Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PRESTASI UJIAN (LPU)

1.
2.
3.
4.
5.
6.

PEPERIKSAAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


TAHUN
: 2014
MATA PELAJARAN
: SAINS KERTAS 2
KOD KERTAS
: 1511/2
NAMA PEMERIKSA
: ZULKIFLI BIN JAAFAR
KOD PEMERIKSA
:A2003

7. KOMEN UMUM TENTANG KERTAS SOALAN


a. Format
Format kertas soalan masih kekal seperti tahun 2013 iaitu
mengandungi Bahagian A, B dan C. Bahagian A masih kekal
menagndungi 4 soalan struktur (no. 1-4) yang menguji
Kemahiran Proses Sains. Bahagian B mengandungi 5 soalan
struktur (no. 5-9) yang menhuji Konstruk Pengetahuan dan
Pemahaman. Bahagian C mengandungi 3 soalan esei yang
menguji Konstruk Kefahaman, menyelesai masalh dan
mengkonsepsi serta pemikiran aras tinggi.
b. Cakupan soalan berdasarkan sukatan mata pelajaran
Cakupan soalan adalah menyeluruh dan meliputi kedua-dua
tingkatan 4 dan 5 dan soalan juga disusun mengikut susunan
seperti sukatan mengikut bahagian soalan.
c. Kerelevanan soalan berbanding apa yang dipelajari calon
Walaupun ada soalan yang berbentuk baru seperti Padankan ia
masih relevan dan calon tidak mempunyai masalah untuk
menjawab dan ia masih kekal dibawah sukatan matapelajaran
sains Tingkatan 4 dan 5
d. Aras Kesukaran
Aras kesukaran dibahagi dengan baik dimana setiap soalan
didalam bahagian A dan B dibahadgi secara baik dimana ini
dapat dilihat dimana setiap calon yang menjawab akan dapat
skor sekurang-kurangnya 2 markah bagi setiap soalan dalam
bahagian A dan bahagian B
e. Perbandingan dengan tahun SPM 2013
Berbanding dengan soalan tahun 2013, soalan 2014 mempunyai
bentuk soalan yang lebih member peluang untuk calon dalam
kumpulan sederhana dan lemah untuk mendapat skor iaitu
dengan adanya soalan yang berbentuk Padankan.

f. Kesilapan pada kertas soalan


Tiada kesilapan yang terdapat didalam soalan pada setiap
bahagian
8. KOMEN UMUM TENTANG PERATURAN PEMARKAHAN
Peraturan Pemarkahan adalah lebih ketat berbanding tahun 2013
terutama bagi soalan no.4 dimana calon perlu memberikan
hubungan antara dua pembolehubah dengan lebih jelas dan tepat.
Pada soalan no. 10 peraturan pemarkahan perlu di ketatkan lagi
kerana sebarang perubahan terhadap eksperimen yang dirancang
oleh pelajar didalam jawapan akan memberi kesan terhadap hasil
eksperimen, tetapi ia masih diterima didalam pemarkahan untuk
kaedah. Penulisan hipotesis juga patut diketatkan peraturan
pemarkahan kerana ia juga melambangkan kemahiran asas sains
seorang pelajar.
9. KESILAPAN/KELEMAHAN KERTAS SOALAN DAN CADANGAN
Rajah yang memerlukan pelajar untuk membuat bacaan pada alat
radas sepatutnya di besarkan lagi saiznya. Contoh soalan no.4
dimana pelajar dikehendaki membuat bacaan bagi pembaris. Bagi
calon yang mempunyai masalah penglihatan atau keadaaan dewan
peperiksaan yang kurang pencahayaan mungkin akan memberi
masalah kepada calon untuk membuat bacaan yang tepat.
10.
KESUKARAN UJIAN BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA
Tahun ini soalan berasas rendah yang berbentuk padankan banyak
membantu calon dalam kumpulan sederhana dan lemah untuk
memperolehi markah sekurang-kurangnya 1 berbanding dengan
tahun lepas yang 100% soalan mengkehendaki calon menulis
jawapan dikertas soalan bagi soalan struktur bahagian A dan B.

LAPORAN PRESTASI CALON (LPC)


1.
2.
3.
4.
5.
6.

PEPERIKSAAN
: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN
: 2014
MATA PELAJARAN : SAINS KERTAS 2
KOD KERTAS
: 1511/2
NAMA PEMERIKSA
: ZULKIFLI BIN JAAFAR
KOD PEMERIKSA
:A2003

7. PRESTASI KESELURUHAN
Secara keseluruhan tahap pencapaian bagi 2 pusat yang
berbeza iaitu TA003 dan SB001 adalah jauh berbeza. Bagi TA003
kebanyakan calon dapat menjawab dengan baik bagi soalan
yang menguji konstruk pengetahuan pemahaman yang
memerlukan calon menterjemah dan mentafsir stimulus seperti
gambarajah, graf, jadual dan carta. Bagi SB 001 tahap
pencapain calon adalah pada tahap memuaskan sahaja.
8. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON
Calon dalam kumpulan tinggi
Calon dapat memberikan jawapan eperti di dalam peraturan
pemarkahan. Jawapan calon adalah jelas dan susunan ayat yang
baik dan teratur serta mudah untuk ditafsir dan difahami
terutama bagi soalan yang menguji kefahaman dan soalan
konstruk aplikasi sains isitu menyelesai masalah dan membuat
huraian bagi setiap fakta yang di nyatakan.
Calon dalam kumpulan sederhana
Jawapan dari calon ini adalah memuaskan. Calon boleh
memberikan jwapan yang baik terutama pada bahagian B yang
menguji konstruk pengetahuan dan pemahaman. Walau
bagaimana pun calon hanya menjawab secara sederhana bagi
soalan bagian A dan C. Calon kurang menguasai kemahiran
proses sains.
Calon dalam kumpulan Lemah
Mutu jawapan adalah sangat lemah dimana calon menjawab
tidak mengikut kehendak soalan dan ramai yang tidak menjawab
dan fakta yang diberikan juga adalah salah. Calon tidak
memahami kehendak soalan, tidak cukup pengetahuan dan
tidak menguasai kemahiran asas sains.
9. PRESTASI TERPERINCI

