Anda di halaman 1dari 11

KAJIAN TINDAKAN KEBERKESANAN TEKNIK ULANGKAJI KERTAS

PEPERIKSAAN DALAM PEMULIHAN PEMBELAJARAN ( CATCH-UP PLAN )


PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

YUNUS BIN RAJULI

SM SAINS BATU PAHAT

ABSTRAK

Pendidikan islam adalah satu pembelajaran yang sangat penting dan dititik beratkan kepada
semua para pelajar yang beragama islam, pembelajaran pendidikan islam ilmunya akan
digunakan oleh para pelajar untuk seluruh kehidupannya. Pandemik Covid-19 telah merubah
dan merencatkan perancangan pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam bagi para
pelajar SM Sains Batu Pahat. Ramai diantara para pelajar setelah dinilai oleh para ustaz dan
ustazah tidak mencapai tahap yang memuaskan dalam ilmu Pendidikan Islam lebih-lebih lagi
bagi sukatan pengajaran Pendidikan Islam bagi tingkatan 3. Kita semua bersyukur dengan
keperihatinan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menyarankan Program Pemulihan ( Catch-Up Plan ) bagi semua matapelajaran. Saya sebagai
tenaga pengajar bagi matapelajaran Pendidikan Islam tingkatan 3 telah menyahut seruan
dengan memilih kaedah ulangkaji berdasarkan soalan peperiksaan untuk memperkasa dan
memudahkan lagi teknik pengajaran yang diterapkan.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN

SM Sains Batu Pahat adalah sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah berasrama
penuh. Para pelajar adalah diwajibkan untuk mendiami asrama sepanjang pengajianya di
sekolah ini. Pandemik Covid-19 telah merubah pembelajarna para pelajar kita dengan terpaksa
belajar dari rumah secara jauh melalui pengunaan media pembelajaran yang ditawarkan pada
masa kini. Google Meet menjadi pilihan saya untuk menjalankan pengajaran dan
pemudahcaraan bersama para pelajar tingkatan 3 iaitu kelas tingkatan 3 Usaha dan 3 Bijaksana.

YUNUS RAJULI
2.0 FOKUS KAJIAN

Hasil daripada pra kajian yang dilakukan kepada para pelajar tingkatan 3 Usaha dan 3
Bijaksana, mendapati para pelajar telah mempelajari ilmu Pendidikan islam bagi sukatan
pembelajaran tingkatan 3 akan tetapi tidak mempunyai kefahaman yang mendalam bagi
memenuhi penilaian bilik darjah (PBD) untuk mendapat Band 6. Para pelajar juga tidak
mempunyai kaedah dan teknik yang betul dalam menjawab soalan peperiksaan tingkatan 3.
Kemampuan para pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan dengan betul juga adalah salah
satu pembelajaran penting untuk mencapai kejayaan.

Kebanyakan para pelajar banyak memberi reaksi kebimbangan kepada kemampuan mereka
untuk memahami pembelajaran Pendidikan Islam dan juga kemahiran mereka menjawab
soalan Pendidikan Islam. Dengan memperkenalkan teknik ulangkaji pembelajaran
menggunakan kertas peperiksaan mempu mengulangkaji pembelajaran dan mengajar para
pelajar teknik yang betul menjawab soalan peperiksaan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Meningkatkan kefahaman dan kemahiran para pelajar tingkatan 3 Usaha dan 3 Bijaksana
terhadap matapelajaran Pendidikan Islam agar mampu mencapai Band 6 juga mampu
menjawab soalan peperiksaan Pendidikan Islam dengan baik.

3.1 OBJEKTIF KHUSUS


I. Para pelajar memahami pembelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 3 dengan
baik
II. Para pelajar dapat memperbaiki penilaian berasaskan bilik darjah (PBD)
III. Para pelajar boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan betul
IV. Para pelajar mampu menjawab soalan peperiksaan mengunakan teknik yang
betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Seramai 23 para pelajar tingkatan 3 Usaha dan 27 para pelajar 3 Bijaksana, Pencapaian
mereka akan dibandingkan penilaian dalam talian yang dilakukan berdasarkan
pembelajaran Pendidikan islam tingkatan 3.

YUNUS RAJULI
5.0 PROSEDUR KAJIAN

Tinjauan awal :

Kesukaran para pelajar untuk memahami pembelajaran Pendidikan Islam merupakan suatu
permasalahan dalam pendiidkan disebabkan pandemic Covid-19, prestasi para pelajar telah
menurun kerana kurangnya pembelajaran yang sesuai untuk pelajar memahami pembelajaran
dengan baik. Prestasi para pelajar dapat dilihat pada peperiksaan diagnostic yang menunjukan
kekurangan dan ketidakcapaian pelaksanaan pembelajaran PDPR yang mana menyebabkan
para pelajar sukar untuk menterjemahkan diatas kertas peperiksaan. Penerapan Teknik
ulangkaji menggunakan kertas peperiksaan adalah jalan yang terbaik untuk memberi tujuk ajar
kepada para pelajar cara ilmu Pendidikan islam diterjemahkan dalam kertas peperiksaan serta
para pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan teknik yang betul.

