Anda di halaman 1dari 8

1.

Pendahuluan

Sandakan merupakan ibu negeri Sabah selepas Syarikat Berpiagam Borneo


Utara menukar pusat

pentadbirannya dari Kudat ke Sandakan pada tahun

1883.1 Ibu negeri Sabah kemudiannya telah dipindahkan ke Jesselton pada


1946. Bandar Sandakan terletak di sebelah timur Sabah pada kedudukan
latitud 5.83333 dan longitud 118.11667 pada skala geografinya. Jumlah
penduduk dianggarkan seramai 312400 orang meliputi penduduk bandar dan
juga luar bandar. Dibandar Sandakan inilah terletaknya beberapa tempat
yang diwartakan sebagai tapak warisan tinggalan sejarah. Terdapat 14
tempat kesemuanya dan ianya terletak disekitar bandar Sandakan dan di
pinggir bandar Sandakan. Secara umumnya, masih ramai lagi yang tidak
mengetahui lokasi sebenar Tapak Warisan Sandakan dan begitu juga dengan
asal-usul tempat-tempat ini. Ada juga yang mengetahui lokasi Tapak Warisan
Sandakan tetapi tidak menyedari bahawa tempat-tempat ini merupakan
tapak bersejarah dan diwartakan sebagai Tapak warisan Sandakan ataupun
Sandakan Heritage Trail. Kajian yang bakal dijalankan akan cuba untuk
mendedahkan asal-usul sebenar tempat-tempat bersejarah di Sandakan yang
diwartakan sebagai Tapak Warisan Sandakan disamping mencapai matlamat
utama

kajian.

pengurusan

Matlamat

dan

utama

pembangunan

kajian
yang

adalah

untuk

mengenalpasti

dijalankan

bagi

tempat-tempat

bersejarah ini. Kajian yang akan dijalankan adalah untuk mengenalpasti


badan yang bertanggungjawab keatas tapak- tapak warisan ini beserta
dengan cara pengurusannya. Langkah-langkah pembangunan tapak warisan
ini seperti langkah menjadikannya lokasi pelancongan turut menjadi topik
kajian. Antara tempat-tempat yang akan dikaji adalah seperti Jamek Mosque,
William Pryer Monument, Stairs With Hundred Steps, World War II Chinese
Memorial, Japenese Cemetery, Agnes Keiths House, Rotary Observation
Pavilion, Ancient Graveyard, Old Stairs, Goddes Of Mercy Chinese Temple, St.
Michaels And All Angels Church, Sam Sing Kung Chinese Temple, Malaysia
Fountain dan yang akhir sekali ialah Sandakan Heritage Museum.

Sulong Mohamad, Persekitaran Sosio-Fizis Dan Pembangunan Di Residensi sandakan Sabah. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah, 1985.

1.2
Kajian

Permasalahan Kajian
yang

bakal

dilakukan

akan

mengkaji

tentang

langkah-langkah

pembangunan yang dijalankan terhadap Tapak Warisan Sandakan seperti


pemuliharaan dan juga langkah untuk memelihara Tapak Warisan sandakan.
Pengurusan bagi tapak-tapak warisan ini juga akan dilihat secara terperinci.
Antara persoalan yang timbul ialah:
a) Apakah langkah-langkah yang dilakukan bagi memastikan Tapak
Warisan sandakan sentiasa terpelihara?
b) Apakah langkah pemuliharaan yang dilakukan oleh pihak yang
bertanggngjawab

bagi

mengekalkan

kewujudan

Tapak

Warisan

Sandakan?
c) Apakah badan atau pihak yang bertanggungjawab dalam aspek
pengurusan Tapak Warisan sandakan?
d) Adakah

Tapak

Warisan

sandakan

menyumbang

kepada

industri

Pelancongan Sandakan?
1.3

Objektif Kajian

Kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui langkah-langkah pembangunan


Tapak Warisan sandakan seperti langkah pemeliharaan dan pemuliharaan.
Disamping itu, objektif lain kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti
badan-badan yang bertanggungjawab dalam aspek pengurusan bagi Tapak
Warisan sandakan disamping melihat peranan Tapak Warisan sandakan
dalam industri pelancongan di Sandakan.
a) Mengenalpasti langkah pembangunan yang dijalankan berkenaan
dengan Tapak Warisan Sandakan.
b) Mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan
aspek pengurusan bagi Tapak Warisan Sandakan.
c) Mengkaji peranan dan sumbangan Tapak Warisan Sandakan terhadap
sektor pelancongan Bahagian sandakan.