Soalan A1
Kebanyakan
calon
dapat
memberikan
hipotesis
dan
menyenaraikan pembolehubah dengan betul dan tepat
berdasarkan Jadual 1 yang diberikan dalam soalan. Tetapi masih
ramai calon termasuk calon dalam kumpulan tinggi yang dapat
menjawab soalan 1A(d) dengan baik.
Soalan A2
Kebayakan calon mendapat skor teringgi bagi soalan ini bagi
semua kategori calon kerana aras soalan yang rendah dan
bentuk soalan 2.(c) dan (d). Pelajar dalam kumpulan sederhana
dan lemah masih bermasaalah untuk menjawab soalan 2(b)
dimana kebanyakan calon tidak emnjawab mengikut kehendak
peraturan pemarkahan.
Soalan A3
Calon dalam kupulan tinggi boleh menjawab dengan baik dan
melukis graf dengan baik. Walau bagaimana pun masih ramai
calon dalam semua kategori yang melukis graf pada soalan 3(b)
dengan menggunakan pembaris. Bagi calon yang lemah soalan
3(c) gagal dijawab dengan sempurna.
Soalan A4
Kebanyakkan pelajar memberikan pemerhatian yang tidak tepat
bagi soalan 4(a) kerana tidak membaca soalan yang hanya
mahukan calon membuat pemerhatian pada bahagian akar
sahaja.
4(e) kepada pelajar kumpulan tinggi hanya sebahagian sahaja
dapat memberikan jawapan yang tepat dan bagi calon dalam
kumpulan sederhana dan lemah soalan 4(e) kebayakan calon
gagal menjawab langsung.
Soalan B5
Kekuatan calon adalah pada melabel diagram 5.2 dan diagram
5.3
Kebayakan calon dalam kumpulan tinggi dan sederhana dapat
menjawab dengan baik.
Soalan B6
Soalan yang menguji pengetahuan pelajar. Kekuatan calon
adalah pada soalan 6a(i) , 6a(ii) sahaja. Kebayakan calon dalam
kumpulan sederhana dan rendag gagal menjawab dengan baik
bagi semua soalan .

Soalan B7
Soalan yang menguji pengethetahuan dan fakta serta
menganalisi data dalam jadual yang diberikan. Calon yang tidak
menguasai fakta tidak akan dapat menjawan dengan baik
terutama 7a(i),(ii) dan 7(c).
Soalan B8
Kebayakan calon mempunyai kekuatan untuk menginterpretasi
data dengan baik dan dan dapat memberikan contoh dengan
tepat bagi soalan 8(c)
Soalan B9
kekuatan calon adalah pada 9(c) calon dalam semua kategori
dapat memjawab dan memperolehi skor penuh.
Soalan 10
Calon dalam kumpulan sederhana gaal menjawab dengan
sempurna terutama pada bahagian kaedah dan bagi calon
kumpulan lemah kebanyak calon langsung tidak menjawab.
Soalan 11 dan 12
Kebanyakan calon tidak menjawab mengikut format yang
sepatutnya
10. KEKUATAN CALON
Mempunyai pengetahuan fakta yang baik dan kemahiran asas
sains yang kukuh.
11. KELEMAHAN CALON
Tidak menguasai kemahiran asas sains dan lemah dalam
mengingat fakta serta menjawab tidak menepati soalan dan
tidak mengikut format soalan
12. KESILAPAN CALON
Menjawab soalan tidak menepati kehendak soalan
13. SARANAN KEPADA CALON
1. Menguasai konsep asas dan fakta yang terkandung dalam
suktan pelajaran sains tingkatan 4 dan 5
2. Menguasai kemahiran proses sains seperti kemahiran
membuat hipotesis, inferen mengenalpasti pemboleh ubah
mendifinisi secara operasi dan lain-lain
3. Melibatkan diri secara aktif semasa menjalankan amali
disekolah
4. Menggunakan istilah sains dengan betul dan tepat
5. Menguasai teknik menjawab soalan yang betul

6. Meningkatkan kemahiran melukis rajah bagi setiap


eksperimen yang dilakukan.
7. Mengenal setiap radas yang digunakan semasa menjalankan
amali sains.
14. SARANAN KEPADA GURU
1. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran
2. Semasa ,enjalankan eksperimen guru mesti mempastikan
calon melaksanakan semua langkah penyiasatan saintifik
supaya calon dapat menguasai kemahiran proses sains,
kemahiran manipulative dan mengamalkan nilai murni.
3. Guru perlu memberikan kemahiran dalam melukis terutama
rajah, graf dan menulis ejaan istilah yang betul dan tepat
4. Guru perlu mendedakhan format soalan peperiksaan sebenar
yang terkini dan teknik menjawab soalan yang betul
5. Guru perlu menggunakan bahan rujukan tambahan bagi
meningkatkan pengetahuan pelajar terutama mengenai isuisu terkini yang berkaitan dengan topic yang dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai