Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL

TARIKH : 8 JULAI 2013 (ISNIN) MASA : 1.30 4.00 PETANG

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN TINAMBAK, TUARAN

Anjuran Guru Pelatih PISMP Ambilan Januari 2010, IPG Kampus Kent dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Tinambak, Tuaran Sabah

1.0

PENDAHULUAN Permainan tradisional ialah permainan yang diwarisi sejak zaman nenek

moyang kita. Namun setelah arus pemodenan mengubah zaman, permainan tradisional semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda kini. Mereka lebih berminat dengan permainan-permainan moden dan menganggap permainan tradisional sebagai ketinggalan zaman. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang kita. Antara permainan tradisional yang terkenal ialah sepak raga, ketinting, galah panjang, kabadi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, permainan-permainan ini semakin dilupakan oleh generasi muda terutamanya yang tinggal di bandar. Dalam usaha memartabatkan semula permainan tradisional yang menjadi warisan nenek moyang, kami menjadikan murid-murid tahap dua sebagai sasaran dalam menjayakan program ini. Sebagai bakal pendidik, wajar untuk kami mengetahui dan berusaha untuk mengekalkan warisan ini supaya tidak reput ditelan zaman dengan memperkenalkan kepada anak didik sekolah ini. Maka, pertandingan ini dijadikan batu loncatan kepada bakal pendidik dan juga murid-murid untuk mengenali dengan lebih mendalam permainan-permainan tradisional di negara kita. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertanggungjawab dan melahirkan generasi yang aktif.

2.0

RASIONAL Murid sekolah rendah merupakan aset negara yang akan membimbing

masyarakat di masa hadapan. Kesinambungan profesionalisme keguruan adalah merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru pelatih untuk memastikan ianya terus berkembang sejajar dengan aspirasi negara. Dalam aktiviti ko-kurikulum aspek organisasi dan pentadbiran sukan adalah satu perkara yang amat dititikberatkan untuk memastikan sesuatu sukan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Melalui pertandingan ini, para siswa guru diharap dapat menimba pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus, mengendali dan mentadbir sesuatu kejohanan dengan cemerlang.

3.0

MATLAMAT Melahirkan murid yang mampu menghayati dan menghargai warisan masyarakat di samping dapat merancang dan menguruskan sesuatu program sukan dan permainan sebagai pengalaman awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebagai guru kelak.

4.0

OBJEKTIF Objektif pertandingan sukan tradisional ini adalah : 4.1 Memperkenalkan pelbagai jenis permainan tradisional di Malaysia dan cara permainannya 4.2 Memupuk integrasi nasional antara pelbagai kaum dalam kalangan murid sekolah rendah 4.3 4.4 Melahirkan murid sekolah rendah yang aktif dalam pelbagai jenis sukan Memberi pengalaman kepada guru pelatih dalam mengendalikan sesuatu kejohanan atau pertandingan sukan

5.0

TARIKH, MASA DAN TEMPAT Tarikh Masa Tempat : 8 Julai 2013 (Isnin) : 1.30 hingga 4.00 petang : Padang SK Tinambak

6.0

SASARAN/PENYERTAAN Semua murid tahap 2 (tahun 4, 5, 6) yang terdiri daripada 63 orang.

7.0

AKTIVITI PERMAINAN TRADISIONAL 1. Tarik upih 2. Bowling kelapa 3. Lari dalam guni 4. Sepak bulu ayam

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Item a. Hamper Tempat pertama (RM 40) 1 RM 40 Kuantiti Jumlah (RM)

Tempat kedua (RM 30)

RM 30

Tempat ketiga (RM 25)

RM 25

b. Sijil Kertas sijil 20 Seal sijil 20 JUMLAH KESELURUHAN RM 95

9.0 BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

SENARAI PERALATAN SENARAI PERALATAN Skitel Guni/karung Pelepah kelapa Kelapa tua Botol Bulu ayam Tali KUANTITI 12 7 7 7 35 7 1

10.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung Encik Khamis Amit (Guru Besar SK Tinambak)

Ketua Penasihat Puan Liew Mai Ri @ Stevannia (Penolong Kanan 1 SK Tinambak)

Penasihat Encik Gerry Lucien (Penolong Kanan Kokurikulum SK Tinambak)

Penyelaras 1 Puan Masriah Mastul (Mentor Program Internship)

Penyelaras 2 Puan Mariah Derum (Mentor Program Internship)

11.0 JAWATANKUASA KERJA Pengerusi Nur Amirah Binti Trimo

Naib pengerusi Suliana Binti Amin

Setiausaha Sakinah Binti Ramlee

Bendahari Haziela Hussineddy

AHLI JAWATANKUASA Peralatan dan Persiapan tempat Cik Khairul Ashikin Hadiah dan Cenderahati Puan Maskata Maidin

Dokumentasi Encik Roslim Bin Ismail

Publisiti Puan Zubaidha Amid

Urusetia dan Pendaftaran Puan Zulita

Juruacara Puan Laini Wong

Kepegawaian dan Pengadilan Encik Jerry Justin

Keselamatan dan Disiplin Puan Anjilinah Udin

12.0 PERATURAN PERMAINAN 12.1 Tarik Upih a. Seorang peserta akan menjadi penarik, sementara seorang lagi sebagai penunggang- duduk atas upih. b. Peserta yang sampai di garisan penamat dikira sebagai pemenang. c. Peserta perlu mengulang semula permainan sekiranya

penunggangnya jatuh dari upih sebelum sampai ke garisan penamat. d. Penunggang tidak dibenarkan untuk membantu penarik semasa pertandingan e. Peserta yang mengganggu dan memasuki kawasan pihak lawan akan dikeluarkan dari pertandingan. f. Peserta tidak dibenarkan menukar pasangan sebelum sampai ke garisan. g. Peserta pertama perlu menunggu wisel ditiup sebelum memulakan permainan. h. Penunggang dilarang sama sekali berdiri ketika permainan sedang berjalan.

12.2 Bowling kelapa a. Peserta berada dalam satu kumpulan. b. Peserta akan membaling botol mineral yang telah disusun dengan menggunakan buah kelapa. c. kumpulan yang banyak menjatuhkan botol mineral akan dikira pemenang .

12.3 Lari dalam guni a. Acara Lari Dalam Guni terdiri dari 4 orang peserta dalam satu kumpulan b. Peserta pertamaakan memulakan larian sejauh 10 meter untuk mengambil guni, masuk ke dalam guni dan lari ke garisan penamat secara berganti-ganti. c. Peserta pertama akan lari dari A ke B. Peserta kedua menggantikan peserta pertama perempuan dari B ke A. Seterusnya peserta ketiga

akan lari dari A ke B dan peserta terakhir akan lari dari B ke A (garisan penamat).

12.4 Sepak bulu ayam a. Peserta terdiri daripada 3 orang dalam setiap kumpulan. b. Setiap ahli dalam kumpulan bertukar-tukar untuk menimbang bulu ayam dengan kaki. c. Kumpulan paling lama dapat menimbang bulu ayam dikira sebagai pemenang. d. Penyertaan peserta dibatalkan sekiranya bulu ayam jatuh ke tanah semasa pertandingan dijalankan.

13.0 TENTATIF PROGRAM

Masa 1.15 petang

Agenda Ketibaan guru dan murid - Persiapan tempat aktiviti

1.20 petang

- Taklimat Peserta - Pemanasan Badan

1.45 petang 3.30 petang 4.00 petang

Permainan sukaneka bermula - Majlis Penutupan - Sesi Bergambar Bersurai

14.0 PENUTUP Semoga semua perancangan dan pelaksanaan pertandingan Sukan

Tradisional 2013 ini berjalan dengan lancar dan mencapai semua matlamat dan objektifnya.

Disediakan oleh,

Ulasan:

_________________ (Sakinah Binti Ramlee) Setiausaha Tarikh : Disemak oleh,

Ulasan:

______________________________ (Encik Gerry Lucien) Penolong Kanan Kokurikulum SK Tinambak, Tuaran Tarikh : Diluluskan oleh, Ulasan:

_________________ (Encik Khamis Amit) Guru Besar, SK Tinambak, Tuaran Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai