Anda di halaman 1dari 4

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

PMC 515
PENDIDKAN DAN PEMBANGUNAN

SEMESTER I
SIDANG AKADEMIK 2019/2020

TUGASAN ESEI– KRITIKAN JURNAL (INDIVIDU)


Berdasarkan mana-mana tajuk kuliah, pilih SATU
artikel daripada jurnal-jurnal akademik yang berkaitan.
Kemudian buat analisis dan perbincangan kritis tentang
idea dan kandungan artikel tersebut.

PENYELARAS/PENSYARAH
PROFESOR DR. HAZRI BIN JAMIL (HJ)

DISEDIAKAN OLEH :
DINEESHWARY A/P SUBRAMANIAM
920217-02-5092
(S-PM0004/18)
KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN 1

2 PERBINCANGAN 2

3 KRITIKAN PENAMBAHBAIKAN 3

4 KESIMPULAN 4

RUJUKAN 6
TUGASAN ESEI– KRITIKAN JURNAL (INDIVIDU)
ANALISIS DAN KRITIKAN ARTIKEL JURNAL
TAJUK JURNAL : PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MODAL INSAN
SUMBER JURNAL : PENDIDIKAN, HARAPAN DAN SEKOLAH MASA HADAPAN
PENYELIDIK : R.M. IMADUDDIN R.A. HALIM & RUHIZAN MOHAMMAD YASIN
(UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA)

PENGENALAN
Jurnal tulisan R.M.Imaduddin R.A.Halim dan Ruhizan Mohammad Yasin menerangkan tentang
“Pendidikan, Harapan dan Sekolah Masa Hadapan.” Objektif kajian ini adalah untuk
membuka wacana pendidikan Sekolah Masa Hadapan dalam konteks memahami ciri teras
bagimemaknakan pendidikan masa hadapan yang berasaskan kajian masa hadapan serta amalan
terbaik terutama dalam konteks pendidikan abad ke-21 dan mendepani cabaran revolusi
perindustrian keempat. Hasil wacana dan kajian kepustakaan ini boleh diperincikan agar
penggubal polisi pendidikan dan pendidik hari ini mendapat data-data konkrit bagi menghasilkan
modul pembelajaran dalam konteks bidang khusus seperti sains, matematik dan bahasa dalam
memaknakan kurikulum sekolah masa hadapan. Bagi mencapai objektif ini, pengkaji telah
menggunakan Kerangka Kurikulum berteraskan 4 Dimensi (Pengetahuan, Kemahiran, Nilai dan
Meta-pembelajaran)(Fadel, 2015a) iaitu Model klasik Tyler Rationale (Tyler, 1963) dan model
CCR. Pengkaji juga telah mengulaskan tentang Pendidikan Harapan, Pendidikan Tanpa Harapan
Harapan Baharu Pendidikan dan Kurikulum Sekolah Masa Hadapan dalam kajian ini. Kajian ini
dianggap penting untuk pembangunan modal insan dan bakat melalui sistem pendidikan yang
berkesan dalam konteks pembangunan pendidikan. Pendidikan merupakan sektor terpenting dalam
pembinaan negara dan tamadun kemanusiaan. Tujuan atau matlamat pendidikan akan menentukan
bagaimana sistem pendidikan dibina dan dijalankan, seperti kurikulumnya dan modul
pendidikannya. Teras kepada matlamat pendidikan pula merujuk kepada harapan dan impian. Ini
disebabkan bahawa telah timbul krisis kepercayaan atau hilang harapan kepada amalan
berpendidikan di sekolah arus perdana. Maka, inovasi dan pembaharuan pendidikan telah mula
dibicarakan di banyak tempat di seluruh dunia dalam memperbaharui harapan.
PERBINCANGAN

Kajian ini tidak merangkumi objektif dan persoalan kajian yang spesifik. Namun demikian,
pengkaji telah mengemukakan konteks pendidikan dari empat aspek utama berdasarkan kerangka
pendidikan yang dipilih. Penulisan artikel ini juga tidak mempunyai sebarang kaedah temu bual
yang merangkumi perincian kajian kerana kajian ini hanya dikemukakan bertujuan sebagai kertas
kerja proposal.

Anda mungkin juga menyukai