Anda di halaman 1dari 3

SEK. MEN.

AGAMA NAHDZAH (SABK)


BATU 12, BUKIT BESAR, 06800 YAN,
KEDAH DARUL AMAN

LAPORAN
PROGRAM SEMINAR SKOR A 2009
(PMR, SPM, SMRA, STAM)

Tarikh:
10, 11, 24 & 25 Julai 2009
(JUMAAT & SABTU)

Tempat:
SEK. MEN. AGAMA NAHDZAH
LAPORAN PROGRAM SEMINAR SKOR A 2009
(PMR, SPM, SMRA, STAM)

Program Seminar Skor A telah diadakan pada hari jumaat dan sabtu selama dua sesi

iaitu sesi pertama; 10 & 11 Julai 2009 untuk pelajar PMR dan SPM dan sesi kedua; 24 & 25

Julai 2009 untuk pelajar SMRA dan STAM. Jumlah keseluruhan pelajar yang terlibat adalah

seramai 343 orang.

Program dua hari bagi setiap sesi yang telah dianjurkan oleh Lajnah Peperiksaan SMA

Nahdzah ini telah berjaya dilaksanakan dan berjaya mencapai objektif bagi memastikan para

pelajar lebih bersedia dalam membuat persiapan menghadapi peperiksaan awam PMR, SPM,

SMRA dan STAM. Program ini juga dilihat mampu menambahkan lagi pengetahuan para

pelajar tentang teknik-teknik untuk menjawab soalan dengan lebih baik dan berkesan.

Kehadiran dan kerjasama penceramah-penceramah dan guru-guru yang terlibat juga turut

membantu dalam memastikan program Seminar Skor A ini berjalan dengan lancar.

Namun demikian, peratus kehadiran para pelajar masih kurang memuaskan terutama

pelajar-pelajar tingkatan empat yang bakal menduduki peperiksaan SMRA. Secara

keseluruhan, para pelajar didapati memberi kerjasama walaupun terdapat beberapa pelajar

yang kurang memberikan tumpuan semasa program berlangsung. Perkara sedemikian boleh

dibendung dengan mempersiapkan diri pelajar dari segi mental dan fizikal melalui program-

program kesedaran dan motivasi sebelum mereka menghadiri ceramah berkaitan teknik

menjawab soalan pada masa akan datang. Dalam pada itu, terdapat juga pelajar yang kurang

fokus dan mengantuk semasa program berlangsung. Pada masa akan datang, penyediaan gula-

gula dilihat sebagai satu inisiatif yang boleh membantu para pelajar untuk lebih fokus dan tidak

mudah mengantuk sepanjang program berjalan.


Diharap program Seminar Skor A pada tahun ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan

datang dan mengambil kira aspek-aspek yang perlu diperkemaskan lagi supaya visi untuk

memastikan pelajar Nahdzah cemerlang dari segi akademik dan sahsiah tercapai dengan

jayanya.

"PELAJAR CEMERLANG NAHDZAH GEMILANG"

Disediakan oleh:

………………………………………..
(MARSHIDAH BT. MAT JOHOR)
Setiausaha,
Program Seminar Skor A 2009
SMA Nahdzah

Anda mungkin juga menyukai