Anda di halaman 1dari 2

SJK(C)HWA NAN, SELEKOH.

POST MORTEM UJIAN AKAR 1 MATA PELAJARAN UPSR


1. 2. 3. 4. 5. Nama mata pelajaran: Sains Nama guru yang mengajar: Ng Sim Ee Bilangan murid yang mengambil mata pelajaran tahun 2013: 4 orang Bilangan murid yang mengambil ujian diagnostik AKAR: 1 orang Laporan data: i. Peratus lulus : 100% ii. Gred yang dicapai : B iii. GPMP : 2.0 iv. Julat markah dan tele-score: 65 - 75 (TOV: 82%, Ujian Diagnostik: 72%, Ujian Akar 1: 70%) Beri ulasan dan analisis: Dalam ujian diagnostik ini, murid tersebut mendapat gred B dengan prestasi 70%. Kertas soalan beraras sederhana dan mempunyai soalan yang dapat mecetuskan pemikiran murid. Murid perlu banyak berfikir untuk mendapatkan jawapan. Kekuatan atau sebab-sebab meningkat Murid tersebut dapat memahami dan menguasai teknik menjawab soalan Bahagian B. Murid dapat menjawab kebanyakan soalan bahagian B mengikut teknik menjawab soalan. Minat murid tersebut terhadap mata pelajaran Sains juga menyebabkan murid ini berusaha untuk menjawab soalan mengikut teknik. Kelemahan atau sebab-sebab menurun Untuk ujian kali ini, murid tersebut memperoleh 21 soalan betul daripada 30 soalan dalam bahagian A sahaja. Ini adalah kerana murid banyak melakukan kesilapan dalam menjawab soalan terutamanya soalan-soalan dalam sukatan pelajaran Tahun 4 kerana tidak pasti jawapan. Murid telah lupa teori yang telah dipelajari semasa Tahun 4 dan Tahun 5. Ulangkaji yang kurang mencukupi menyebabkan murid ini tidak dapat memberi jawapan dengan tepat. Dari segi bahagian B pula, murid memperoleh 15 markah daripada 20 markah. Murid silap membaca soalan menyebabkan jawapan yang diberikan tidak memenuhi kehendak soalan. Murid tersebut juga masih lemah dalam menjawab soalan pemerhatian dan inference. Ancaman iaitu masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan cepat Ulang kaji tentang sukatan Tahun 4 hingga Tahun 6 memerlukan masa.

6.

7.

8.

9.

SJK(C)HWA NAN, SELEKOH.


10. Peluang iaitu jika diberi perhatian perkara tersebut akan boleh menaikkan peratus/gred Mengulang kaji sukatan Tahun 4 dan Tahun 5 dapat membantu murid mengingat kembali teori yang dipelajari dan lebih berfokus dalam teknik menjawab soalan pemerhatian dan inference. Cadangan iaitu cara meningkatkan prestasi 2013 dari segi target dan aktiviti. Murid tersebut dijangka dapat menunjukkan peningkatan dari gred B ke gred A sekiranya dia mengikuti bimbingan yang dirancang dan mempunyai sikap maju diri. Latihan yang berfokus kepada teknik menjawab soalan pemerhatian dan inference akan diagihkan kepadanya. Ulang kaji sukatan Tahun 4 dan Tahun 5 perlu dijalankan untuk membantu murid ini mengimbas balik teori yang telah dipelajari. Banyak latihan berformat UPSR yang merangkumi sukatan Tahun 4 hingga Tahun 6 akan diberikan kepada murid supaya murid dapat menguasai sukatan dan teknik menjawab soalan.

11.

Anda mungkin juga menyukai