1.4

Tujuan Kajian

Kajian yang bakal dilakukan di bandar sandakan mempunyai tujuannya yang


tersendiri. Antaranya tujuan kajian adalah:
a) Menambah koleksi penulisan ilmiah yang telah sedia ada.
b) Memperbanyakkan hasil penulisan ilmiah mengenai Sandakan secara
amnya dan juga mengenai Tapak Warisan sandakan (sandakan
Heritage Trail).
c) Memberi sumbangan kepada Universiti Malaysia sabah melalui hasil
penulisan bercorak ilmiah.
1.5

Skop Kajian

Kajian ini akan dijalankan di Bandar sandakan serta kawasan pinggir bandar
sandakan dimana terletaknya lokasi tapak-tapak warisan yang bersejarah di
Sandakan.

Kajian

akan

menyentuh

tentang

aspek

pengurusan

dan

pembangunan yang telah dilakukan bagi mengekalkan kewujudan Tapak


Warisan sandakan disamping menjadikannya tempat yang menarik untuk
dikunjungi di Sandakan. Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji samaada
Tapak Warisan Sandakan menyumbang kepada sektor pelancongan bagi
Bahagian Sandakan. Skop kajian hanya menyentuh sekitar tahun 1963
hinggalah tahun 2008.
1.6

Kepentingan Kajian

Penulisan berbentuk ilmiah mengenai Tapak Warisan Sandakan belum pernah


dibuat lagi sebelum ini. Walaupun ada kajian yang menyentuh tentang Tapak
Warisan Sandakan, namun belum ada lagi yang menyentuh tentang aspek
pengurusan

Tapak

Warisan

dan

begitu

juga

dengan

langkah-langkah

pembangunan yang telah dilakukan dari tahun 1963 hingga tahun 2008.
Persoalan mengenai badan yang bertanggungjawab dalam mengurus tapaktapak warisan di sandakan belum pernah dilakukan sebelum ini. Selain itu,
kajian ini juga amat penting kerana pengkaji akan cuba mengenalpasti
samaada Tapak Warisan Sandakan memberikan sumbangan dalam aspek
pelancongan Sandakan yang mana belum ada penulisan ilmiah sebelum ini

yang cuba mengkaji hal yang sama. Maka dengan ini, adalah penting bagi
pengkaji untuk mengkaji dan menulis mengenai pengurusan, pembangunan
Tapak Warisan sandakan untuk kegunaan pengkaji-pengkaji akan datang.
Kajian ini sekurang-kurangnya dapat menjawab permasalahan yang cuba
ditimbulkan oleh pengkaji yang akan datang khususnya permasalahan
mengenai Tapak Waisan sandakan (Sandakan Heritage Trail).
1.7

Metodologi Kajian

Kaedah yang akan digunakan dalam menyiapkan penulisan pengurusan dan


pembangunan Tapak Warisan sandakan (sandakan Heritage Trail) antara
tahun 1963 hingga 2008 adalah menggunakan disiplin sejarah sebagai asas
penyelidikan. Oleh yang demikian, untuk menghasilkan penulisan ilmiah ini
sumber primer dan sekunder amat diperlukan.
a) Penulisan akan menggunakan sumber primer yang berbentuk fail,
laporan dari arkib, Muzium Negeri Sabah dan juga beberapa badanbadan kerajaan yang berkenaan.
b) Penulisan turut bergantung kepada sumber-sumber sekunder seperti
buku-buku, artikel, kertas kerja, laporan-laporan yang boleh dirujuk di
Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, Pusat Sumber Sekolah Sains
Sosial, Perpustakaan Yayasan Sabah, dan juga perpustakaan negeri
cawangan penampang.
c) Kaedah temubual juga penting dalam menyiapkan penulisan ini bagi
menjawab permasalahan yang telah ditimbulkan menerusi responden.
1.8

Sorotan Literatur

Penulisan mengenai Tapak Warisan Sandakan agak kurang. Sekiranya ada,


penulis

hanya

bertumpu

pada

satu-satu

lokasi

dan

bukannya

membincangkan mengenai kesemua Tapak warisan Sandakan. Kebanyakan


penulisan bertumpu pada sejarah Sandakan dan tidak membincangkan Tapak
Warisan Sandakan. Residensi Sandakan merupakan residensi yang terbesar
di negeri Sabah yang luasnya adalah 8929.6 batu persegi. Menurut Sulong
Mohamad dalam bukunya yang bertajuk Persekitaran Sosio-Fizis Dan
Pembangunan Di Residensi Sandakan Sabah, orang yang bertanggungjawab
membina bandar Sandakan ialah Pryer. Beliau telah ditugaskan oleh

