Anda di halaman 1dari 1

Mohd Luqmanul hakim Bin MadSaili

Pelatih Pembantu Perubatan,


Ambilan Januari/2014,
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu,
Kota Kinabalu, Sabah.
Kepada,

Tarikh :

Penyelia Hospital Daerah Kota Belud,


Hospital Daerah Kota Belud,
Kota Belud, Sabah.

Melalui,
Ketua Program Pembantu Perubatan,
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu,
Kota Kinabalu

Tuan,
Memohon Kebenaran Mengumpul Data Kajian Di Unit Kecemasan Dan Trauma Hospital
Daerah Kota Belud.

Perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan dari pihak tuan.

02 Sebagai satu kehendak Kursus Diploma Pembantu Perubatan, Pelatih dikehendaki


menghasilkan satu Health System Research. Saya memilih untuk membuat kajian
bertajuk Tahap pengetahuan tentang penyakit demam denggi dalam kalangan masyarakat
setempat serta pesakit demam denggi dan bercadang untuk mengumpul data kajian di
Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Daerah Kota Belud, Kota Belud.

03 Tempoh pengumpulan data yang dirancang ialah dari November 2016 hingga
Oktober 2016. Data yang diambil adalah data demografik, tahap kefahaman dan
pencegahan tentang penyakit demam denggi. Seramai 30 responden disasarkan sebagai
sampel kajian. Alat kajian yang digunakan seperti di lampiran. Semua data yang
diperolehi ini akan digunakan untuk tujuan akedemik sahaja dan dijamin semua
maklumat perihal pesakit diurus secara confidential.

04. Kerjasama dan kebenaran daripada pihak Tuan saya sangat hargai, dan saya dahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Mohd Luqmanul Hakim Bin MadSaili


Pelatih Pembantu Perubatan
BPP2014-2258

Anda mungkin juga menyukai