Anda di halaman 1dari 53

KERTAS KERJA DASAR

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN & PENDIDIKAN JASMANI 2009


ANJURAN: KOMUNITI VMES 3116 (SEMINAR DALAM PENGURUSAN SUKAN) PUSAT SUKAN UNIVERSITI MALAYA DENGAN KERJASAMA: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA TARIKH: 16 OKTOBER 2009 18 OKTOBER 2009 TEMA:

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

INTERAKSI PADU PENJANA KECEMERLANGAN MAHASISWA TEMPAT: PUSAT SUKAN, UNIVERSITI MALAYA PENGENALAN
Konvensyen Kebangsaan Mahasiswa Sains Sukan & Pendidikan Jasmani 2009 ini merupakan suatu bentuk seminar bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani untuk menambahkan lagi pemahaman mereka terhadap kursus yang diambil. Ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan lagi keyakinan mereka terhadap kerjaya masa depan mereka yang akan mereka peroleh sekiranya sudah tamat pengajian nanti. Dalam aktiviti dan pendekatannya, Konvensyen Kebangsaan Mahasiswa Sains Sukan & Pendidikan Jasmani 2009 lebih menumpukan kepada unsurunsur pendidikan (educational) yang digabungkan dengan unsur-unsur rekreasi (recrational) bagi menarik dan mengekalkan minat kumpulan sasaran. Pendekatan ini diharap akan menjadikan program ini bertahan sebagai suatu alternatif kepada pemikiran positif pelajar berkenaan subjek sains sukan dan pendidikan jasmani. Konvensyen Kebangsaan Mahasiswa Sains Sukan & Pendidikan Jasmani 2009 haruslah dilihat sebagai suatu kesempatan bagi mendapatkan mahasiswa mahasiswi pelbagai kelompok berkecimpung bersama-sama dalam memartabatkan sains sukan dan pedidikan jasmani di negara kita. Dengan demikian, pelajar akan dapat mengetahui kemana arah tuju mereka selepas tamat belajar nanti. Program ini haruslah dilihat sebagai ;

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

a) Satu program seminar yang ditumpukan kepada golongan siswa siswi yang sedang mengikuti kursus sains sukan atau pendidikan jasmani. b) Satu program yang dapat membuka mata siswa siswi tentang kerjaya yang akan diceburi setelah tamat pengajian nanti. c) Satu perhimpunan seluruh pelajar sains sukan dan pendidikan jasmani untuk berkongsi pendapat dalam menggerakkan mutu sukan negara. Program ini ditumpukan kepada siswa siswi sains sukan dan pendidikan jasmani untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang kerjaya apa yang boleh mereka ceburi setelah menamatkan pengajian nanti. Mereka juga merupakan kelompok sasaran yang mudah dibentuk dan penting kepada pembangunan mutu sukan negara pada masa hadapan.

RASIONAL
Melihat kepada kemelut yang melanda industri sukan negara dengan pelbagai insiden dan peristiwa yang cukup membimbangkan yang melibatkan generasi muda negara seperti penyalahgunaan dadah, penyelewengan, rasuah, pergaduhan dan sebagainya. Meyakini bahawa generasi muda negara perlu diberi bimbingan yang sewajarnya bagi membentuk akhlak, membina peribadi, meningkatkan keterampilan diri dan mengasah bakat kepimpinan bagi mempersiapkan diri sebagai generasi hadapan bangsa. Menginsafi kepentingan generasi muda negara selaku pewaris kepada kepimpinan negara yang perlu dibina kekuatan fizikal, mental dan spiritual bagi menghadapi cabaran masa depan. Memberi kesedaran tentang kerjaya yang akan diceburi oleh graduan sains sukan dan pendidikan jasmani.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Objektif Umum
Untuk membantu usaha membina generasi muda menghadapi cabaran yang akan ditempuhi setelah tamat pengajian dalam bidang sains sukan dan pendidikan jasmani dengan memperkasa ketahanan diri mereka dengan ilmuilmu yang telah dipelajari dan mempraktikkannya.

Objektif Khusus
Merencanakan aktiviti untuk golongan siswa siswi dalam tempoh pengajian mereka di unversiti. Dalam merencanakan aktiviti ini, beberapa prinsip juga telah diambil kira termasuk minat dan bakat kepimpinan setiap peserta.

