Anda di halaman 1dari 2

CIRI-CIRI SLIDE YANG BAIK.

Slide merupakan perkara penting dalam setiap pembentangan secara digital. Slide yang baik
mempunyai beberapa ciri yang mampu memberi kesan kepada pembaca atau penonton. Antaranya
ialah :
1. Satu slide satu pesan.
Slide yang baik mempunyai ruang yang mencukupi untuk meletakkan beberapa ayat yang
ringkas dan mudah difahami. Sebaiknya slide yang dibina untuk satu pesan atau satu kalimat.
Sebagai contoh penerangan tentang ziarah madinah. Kita mengambil beberapa ayat penting
untuk diletakkan khas pada slide tersebut. Contoh berkenaan raudhah. Gunakan ayat Ruang
antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan
mimbarku terletak di atas kolamku
2. Sederhana
Slide yang baik adalah yang bersifat sederhana samada dari aspek warna atau ilusi/gambar.
Perlu diberi perhatian bahawa slide yang sederhana membolehkan pembaca mudah untuk
memahami dan melihatnya. Sekiranya slide yang ditunjukkan dan dibina terlalu meletakkan
ilusi yang banyak, maka ianya menyebabkan pembaca akan terkeliru atau bosan dengan slide
tersebut.
3. Penekanan pada visual.
Penekanan terhadap gambar atau visual merupakan aspek yang paling penting dalam sebuah
slide yang dibina dan dihasilkan. Perlu diberi perhatian dalam aspek visual yang digunakan
yang mana visual tersebut mestilah visual yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan.
Selain itu ia perlu lah menarik perhatian pembaca agar mudah difahami serta menarik minat
pembaca untuk melihatnya.
4. Guna teks yang ringkas.
Kebiasaannya teks yang panjang sukar untuk difahami malah mengambil masa pembaca
membacanya dengan lama.
Kemungkinan point yang dinyatakan tidak sempat dibaca
dan difahami. Maka perlulah slide yang dibina menggunakan teks yang ringkas, jelas dan
mudah difahami oleh para pembaca.
5. Hindari bullet point.
Pembina slide perlu mengetahui bahawasanya penggunaan bullet point adalah sesuatu yang
membosankan pembaca. Sekiranya pembina slide menggunakannya, ia akan menjadi sesuatu
yang biasa dan kurang menarik. Jadi pembina perlulah menukar kaedah bullet point kearah
kaedah yang bersesuian yang lebih kreatif dan inovatif seperti penggunaan gambar, ilusi atau
video. Ia akan memudahkan pembaca untuk memahami penyampaian sesuatu perkara.
6. Susunan yang baik
Ini merupakan aspek yang paling penting bagi setiap pembina slide. Alangkah buruknya
sekiranya slide yang dibina tidak disusun dengan baik malahan tidak teratur. Sebagai contoh,
slide yang dimulakan dengan isi, penutup kemudian pendahuluan. Seharusnya slide yang
dibina perlu mengikut langkah yang betul dan baik iaitu pendahuluan, isi, dan penutup.

KELEMAHAN SLIDE YANG DIAMBIL DARIPADA INTERNET.


1) Bahasa kurang difahami
Dalam slide yang diambil, kami mendapati bahawa slide yang digunakan menggunakan
bahasa yang kurang difahami. Ia menggunakan beberapa bahasa yang sukar difahami oleh
pembaca jika membacanya. Seharusnya bahasa yang digunakan perlulah mudah difahami
dan jelas selain ringkas serta padat pada isinya. Sebagai contoh ia menggunakan bahasa
Inggeris dalam penerangan slide tersebut. Malangnya pada perkataan Madinah
Munawarah ia menulis sebagai Madinah Munavarra.
2) Gambar yang tidak jelas.
Pembina slide sudah mengaplikasikan kaedah ilusi sebagai aspek untuk menarik
pembaca. Malangnya gambar yang digunakan terlalu kabur dan kurang menarik. Perlu
diketahui sekiranya gambar yang digunakan tidak menarik ianya akan memberi kesan
kepada pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan. Gambar perlulah jelas
dan terang agar dapat memberi kecaerahan dan menarik minat pembaca menggunakan
slide tersebut.
3) Tulisan yang terlalu besar
Pembina slide menggunakan tulisan yang agak besar sehingga menyebabkan gambar
terlindung disebalik tulisan tersebut. Ini akan memberi kesn buruk kepada pembaca selain
merumitkan pembaca untuk membaca dengan baik. Umum mengetahui slide yang baik
bukanlah terletak pada tulisan yang besar tetapi ia terletak pada teks yang disampaikan
seperti bagaiman pembina menulis sesuatu point agar ia mudah difahami dan disenangi
pembaca.
4) Penggunaan gambar tanpa penerangan
Pembina telah meletakkan gambar atau ilusi pada slide yang telah dibina. Malangnya
penerangan terhadap gambar tersebut tidak ada. Ianya merupakan kesalahan yang besar
dalam penerangan yang berkaitan dengan ziarah. Aspek ziarah atau pelancongan
memerlukan kepada penerangan terhadap setiap gambar yang dipaparkan. Ia dapat
membantu pembaca untuk menilai pelancongan yang dirancang selain memberi pilihan
untuk menggunakan agensi-agensi yang berkaitan. Insha Allah.
5) Penggunaan warna yang tidak sekata dan kurang menarik
Warna memainkan peranan yang penting dalam sebuah slide yang dibina. Malangnya
slide yang dibina terlalu mengetengahkan warna yang agak terang dan juga tidak sekata.
Warna yang digunakan juga adalah kurang menarik perhatian pembaca untuk membaca.
Warna yang agak suram dan terlalu terang menyebabkan pembaca merasa bosan sehingga
menampakkan slide yang dibina kurang bersungguh-sungguh. Seharusnya slide dan
warna perlu sekata dan selari dengan penceritaan yang dibawa. Sekiranya ziarah ke
perkuburan Baqi contohnya ianya perlu menggunakan warna yang agak suram dan
menjauhi warna yang agak terang.
6) Tiada animasi dari satu slide ke slide yang lain.
Pembina slide tidak bersungguh-sungguh membina slide tersebut kerana untuk ke slide
seterusnya ia tidak meletakkan sebarang animasi bergerak untuk menukar dari satu slide
ke slide seterusnya. Agak mendukacitakan apabila pertukaran dari satu slide ke slide yang
lain berlalu dengan suram dan lesu. Alangkah baiknya diletakkan animasi supaya ia
menarik minat pembaca untuk membacanya tanpa ada perasaan bosan.

Anda mungkin juga menyukai