Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990 LEMBAH PANTAI,


KUALA LUMPUR.





SUKANEKA BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL



ANJURAN :
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR.
1.0 TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk bersama-sama meraikan program sambutan Maulidur
Rasul dengan mengadakan program sukaneka bersempena dengan sambutan
Maulidur Rasul yang akan diadakan di peringkat IPG.

2.0 LATAR BELAKANG
Aktiviti ini merupakan satu daripada program yang bertujuan untuk
memantapkan pembangunan insan guru, serta memperluas pengalaman guru
pelatih yang berbilang kaum di IPG Kampus Bahasa Melayu. Selain beriadah,
para pelajar juga dapat memupuk semangat bekerjasama dalam menjayakan
aktiviti yang diadakan. Perpaduan dapat dipupuk melalui semangat berpasukan
yang akan ditonjolkan oleh para pelajar apabila menyertai sukaneka yang
dianjurkan.

3.0 MATLAMAT
Matlamat aktiviti ini adalah untuk melahirkan guru yang kompetens bukan sahaja
dalam hal pengajaran dan pembelajaran, malah dalam hal pembangunan
sahsiah dan jati diri. Para guru pelatih bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh
badan malahan dapat menyemai semangat bekerjasama dalam pasukan
semasa melaksanakan apa-apa aktiviti yang dianjurkan di peringkat IPG
sekaligus memupuk perpaduan dalam kalangan guru pelatih yang berbilang
kaum dan bangsa.

4.0 ANJURAN
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
5.0 TARIKH
21 Januari 2014 (Selasa)

6.0 MASA
4.30pm - 6.30pm

7.0 SASARAN
Semua guru pelatih yang bukan Muslim di IPGKBM.

8.0 TEMPAT
Padang sukan IPGKBM.


9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Ustaz Mohd Lutfi Bin Ahmad
Penyelaras : Cik Krishna Kumary a/p Juval
Pengerusi : Dr. Roslina binti Suratnu
Karl Metalino Anak John (PPISMP 2A)
Timbalan pengerusi : Puan Punithavati a/p Simnapoo
Juwidah binti Johari (PPISMP 2B)
Setiausaha : Wenti Mering (PPISMP 2A)
Bendahari : Puan Vennila a/p Veerappan
AJK sambutan : Frexcia Binti Ramle (PPISMP 2A)
dan dokumentasi Everlinda Ley Joulis (PPISMP 2B)
AJK pendaftaran : Agnes Hii Eii Hang (PPISMP 2B)
Fauzira Binti Ariffin (PPISMP 2B)
Maderine Jattus (PPISMP 2B)
AJK pertandingan : Vellyzro Joannes (PPISMP 2B)
Alvianna Anthony (PPISMP 2B)
Lu Siao Ching (PPISMP 2A)
AJK siar raya : Nicholas Ampong (PPISMP 2B)
Nickhollas William (PPISMP 2B)
Fresma Eilin (PPISMP 2B)
AJK peralatan : Ammen - Re Mozzart (PPISMP 2B)
Effe Fizfe (PPISMP 2B)
Ardie Angsana (PPISMP 2B)
Melvin Sapon (PPISMP 2B)

AJK hadiah dan sijil : Agnes Hii Eii Hang (PPISMP 2B)
Fauzira Binti Ariffin (PPISMP 2B)
Maderine Jattus (PPISMP 2B)

10.0 Tentatif program

4.30pm - Kehadiran para peserta
- Kedatangan para peserta diambil
5.00pm - Aktiviti sukaneka bermula
6.30pm - Program bersurai

11.0 Aktiviti sukaneka
Larian ikat kaki
Lari bawa tin
Lari kepit belon
Pijak belon
Bawa bola ping pong dengan sudu
Tiup tepung
Sambut gelung getah
Isi air dalam botol
Makan epal
Bawa bola dengan gelung rotan

12.0 Pemberian hadiah
Pengiraan markah adalah berdasarkan kumpulan yang mendapat mata tertinggi
dalam keseluruhan permainan.

13.0 Anggaran perbelanjaan
Bil. Perkara Jumlah
1 Hamper dan sagu hati
Tempat pertama = RM30
Tempat kedua = RM20
Tempat ketiga = RM15
Sagu hati = RM10 2 = RM20


RM85
2 Peralatan seperti berikut :
Belon
Sudu plastik
RM100
Gelung getah
Buah epal
Tepung
Kain
Lain-lain
Jumlah keseluruhan = RM185
14.0 Kesimpulan
Diharap agar cadangan ini mendapat kelulusan daripada pihak institut untuk
mencapai objektif yang ditetapkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................... .......................................
(WENTI MERING) (KRISHNA KUMARY A/P JUVAL)
Setiausaha, Penyelaras,
Program Sukaneka 2014, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu,
Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

..
(USTAZ MOHD LUTFI BIN AHMAD)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Bahasa Melayu,
Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai