Anda di halaman 1dari 22

KEBERKESANAN PEMANTAUAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK PORT DICKSON SATU KAJIAN KES DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Masnora Binti Haji Sepikun & Nur Zakiah Hani Binti Kamarolzaman

Abstrak

Kajian ini akan meninjau tahap keberkesanan pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson. Kajian ini akan mengkaji dapatan daripada Instrumen Pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai di Politeknik Port Dickson, khasnya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Aspek kajian terdiri daripada perancangan pensyarah, pengurusan kelas, penyampaian pengajaran dan sahsiah pensyarah. Kajian ini akan menggunakan data pemantauan yang diambil daripada tiga semester berturut iaitu sesi Januari 2010, sesi Jun 2010 dan sesi Disember 2010. Di samping itu, kajian ini juga akan melihat perbandingan keberkesanan pengajaran pensyarah di sepanjang tiga semester yang dinilai. Sampel kajian ini adalah pensyarah yang mengajar di Jabatan Kejuruteraan Elektrik pada ketiga-tiga semester yang terlibat iaitu sesi Januari 2010 59 orang, sesi Jun 2010 57 orang dan sesi Disember 2010 55 orang. Data yang telah diperolehi melalui instrumen Pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran akan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science version 17.0. Taburan skor min telah digunakan bagi menentukan tahap keberkesanan pengajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik dari aspek perancangan pensyarah, pengurusan kelas, penyampaian pengajaran dan sahsiah pensyarah. Manakala perbezaan keberkesanan pengajaran pensyarah dilihat berdasarkan perbandingan dapatan analisa skor min sepanjang tiga semester yang dinilai. Keputusan analisa skor min menunjukkan semua aspek yang dinilai berada dalam tahap yang tinggi. Manakala dari segi perbezaan pencapaian pemantauan pengajaran sepanjang tiga semester yang dikaji bagi aspek perancangan pensyarah semakin menurun, bagi aspek pengurusan kelas meningkat, manakala aspek penyampaian pengajaran meningkat dan aspek sahsiah menurun.

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan Pendidikan merupakan landasan pembentukan dan pencapaian negara dalam segala aspek pembangunan. Pendidikan hari ini telah banyak mengalami perubahan selari dengan perkembangan masa kini. Pelbagai usaha dilakukan untuk membuka mata masyarakat tentang betapa murni dan mulianya seorang pendidik. Begitu juga dengan kursus-kursus pendidikan yang disediakan menerima banyak perubahan untuk mempertingkatkan lagi mutumutu pendidik yang bakal dilahirkan. Menurut Abuddin Nata (2001), secara sederhana tugas pendidik adalah mengarahkan dan membimbing para pelajar agar semakin meningkat pengetahuannya, semakin mahir ketrampilannya dan semakin terbina dan berkembang potensinya. Dalam proses pembelajaran pendidik harus mampu mendorong anak didik melalui proses pengajaran yang dilakukan sehingga mampu memotivasi diri dalam melaksanakan tugas yang diterima. Tugas melaksanakan pengajaran di bilik kuliah sememangnya menjadi tanggungjawab pensyarah kursus berkenaan. Pensyarah juga perlu meningkatkan keupayaan dan amalan pengajaran mereka untuk terus meningkatkan pencapaian pelajar. Namun begitu ia menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya pengurusan tertinggi institusi untuk memastikan proses ini berlaku dengan berkesan, serta pencapaian pensyarah dan pelajar meningkat terus meningkat.

Oleh itu pengarah selaku pemimpin instruksional perlu menjadikan pembelajaran pelajar terutamanya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah sebagai fokus utama. Mereka perlu memastikan pelaksanaan setiap program akademik di institusinya berjalan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Kajian-kajian dalam bidang kepimpinan pengajaran turut menyebutkan bahawa para pemimpin pengajaran memantau proses pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan pembangunan profesional pensyarah dan pentadbir (Glickman, Gordon, & Ross-Gordon, 2001). Secara ringkasnya, pemantauan yang dilaksanakan oleh para pemimpin pengajaran memberi fokus kepada kaedah-kaedah peningkatan bagi memastikan matlamat institusi pendidikan masing-masing tercapai. 1.2 Latar Belakang Masalah Institusi pendidikan adalah satu institusi yang amat penting bagi penerusan, kesinambungan dan menjadi penentu utama arah tujuan serta kelangsungan hidup sesebuah masyarakat (Nik Aziz , 1996). Untuk itu penekanan harus diberikan pada usaha mewujudkan pensyarah yang berkualiti dan berdaya maju. Kenyataan Holmes Group, iaitu satu badan yang membuat pembaharuan dalam pendidikan guru mengatakan We cannot improve the quality of education in our schools without improving the quality of teacher in them........ (Symth, 1987 dalam Rosmilawati, 2006), menunjukkan betapa pentingnya peranan pensyarah dalam meningkatkan kualiti dan prestasi sesebuah institusi pendidikan. Namun demikian masalah yang dikenal pasti adalah bagaimana menghasilkan tenaga pengajar yang efektif dalam erti kata lain berkualiti dan berkesan dari segi penyampaian ilmu kepada pelajar. Dalam memastikan keberkesanan sistem pendidikan yang dilaksanakan, maka tenaga pengajar perlu dinilai proses pengajarannya bagi memastikan kualiti pengajaran yang dilahirkan mempunyai kualiti dan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara. Kemahiran pensyarah hendaklah sentiasa dinilai supaya mereka tidak leka dan lupa akan asas-asas dalam mewujudkan pengajaran yang berkesan. Pensyarah hendaklah sentiasa bertanya pada diri sendiri dan kepada rakan sekerja ataupun ketuanya akan pencapaiannya dan bahagian manakah yang memerlukan perubahan dan peningkatan. Oleh itu, pensyarah mestilah dinilai supaya kualiti pengajaran akan bertambah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efisyen. Penilaian yang dilakukan terhadap pensyarah perlu dilakukan secara berterusan. Hal ini adalah bagi mendapat perhubungan yang lebih baik serta maklumbalas dengan cepat dan berterusan. Menurut Aziz dan Mohd Yusof(1997), penilaian sepatutnya bukan hanya dilihat sebagai tindakan bagi menetapkan nilai semata-mata kepada seseorang pengajar tetapi juga sebagai cara mengesan kekuatan dan kelemahan ke arah mempertingkatkan kebolehan, sikap dan amalan mereka dalam pendidikan sama ada di dalam dan di luar kelas. Dengan itu pemantauan pengajar memang patut dilaksanakan bagi memastikan mutu pengajaran mereka sentiasa konsisten dan menepati keperluan organisasi. Ini adalah apa yang telah dilaksanakan di mana-mana institusi pendidikan di Malaysia tidak kira dari peringkat sekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Politeknik Malaysia khasnya di Politeknik Port Dickson juga melaksanakan penilaian pengajaran ini melalui proses pemantauan pengajaran pensyarah oleh Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan dan Ketua Program. Hj. Mohd Salleh (2006) juga menyokong kepentingan pemantauan pengajaran ini kerana melaluinya dapat menentukan kesan pengajaran pensyarah untuk merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan dan juga dapat menentukan pencapaian objektif pelajaran yang telah ditentukan dapat dicapai. 1.3 Pernyataan Masalah Pensyarah merupakan tenaga kerja yang telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti sejajar dengan misi, visi dan wawasan sesebuah institusi pendidikan tinggi termasuklah politeknik. Bagi memastikan matlamat ini tercapai salah satunya kaedah yang dilaksanakan adalah dengan menilai proses pengajaran pensyarah. Menurut Abas Awang (1999) dalam Hj. Mohd Salleh (2006), bagi memastikan matlamat sesebuah organisasi pendidikan tercapai pengurusan tertinggi insitusi tersebut perlu mempunyai pengurusan kurikulum, pengurusan ko-kurikulum, pengurusan kewangan serta pemantauan dan penilaian proses. Melalui kenyataan ini Politeknik Port Dickson telah

melaksanakan proses pemantauan penilaian pengajaran pensyarah ke arah mencapai matlamat yang telah digariskan. Di Politeknik Port Dickson Penilaian proses pengajaran dilaksanakan melalui Instumen Pemantauan Proses Pembelajaran di Politeknik. Tujuan Pemantauan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Hasil pemantauan proses pembelajaran ini akan dikumpulkan oleh Ketua-ketua Jabatan dan akan diserahkan ke peringkat tertinggi. Proses pemantauan pengajaran pensyarah dijalankan oleh Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan dan Ketua Program sekali setiap semester. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan proses penilaian pemantauan pengajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson. Berdasarkan instrumen yang digunakan empat aspek dinilai iaitu perancangan, pengurusan kelas, penyampaian dan sahsiah pensyarah. Menurut Rosmilawati Ab. Rahman (2006), persediaan dari segi bahan mengajar dan persediaan bilik kuliah boleh membantu pelajar memahami proses pembelajaran dengan mudah dan pembelajaran dapat berjalan dengan selesa. Kedua-dua persediaan ini adalah antara aspek yang dikaji di dalam kajian ini. Walaubagaimanapun kedua-dua aspek ini memerlukan kesediaan pihak politeknik untuk menyumbang kepada pengajaran pensyarah lebih berkesan. Oleh sebab itu kajian ini ingin melihat adakah berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan, aspek-aspek yang dikaji mempunyai pencapaian yang tinggi ataupun terdapat aspek yang kurang menonjol serta perlu diberi perhatian dan penambahbaikan selaras dengan kesediaan yang ada di politeknik. . Menurut Dr. Abdul Zubir & Fakhri (2011), memantau dan memberi maklum balas tentang proses pengajaran dan pembelajaran adalah meliputi tindakan yang berkaitan kurikulum ataupun akademik. Aktiviti utama mungkin melibatkan pemantauan di sekitar institusi dan memberikan maklum balas dan pujian kepada pengajar tentang aktiviti di bilik kuliah selepas proses pemantauan berlangsung selain itu menggalakkan program-program pembangunan profesional pengajar. Pendapat ini menyokong kuat pemantauan proses pengajaran dilaksanakan dan memberi gambaran aspek yang patut diberi penekanan sekaligus dapat memberi maklumbalas kepada pihak pengurusan tertinggi tentang permasalahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menguatkan lagi pandangan pengkaji untuk melaksanakan kajian tentang keberkesanan pemantauan proses pengajaran pembelajaran di Politeknik Port Dickson khususnya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. 1.4 Tujuan Kajian Secara umumnya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau tahap keberkesanan pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson. Kajian ini akan mengkaji dapatan daripada Instrumen Pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai di Politeknik Port Dickson. Melalui kajian ini pengkaji dapat melihat aspek-aspek yang dinilai iaitu perancangan pensyarah, pengurusan kelas, penyampaian pengajaran dan sahsiah pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Melalui kajian ini pengkaji dapat melihat dengan lebih terperinci item penilaian pengajaran yang lemah dan dapat dicadangkan untuk diberi penambahbaikan di peringkat jabatan dan seterusnya peringkat politeknik. 1.5 Objektif Kajian Bagi mencapai tujuan kajian, beberapa objektif kajian telah dikenal pasti. Antara objektif-objektif kajian adalah seperti berikut: i. Meninjau tahap pencapaian pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson dari aspek perancangan. ii. Meninjau tahap pencapaian pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson dari aspek pengurusan kelas. iii. Meninjau tahap pencapaian pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson dari aspek penyampaian.

iv. v.

Meninjau tahap pencapaian pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson dari aspek sahsiah pensyarah. Meninjau perbezaan tahap pencapaian setiap aspek pemantauan proses P & P pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson bagi tiga semester Jan 2010, Jun 2010 dan Dis 2010.

1.6

Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan seperti berikut: i. Apakah tahap pencapaian pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson dari aspek perancangan. ii. Apakah tahap pencapaian pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson dari aspek pengurusan kelas. iii. Apakah tahap pencapaian pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson dari aspek penyampaian. iv. Apakah tahap pencapaian pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson dari aspek sahsiah pensyarah. v. Adakah wujud perbezaan tahap pencapaian setiap aspek pemantauan proses P & P pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson bagi tiga semester Jan 2010, Jun 2010 dan Dis 2010.

1.7

Kepentingan Kajian Terdapat beberapa kepentingan terhadap kajian yang dijalankan ini iaitu terhadap politeknik, pensyarah dan diri pelajar sendiri. (i) Politeknik Berdasarkan kajian yang dijalankan pihak politeknik dapat melihat aspekaspek yang boleh menyumbang pengajaran pensyarah berkesan. Dengan itu pihak politeknik dapat mengenalpasti aspek yang perlu diberi penekanan dan penambabaikan seterusnya merancang program atau kaedah yang dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti pensyarah-pensyarah politeknik. (ii) Pensyarah Politeknik Pensyarah dapat melihat kekuatan dan kelemahan setiap aspek-aspek dikaji melalui keberkesanan proses pemantauan penilaian pengajaran ini. Pensyarah dapat melihat pencapaian setiap aspek yang dinilai dengan menambahbaik kaedah dan perancangan pengajaran supaya lebih berkesan. Aspek yang kurang menonjol dalam kajian ini perlu diberi perhatian sebagai salah satu kaedah membantu pensyarah mempertingkatkan proses pengajaran. (iii) Pelajar Politeknik Melalui kajian ini pelajar juga akan mendapat manfaat hasil dari persediaan proses pengajaran yang dilaksanakan semasa pemantauan ini dijalankan. Setiap aspek yang dikaji adalah berkait rapat ke arah kepentingan dan keselesaan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan itu pelajar akan dapat menumpukan lebih perhatian dan diharapkan akan mendapat mencapai keputusan yang 1.8 Skop Kajian Kajian ini adalah merupakan satu kajian tinjau terhadap pemantauan proses penilaian pengajaran pensyarah yang dilaksanakan di Politeknik Port Dickson. Tinjauan proses pemantauan penilaian pengajaran ini hanya dilaksanakan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Sampel kajian hanya tertumpu kepada pensyarah yang dinilai tiga semester terkini iaitu

Januari 2010 seramai 59 orang, Jun 2010 seramai 57 orang dan Disember 2010 seramai 55 orang.

2.0

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan Bab ini mengandungi teori-teori dan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan penilaian pengajaran. Antara yang terkandung dalam bab ini adalah mengenai penilaian persediaan pengajaran, penilaian persediaan bilik kuliah, penilaian kaedah pengajaran, penilaian keperibadian dan sahsiah pensyarah. Bab ini juga ada menyentuh tentang proses pemantauan pengajaran. Jurnal-jurnal dan kajian lepas digunakan untuk mengukuhkan hujah dan pendapat pengkaji. 2.2 Penilaian Pengajaran Penilaian pengajaran adalah merupakan suatu sistem formal yang membolehkan satu ulangkaji dan penilaian dibuat ke atas prestasi kerja seseorang (Ab Aziz, 1999). Ia merupakan satu proses di mana individu diperhatikan, dinilai, dicatat, dilapor, dibimbing dan disusuli dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti atau kuantiti kerja yang dibuat. Penilaian ini perlu dilakukan secara berterusan kerana tujuan asalnya adalah untuk pembangunan pekerja. Bagi menjamin supaya tujuan ini dapat dicapai, ia perlu dilakukan secara objektif, sistematik dan adil. Semasa proses pemantauan penilaian pengajaran dilaksanakan, ketua program ataupun ketua jabatan akan menilai proses pengajaran pensyarah pada semester terbabit. Menurut Siti Nordinar (1996), penilaian pada dasarnya adalah satu proses yang terdiri daripada pengumpulan maklumat dan pengenalan pasti beberapa kriteria yang akan digunakan untuk meletakkan sesuatu nilai kepada maklumat. Pengukuran juga sebahagian daripada penilaian. Ia bermaksud sesuatu cara untuk mendapatkan maklumat. Setiap semester, penilaian pengajaran menjadi satu keperluan yang mesti dipenuhi oleh semua pensyarah daripada. Antara tujuan utama penilaian ini menurut Abd Raof dan T.Subahan (1999), ialah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajaran, memberi nasihat, bimbingan dan dorongan supaya dapat meningkatkan mutu pengajaran dan yang pentingnya memberi penilaian yang positif tentang pengajaran pensyarah. Penilaian yang dilakukan terhadap pensyarah perlu dilakukan secara berterusan. Hal ini adalah bagi mendapatkan perhubungan yang lebih baik serta maklumbalas dengan cepat dan berterusan. Dengan itu mutu pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Menurut Aziz dan Mohd Yusof (1997), penilaian sepatutnya bukan hanya dilihat sebagai tindakan yang akan dilakukan bagi menetapkan nilai semata-mata kepada seseorang pensyarah tetapi juga sebagai cara mengesan kekuatan dan kelemahan pensyarah ke arah mempertingkatkan kebolehan, sikap dan amalan mereka dalam pendidikan sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah. Dengan itu, untuk mendapatkan hasil pendidikan yang bermutu penilaian tidak boleh dilakukan oleh seorang pemantau sahaja sahaja tetapi memerlukan lebih dari seorang penglibatan pihak pemantau. 2.3 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan satu proses yang memainkan peranan penting di dalam memperolehi dan menyebarkan ilmu pengetahuan (Ee Ah Meng, 2003). Pengajaran adalah perihal mengajar segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar iaitu perbuatan, peringatan dan pedoman yang diajar. Kenneth D.Moore (1999) menyatakan bahawa: Teaching can defined as the action of a person imparting skill, knowledge, or giving instruction, or the job of a person who teacher. Manakala, pembelajaran pula boleh didefinasikan sebagai perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan (Ee Ah Meng, 1999). Menurut E.Bruce Goldstein (1999) pula: Learning is relatively long-lasting changes in behavior that are based on post experience.

