikan yang


seimbang antara pelajar sekolah menengah am dan teknikal mula
diketengahkan. Isu ini wujud berdasarkan populasi pelajar yang mendapat
pendidikan teknik dan vokasional. Pada masa itu hanya di kalangan pelajar
lelaki yang menceburi bidang tersebut. Matlamat utama mempelajari mata
pelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan asas
kemahiran para pelajar selain daripada membina era baru kepada corak
pendidikan di Jepun. Latihan kemahiran secara praktikalnya turut
diperkenalkan pada masa yang sama. Kesimpulannya, perkembangan persepsi
terhadap industri teknologi setempat telah berjaya membawa perubahan
persepsi yang luas terhadap pendidikan teknik dan vokasional di Jepun. Ia telah

7
membantu dalam menjadikan negara Jepun sebuah negara yang moden dalam
era globalisasi.

2.5 Tinjauan mengenai cabaran-cabaran pendidikan vokasional di


Malaysia oleh Zulaida Mohamad dan Siti Masliza Mohd Nawi (1997)

Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, sosioekonomi serta


politik dunia adalah di antara faktor yang merubah bentuk dan tahap kemahiran
yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Permintaan yang semakin meningkat
terhadap bidang pendidikan teknik dan vokasional telah membuktikan
terdapatnya prospek yang cerah dalam pasaran kerjaya. Semakin ramai pelajar
yang memohon untuk mengikuti kursus atau program pendidikan tersebut.
Kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi pendidikan dan pusat-pusat
latihan yang menawarkan pembelajaran di dalam kedua-dua aliran ini telah
mendapat sambutan yang menggalakkan sama ada yang dikendalikan oleh
pihak kerajaan mahupun swasta. Adalah menjadi matlamat kerajaan Malaysia
untuk mencapai status sebagai sebuah negara yang maju pada tahun 2020.

Perhatian secara serius perlu diberikan terhadap politeknik-politeknik di


Malaysia kerana ia merupakan penyumbang terbesar di dalam bidang teknik
dan vokasional negara. Cabaran terbesar kepada latihan vokasional adalah
kegawatan ekonomi. Dengan adanya tenaga kerja yang mahir, berpendidikan
dan bermotivasi tinggi maka daya saing dan produktiviti industri dapat
ditingkatkan. Maka tinggilah hasrat dan harapan negara terhadap pendidikan
dalam bidang teknik dan vokasional. Jika terdapat kepincangan di dalam sistem
latihan atau pendidikan teknik vokasional, maka ia akan mengakibatkan
kekurangan tenaga mahir.

Peranan pendidikan vokasional adalah untuk menyediakan pelajar yang


cenderung kepada bidang teknikal di peringkat pendidikan menengah atas bagi
membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang
tersebut. Dalam pada itu, ia berperanan untuk memperkenalkan konsep dunia
pekerjaan kepada pelajar-pelajar. Pendedahan yang secukupnya terhadap alam
pekerjaan merupakan perkara utama yang dimainkan oleh pendidikan
vokasional. Tenaga-tenaga pengajar dalam negara perlulah dapat memberikan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam melahirkan tenaga kerja yang
berkualiti.

3 METODOLOGI KAJIAN

a) Menggunakan borang soal selidik yang diberikan kepada staf.

b) Mengadakan sesi temubual terhadap beberapa respon bagi mewakili


setiap kategori jawatan.
.

8
3.1. Analisis Data

Data kajian diproses dengan menggunakan perisian SPSS di mana data tersebut
dipaparkan dalam bentuk skor purata (skor min) berdasarkan pilihan tahap
kecenderungan staf pada setiap item yang diajukan iaitu dari tahap sangat tidak
setuju kepada tahap sangat setuju.

4. DAPATAN KAJIAN

Jadual 4.1 menunjukkan pecahan bilangan responden yang telah memberi


maklum balas. JKE merupakan responden yang paling ramai memberi maklum
balas diikuti dengan JKA, JTMK dan JMSK. Jumlah keseluruhan staf PMU yang
menjawab soal selidik adalah 160 orang.