PENDEKATAN
Bagi memastikan penglibatan secara aktif dalam program ini, pendekatan yang bersepadu dan menyeluruh digunakan sebagai asas dengan menggabungkan aktiviti yang pelbagai. Aktiviti akan diadakan di luar bilik kuliah dan berbentuk perbincangan dalam kumpulan. Antara pendekatan yang digunakan ialah : a) Latihan Dalam Kumpulan (LDK) b) Latihan Jasmani c) Program Pendidikan / Seminar / Forum d) Pertandingan Sukan e) Jamuan Makan Malam

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

KERTAS KERJA DASAR KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN & PENDIDIKAN JASMANI 2009

1.

NAMA PROJEK Konvensyen Kebangsaan Mahasiswa Sains Sukan & Pendidikan Jasmani 2009.

2.

TUJUAN
2.1

Memohon

kebenaran

Kementerian

Pengajian

Tinggi

untuk

mengadakan Konvensyen Kebangsaan Mahasiswa Sains Sukan & Pendidikan Jasmani 2009. 2.2 Memohon pertimbangan daripada Professor Madya Datuk Dr. Azarae Hj Idris merangkap Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya untuk meluluskan. 2.3 Dijadikan sebagai garis panduan untuk menjalankan gerak kerja program.

3.

OBJEKTIF 3.1 3.2 Untuk mewujudkan dan merapatkan hubungan di antara mahasiswa/i sains sukan dan pendidikan jasmani seluruh IPTA . Untuk menyedarkan golongan belia tentang kepentingan ilmu sains sukan dan pendidikan jasmani.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

3.3

Mengaplikasikan secara praktikal aspek seminar dalam pengurusan sukan yang dapat dipelajari oleh kursus VMES 3116 daripada penganjuran program ini.

3.4

Melahirkan pelajar-pelajar atau individu yang berkemampuan dalam menguruskan sesebuah program yang melibatkan pendidikan dan sukan pada masa akan datang.

3.5

Untuk mewujudkan dan melahirkan golongan pelajar secara sukarela kepada masyarakat sekeliling.

yang lebih

peka dan bersedia untuk memberikan sumbangan dan bakti 3.6 Untuk menanamkan sifat tanggungjawab dan berkepimpinan di kalangan mahasiswa/i sains sukan dan pendidikan jasmani terhadap masyarakat sekeliling. 3.7 Untuk membentuk disiplin, daya tahan, kekuatan mental, keyakinan,daya 3.8 kepimpinan, motivasi, dan semangat kesukarelaan di kalangan mahasiswa/i. Meningkatkan komunikasi dikalangan pelajar sains sukan dan pendidikan jasmani seluruh IPTA, justeru dapat merapatkan hubungan sesama mereka. 4. TEMPAT Pusat Sukan, Universiti Malaya 5. TARIKH 16 Oktober 2009 18 Oktober 2009 6. TEMA Interaksi Padu Penjana Kecemerlangan Mahasiswa 7. JUSTIFIKASI PROGRAM

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

7.1

Program Seminar ini akan diadakan di Pusat Sukan, Universiti Malaya, dimana program ini akan dijalankan di dalam bilik kuliah dan dikawasan luar bilik kuliah.

7.2

Program

Konvensyen

Kebangsaan

Mahasiswa

Sains

Sukan

&

Pendidikan Jasmani 2009 adalah amat penting serta perlu diadakan supaya dapat memberi kemahiran bagi mempraktikkan subjek Seminar dalam Pengurusan Sukan agar dapat menganjurkan serta mengurus sesuatu program berbentuk seminar dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang sedia ada dan yang telah diperuntukkan. 7.3 Melalui program ini, mahasiswa/i sains sukan dan pendidikan jasmani seluruh IPTA akan diberi penerangan yang lebih jelas berkenaan Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani. 8 JENIS-JENIS PROGRAM 1. Program Pendidikan / Pameran Objektif: a) Memberi kesedaran kepada mahasiswa/i tentang kepentingan ilmu sains sukan dan pendidikan jasmani. b) Memupuk semangat bersatu padu, bekerjasama, tolong menolong antara satu sama lain dalam 2. Program Ceramah /Motivasi / Forum Seperti yang kita ketahui, pelajar sains sukan dan pendidikan jasmani di universiti secara puratanya tidak mengetahui apakah bidang pekerjaan yang boleh mereka ceburu setelah tamat pengajian. Kebanyakannya hanya mengetahui tentang profesien guru sahaja sedangkan terdapat pelbagai lagi bidang kerjaya yang boleh mereka ceburi. Mereka tidak menitikberatkan tentang pelajaran ataupun masa depan mereka. Faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini ialah mereka tidak mendapat ilham untuk memperkembangkan bakat yang mereka perolehi. Maka, mereka tidak sedar betapa pentingnya berkelulusan ijazah tersebut