Overbeck dan Dent untuk mentadbir teluk Sandakan setelah memperolehi


hak pajakan tanah daripada Sultan Brunei pada tahun 1877. 2 Buku ini juga
menjelaskan

tentang

kependudukan,

pembangunan

sosio-ekonomi,

pengangkutan, sejarah Bandar Sandakan, Ikatan Sandakan-Bukit Garam dan


perubahan alam sekitar serta implikasinya.
Ranjit Singh Malhi dalam penulisannya yang bertajuk The making Of
Sabah menyentuh tentang tentang latar belakang sejarah Sabah. Buku ini
turut menjelaskan pendudukan Syarikat berpiagam Borneo Utara di Sabah
serta menceritakan kekuasaan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu di
Sabah. Buku ini juga menjelaskan kronologi pembentukan politik di Sabah
yang bersangkut paut dengan persatuan-persatuan di Sabah ketika itu.
Keadaan sosio-ekonomi peribumi sabah turut dibincangkan. Sebagai contoh,
kegiatan ekonomi masyarakat Kadazan-Dusun di sebelah barat Borneo Utara
yang berteraskan penanaman padi.3 Kegiatan ekonomi banyak ditentukan
oleh keadaan bentuk muka bumi. Turut dii bincangkan dalam buku ini
bagaimana Alfred Dent mengukuhkan kedudukan Syarikat berpiagam borneo
Utara selaku pentadbir bagi Borneo Utara pada masa itu. Hasil penulisan
ranjit Singh ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam mengenalpasti corak
pentadbiran dan politik di Borneo Utara sekaligus menyentuh tentang
Sandakan sebagai ibu negeri atau puast pentadbiran British di Sabah
sebelum dipindahkan ke Jesselton.
Selain itu, Don Wall juga ada menghasilkan sebuah buku

berjudul

Sandakan The Last March.4 Dalam buku ini, Don Wall telah menceritakan
tentang keadaan Sandakan semasa pemerintahan jepun. Penulis cuba
menggambarkan bagaimana layanan yang diterima oleh orang tempatan dan
juga nasib askar-askar australia di Sandakan. Pada jun 1943, sebanyak 2000
orang Australia dan 750 orang British telah menjadi tawanan tentera Jepun
yang dipimpin oleh Hoshijima. Antara gambaran yang boleh menggambarkan
2

Sulong Mohamad, Persekitaran Sosio-Fizis Dan Pembangunan Di Residensi Sandakan Sabah, Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia- Yayasan Sabah, 1985.
3
Ranjit Singh D.S, The Making Of Sabah 1865-1941: The Dynamics Of Indigenous Society, Universiti
Malaya: Universiti Of Malaya Press,2000.
4
Wall.D, Sandakan-The Last March, Australia: Alken Press Pty. Ltd.- Smithfield,2000

kekejaman askar Jepun di bawah pimpinan Hoshijima keatas tawanan


Australia adalah pembunuhan dan penyeksaan tentera secara beramai-ramai
di Batu 7 sandakan. Lokasi yang dimaksudkan adalah Sandakan Memorial
Park

yang

kini

telah

dijadikan

kawasan

tinggalan

sejarah.

Buku

ini

membuktikan bahawa Sandakan pernah menjadi tempat pengumpulan


tawanan perang bagi tentera Jepun sebelum mereka dibunuh.
Buku seterusnya yang berkisar tentang Sandakan adalah buku yang
bertajuk To Sandakan-The Diaries Of charlie Johnstone. 5 Buku ini adalah hasil
penulisan Christopher Dawson. Menerusi buku ini, Christopher Dawson
menceritakan tentang kedudukan Sandakan yang strategik serta keadaannya
semasa pendudukan Jepun. Charlie Johnstone merupakan antara beribu
orang tawanan perang semasa zaman penjajahan Jepun di asia tenggara.
Dalam penulisan ini, Dawson menceritakan bagaimana seorang tawanan
perang berbangsa inggeris berasal dari Australia melarikan diri hingga ke
Sandakan. Namun begitu, keadaan di Sandakan lebih teruk daripada yang
dijangkakan.