Jadual 4.1: Tempat bertugas


Jabatan Kekerapan Peratus
JKA 19 11.8
JKE 23 14.4
JKM 14 8.7
JP 14 8.7
JPA 9 5.6
JTMK 16 10.0
JMSK 15 9.4
UPPF 3 1.8
ULPL 3 1.8
UPLI 2 1.3
Pentadbiran 17 10.6
UTM 3 1.8
UIDM 3 1.8
Asrama 6 3.7
Peperiksaan 3 1.8
Pusat Sumber 6 3.7
Pemandu 4 2.5
Jumlah 160 100%

9
Jadual 4.2: Pengalaman bekerja
Tempoh Kekerapan Peratus
Kurang dari 5 tahun 115 71.9
5 hingga 10 tahun 30 18.7
11 hingga 20 tahun 13 8.2
21 tahun ke atas 2 1.2
Jumlah 160 100%

Jadual 4.2 menunjukkan yang 71.9% adalah staf yang berkhidmat kurang dari 5 tahun
iaitu 115 orang. Hanya 1.2% staf sahaja atau 2 orang sahaja yang telah berkhidmat
selama 21 tahun ke atas.

Jadual 4.3: Jantina


Jantina Kekerapan Peratus
Lelaki 85 53.1
Perempuan 75 46.9
Jumlah 160 100%

Jadual 4.3 menunjukkan 53.1% adalah staf lelaki iaitu 85 orang, manakala responden
perempuan adalah 75 orang pelajar, yang mewakili 46.9%.

Jadual 4.4: Taraf jawatan


Taraf Jawatan Kekerapan Peratus
Lantikan Tetap 155 96.8
Lantikan
5 3.2
Kontrak/Sementara
Jumlah 160 100%

Jadual 4.4 menunjukkan 96.8% adalah staf lantikan tetap iaitu 155 orang, manakala
responden lantikan sementara adalah seramai 5 orang dan mewakili, 3.2%.

Jadual 4.5: Gred Jawatan / Kategori


Gred Kekerapan Peratus
N1 3 1.8
J17 5 3.2
DH29 1 0.6
S17 5 3.2
N17 10 6.3
S41 1 0.6
J26 1 0.6
DH41 116 72.5
N22 1 0.6
F41 1 0.6
J29 1 0.6
N27 1 0.6

10
R3 4 2.5
C17 2 1.2
W17 2 1.2
W27 1 0.6
FT17 3 1.8
S27 1 0.6
Jawatan Terbuka 1 0.6
Jumlah 160 100%

Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan pegawai yang telah menjawab soalselidik di
mana seramai 116 orang terdiri daripada pensyarah gred DH41 dan seorang pegawai
mewakili staf sokongan di Politeknik Mukah Sarawak (PMU).

Jadual 4.6: Kelulusan akademik


Gred Kekerapan Peratus
SRP/PMR 5 3.1
SPM/SPMV 20 12.5
STPM 6 3.8
Sijil Politeknik 9 5.6
Diploma 10 6.3
Ijazah Sarjana Muda 80 50.0
Ijazah Sarjana 30 18.7
Jumlah 160 100%

Jadual 4.6 menunjukkan majoriti responden memiliki Ijazah Sarjana Muda iaitu seramai
80 orang, diikuti dengan 30 orang yang memiliki Ijazah Sarjana, 20 orang memiliki
kelulusan SPM/SPMV dan hanya 5 orang sahaja yang memiliki SRP/PMR serta
Diploma dalam bidang berkaitan.

Jadual 4.7: Prihatin terhadap kewujudan progam latihan

Tahap Kekerapan Peratus


Tidak Tahu 10 6.3
Kurang Pasti 19 11.9
Tahu 131 81.8
Jumlah 160 100%

Jadual 4.7 pula menunjukkan 81%.8 atau 131 orang responden menyatakan yang mereka
tahu tentang kewujudan program-program latihan yang dijalankan oleh Unit Latihan dan
Pendidikan Lanjutan. Hanya 6.3 % atau 10 orang responden sahaja yang tidak tahu
mengenai perancangan dan pelaksanaan latihan yang dijalankan di PMU.

11
Jadual 4.8: Dapatan soal selidik pengurusan latihan
Bil Item Min S.P.
Penilaian Penceramah
1. Objektif kursus tercapai. 4.04 0.48
2. Kandungan kursus serta tugasan/latihan/bengkel yang sesuai. 3.97 0.49
3. Penyampaian yang baik dan berkesan. 4.24 3.29
4. Penggunaan alat bantuan mengajar dengan berkesan. 3.96 0.31
Penilaian pelaksanaan kursus
5. Suasana tempat kursus yang kondusif. 3.84 0.80
6. Perancangan dan pelaksanaan program telah dibuat dengan lancar. 3.94 0.62
7. Masa yang diperuntukan bagi setiap modul adalah sesuai. 3.85 0.73
Penilaian keberkesanan kursus terhadap peserta
8. Peningkatan pengetahuan/pemahaman berbanding sebelum ini. 4.12 0.53
Lebih berkeyakinan mengajar modul berkenaan/menjalankan tugas
9. 4.02 0.66
berkaitan/mengaplikasi apa yang dipelajari berbanding sebelum ini.
10. Pada keseluruhannya latihan/kursus ini adalah berjaya dan bermanfaat. 4.09 0.54

Jadual 4.8 menunjukkan yang majoriti responden bersetuju dengan item di bawah tajuk,
‘Penilaian Penceramah’ di mana min untuk item “Objektif Kursus Tercapai” adalah
sebanyak 4.04, min bagi item “Kandungan kursus serta tugasan/latihan/bengkel yang
sesuai” adalah 3.97 manakala min bagi item “Penyampaian yang baik dan berkesan”
adalah sebanyak 4.24 dan min bagi item “Penggunaan alat bantuan mengajar dengan
berkesan” adalah sebanyak 3.96. Oleh yang demikian responden cenderung menyatakan
bahawa penilaian penceramah pada keseluruhannya adalah baik dan memuaskan.

Seterusnya majoriti responden bersetuju dengan item di bawah tajuk, ‘Penilaian


Pelaksanaan Kursus’ di mana min untuk item “Suasana tempat kursus yang kondusif”
adalah sebanyak 3.84, min bagi item “Perancangan dan pelaksanaan program telah
dibuat dengan lancar” adalah 3.94 manakala min bagi item “Masa yang diperuntukan
bagi setiap modul adalah sesuai” adalah sebanyak 3.85 . Oleh yang demikian responden
cenderung menyatakan bahawa penilaian pelaksanaan kursus pada keseluruhannya
adalah baik dan memuaskan.

Dapatan daripada komen dan pandangan responden adalah seperti berikut:

4.1 Dapatan Penambahbaikan :-

a. Mendapat pengetahuan baru dan menambah ilmu dalam bidang yang


diceburi.
b. Utamakan pengisian yang praktikal berbanding dengan teori.
Responden puashati kerana hubungkait yang erat dengan proses P&P.
c. Kursus ini telah serba sedikit menambah ilmu pengetahuan selain
daripada memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu perkara.

12
d. Pelaksanaan dan perancangan program yang sempurna, bersesuaian
dengan keperluan semasa.
e. Berpuashati dengan cara penyampaian para penceramah yang
menarik serta kemudahan kursus yang disediakan memuaskan.

4.2 Dapatan Pencegahan :-

a. Tempat kursus yang kurang kondusif dan dijalankan di waktu P&P


dijalankan.
b. Kursus sering diadakan pada waktu yang tidak sesuai. Lebih sesuai
sekiranya dilaksanakan pada waktu cuti semester pelajar.
c. Tidak berpuashati kerana kursus yang dijalankan tidak memberi
pendedahan yang menjurus kepada profesional masa kini.
d. Kursus hanya fokus kepada jabatan tertentu sahaja.

4.3 Dapatan Tindakan :-

Antara kursus-kursus yang dicadangkan untuk dijalankan pada masa hadapan


adalah:

a. Kursus pengoperasian & baikpulih alatan elektronik.


b. Kursus pengucapan awam dan kursus pengurusan majlis.
c. Kursus pengendalian psikologi pelajar, kursus pengurusan pelajar dan
kursus time management.
d. Writing academic research.
e. Kursus teknik p & p dan penyampaian yang berkesan, Kursus CPCM
dan PPK perlu dibuat secara dalaman.
f. Kursus motivasi kerja, kursus pengurusan stres dan kursus
pembangunan diri.

5 KESIMPULAN

Adalah diharapkan bahawa kajian ini memenuhi matlamat dan objektif yang hendak
dicapai dan dapatan kajian menjawab persoalan kajian serta penyataan masalah yang
dihadapi oleh pengkaji.

Pelaksanaan kursus-kursus anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan telah


dijalankan dengan jayanya. Hasil penilaian penceramah yang telah dibuat oleh para
peserta mendapati bahawa majoriti berpuas hati dengan penyampaian penceramah. Dari
segi penilaian pelaksanaan kursus yang telah dilaksanakan, para peserta menyatakan
bahawa objektif latihan dan penilaian keberkesanan kursus tercapai. Namun usaha
berterusan bagi menambahbaik pelaksanaan latihan/kursus pada masa akan datang perlu
dipertingkatkan.

13
Adalah diharapkan bahawa hasil kajian ini dapat memberi sedikit sebanyak input yang
berguna demi penambahbaikan program latihan dalaman (in-house training) pada masa
akan datang. Seterusnya ini akan menghasilkan staf politeknik yang mampu bersaing
dengan staf keluaran institusi lain serta memiliki nilai modal insan yang berprestasi
tinggi.

RUJUKAN

Ab Razak Abu Kasim. (2000). Kesan program perkembangan staf ke atas prestasi
kerja pensyarah maktab perguruan di Malaysia. Universiti Utara
Malaysia: Tesis Sarjana.

Abd. Rahim Abd Rashid (2000). Pendidikan dalam konteks sejarah pembangunan
semula bangsa Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Abu Bakar Hamed. (1998). Asas pengurusan perniagaan. (Edisi kedua). Sintok:
Universiti Utara Malaysia.

Burke, J., & Larry, C. (2000). Educational research: Quantitative and qualitative
approaches. Boston: Allyn and Bacon.

Chris, A. R. (1996). Using tech prep principles to improve teacher education,


Journal of Vocational and Technical Education, 13(1).

Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (2007). Agenda pembangunan modal
insan, peningkatan profesionalime berterusan. Kuala Lumpur: Jabatan
Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.

Mansor Shamsuddin. (1999). Permasalahan dalam pembelajaran mata pelajaran


Teknologi Kejuruteraan di sekolah-sekolah negeri Pulau Pinang. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Mohd Najib Abdul Ghaffar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Johor: Universiti


Teknologi Malaysia, Skudai.

Mohd. Yahya Nordin. (2003). Isu dan cabaran dalam penyediaan tenaga kerja
dalam era perubahan teknologi maklumat dan globalisasi. Kuala Lumpur:
Kementerian Sumber Manusia.

Noraini Kaprawi. (2004). Nota Kuliah 3, Statistik Penyelidikan dan Pendidikan dalam
PTV. Jabatan Ikhtisas Pendidikan, Fakulti Pendidikan Teknikal, KUITTHO.

Parmanand, V. (1999). Technical and vocational education in Japan. Development


Express Journal (4).

14
Ricks, B.R., Ginn, M.L., & Daughtrey, A.S. (1995). Contemporary supervision (2nd
ed.). New York: McGraw Hill.

Sekaran. U. (1992), Research method for business: A skills building approach. USA:
John Wiley & Sons. Inc.

Shahril Marzuki. (1993). Peranan pendidikan vokasional dalam pembangunan sumber


manusia bagi mencapai matlamat wawasan 2020. Jurnal Pendidikan (37),
Kementerian Pendidikan Malaysia, 8 Jun 1993.

Suhaimy Ahmad. (1991). Halatuju PTV: Kajian ilmiah terhadap peluang akademik
dan pekerjaan lepasan vokasional (Jurusan Kejuruteraan Jentera). Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Zulaid Mohamad, & Siti Masliza Mohd Nawi. (1997). Tinjauan mengenai cabaran
vokasional di Malaysia. Institut Teknologi Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana.

Syaiful Nizam Ab Rahim. Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin. emel: snr_snf@yahoo.com

15

Anda mungkin juga menyukai