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

untuk menyesuaikan diri dalam era globalisasi ini serta mengetahui hala tuju selepas bergelar graduan sains sukan ataupun pendidikan jasmani. Justeru itu, program motivasi ini bertujuan untuk menyampaikan mesej kita yang bertema gigih berusaha tangga kejayaan. Diharap program ini dapat memberi kesedaran di samping membangkitkan minat para pelajar untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi pelajar cemerlang, gemilang, dan terbilang. Hal ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan atau mempromosikan Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani kepada para pelajar, dengan harapan mereka akan menjadikannya sebagai satu matlamat hidup, satu daya pendorong untuk terus maju jaya terutamanya dalam bidang sukan. 3. Program Sukan Objektif : a. Memupuk gaya hidup sihat dan mewujudkan interaksi antara pelajar dari seluruh IPTA. b. Mewujudkan suatu ikatan perpaduan muhibbah antara pelbagai kaum supaya tidak wujud diskriminasi kaum dan boleh bekerjasama dalam satu kumpulan. c. Memupuk nilai bekerjasama dan tanggungjawab dalam kerja berpasukan pada setiap ahli kumpulan. 4. Program Makan Malam Objektif : a) Menghimpunkan semua peserta di dalam suasana yang harmoni sambil menikmati makan malam bersama. b) Pelajar dapat mengeratkan hubungan dan berkongsi pendapat antara satu sama lain.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

5. Pertandingan Penyelidikan Objektif : a) Aktiviti ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengadakan penyelidikan disamping mempertingkatkan pengetahuan dan penemuan baru berkenaan sains sukan dan pendidikan jasmani. b) Juri yang mengadili pertandingan ini terdiri daripada pensyarah sains sukan yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan. 9 ANJURAN Kursus Subjek VMES 3116 ( Seminar Dalam Pengurusan Sukan ) Pusat Sukan, Universiti Malaya 10 DENGAN KERJASAMA Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Universiti Malaya Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Universiti Malaysia Sabah Universiti Pendidikan Sultan Idris Universiti Teknologi Mara Malaysia Universiti Sains Malaysia 11 PENAUNG Profesor Madya Datuk Dr.Azarae bin Hj.Idris Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya 12 PERASMI PEMBUKAAN (CADANGAN) Dr. Saharudin Hj. Ismail

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi 13 PERASMI PENUTUPAN (CADANGAN) Dr. Abdul Halim Mokhtar Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya 14 PENASIHAT Dr. Abdul Halim Mokhtar Pengarah Pusat Sukan Unversiti Malaya 15 PENYELARAS Dr. Nadhratul Wardah Bt. Hj. Salman Pensyarah Kursus VMES 3116 Seminar Dalam Pengurusan Sukan Pusat Sukan Universiti Malaya.

16

PESERTA
Seramai 200 peserta yang terdiri daripada mahaiswa/i dari 8 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mengikuti kursus sains sukan dan pendidikan jasmani.

17

STRUKTUR ORGANISASI Sila rujuk lampiran A

18

SENARAI AHLI JAWATANKUASA Sila rujuk lampiran B

19

MANUAL ORGANISASI Sila rujuk lampiran C

20

JADUAL WAKTU KERJA

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Sila rujuk lampiran D 21 a) b) PENGISIAN PROGRAM

Sinopsis aktiviti - Sila rujuk Lampiran E Aturcara program - Sila rujuk Lampiran F 22 ANGGARAN BELANJAWAN Sila rujuk Lampiran G

23

PENUTUP Menjadi harapan saya, pihak Universiti dengan Malaya khasnya dan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia amnya untuk menyaksikan projek ini dijalankan dengan jayanya. Semoga penganjuran Konvensyen Kebangsaan Mahasiswa Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani 2009 ini, ia dapat mencapai segala objektif yang telah digariskan. Selain itu, diharapkan agar program ini dapat mewujudkan hubungan yang erat antara mahasiswa/i seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Segala kerjasama dan sokongan dari semua pihak akan membolehkan program ini dapat direalisasikan dan seterusnya berjalan seperti yang telah dirancang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