P&P merupakan satu sistem aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada pelajarpelajar dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka. Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh pensyarah untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajar. Proses pengajaran juga ditafsirkan sebagai satu pergerakan lakuan mengajar yang dilakukan oleh pensyarah di dalam bilik kuliah. Dalam satu pengertian yang lebih luas, proses pengajaran biasanyamelibatkan beberapa aktiviti penting, umpamanya aktiviti perancangan, aktiviti perlaksanaan, aktiviti menilai dan aktiviti mendapatkan maklum balas. Menurut Koh Boh Boon (1999), pengajaran adalah satu proses kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur termasuk kualiti pelajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran institusi dan dorongan ibubapa terhadap pelajar itu. Sebagai satu proses, pengajaran merupakan suatu jaringan aktiviti yang dikendalikan oleh pensyarah bagi menghubungkan pelajar melalui pemahaman yang dijangka dapat dipindahkan setelah hubungan itu dikawal baik oleh kaedah tertentu yang digunakan. Terdapat tiga komponen utama yang perlu ditekankan oleh seseorang pensyarah bagi memastikan proses P&P berjalan dengan baik dan mencapai objektifnya iaitu perancangan, perlaksanaan atau penyampaian dan penilaian, (Ee Ah Meng, 1999). 2.3.1 Perancangan Pengajaran Perancangan ialah satu usaha membuat persediaan untuk mengajar pelajar topiktopik yang khusus. Menurut Ee Ah Meng (1999), ketika membuat persediaan, pensyarahhendaklah membuat diagnosis ke atas pelajar-pelajarnya. Ini bermakna pensyarah hendaklahmengenalpasti keperluan serta kelemahan pelajar-pelajarnya. Dengan adanya kesedaran ini, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah selaras dengan kebolehan pelajar yang berbeza-berbeza. Oleh sebab itu, bagi menjamin pembelajaran yang maksimum, setiap pensyarah hendaklah membuat perancangan pengajaran yang teliti pensyarah yang berpengalaman mahupun yang tidak berpengalaman tetap perlu membuat perancangan pengajaran. Mok Soon Sang (2000) telah menyatakan bahawa perancangan yang berkesan akan menjamin pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, masalah disiplin didalam bilik kuliah dapat dikurangkan. Bagi menyediakan suatu perancangan pengajaran yang baik dan berguna, pensyarah harus terlebih dahulu menyedari kepentingan perancangan pengajaran terhadap pengajarannya. Di samping itu, dia seharus dapat mentafsirkan silibus, terutama kursus yang disampaikannya dan juga kurikulum yang ada. Selain itu, pensyarah juga dikehendaki menentukan suatu format perancangan pengajaran yang sesuai untuk digunakan semasa menyediakan rancangan kerjanya. Hasil daripada perancangan pengajaran yang baik, sesi pengajaran yang berkesan juga seharusnya dapat dicapai oleh pensyarah tersebut. 2.3.1.1 Bahan pengajaran Pensyarah mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak bangsa bagi memastikan mereka mendapat pengetahuan dan ilmu yang mencukupi serta mampu menjadi bangsa yang berilmu pengetahuan tinggi. Seseorang pensyarah atau pensyarah itu perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan. Adalah sesuatu perkara ganjil kalau seseorang pensyarah yang hendak mengajar sesuatu pelajaran itu tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pelajaran tersebut. Mengikut Atan Long (1986) kerja-kerja pengajaran hendaklah dirancang terlebih dahulu dengan teliti sebelum sesuatu pengajaran dilakukan. Rancangan pengajaran hendaklah dibuat sebelum perkuliah bermula. Persediaan mengajar hendaklah dibuat dengan terperinci dan alat-alat mengajar hendaklah disiapkan sebelum pengajaran dimulakan. Persediaan yang rapi akan menyebabkan pengajaran seseorang itu sistematik, teratur dan terarah, sesuatu persediaan mengajar menunjukkan apa yang telah dibuat, ke arah mana pelajar-pelajar akan dibimbing dan apakah kerja-kerja yang mesti dilakukan dalam topic tersebut. Persediaan mengajar sepatutnya menceritakan dengan cara yang mudah apa yang akan dilakukan oleh pensyarah, bagaimana pelajar-pelajar dilibatkan dalam satu-satu masa dan bagaimana interaksi antara pensyarah dengan pelajar berlaku (Atan Long, 1986).

Chen Ai Yen (1996), telah cuba mencari satu teori berkaitan dengan pengajaran cemerlang. Baginya pensyarah cemerlang dikenalpasti sebagai mereka yang menjunjung piawai yang spesifik dalam profession perpensyarahan misalnya mengetahui secara mendalam tentang topik yang hendak diajar, mempunyai kemampuan untuk membuat refleksi, menunjukkan komitmen kepada pelajar dan matapelajaran yang diajar, prihatin kepada keperluan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Manakala, menurut Azizah dan Syarifah (1994) dalam Zaidatul dan Ramlan (2001) menyatakan bahawa kejayaan pengajaran bergantung kepada kesediaan pensyarah sebelum memasuki bilik kuliah. Di sini jelas terbukti bahawa walaupun pelajar benar-benar suka mata pelajaran yang diikutinya namun tanpa penyampaian isi yang baik dan bernas akan menyebabkan pencapaian pelajar rendah. Oleh sebab itu, Ee Ah Meng (1999) telah menjelaskan bagi menjamin pembelajaran maksimun, setiap pensyarah hendaklah membuat perancangan pengajaran yang teliti. Beliau turut menyatakan bahawa perancangan yang berkesan akan menjamin pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan dapat mengurangkan masalah disiplin dalam bilik kuliah. 2.3.2 Pengurusan Kelas Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik kuliah adalah penting sebagai pelengkap pembelajaran dan pengajaran. Persedian bilik kuliah dari segi susun atur peralatan, kerusi dan meja serta kebersihan bilik kuliah penting bagi memastikan proses P&P berjalan dengan lancar dan selesa, (Ee Ah Meng, 1999). Burden dan Byrd (1997), menjelaskan bahawa pengurusan bilik kuliah merujuk kepada tindakan dan strategik pensyarah untuk mengukuhkan keadaan pembelajaran dengan berkesan di samping memelihara suasana dan perintah serta arahan yang dikeluarkan dalam bilik kuliah. 2.3.3 Penyampaian Pengajaran Penyampaian pengajaran akan dilaksanakan selepas perancangan pengajaran dibuat dengan teliti. Menurut Ee Ah Meng (1999), penyampaian merupakan tindakan menjalankan aktiviti P&P yang telah dirancang serta membantu pelajar-pelajar mengalaminya agar memperoleh manfaat yang maksimun. Di peringkat ini, pensyarah perlu menggerakkan pelajar-pelajar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Dalam penyampaian pengajaran, pensyarah perlu membimbing aktiviti yang dijalankan agar masa dan tenaga tidak terbuang. Pensyarah juga perlu menggalakkan interaksi dua hala antara pelajar dengan pensyarah bagi menarik minat pelajar-pelajar dan merangsangkan perasaan ingin tahu. Bagi menggalakan interaksi dua hala ini berlaku, kaedah pengajaran pensyarah perlu dipelbagaikan, Koh Boh Boon (1999). 2.3.3.1 Interaksi Pensyarah dan Pelajar Dalam konteks sekolah, interaksi ialah proses bagaimana pensyarah berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajarnya dan begitu juga sebaliknya. Apabila pensyarah menyampaikan pengetahuan dan pengalaman kepada anak pelajarnya, ia dinamakan interaksi (Abdullah dan Ainon, 2000). Selain daripada penyampaian bahan yang menjadi fokus dalam pengajaran, cara penyampaian pensyarah yang berstruktur dan menarik turut diambil kira. Produktiviti pensyarah hanya boleh dilihat dari segi kejayaan dalam menyampaikan pengajaran. Mereka juga membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah yang baik. Khususnya, produktiviti pensyarah dalam konteks ini dilihat dari segi keberkesanannya sebagai pensyarah, kejayaannya dalam menyampaikan pengetahuan mengenai mata pelajaran tertentu, dan juga membimbing pelajar ke arah alam dewasa. Mengikut Apelman (1996), Productive teachers are those who can build a conducive learning climate in which students enjoy learning and can master what they are supposed to master. Teaching is looked upon as an art, and productive teachers are looked upon as artists who can motivate their students, and to nurture in them [the students] the interest to learn and find out more about the subject being taught. This can only be done when teachers know themselves as individuals and can adapt their own unique characteristics to the elements of the situation, and the context of their teaching

Interaksi berkesan berlaku sekiranya sesuatu maklumat yang ingin disampaikan kepada penerima dapat diterima dan difahami dengan baik. Dalam konteks P&P, interaksi dikatakan berkesan sekiranya pensyarah dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, tunjuk ajar serta nasihat kepada pelajar dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham (Ab.Rahman, 2000). Oleh sebab itu, pensyarah perlu bijaksana menyusun strategi ajar suasana interaksi di antara pensyarah dan pelajar berlaku dalam suasana harmonis, saling bantu membantu serta hormat-menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Interaksi dalam bilik kuliah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan (Ab. Rahman, 2000). Dalam waktu mengajar pensyarah berinteraksi dengan pelajar dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi pelajar. Ini turut disokong oleh Flanders, (1970 dalam Ab. Rahman) menyatakan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran dalam bilik kuliah, seseorang pensyarah bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan pensyarah itu secara tidak langsung akan mempengaruhi pelajarpelajar seperti dalam menyemai, memberi arahan dan mengkritik. 2.3.3.2 Kaedah Pengajaran Kaedah pengajaran adalah cara penyampaian maklumat. Terdapat dua perkataan yang hampir sama maksudnya dengan kaedah iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (2000) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Manakala teknik pula ialah kemahiran pensyarah dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Azman (1998), teknik itu apa yang dilihat dalam bilik kuliah. Jika pensyarah mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang pensyarah Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Quran dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik. Manakala menurut Abu Saleh (1998), beliau mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Pada anggapan beliau, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh pensyarah untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai namanama khas.Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, pensyarah harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Bagi menyampaikan sesuatu isi pengajaran dengan berkesan, pensyarah mestilah memikirkan tentang kaedah pengajaran yang akan digunakan. Penggunaan kaedah pengajaran yang bijak akan menjamin kelicinan dan keberkesanan penyampaian sesuatu mata pelajaran, malahan ia akan menjadi sesuatu pelajaran itu lebih bermakna dan menyeronokkan pelajar (Abdul Ghafar, 2003). Kaedah pengajaran merupakan satu elemen penting bagi memastikan proses P&P dapat berjalan dengan menarik dan baik. Semasa pengajaran, isi pelajaran perlu disampaikan dengan kaedah yang sesuai dan mudah dipelajari oleh pelajar. Penggunaan bahasa dan suara mesti betul seperti pertuturan yang jelas dan lancar, tidak terlalu cepat dan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat. Tulisan perlu kemas dan sesuai supaya dapat dilihat dan dibaca dengan jelas oleh semua pelajar. Pendidik juga seharusnya dapat mengawal masa dengan baik, tidak meleret atau terlalu cepat apabila menyampaikan isi pelajaran.

2.3.4

Keperibadian Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat bergantung pada seseorang pensyarah itu. Pensyarah yang berkaliber sering berusaha untuk mengendalikan aktivitiaktiviti yang boleh menyeronokkan pelajar-pelajar. Pensyarah bukan sahaja bertindak sebagai agen untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar, malah pensyarah merupakan role model kepada pelajar-pelajarnya. Oleh sebab itu pensyarah perlu mempunyai keperibadian yang tinggi baik dari aspek penampilan atau sahsiah agar menjadi teladan dan ikutan yang baik kepada para pelajarnya. 2.3.4.1 Penampilan dan Sahsiah Pensyarah diharapkan bukan sahaja setakat mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, iaitu membentuk sikap, nilai, dan akhlak manusia, memberikan contoh yang boleh dijadikan ikutan segala lapisan masyarakat, membawa pandangan-pandangan baru yang boleh membawa kepada perubahan dan kemajuan atau dalam lain perkataan dan juga menjadi agen perubahan. Disebabkan itu, penilaian seseorang pensyarah pelatih juga tidak dapat lari dari mempersoalkan tentang keperibadian seseorang pensyarah. Menurut Abdul Rahim et al.(2000), antara ciri-ciri yang dinilai merangkumi aspek-aspek berikut iaitu suara dan pertuturan, minat dan kesungguhan, kematangan dan keyakinan diri, hubungan sesama pensyarah dan pihak sekolah, hubungan pensyarah dengan pelajar, sikap mementingkan masa serta pemakaian dan perwatakan. Menurut beliau lagi, bukti daripada kajian-kajian menunjukkan bahawa pensyarah-pensyarah yang bersifat, fleksibel, penyabar, berminat terhadap pelajar dan boleh bergurau dengan pelajar adalah lebih berkesan berbanding pensyarah-pensyarah yang kurang mempunyai sifat tersebut. Maka adalah menjadi tanggungjawab pensyarah untuk mempunyai nilai-nilai murni sebagai model pelajar dan masyarakat. Bersesuaian dengan kata-kata Abu Hassan dan Meor (1996) yang mengatakan bahawa: ......apabila seseorang peguam membuat kesilapan, mangsanya akan berada di dalam penjara atau tali gantung; apabila seorang doktor membuat kesilapan, mangsanya akan berada di dalam tanah iaitu kubur tetapi jika seseorang pensyarah membuat kesilapan maka kesilapannya akan diulang oleh pelajarnya. Menurut Mok Soon Sang (2000), peranan pensyarah dalam bidang pendidikan sangat penting. Selain menyebarkan ilmu, segala tingkah laku pensyarah akan menjadi contoh teladan kepada pelajar-pelajarnya. Oleh yang demikian, pensyarah seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni. Hanya pensyarah yang mempunyai tatatusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Di samping itu, sikap dan tingkah laku pensyarah akan turut dinilai melalui aspek disiplin diri dan nilai diri. Borich (1996) telah mengaitkan bahawa seorang pensyarah yang efektif adalah seorang yang jujur, bekerja kuat, murah hati, mesra dan bertimbang rasa. Menurut beliau lagi semua kualiti tersebut perlulah ditunjukkan di dalam kelas dengan menjadi seorang pensyarah yang berwibawa, teratur, berdisiplin dan berdedikasi. Bagi memastikan pensyarah sentiasa mengekalkan aspek-aspek positif semasa dalam dan luar kelas, adalah penting penilaian terhadap sahsiah dan penampilan pensyarah dilakukan. Penilaian terhadap elemen ini penting kerana sahsiah dan penampilan turut menjadi kayu ukur keberkesanan pengajaran terhadap pelajar. 2.4 Rumusan Melalui kajian-kajian sebelum yang dijalankan oleh pengkaji terdahulu, pengkaji dapat membuat rumusan bahawa terdapat empat aspek utama yang menentukan kejayaan proses P&P iaitu perancangan pengajaran, pengurusan kelas, penyampaian pengajaran dan keperibadian seseorang pensyarah. Keempat-empat aspek ini perlu sentiasa dinilai untuk mengenalpasti kelemahan dan kekurangan dari aspek pengajaran seseorang pensyarah. Penilaian/pemantauan sesuatu yang relevan dilaksanakan bagi memastikan semua aspek yang dibincangkan tadi dapat diterapkan dalam P & P pensyarah. Oleh sebab itu pengkaji telah mengkaji proses pemantauan pensyarah bagi sesi sesi Januari 2010, sesi Jun 2010 dan sesi Disember 2010 di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson.

3.0

METODOLOGI

3.1

Pengenalan Bab ini akan menghuraikan garis panduan yang digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Ia merangkumi rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan data dan juga tatacara penganalisisan data. 3.2 Rekabentuk Kajian Rodney, L.C (1997) menyatakan bahawa rekabentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari maklumat bagi mencapai sesuatu matlamat penyelidikan. Ia sebenarnya adalah berdasarkan persoalan kajian serta objektif yang hendak dicapai. Mohd Najib Abdul Ghafar (1999) menyatakan bahawa rekabentuk kajian memenuhi dua fungsi utama iaitu mewujudkan keadaan untuk perbandingan yang diperlukan oleh persoalan kajian dan membolehkan penggunaan analisis statistik data untuk membuat interpretasi tentang kepentingan kajian. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah yang berbentuk kajian tinjauan. Pemilihan kaedah tinjauan adalah kerana ia menjimatkan kos, masa dan tenaga kerja. 3.3 Populasi dan Sampel Kajian Di dalam sesuatu penyelidikan pendidikan, mengenalpasti populasi merupakan perkara penting kerana ia menentukan bidang masalah yang perlu dikaji serta sebanyak mana data dan maklumat yang perlu dikumpulkan. Sampel adalah menggambarkan keseluruhan populasi tersebut. Sesuatu penyelidikan yang menggunakan sampel memberi peluang kepada penyelidik bagi mendapatkan maklumat mengenai populasi dengan kos yang agak rendah. Dengan menggunakan sampel, membolehkan data yang lebih terperinci diperoleh walaupun jumlah populasi yang kecil (Mohd. Majid Konting, 1990). Penggunaan seluruh individu dalam suatu populasi akan mengakibatkan tenaga, perbelanjaan dan masa yang lama bagi melaksanakan sesuatu penyelidikan. Bagi mengatasi masalah ini kaedah pensampelan digunakan untuk mendapatkan maklumat tanpa menggunakan keseluruhan populasi. Dalam kajian ini, rekabentuk pensampelan adalah secara rawak. Menurut Khalid (2003) persampelan rawak ialah pengambilan sampel dari populasi kajian bila mana setiap individu dalam populasi tersebut mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Populasi sasaran adalah terdiri daripada para pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson. Seramai enam puluh orang pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Manakala pemilihan sampel dilakukan adalah merujuk kepada jadual yang dikemukakan oleh Krejcie V.R & Morgon D.W (1970) seperti jadual 3.1 di bawah; Jadual 3.1: Bilangan resposden dan sesi pengajaran Sesi Bil Responden Disember 2010 55 Jun 2010 57 Januari 2010 59 3.4 Instrumen Kajian Instrumen yang akan digunakan di dalam kajian ini adalah borang penilaian yang digunakan oleh Politeknik Malaysia, iaitu PK(O).JPPKK.09(L1). Instrumen yang digunakan penyelidik ini melibatkan skala ukuran likert. Penggunaan skala likert kerana ia mempunyai tahap pengukuran kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 85% (Mohd Najib, 1999). Menurut Edward dan Kenny (1996) skala likert mengambil masa yang pendek untuk dibangunkan dan ia mengambil kira kemungkinan timbul sebagai cadangan kajian. Skala likert yang digunakan mempunyai lima (5) skala. Ukuran skala kekerapan yang digunakan adalah seperti di dalam Jadual 3.2 iaitu dari 1 (tidak memuaskan), 2 (memuaskan), 3 (baik), 4 (sangat baik) sehingga 5 (cemerlang). Pembahagian skor adalah seperti berikut:

Jadual 3.2 : Skala Likert Skor 1 2 3 4 5 Pemberatan Tidak memuaskan Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang (Sumber : Diadaptasi daripada Mohd Najib, 1999)

Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini akan mengandungi empat bahagian iaitu: Jadual 3.3 : Kandungan Soal Selidik Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian A B C D : Berkaitan dengan perancangan responden. : Berkaitan dengan pengurusan kelas oleh responden. : Berkaitan dengan penyampaian responden : Berkaitan dengan sahsiah responden