Aktiviti yang dijalankan :

1. Ulangkaji soalan peperiksaan


Guru telah menyediakan soalan peperiksaan yang dipilih untuk dibincangkan bersama
para pelajar, Soalan peperiksaan tersebut boleh dimuat turun daripada aplikasi
“Telegram” kelas Pendidikan Islam tingkatan 3.
2. Ulangkaji dengan skema soalan peperiksaan
Guru mengajar kepada para pelajar akan pembelajaran Pendidikan Islam, Pengunaan
skema soalan membantu para pelajar untuk mempelajari Teknik dan cara jawapan bagi
bentuk soalan berlainan.
3. Contoh jawapan bagi soalan KBAT ( Kemahiran berfikir aras tinggi )
Para pelajar akan mengulangkaji soalan peperiksaan termasuklah Soalan KBAT
peperiksaan Pendidikan islam. Guru akan menunjukan contoh kepada para pelajar
untuk menjawab soalan peperiksan dengan betul mengikut teknik dan cara mudah
menjawab yang betul.

6.0 PEMERHATIAN

Hasil daripada kajian saya, menerusi aktiviti ini didapat bahawa para pelajar menunjukan
kemajuan dalam memahami pembelajaran dan dapat diterjemahkan dalam cara mereka
menjawab soalan peperiksaan.

YUNUS RAJULI
Para pelajar dapat menjawab segala ujian yang diberikan dengan baik dan berkesan. Mereka
dapat menjawab segala soalan dengan betul tanpa memerlukan bantuan daripada guru. Sekma
dalam ulangkaji membantu merek untuk mengetahui akan cara menjawab yang betul. Para
pelajar lebih mudah memberi idea untuk menjawab soalan diketegorikan sebagai KBAT yang
mana pada awal pembelajaran tampak sukar bagi mereka menjawab soalan yang beraras tinggi.
Walaubagaimanapun, masih juga ada dikalangan para pelajar belum mencapai tahap yang
dikehendaki terutamanya dalam soalan berkaitan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
kerana soalan berkaitan KBAT ini memerlukan latihan yang lebih banyak agar para pelajar
memahami akan kehendak soalan tersebut.

7.0 PENILAIAN

Ujian menjawab soalan peperiksaan menunujukan kemajuan para pelajar dalam memahami
pembelajaran Pendidikan islam. Para pelajar dapat menjawab semua soalan dengan betul
bersadarkan silibus pembelajaran yang dipelajari. Penambahbaikan yang diperkenalkan
mampu memberi nilai tambah dalam Teknik pembelajaran kepada para guru untuk digunakan
dalam kaedah pengulangan ( Catch-Up Plan) .

Kajian menunjukan bahawa 7 daripada 10 pelajar bersetuju bahawa ulangkaji dengan


menggunakan soalan peperiksan ini memudahkan mereka memhami pembelajaran pendidikan
islam tingkatan 3.

YUNUS RAJULI
PEMAHAMAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM TINGKATAN 3

30%

70%

YA TIDAK

Para pelajar telah memberikan pendapat mereka pada pautan yang disediakan, pelajar boleh
memberikan refleksi kepada guru untuk penambahbaikan. Para pelajar banyak memberikan
refleksi yang membina dan mengharapkan pembelajaran lebih baik akan diperkenalkan lagi.

8.0 REFLEKSI KAJIAN

❖ Pencapaian Pelajar
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai daripada lembaran kerja dan
refleksi yang diberikan daripada para pelajar, Peningkatan pemahaman ini dapat
diterjemahkan dalam ujian yang dijalankan secara kendiri yang dihantar oleh para pelajar.

❖ Pembelajaran
Para pelajar dapat merasakan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik kerana mereka
didedahkan akan kertas peperiksaan, skema dan cara menjawab yang betul. Para pelajar
akan lebih memahami struktur soalan dengan lebih baik dan akan memudahkan meraka
menjawab soalan pada masa akan datang.

❖ Pengalaman Pembelajaran
Pengunaan alat bantu mengajar secara online ini banyak membantu guru untuk para pelajar
memahami pembelajaran dengan lebih baik, para pelajar dapat belajar dengan
menggunakan “GoogleMeet” dan dapat mengulanginya dengan melayari pautan di

YUNUS RAJULI
“Youtube”. Para pelajar juga boleh gunakan GoogleClassroon untuk melihat segala ujian
yang dilakukan juga dengan pengunaan “Quizziz” yang menarik agar para pelajar tidak
bosan dalam menjalankan pengajaran dan pemudahcaraan secara dalam talian.

9.0 CADANGAN

Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah sebahagian dari masalah sering dihadapi oleh
saya dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PDPR online) secara dalam talian yang
mana pencapaian para pelajar pada tahap kurang memuaskan.

Pada kajian yang seterusnya saya bercadang untuk memfokuskan kepada cara-cara untuk
membantu para pelajar yang tidak dapat menguasai pembelajaran pendidikan islam dengan
lebih baik. Melalui pemerhatian, masih ramai daripada kalangan para pelajar belum
mempunyai kemahiran yang baik dalam penguasaan teknik hafazan Al-Quran dan tajuk
bahagian Sirah. Dengan kaian ini, saya berharap dapat membantu menyelesaikan masalah
tersebut dan dapat membantu murid mengusai pendididikan islam dengan lebih baik.

10.0 LAMPIRAN

Telegram bersama pelajar

Kehadiran para pelajar

YUNUS RAJULI
PDPR bersama pelajar

YUNUS RAJULI
Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan ( PDPR ) dalam talian

Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT )

YUNUS RAJULI
Rujukan buku semasa PDPR

Contoh hasil ujian pelajar

YUNUS RAJULI
Refleksi para pelajar

YUNUS RAJULI
Perkongsian dan cadangan para pelajar

YUNUS RAJULI

Anda mungkin juga menyukai