...... (HARYANTI HASSAN) Pengarah Konvensyen Kebangsaan Mahasiswa Sains Sukan & Pendidikan Jasmani 2009

................................................... (Dr.Nadhratul Wardah Bt. Hj. Salman) Penyelaras program Konvensyen Kebangsaan Mahasiswa Sains Sukan & Pendidikan Jasmani 2009

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Disokong dan disyorkan oleh, .............................................. (Dr. Abdul Halim Mokhtar ) Pengarah Pusat Sukan Unversiti Malaya LAMPIRAN A CARTA ORGANISASASI PENASIHAT PENYELARAS

PENGARAH PROJEK

TIMBALAN PRNGARAH

SETIAUSAHA

BENDAHARI

BIRO PROTOKOL & ATURCARA BIRO SEKRETARIAT & PENDAFTARAN BIRO SUMBANGAN & TAJAAN

BIRO PUBLISITI & MEDIA BIRO PENGANGKUTAN & TUGAS KHAS

BIRO MAKANAN & MINUMAN BIRO KEBAJIKAN & PENGINAPAN BIRO LOGISTIK, PERALATAN & SUKAN

BIRO TAJAAN,HADIAH & CENDERAMATA

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

LAMPIRAN B

STRUKTUR ORGANISASI

PENAUNG

Profesor Madya Datuk Dr.Azarae bin Hj.Idris Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya

PENASIHAT

Dr. Abdul Halim Mokhtar Pengarah Pusat Sukan Unversiti Malaya

PENYELARAS

Dr. Nadhratul Wardah Bt. Hj. Salman Pensyarah Kursus VMES 3116 Seminar Dalam Pengurusan Sukan Pusat Sukan Universiti Malaya.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

SENARAI AHLI JAWATANKUASA (AJK) Pengarah Timb. Pengarah Setiausaha Bendahari : Haryanti Hassan : Mohamad Farhan Shamsudin : Siti Zaleha Dzulkefli : Nur Zul Fadzliah Mohd Zamri VES060066 VES070090 VES070050 VES080039

Ketua Biro Publisiti & Media : Zulaika Mat Ali Siti Nooraisah Mohd Asri Teh Kang Wai Ketua Biro Makanan & Minuman : Mohammad Rowandi Halim Mohd Hairee Azizan Ahmad Hafriz Ayob Mohd Harith Jusoh Ketua Biro Protokol & Aturcara : Azlinda Yahya Nur Hani Dusuki Mohd Hafieri Ismail Amalul Ashraf Rosli Ketua Biro Logistik, Peralatan & Sukan : Hirzi Muzani Abdul Hadi Mohd Yuslymin Yusuff Zaili Matuju Mohd Zanuri Abdullah Ketua Biro Kebajikan & Penginapan : Nik Muhammad Farouq Che Hassan Khairil Azli Abd. Hadi Ketua Biro Sekretariat & Pendaftaran : Siti Meriam Saleh Nik Siti Nurnasuha Nik Azman Mohd Adnan Osman

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Faizal Md Zulkifli Ketua Biro Tajaan,Hadiah & Cenderamata : Siti Nurul Huda Yaakub Norlida Omar Mohd Fadzil Abdullah Ketua Biro Pengangkutan & Tugas Khas: Mohd Fairuz Sanin Mohd Airul Hafiz Lesley Peter LAMPIRAN C MANUAL ORGANISASI LEMBAGA PENASIHAT Memberi garis panduan sepanjang program ini dijalankan Memberi nasihat dan pandangan yang bernas bagi membolehkan program ini berjalan dengan lancar.

LEMBAGA PENYELARAS Sentiasa berhubung dengan Lembaga Penasihat berkaitan dengan perjalanan program. Membuat penyelarasan antara Lembaga Penasihat dengan Ahli Jawatankuasa program. Sentiasa berhubung dengan Ahli Jawatankuasa program berkaitan dengan perkembangan program. Memastikan semua Biro menjalankan tugas dengan jayanya bagi memastikan kelancaran program. Sentiasa memberi bantuan kepada Ahli Jawatankuasa program. Memastikan segala perancangan berjalan mengikut masa yang telah ditetapkan. Meninjau perkembangan projek sebelum ianya berlangsung dan selepas ianya berlangsung.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Memastikan tugasan bagi setiap Biro adalah jelas dan tidak bertindan.

PENGARAH Memastikan segala perancangan berjalan mengikut masa yang telah ditetapkan. Meninjau perkembangan projek sebelum ianya berlangsung dan selepas ianya berlangsung. Memastikan semua Biro menjalankan tugas dengan jayanya bagi memastikan kelancaran program. Sentiasa berhubung dengan Lembaga Penasihat berkaitan dengan perjalanan program. TIMBALAN PENGARAH Membantu Pengarah dalam menjalankan tugas Memastikan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan ke atas ahli jawatankuasa berjalan dengan lancar sekiranya Pengarah tidak dapat memantau kerja-kerja yang dijalankan oleh mereka.

SETIAUSAHA Menyiapkan Kertas Kerja Dasar untuk dibentangkan oleh Pengarah. Menyediakan laporan dari masa ke semasa berkaitan dengan perjalanan program. Menyediakan surat-surat yang berkaitan dengan projek seperti surat penaja, surat kebenaran dan sebagainya. Menyediakan laporan akhir projek

BENDAHARI

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Menyediakan belanjawan bagi projek ini. Menyediakan laporan kewangan dari semasa ke semasa. Membentangkan belanjawan program ketika dalam mesyuarat yang dijalankan. Memastikan jumlah perbelanjaan tidak melebihi daripada jumlah pendapatan. Menyediakan penyata kewangan untuk laporan akhir projek.

KETUA BIRO PUBLISITI & MEDIA Menyediakan bahan untuk memperkenalkan Konvensyen Siswa Siswi Sains Sukan & Pendidikan Jasmani IPTA Malaysia 2009, contohnya banner dan risalah. Menghubungi pihak berkenaan untuk mencetak risalah. Memperkenalkan Konvensyen Siswa Siswi Sains Sukan & Pendidikan Jasmani IPTA Malaysia 2009 kepada mahasiswa-mahasiswi seluruh IPTA. Menyediakan banner, bunting dan poster. Menyediakan tayangan multimedia. Mengendalikan meja kaunter pendaftaran media.

KETUA BIRO TAJAAN, HADIAH & CENDERAMATA Menyediakan hadiah dan cenderamata untuk peserta bagi setiap program yang dijalankan. Membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan sepanjang program dijalankan supaya program berjalan lancar. Menyediakan cenderamata untuk para jemputan khas. Memohon tajaan daripada pihak perseorangan bagi menampung perbelanjaan semasa program dijalankan. Memohon sumbangan penaja daripada syarikat-syarikat atau agensi yang berminat.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

KETUA BIRO ATUCARA & PROTOKOL Merancang atur cara perasmian dan penutup Menyambut tetamu khas dalam majlis perasmian dan majlis penutup program Menyediakan cenderamata untuk tetamu khas yang terlibat dalam program Menyediakan pelbagai program yang bersesuaian semasa berada di kampung bagi memastikan objektif program ini dapat dicapai. Memastikan aktiviti yang telah diatur berjalan dengan lancar. Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan untuk diserahkan kepada setiausaha untuk dibuat laporan yang selengkapnya. KETUA BIRO KEBAJIKAN & PENGINAPAN Memastikan keselamatan dan kebajikan para peserta terjamin dan terpelihara semasa program dijalankan. Memastikan tempat tinggal bagi para peserta. Membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan sepanjang program dijalankan supaya program berjalan lancar. KETUA BIRO LOGISTIK, PERALATAN & SUKAN Membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan sepanjang program dijalankan supaya program berjalan lancar. Menyediakan peralatan yang diperlukan semperna program dijalankan. Menghias tempat perasmian dan penutup. Mereka tag nama, baju rasmi dan banner. Memastikan kemudahan dan peralatan mencukupi ketika program dijalankan.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

KETUA BIRO SEKRETARIAT & PENDAFTARAN Menyediakan booklet dan leaflet program Menyediakan peralatan yang diperlukan oleh program seperti alat tulis, fail dan sebagainya Menyediakan peta lokasi pendaftaran peserta. Menyediakan barang keperluan yang akan diagihkan kepada peserta.