3.5

Batasan Kajian Kajian ini tertumpu kepada para pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson, untuk melihat tahap perancangan, pengurusan kelas, penyampaian dan sahsiah responden. Tempat kajian adalah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson. Manakala penilaian pensyarah yang akan diambil kira adalah selama tiga sesi berturut iaitu sesi Januari 2010, sesi Jun 2010 dan sesi Disember 2010. 3.6 Tatacara Pengumpulan Data Dalam kajian ini, penyelidik mendapatkan data dan maklumat melalui borang penilaian yang digunakan oleh Politeknik Malaysia, iaitu PK(O).JPPKK.09(L1) yang merupakan data primer dan juga maklumat-maklumat lain yang berkaitan melalui hasil kajian yang lepas. 3.7 Tatacara Penganalisisan Data Bagi kaedah analisis data, data diperolehi daripada responden dan dapat memenuhi kehendak objektif kajian. Sebarang masalah diselesaikan terlebih dahulu supaya tidak terdapat kekeliruan pada data di dalam analisis data seterusnya. Kemudian, maklumat atau data diasingkan dan disusun secara lebih sistematik bagi penganalisisan secara kuantitatif. Data yang diperolehi dipersembahkan menggunakan ujian statistik deskriptif. Menurut Sekaran (1992) analisis data yang dibuat juga akan menghuraikan fenomena yang diperolehi hasil daripada dapatan kajian. Seterusnya data-data dianalisis menggunakan kaedah peratusan dan jadual kekerapan dengan perisian Statistical Package For Social Science 17.0 (SPSS). Kajian ini dianalisis dengan skor min yang melibatkan min, sisihan piawai dan peratus kekerapan. Sisihan piawai mengukur serakan antara angka-angka di dalam sesuatu senarai data. Secara am, sisihan piawai yang kecil nilainya menunjukkan taburan senarai data itu lebih memusat. Data-data yang diperolehi dipersembahkan dalam bentuk peratusan dan kaedah analisis nilai skor min. Dapatan temubual pula untuk menguatkan lagi data kuantitatif. Di samping itu, pekali korelasi juga digunakan bagi menentukan perhubungan di antara tahap perlaksanaan pembelajaran masteri oleh guru dengan markah peperiksaan setengah tahun pelajar. 3.7.1 Kaedah Analisis Statistik Deskriptif Soal selidik telah dibina dengan menggunakan skala likert bagi mengukur aras persetujuan responden terhadap item yang dikemukakan. Kajian ini juga melibatkan skor min dan peratusan bagi menunjukkan kecenderungan responden ketika menjawab soal selidik yang diedarkan. Analisis dilakukan berdasarkan kepada jadual skor min (Jadual 3.3).

Jadual 3.4 : Tahap Kecenderungan Skor Min Tahap kecenderungan 1.00 2.40 Rendah 2.41 3.80 Sederhana 3.81 5.00 Tinggi (Adaptasi daripada Landell, 1997 dalam Noor Suriani, 2000) 3.8 Andaian Kajian Di dalam melaksanakan kajian ini, beberapa andaian telah dibuat bagi menetapkan data yang diberi oleh responden adalah benar. Andaian yang dibuat adalah seperti berikut: (i) Penilaian yang dilakukan ke atas pensyarah adalah tidak dipengaruhi oleh faktor luaran.

4.0

ANALISA DATA

4.1

Pengenalan Bab ini membincangkan tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan penemuan dan dapatan kajian berdasarkan soalan-soalan kajian yang telah dinyatakan dalam BAB I. Data dianalisis berdasarkan borang penilaian pengajaran yang digunakan oleh Politeknik Malaysia, iaitu PK(O).JPPKK.09(L1). Proses penganalisaan dibuat dengan menggunakan SPSS versi 17.0. Berasaskan kepada persoalan kajian, laporan analisis dapatan kajian telah dibahagikan kepada lima bahagian utama iaitu perancangan pensyarah, pengurusan kelas, penyampaian pengajaran dan sahsiah pensyarah serta perbezaan keberkesanan pengajaran pensyarah. Paparan dapatan kajian dimulakan dengan huraian dan dapatan ujian skor min. Bagi menjawab persoalan kajian satu hingga empat analisis deskriptif digunakan yang melibatkan pengiraan skor min manakala bagi menjawab persoalan ke lima perbandingan dapatan dari dapatan analisa persoalan kajian satu hingga empat diambilkira. 4.2 Dapatan Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau tahap keberkesanan pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson. Kajian ini akan mengkaji skor yang telah diberi oleh pemantau melaui instrumen PK(O).JPPKK.09(L1) semasa minggu pemantauan proses pengajaran pensyarah. Data yang dianalisa adalah melibatkan proses pemantauan selama tiga semester terkini iaitu sesi Januari 2010, sesi Jun 2010 dan sesi Disember 2010. 4.2.1 Analisis Bahagian A: Perancangan Pensyarah Analisis dimulakan dengan perlaksanaan perancangan pensyarah JKE. Ia bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang pertama iaitu ; Soalan Kajian 1: Apakah tahap pencapaian pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson dari aspek perancangan?. Bahagian ini mengandungi 5 item yang dapat menyokong aspek perancangan (Jadual 4.1). Kesemua item penilaian adalah terdiri daripada item positif. Ia juga dibina dengan menggunakan skala likert bagi mengukur aras terhadap item-item yang dikemukakan.

Bil. 1

Aspek Perancangan

Fail Rekod disediakan 2 Fail Rekod Pensyarah (FRP) dikemaskini 3 Rancangan Mengajar Semester berdasarkan silibus terkini 4 Rancangan Mengajar Semester merangkumi semester pengajian semasa 5 Rancangan Mengajar Semester berdasarkan format yang ditetapkan Jumlah keseluruhan item bahagian A

Jadual 4.1 : Aspek Perancangan Item-item pada borang soal selidik Pensyarah (FRP) A1.1 A1.2 A2.1 A2.2

Jumlah Item 1 1 1 1

A2.3

Maklum balas daripada responden bagi setiap item telah ditunjukkan di dalam Jadual 4.2. Ia ada menunjukkan nilai skor min dan sisihan piawai bagi setiap item kepada aspek perancangan oleh pensyarah JKE. Skor min bagi item-item berikut dianlisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS 17. Item-item pada Jadual 4.1 di atas dapat diperhatikan nilai min, sisihan piawai serta tahapnya pencapaiannya dinilai berdasarkan melalui Jadual 4.3. Jadual 4.2 : Skor Min, Sisihan Piawai, Tahap dan Hiraki Aras Perlaksanaan Perancangan oleh Pensyarah. Item Pernyataan Sisishan Skor Tahap Piawai Min A1.1 Fail Rekod Pensyarah (FRP) disediakan 0.629 4.68 Tinggi A1.2 Fail Rekod Pensyarah (FRP) dikemaskini 0.747 4.50 Tinggi A2.1 Rancangan Mengajar Semester berdasarkan 0.259 4.94 Tinggi silibus terkini A2.2 Rancangan Mengajar Semester merangkumi 0.315 4.92 Tinggi semester pengajian semasa A2.3 Rancangan Mengajar Semester berdasarkan 0.256 4.93 Tinggi format yang ditetapkan

Hiraki 4 5 1 3 2

Berdasarkan kepada jadual analisa di atas, didapati bahawa kesemua item tersebut mencatatkan skor min di tahap yang tinggi. Ini bermakna secara keseluruhannya para pensyarah JKE mempunyai perancangan pada tahap yang tinggi. Didapati juga, tahap Rancangan Mengajar Semester berdasarkan silibus terkini mencatatkan skor min yang paling tinggi, iaitu 4.94. Ia diikuti dengan tahap Rancangan Mengajar Semester berdasarkan format yang ditetapkan iaitu sebanyak 4.93. Manakala FRP dikemaskini telah mencatatkan skor min yang paling rendah iaitu 4.50. Walau bagaimanapun, didapati bahawa kesemua item di dalam aspek perancangan, telah mencatatkan skor min yang tinggi. Ini bermakna, para pensyarah JKE telah melaksanakan perancangan dengan baik sekali. Jadual 4.3 : Tahap Kecenderungan Tahap kecenderungan Rendah Sederhana Tinggi (Adaptasi daripada Landell, 1997 dalam Noor Suriani, 2000)

Skor Min 1.00 2.40 2.41 3.80 3.81 5.00

4.2.2

Analisis Bahagian B: Pengurusan Kelas Analisis seterusnya adalah perlaksanaan pengurusan kelas pensyarah JKE. Ia bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang kedua iaitu ;

Soalan Kajian 2: Apakah tahap pencapaian pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson dari aspek pengurusan kelas? Bahagian ini mengandungi 4 item yang dapat menyokong aspek pengurusan kelas (Jadual 4.4). Kesemua item penilaian adalah terdiri daripada item positif. Ia juga dibina dengan menggunakan skala likert bagi mengukur aras terhadap item-item yang dikemukakan. Jadual 4.4 : Aspek Pengurusan Kelas Aspek Pengurusan Kelas Item-item pada borang soal selidik 1 Memastikan keadaan bilik B1 kuliah/makmal/bengkel kondusif, selamat dan bersih. 2 Memastikan pelajar mematuhi B2 peraturan. (ketepatan masa dan penampilan diri) 3 Memastikan pelajar bersahsiah. B3 4 Merekod kedatangan pelajar. B4 Jumlah keseluruhan item bahagian B Bil.

Jumlah Item

1 1 4

Maklum balas daripada responden bagi setiap item telah ditunjukkan di dalam Jadual 4.5. Ia ada menunjukkan nilai skor min dan sisihan piawai bagi setiap item kepada aspek perlaksanaan pengurusan kelas oleh pensyarah JKE. Skor min bagi item-item berikut dianlisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS 17. Item-item pada Jadual 4.5 di atas dapat diperhatikan nilai min, sisihan piawai serta tahapnya melalui Jadual 4.3. Jadual 4.5 : Skor Min, Sisihan Piawai, Tahap dan Hiraki Aras Perlaksanaan Pengurusan Kelas Oleh Pensyarah Item Pernyataan Sisihan Skor Tahap Piawai Min B1 Memastikan keadaan bilik kuliah/makmal/bengkel 0.782 4.19 Tinggi kondusif, selamat dan bersih B2 Memastikan pelajar mematuhi peraturan. 0.736 4.33 Tinggi (ketepatan masa dan penampilan diri) B3 Memastikan pelajar bersahsiah 0.713 4.34 Tinggi B4 Merekod kedatangan pelajar 0.511 4.79 Tinggi Berdasarkan Jadual 4.5 di atas, didapati bahawa kesemua item bagi aspek pengurusan kelas oleh pensyarah berada pada tahap yang tinggi. Item merekodkan kedatangan pelajar telah mencatatkan skor min tertinggi iaitu 4.79. Manakala item memastikan pelajar bersahsiah mencatatkan skor min kedua tertinggi iaitu 4.34. Sementara itu, item memastikan keadaan bilik kuliah/ makmal/ bengkel kondusif, selamat dan bersih telah mencatatkan skor min paling rendah iaitu sebanyak 4.19. 4.2.3 Analisis Bahagian C: Penyampaian Pengajaran Analisis diteruskan lagi dengan aspek penyampaian oleh pensyarah JKE. Ia bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang ketiga iaitu ; Soalan Kajian 3: Apakah tahap pencapaian pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson dari aspek penyampaian? Bahagian ini mengandungi 11 item yang dapat menyokong aspek pengurusan kelas (Jadual 4.6). Kesemua item yang dibina adalah terdiri daripada item positif. Ia juga dibina dengan menggunakan skala likert bagi mengukur aras terhadap item-item yang dikemukakan.

Hiraki 4 3 2 1

Bil

Jadual 4.6 : Aspek Pengurusan Kelas Aspek Pengurusan Kelas

1 2 3 4 5

Pernyataan objektif pengajaran-pembelajaran. Menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai. Hubungkaitkan teori dengan situasi sebenar. Menerapkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Penggunaan bahan pengajaran yang relevan, sesuai dan berkesan. 6 Kesesuaian bahasa. 7 Mendorong dan memotivasikan pelajar untuk memberi respons yang sesuai dengan topik pembelajaran (Interaksi pensyarah pelajar). 8 Pengurusan masa. 9 Pengajaran mencapai objektif yang dinyatakan dalam rancangan mengajar. 10 Kejelasan suara. 11 Kawalan kelas. Jumlah keseluruhan item bahagian C

Item-item pada borang soal selidik C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8 C9 C10 C11

Jumlah Item 1 1 1 1 1 1 1

1 1 1 1 11

Hasil analisa penilaian responden, data yang telah diperolehi adalah seperti dalam Jadual 4.7 di bawah. Ia ada menunjukkan nilai skor min dan sisihan piawai bagi setiap item kepada aspek penyampaian oleh pensyarah JKE. Skor min bagi item-item berikut dianlisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS 17. Item-item pada Jadual 4.7 di atas dapat diperhatikan nilai min, sisihan piawai serta tahapnya melalui Jadual 4.3. Jadual 4.7 : Skor Min, Sisihan Piawai, Tahap dan Hiraki Aras Penyampaian Oleh Pensyarah. Item Pernyataan Sisishan Skor Tahap Piawai Min C1 Pernyataan objektif pengajaran-pembelajaran. .849 4.12 Tinggi C2 Menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai. .762 4.23 Tinggi C3 Hubungkaitkan teori dengan situasi sebenar. .728 4.01 Tinggi C4 Menerapkan kemahiran berfikir di kalangan .736 4.19 Tinggi pelajar. C5 Penggunaan bahan pengajaran yang relevan, .783 4.25 Tinggi sesuai dan berkesan. C6 Kesesuaian bahasa. .834 4.44 Tinggi C7 Mendorong dan memotivasikan pelajar untuk .650 4.13 Tinggi memberi respons yang sesuai dengan topik pembelajaran (Interaksi pensyarah pelajar). C8 Pengurusan masa. .736 4.43 Tinggi C9 Pengajaran mencapai objektif yang dinyatakan .771 4.22 Tinggi dalam rancangan mengajar. C10 Kejelasan suara. .575 4.70 Tinggi C11 Kawalan kelas. .636 4.49 Tinggi Berdasarkan Jadual 4.7 di atas, didapati bahawa kesemua item bagi aspek penyampaian oleh pensyarah berada pada tahap yang tinggi. Item kejelasan suara telah mencatatkan skor min tertinggi iaitu 4.70. Manakala item kawalan kelas mencatatkan skor min kedua tertinggi iaitu 4.49. Sementara itu, item Hubungkaitkan teori dengan situasi sebenar telah mencatatkan skor min paling rendah iaitu sebanyak 4.01.

Hiraki 10 6 11 8 5 3 9

4 7 1 2

4..2.4

Analisis Bahagian D: Sahsiah Pensyarah Analisis diteruskan lagi dengan aspek sahsiah pensyarah. Ia bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang keempat iaitu ; Soalan Kajian 4: Apakah tahap pencapaian pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson dari aspek sahsiah pensyarah? Bahagian ini mengandungi 3 item yang dapat menyokong aspek sahsiah pensyarah (Jadual 4.8). Kesemua item yang dibina adalah terdiri daripada item positif. Ia juga dibina dengan menggunakan skala likert bagi mengukur aras persetujuan responden terhadap itemitem yang dikemukakan. Jadual 4.8 : Aspek Sahsiah Pensyarah Aspek Pengurusan Kelas

Bil

1 Berpakaian sesuai dan kemas. 2 Menepati masa. 3 Bersifat mesra, mudah didekati dan sedia membantu. Jumlah keseluruhan item bahagian D

Item-item pada borang soal selidik D1 D2 D3

Jumlah Item 1 1 1 3

Hasil analisa penilaian responden, data yang telah diperolehi adalah seperti dalam Jadual 4.9 di bawah. Ia ada menunjukkan nilai skor min dan sisihan piawai bagi setiap item kepada aspek sahsiah pensyarah JKE. Skor min bagi item-item berikut dianlisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS 17. Item-item pada Jadual 4.8 di atas dapat diperhatikan nilai min, sisihan piawai serta tahapnya melalui Jadual 4.3. Jadual 4.9 : Skor Min, Sisihan Piawai, Tahap dan Hiraki Aras Penyampaian Oleh Pensyarah. Item Pernyataan Sisihan Skor Tahap Piawai Min D1 Berpakaian sesuai dan kemas. .486 4.75 Tinggi D2 Menepati masa. .497 4.85 Tinggi D3 Bersifat mesra, mudah didekati dan sedia .562 4.58 Tinggi membantu. Berdasarkan Jadual 4.7 di atas, didapati bahawa kesemua item bagi aspek sahsiah pensyarah berada pada tahap yang tinggi. Item menepati masa telah mencatatkan skor min tertinggi iaitu 4.85. Manakala item berpakaian sesuai dan kemas mencatatkan skor min kedua tertinggi iaitu 4.75. Sementara itu, item bersifat mesra, mudah didekati dan sedia membantu.telah mencatatkan skor min paling rendah iaitu sebanyak 4.58. 4.2.5 Analisis Bahagian E: Perbezaan Tahap Penilaian pensyarah bagi Tiga Semester Berturut Analisis diteruskan lagi dengan perbezaan tahap penilaian pensyarah bagi tiga sesi berturut. Ia melihat kepada empat aspek utama iaitu aspek perancangan, penyampaian, pengurusan kelas dan sahsiah pensyarah. Ia bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang kelima iaitu ; Soalan Kajian 5: Adakah wujud perbezaan tahap pencapaian setiap aspek pemantauan proses P & P pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson bagi tiga semester Jan 2010, Jun 2010 dan Dis 2010? Jadual 4.10 : Perbandingan Pencapaian aspek perancangan, pengurusan kelas, penyampaian dan sahsiah pensyarah bagi tiga semester. Aspek Januari 2010 Jun 2010 Disember 2010 Tahap Perancangan 4.7322 4.8632 4.7855 Menurun Pengurusan Kelas 4.3263 4.4035 4.5136 Meningkat Penyampaian 4.2773 4.2616 4.3421 Meningkat Sahsiah 4.6102 4.8304 4.7394 Menurun

Hiraki 2 1 3

Berdasarkan perbandingan pada Jadual 4.10 didapati aspek perancangan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) menurun bagi tiga semester yang dinilai. Manakala bagi perbandingan aspek pengurusan kelas Pensyarah JKE terdapat peningkatan bagi ketiga-tiga semester. Bagi aspek penyampaian Pensyarah JKE pula juga terdapat peningkatan bagi ketiga-tiga semester yang dinilai. Perbandingan aspek sahsiah pula Pensyarah JKE pula menurun bagi ketiga-tiga semester yang dinilai. 4.3 Rumusan Daripada hasil analisis yang dijalankan oleh penyelidik, dapatlah dirumuskan bahawa keberkesanan proses pemantauan pengajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik bagi perancangan pensyarah, pengurusan kelas, penyampaian pengajaran dan sahsiah guru berada pada tahap yang tinggi. Manakala bagi analisa dapatan perbezaan tahap pencapaian setiap aspek pemantauan proses P & P pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik melihat aspek perancangan pensyarah menurun, aspek pengurusan kelas meningkat, aspek penyampaian juga terdapat peningkatan manakala aspek sahsiah pula menurun.

5.0

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan Bab ini akan menjurus kepada perbincangan, cadangan dan kesimpulan setelah pengkaji melakukan analisis ke atas persoalan kajian yang telah dibina. Di samping itu, perbincangan akan cuba mengaitkan dengan hasil-hasil kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji lepas. Ini bagi melihat terdapat persamaan atau perbezaan di antara hasil kajian yang telah diperolehi. Selain itu, pada akhir bab ini beberapa cadangan dikemukakan oleh penyelidik terhadap perkara yang dikaji. Beberapa cadangan yang dirasakan perlu dilakukan oleh pengkaji seterusnya yang berminat untuk mengkaji isu berhubung dengan tahap penilaian pengajaran. Cadangan ini diharap dapat memberi sedikit sebanyak garis panduan kepada pengkaji seterusnya bagi menjalankan kajian pada masa akan datang. 5.2 Perbincangan dan Kesimpulan Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan hasil pemantauan penilaian pengajaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson yang dijalankan sekali setiap semester. Kajian akan melihat hasil pemantauan selama tiga semester iatu Jan 2010, Jun 2010 dan Dis 2010. Aspek yang dikaji ialah perancangan, pengurusan kelas, penyampaian pengajar dan sahsiah diri pensyarah. 5.2.1 Perbincangan dan Kesimpulan Perancangan Pensyarah Berdasarkan hasil pemantauan proses pengajaran pensyarah bagi aspek perancangan pensyarah terdapat lima item telah dinilai di mana semua item aspek ini memperolehi skor min yang tinggi. Bagi item Rancangan Mengajar Semester (RMS) berdasarkan silibus terkini memperolehi skor min tertinggi, diikuti RMS berdasarkan format yang ditetapkan memperolehi skor min kedua tertinggi dan diikuti Rancangan Mengajar Semester merangkumi semester pengajian semasa. Manakala item Fail Rekod Pensyarah (FRP) dikemaskini menunjukkan skor min paling rendah diperolehi tetapi masih berada pada tahap yang tinggi. Berdasarkan komen yang diperolehi dari pemantau terdapat segelintir pensyarah yang tidak mengemaskini FRP semasa proses pemantauan dijalankan. Ini menyebabkan skor item ini berkurangan walaupun masih berada di tahap yang tinggi. Bagi menyediakan suatu perancangan pengajaran yang baik dan berguna, pensyarah harus terlebih dahulu menyedari kepentingan perancangan pengajaran terhadap pengajarannya. Di samping itu, dia seharus dapat mentafsirkan sukatan pelajaran, terutama mata pelajaran yang disampaikannya dan juga kurikulum yang ada. Selain itu, guru juga dikehendaki menentukan suatu format perancangan pengajaran yang sesuai untuk digunakan semasa menyediakan rancangan kerjanya. Hasil daripada perancangan pengajaran yang baik , sesi pengajaran yang berkesan juga seharusnya dapat dicapai oleh pensyarah tersebut ( Mok Soon Sang, 2000).

5.2.2

Perbincangan dan Kesimpulan Pengurusan Kelas Berdasarkan hasil pemantauan proses pengajaran pensyarah bagi aspek pengurusan kelas empat item telah dinilai di mana semua item aspek ini memperolehi skor min yang tinggi. Item merekod kedatangan merupakan item yang memperolehi skor min tertinggi menunjukkan semua pensyarah JKE merekod bilangan pelajar yang hadir ke kelas. Manakala item memastikan pelajar bersahsiah memperolehi skor min kedua tertinggi diiikuti item memastikan pelajar mematuhi peraturan. Item memastikan keadaan bilik kuliah / makmal / bengkel kondusif, selamat dan bersih pula memperohi skor min terendah, walau bagaimanapun item ini masih berada pada tahap yang tinggi. Berdasarkan komen dari pemantau didapati kebanyakkan kelas berada dalam keadaan tidak teratur dan boleh menggangu proses P & P. Manakala kelas tidak kondusif pula merujuk kepada proses P & P yang dijalankan di makmal menyebabkan tempat kurang selesa dan pintu kedua di makmal tidak dibuka. Walaupunbagaimanapun kelas yang dijalankan di makmal ini adalah disebabkan kekangan tempat yang terhad. Menurut Abu Hassan dan Meor (1996), beliau menyatakan bahawa persediaan bilik darjah penting dan perlu dititikberatkan semasa pengajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam keadaan selesa dan aspek ini tidak patut diabaikan oleh pendidik yang semasa pembelajaran berjalan. Ini kerana suasana bilik darjah mempengaruhi minat dan tumpuan pelajar untuk belajar. Disebabkan hal ini, sebelum memulakankan sesi pengajaran dan pembelajaran pensyarah perlu memastikan pengudaraan, pencahayaan dan perabot dalam bilik darjah berada dalam keadaan baik serta tersusun. Ini bagi memastikan para pelajar berada dalam keadaan selesa sebelum memulakan pembelajaran tanpa mendapat gangguan persekitaran. Oleh sebab itu, berdasarkan skor min keseluruhan yang tinggi diperolehi, jelas menunjukkan tahap pengurusan kelas pensyarah JKE berada pada tahap yang tinggi. Ini membuktikan pensyarah benar-benar bersedia sebelum memulakan pengajaran dan mereka amat prihatin dengan keadaan kelas dan keselesaan para pelajarnya. 5.2.3 Perbincangan dan Kesimpulan Penyampaian pengajaran Melalui dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan 11 item dinilai bagi aspek penyampaian pengajaran pensyarah. Item kejelasan suara memperolehi skor min yang tertinggi manakala item hubungkaitkan teori dengan situasi sebenar memperolehi skor min yang terendah. Ini menunjukkan semasa sesi P & P pensyarah mempunyai kejelasan suara yang bagus tetapi kurang mengaitkan teori dengan situasi / aplikasi sebenar teori yang dipelajari. Antara lain aspek yang dinilai dalam pemantauan pensyarah adalah penggunaan bahan pengajaran yang relevan, sesuai dan berkesan. Melalui komen yang diperolehi dari pemantau terdapat pensyarah menggunakan tulisan yang agak kecil dalam Alat Bantu Belajar (ABM). Ini boleh menyukarkan pemahaman pelajar. Selain itu trend pengajaran sekarang pembelajaran menggunakan kaedah Outcomes Based Education (OBE) juga amat sedikit diaplikasikan oleh pensyarah-pensyarah JKE. Pendapat ini di sokong Rosmilawati, (2006) sebelum memulakan sesi P&P, pensyarah membuat persediaan yang rapi terhadap bahan pengajaran yang akan digunakan bagi memastikan bahan pengajaran tersebut berfungsi dengan baik, menarik reka bentuknya, tidak membosankan, sesuai dengan topik pembelajaran yang bakal diajar, membantu meningkatkan kefahaman pelajar dan menyediakan bahan pengajaran yang pelbagai untuk mengekalkan perhatian pelajar di dalam kelas. 5.2.4 Perbincangan dan Kesimpulan Sahsiah Diri Pensyarah Penemuan kajian terhadap aspek penilaian sahsiah diri pensyarah didapati skor min yang diperolehi bagi kesemua item ini adalah tinggi. Terdapat tiga item yang dinilai dimana item menepati masa mempunyai kor min tertinggi, manakala item berpakaian sesuai dan kemas mendapat skor min kedua tertinggi. Manakala item bersifat mesra, mudah didekati dan sedia membantu skor min terendah, walaubagaimana pun item ini masih berada di tahap yang tinggi. Ini bermakna, kajian ini menunjukkan dari pemantauan yang dijalankan pensyarah JKE mempunyai sahsiah yang baik dan menguasai kesemua item dalam aspek sahsiah dengan baik.. Sahsiah pensyarah yang baik mampu mengeratkan lagi hubungan antara pensyarah dan pelajar. Fenomena ini dihuraikan oleh Abdul Rashid et al (2000) dalam

Rosmilawati (2006) yang menyatakan bukti daripada kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendidik yang bersifat mesra, fleksibel, penyabar, berminat terhadap pelajar dan boleh bergurau dengan pelajar adalah lebih berkesan berbanding pendidik yang kurang mempunyai sifat tersebut. 5.2.5 Perbincangan dan Kesimpulan Perbandingan Pencapaian keempatempat aspek perancangan, pengurusan kelas, penyampaian dan sahsiah pensyarah bagi tiga semester Berdasarkan perbandingan pencapaian keempat-empat aspek yang dipantau selama tiga semester dari sesi Jan 2010, Jun 2010 dan Dis 2010 terdapat peningkatan dan penurunan pencapaian. Bagi aspek perancangan pensyarah didapati dari hasil pantauan selama tiga semester semakin menurun. Hal ini mungkin berlaku disebabkan faktor kebanyakkan kursus-kursus baru dilaksanakan, oleh sebab itu pensyarah memerlukan sedikit masa untuk megemaskini FRP. Manakala aspek pengurusan kelas pula semakin meningkat. Begitu juga dengan aspek penyampaian pengajaran juga mengalami peningkatan. Walaubagaimanapun sahsiah diri pensyarah pula semakin menurun. Berdasarkan hasil keputusan analisa data dan instrumen yang digunakan skor-skor yang diperolehi oleh setiap pensyarah adalah tidak konsisten setiap semester. Dari pemerhatian pengkaji hal ini berlaku adalah disebabkan tiada penyelarasan markah dari semua pemantau sebelum proses penilaian berlangsung. 5.3 Cadangan Berdasarkan hasil dapatan dan perbincangan sebelumnya, beberapa cadangan telah dikenalpasti. Berikut merupakan cadangan yang dikenalpasti boleh dicadangkan kepada pihak yang berkepentingan terlibat dalam kajian ini. 5.3.1 Jabatan Kejuruteran Elektrik Walaupun semua tahap pencapaian pemantauan proses P & P pensyarah JKE, Politeknik Port Dickson berada pada tahap yang tinggi tetapi item bilik kuliah / makmal / bengkel kurang kondusif disebabkan kekangan kekurangan tempat-tempat yang kondusif contohnya perlaksanaan kuliah di dalam makmal. Maka salah satu langkah yang boleh dilaksanakan adalah dengan pelaksanaan jadual flexi boleh dicadangkan. Dengan ini diharapkan kepadatan jadual satu-satu bilik kuliah dapat dikurangkan sekaligus dapat mengurangkan perlaksanaan kuliah di makmal yang menghasilkan P & P kurang kondusif. 5.3.2 Ketua Jabatan / Ketua Program Ketua jabatan dan ketua program adalah individu yang dilantik sebagai pemantau proses penilaian pengajaran perlu membuat penyelarasan bersama tentang kaedah pemantauan dan pemberian skor markah memandangkan dari pemerhatian pengkaji didapati pencapaian pensyarah bagi tiga semester yang dinilai adalah tidak konsisten dan berbezabeza bagi setiap pensyarah walaupun semua aspek penilaian telah dilaksanakan. 5.3.3 Cadangan kepada Pensyarah Bagi pihak pensyarah sendiri perlulah berjumpa dengan pihak ketua jabatan / ketua program bagi berbincang hasil pemantauan. Dengan itu item yang dirasakan perlu diberi penambahbaikan boleh dibincangkan bagi dilaksanakan pada sesi pengajaran seterusnya. Bagi memudahkan perincian item yang perlu diberi penambahbaikan penyediaan satu laporan pendek oleh pemantau patut dilaksanakan yang mana boleh diserahkan kepada pensyarah yang dinilai untuk tindakan penambaikan. 5.4 Kesimpulan Keseluruhan Kajian Berdasarkan perbincangan yang telah diperjelaskan dapatlah disimpulkan bahawa keberkesanan proses pemantauan pengajaran dan pembelajaran pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson adalah amat baik sekali dengan setiap aspek yang dikaji memperolehi pencapaian yang tinggi. Jelas menunjukkan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik komited dalam menjalankan tugas dan bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai pensyarah mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima dari laporan pemantauan pensyarah mendapati pensyarah menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa bersedia serta bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan walaupun tidak dimaklumkan tentang pantauan yang akan dijalankan. Walaubagaimanapun terdapat juga sebilangan kecil pensyarah yang kurang bersedia semasa pemantauan dijalankan menyebabkan pemantauan semula terpaksa dilakukan. Berdasarkan hasil keseluruhan kajian mendapati mereka menunjukkan prestasi yang baik dalam pengajaran bukan kerana mereka akan dinilai dan berlakon semata-mata di hadapan pemantau kerana ingin mendapat markah yang tinggi dalam proses penilaian pengajaran bagi memenuhi syarat seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) kepada semua pensyarah di politeknik Malaysia. Hal ini bertentangan dikatakan oleh Jagdish (1996) bahawa pensyarah yang dipantau hanya berlakon di hadapan penyelia semata-mata kerana hendak mendapat markah yang baik. Walaubagaimanapun menurut Rosmilawati (2006) kajian penilaian pengajaran melalui penilaian pelajar-pelajar sendiri yang lebih berkesan kerana mereka lebih arif dengan kelakuan pensyarah ini kerana mereka lebih lama bersama-sama dengan pensyarah jika dibandingkan dengan pemantau yang datang sekali-sekala. Hal ini juga telah dilaksanakan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson namun tidak termasuk di dalam skop kajian pengkaji. Namun menjadi hasrat pengkaji di masa akan datang untuk melaksanakan kajian dari sudut penilaian pelajar pula bagi memperkukuhkan lagi tahap relevan kajian terhadap proses penilaian pengajaran warga pendidik khususnya pensyarah di Politeknik Port Dickson. Diharapkan dengan terhasil kajian keberkesanan pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Port Dickson ini akan menambahkan satu bahan rujukan ilmiah terutamanya berkaitan bidang penilaian pengajaran. Selain itu juga diharapkan kajian ini berguna kepada pihak jabatan, politeknik dan jabatan pengajian politeknik sendiri untuk melihat keberkesanan proses pemantauan pengajaran pensyarah yang telah dilaksanakan di politeknik Malaysia masa kini.

RUJUKAN Ab Aziz Yusof (1999). Penilaian Prestasi: Konsep dan Kaedah Perlaksanaan. Kedah: Universiti Utara Malaysia. Tesis Sarjana Pendidikan. 100-105 Ab. Rahman (2000). Komunikasi Bilik Kuliah. Kelantan: Jurnal Akademik, Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa. Vol. 120. 25 Abdul Ghafar Mohammad (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur:Utusan Distributors Sdn Bhd. 91. Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md Din dan Mohamad Haron (2000). Panduan Latihan Mengajar . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 90. Abdullah Hassan dan Ainon (2000). Komunikasi Untuk Pensyarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn.Bhd. 85-99. Abu Hassan Kassim dan Meor Kamaruddin (1996). Penyelia dan Penyeliaan Pengajaran Pensyarah Pelatih: Perancangan dan Penyampaian Pengajaran. Dlm. Bengkel Penyelarasan Penyelia Latihan Mengajar Penyelia-penyelia Bersekutu UTM/MRSM. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. 1-31. Abu Saleh (1998). Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Abuddin Nata (2001) Paradigma Pendidikan Islam, Jakarta: Grasindo, h. 134. Apelman. M (1996). Working with teachers : The advisory approach. In Zumbwalt,K.K. Improving teaching: ASCD Yearbook. Virginia. 1-14.

Atan Long (1986). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Aziz Nordin dan Mohamad Yusof Arshad (1997). Penilaian Dalam Latihan Mengajar. Dlm. Bengkel Penyelarasan Penyelia Latihan Mengajar Penyelia-penyelia Bersekutu UTM/MRSM. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. 1-31 Azman Ali (1998). Perdidikanan Malaysia: Acuan Melahirkan Pensyarah Bestari. Jurnal Pendidikan. Issue: Vol. 17. 89-95. Borich G.D (1996). Effective Teaching Methods. New Jersey: Prentice Hall. Chen Ai Yen (1996). Toward Expert Teaching: Improving The Quality Of The Teaching Profession, An International Perspective. Singapore: International Council OnEducation For Teaching. 125. Dr. Abdul Zubir bin Abdul Ghani & Fakhri bin Abdul Khalil (2011). Keberkesanan Amalan Headcount: Kajian Kes Di Dua Buah Sekolah Rendah. Institut Aminuddin Baki. Edward dan Kenny (1995) dalam John W.Best dan James V.Khan, (1998). Research in Education. 8th ed. Ruttle Inc. Ee Ah Meng (1999). Pedagogi III. edisi kedua. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Ee Ah Meng (2003). ILMU PENDIDIKAN-Pengetahuan dan Ketrampilan Ikthisas (semester1). Kuala Lumpur- Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Glickman, C, Gordon, S., & Ross-Gordon, J. (2001). SuperVision and Instructional leadership: Developmental approach. (5th Ed.).Boston:MA:Allyn and Bacon. Hasan Langgulung (1981). Beberapa Lumpur:Pustaka Antara. tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala

Hj. Mohd Salleh Hj. Tahar (2006). Kepimpinan Pengurusan Dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Johor: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Jagdish Raj Sharma (1996). Latihan Mengajar. Dlm. Isahak Haron dan Koh Boh Boon. Asasasas Dalam Amalan Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 23-34. Kenneth D. Moore (1999). Instructional Technique. New York: McGraw-Hills Book Company. 100-101. Khalid Johari (2003). Penyelidikan dalam pendidikan: Konsep dan prosedur. Petaling Jaya: Prentice Hall Koh Boh Boon (1999). Strategi-Strategi Meningkatkan Kecekapan Mengajar. Johor: Fakulti Pendidikan UKM. Mohammad Najib Abdul Ghafar.(1999). Penyelidikan Pendidikan.1st Edition. Johor Bahru : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Majid Konting. (1990). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Majid Konting. (1993). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Sheffie Abu Bakar (1991). Metodologi Penyelidikan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mok Soon Sang (2000). Pedagogi II: Perlaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti. 1-54. Nik Aziz Nik Pa (1996). Konsep Maktab Perguruan Bistari. Kertas Kerja Dibentangkan Di Seminar Maktab Perguruan Bestari, Kuala Lumpur. 100-101 Noor Suriani Nazrudin (2000). Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukarela : satu tinjauan di ITTHO. Kajian kes. Rodney,.L.C. (1997). Assessing Tech Prep Implementation, Journal of Vocational and Technical Education, Vol 3, No. 2. Rosmilawati Bt. Ab. Rahman (2006). Penilaian Pengajaran Terhadap Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Programlatihan Mengajar Di Sekolah Menengah Teknik. Johor: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Tesis Sarjana Pendidikan. Sekaran (1992). Research methods for bussiness: A skill building aproach. New York : Jon Wiley & Son Inc.

Anda mungkin juga menyukai