Charlie

Johnston

dan

beberapa

rakan-rakannya

terpaksa

menjadi pelarian dan berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Hidup susah sebagai seorang pelarian terpaksa dihadapi seperti tidak
menjamah sebarang makanan walaupun hanya untuk menggalas perut
selama 3 hari. Kesusahan ini ditambah lagi dengan berjalan kaki sejauh 10
batu tanpa makanan.
Selain itu, Agnes Keith telah menulis sebuah buku yang bertajuk Land
Below The Wind.6 Dalam buku ini Agnes Keith telan menceritakan tentang
keadaan Borneo Utara semasa kedatangan beliau ke sandakan. Agnes Keith
meninggalkan California pada 27 september 1934 dan tiba di Sandakan pada
10 November, 44 hari kemudian atau lebih kurang 6 minggu. Dalam buku ini,
Agnes Keith menyatakan bahawa beliau menganggap Sandakan sebagai
rumah beliau. Beliau menyukai sandakan yang terletak di pantai timur
Borneo Utara dan ianya merupakan Ibu Negeri Borneo Utara ketika itu. Dalam
buku ini, agnes Keith menceritakan populasi masyarakat di sandakan yang
berbilang kaum. Terdiri daripada masyarakat tempatan, cina, bangsa eropah,
5
6

Dawson .C, To Sandakan- The Diaries Of Charlie Johnstone, Australia: Allen & Unwin Pty Ltd, 1995.
Keith. A, Land Below The Wind, Petaling Jaya Malaysia: Eastview Production Sdn.Bhd., 1981.

bangsa jepun, bangsa melayu, bangsa india dan ramai lagi. Buku ini juga
menceritakan tentang cara hidup masyarakat tempatan Borneo Utara
terutamanya sandakan, cara layanan orang tempatan terhadap beliau dan
turut dimuatkan dalam buku ini bagaimana rasa sayang terhadap Sandakan
telah timbul dalam diri Agnes Keith.

1.9

Struktur Bab Dalam Tesis

Dalam penulisan ilmiah, terdapat lima bab penting yang perlu diperjelaskan.
Setiap bab berkisar tentang topik yang berlainan. Bab satu merupakan
pengenalan bagi penulisan ilmiah tersebut. Bab dua berkisar tentang
latarbelakang bagi kajian yang dilakukan, sementara bab tiga dan bab empat
merupakan bab yang menjelaskan isi utama penulisan sekaligus menjawab
permasalahan yang dihadapi. Bab lima pula merupakan penutup bagi
penulisan ilmiah.
a) Bab

Pertama:

Pengenalan

kepada

kajian

yang

mengandungi

pengenalan kajian, permasalahan kajian, skop kajian, objektif kajian,


tujuan kajian, kepentingan kajian, dan juga sorotan literatur.
b) Bab

Kedua:

Membincangkan

sejarah

asal

usul

Tapak

Warisan

Sandakan (Sandakan Heritage Trail) yang mana terdapat 14 lokasi


kesemuanya.
c) Bab Ketiga: Membincangkan aspek pengurusan yang dilakukan oleh
badan yang bertanggungjawab terhadap Tapak Warisan sandakan.
Dalam bab ini juga akan dibincangkan mengenai aspek pembangunan
yang dilakukan seperti langkah pemuliharaan dan pemeliharaan Tapak
Warisan sandakan.
d) Bab Keempat: Melihat sumbangan Tapak Warisan sandakan terhadap
sektor pelancongan Sandakan.
e) Bab Kelima: Kesimpulan bagi dapatan kajian.

Rujukan
Buku
Dawson. C, 1995, To Sandakan The Diaries Of Charlie Johnstone, Australia:
Allen &
Unwin Pty Ltd.
Keith. A, 1981, Land Below The Wind, Petaling Jaya: Eastview Production Sdn.
Bhd.
Ranjit Singh D.S, 2000, The Making Of Sabah 1865-1941: The Dynamics Of
Indigenous
Society, Universiti Malaya: Universiti Of Malaya Press.
Sulong Mohamad, 1985, Persekitaran Sosio-Fizis Dan Pembangunan Di
Residensi
Sandakan Sabah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan
Sabah.
Wall. D, 2000, Sandakan-The Last March, Australia: Alken Press Pty. LtdSmithfield.

Anda mungkin juga menyukai