KETUA BIRO PENGANGKUTAN & TUGAS KHAS Menyediakan pengangkutan untuk para peserta yang datang dari jauh. Menyiadkan kemugahan untuk mengangkut barang. Menyediakan segala keperluan sepanjang program berlangsung. Memastikan semua ahli jawatankuasa menjalankan tugas yang telah diberi. Memastikan segala proses persiapan sebelelum, semasa dan selepas program berjalan dengan lancar. Memastikan tiadak ada masalah berlaku sepanjang berlangsungya program. KETUA BIRO MAKANAN & MINUMAN Menyediakan makanan dan minuman kepada peserta an tetamu jemputan sepanjang program berlangsung. Menyediakan segala persiapan untuk majlis makan malam bersama semua peserta.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

LAMPIRAN F ATURCARA PROGRAM HARI PERTAMA ( Jumaat, 02/10/09 )

2.30 petang 2.30 3.30 petang 3.30 5.30 petang

: Ketibaan peserta : Pendaftaran para peserta. : Majlis Perasmian pembukaan dan Ucaptama oleh Dr.Saharudin Hj. Ismail

5.30 - 6.00petang 6.00 6.30 petang 6.30 8.00petang 8.30 10.30 malam LDK 1 10.30 11.00 malam 11.00 malam

:Jamuan ringan : Peserta dibenarkan pulang ke tempat penginapan masing- masing ( KK 12) : makan malam : Ice Breaking

Pembentukan kumpulan : Jamuan ringan : Bersurai

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

HARI KEDUA ( Sabtu, 03/10/09 ) 7:30 pagi 9:00 pagi : Sarapan pagi : Sesi Ceramah / Forum Peluang Kerjaya Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Pameran 12:30 tengahari 1.30 petang 2.30 petang : Makan tengahari : Rehat & solat Zuhur : LDK 2 Pameran 5.00 petang 8:00 malam : Program Sukan : Majlis Jamuan Makan Malam Persembahan kumpulan Penyampaian hadiah & cenderamata Perasmian Penutupan

HARI KETIGA ( Ahad, 04/10/09 ) 7:o0 pagi 8.00 pagi 8.30 pagi 10.00 pagi : Aerobik / Poco-poco : Sarapan pagi : Sesi penggambaran : Serah kunci bilik dan peserta pulang.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

LAMPIRAN G

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN PENDAPATAN

PERUNTUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

RM 31,350.00

JUMLAH

RM 31,350.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

a. Biro Sekretariat & Pendaftaran

Tag nama (AJK) Tag nama ( Peserta) Kertas A4 Putih (Double A) Kertas A4 Warna ( Pink & Ungu) Pen Marker (hitam, merah, biru) Double- sided tape Klip kertas Kertas Mahjung Ubat stapler

30 x RM 2.00

RM 60.00

200 x RM 2.00RM 400.00 4 Rim x RM 12.00 4 Rim x RM 18.00 RM 48.00 RM 72.00

200 x RM 1.00RM 200.00 30 x RM 3.50 4 x RM 4.00 10 x RM 3.00 60 x RM 0.80 6 kotak x RM 1.00 RM 105.00 RM 16.00 RM 30.00 RM 48.00 RM 6.00

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Pocket File Penginapan peserta Sijil penyertaan Laporan akhir Ink printer

200x RM 0.50 200 x RM 20.00

RM 100.00 RM 4000.00

200 x RM 2.00RM 400.00 RM100.00 2 x RM 50.00 RM 100.00

JUMLAH

RM 5685.00

b. Biro Hadiah & Cenderamata

Baju Korporat (AJK) Cenderamata Peserta Hadiah Sukan Johan Naib Johan Ketiga Keempat& Kelima(hamper)

30 x RM 60.00RM 1800.00 200 x RM 20.00 RM 4000.00

15 x RM 15.00RM 225.00 15x RM 12.00 15xRM10.00 2x RM30.00 RM 180.00 RM 150.00 RM 60.00

Bayaran tunai untuk ahli panel / penceramah / perantara Cenderamata (plug) Hakim Pertandingan Penyelidikan Hadiah pertandingan penyelidikan 5 x RM 300.00RM 1500.00 7x RM 50.00 3xRM50.00 1x RM100 1x RM 70 1xRM 50 RM 350.00 RM 150.00 RM 100.00 RM 70.00 RM 50.00

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

JUMLAH

RM 8635.00

c. Biro Logistik & Pengangkutan

Kos Komunikasi Kos Pengangkutan Sewaan dewan Gemilang KK12

11biro x RM 30.00 11biro xRM 20.00

RM 330.00 RM 220.00 RM 500.00

JUMLAH

RM 1050.00

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

d. Biro Makanan Dan Minuman


Pendaftaran : 02/10/09 Kek Apollo Air Mineral Makan Malam : Nasi Putih Ayam Masak Hitam Sayur Campur Air Sirap / Oren Tembikai Jamuan ringan Sarapan :03/10/2009 Bihun Goreng Mee Goreng Tea O Tea Makan Tengahari : Nasi Putih Ayam Masak Merah Sayur Campur Air Sirap / Oren Jamuan untuk panel Aktiviti Sukan : Air Mineral Kuih Muih Jamuan makan malam: BBQ Satay Nasi goreng cina Buah-buahan Pencuci mulut Air sanquick Sarapan :04/10/2009 Bihun goreng Singapore Nasi Goreng kampung Air Nescafe O Air Nescafe JUMLAH RM 0.30 x 200 RM 0.60 x 200 RM 7.00 x 200 RM 60.00 RM 120.00 RM 1400.00

RM 3.00 x 200 RM 4.00 x 200

RM 600.00 RM 800.00

RM 7.00 x 200

RM 1400.00

RM 100.00 RM 0.60 x 200 RM 0.60 x 200 RM 25.00x200 RM 120.00 RM 120.00 RM 5000.00

RM 4.00 x 200

RM800.00

RM 10,520.00

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

e. Biro Kebajikan Dan Keselamatan


Perubatan Dan Khidmat Kejururawatan Dari Klinik JUMLAH RM 300.00 RM 300.00

f. Biro Publisiti Dan Media


Banner Poster (A4) JUMLAH RM 200.00 X 3 RM 3.00 X 20 RM 600.00 RM 60.00 RM 660.00

g. Biro Protokol Dan Teknikal


Buku Program Backdrop JUMLAH RM 6.00 X 200 RM 300 x 1 RM 1200.00 RM 300.00 RM 1500.00

h. Lain-lain
Kontigensi RM3000.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 31,350.00

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

ULASAN PENASIHAT
Saya mendapati aktiviti-aktiviti yang dikemukakan untuk program Konvensyen Mahasiswa Sains Sukan & Pendidikan Jasmani IPTA Malaysia 2009 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Komuniti VMES 3116 (Seminar Dalam Pengurusan Sukan) Pusat Sukan Universiti Malaya merupakan idea yang kreatif dan relevan bagi membentuk jatidiri dalam setiap mahasisiwa/i menuju kecemerlangan dalam bidang sains sukan dan pendidikan jasmani. Program ini juga dapat memberi peluang kepada setiap mahasiswa/i dalam menimba pengalaman baru dan memperoleh pengetahuan tentang hala tuju selepas menjadi graduan sains sukan dan pendidikan jasmani khususnya. Saya sepenuhnya menyokong program ini dan berharap ianya dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Yang benar, ______________________________ (DR. ABDUL HALIM MOKHTAR ) Penasihat Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya

ULASAN PENYELARAS

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Saya, sebagai penyelaras program ini ingin memberi sokongan sepenuhnya untuk program Konvensyen Mahasiswa Sains Sukan & Pendidikan Jasmani IPTA Malaysia 2009 yang akan diadakan. Berdasarkan kertas kerja dan pembentangan oleh Jawatankuasa Komuniti VMES 3116 (Seminar Dalam Pengurusan Sukan) Pusat Sukan Universiti Malaya ini, saya mendapati program yang akan diadakan ini sangat menarik disamping selaras dengan tema yang di bawa. Pelbagai aktiviti yang berkaitan turut disediakan selain mengisi slot seminar kerjaya yang diadakan. Melalui program ini, mahasiswa/i berpeluang untuk merasai pengalaman baru dan mencipta kenangan terindah lebih-lebih lagi berkumpul dalam kumpulan yang berbeza latar belakang dan universiti. Mahasiswa/i juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama mereka dan memanfaat sepenuhnya pengisian yang akan diadakan dan pengetahuan yang akan di peroleh selain menimba pengalaman baru. Berdasarkan semua perkara yang telah diperkatakan di atas, saya dengan ini menyokong penuh kertas kerja ini dan berharap program Konvensyen Siswa Siswi Sains Sukan & Pendidikan Jasmani IPTA Malaysia 2009 dapat berlangsung dengan jayanya. Yang benar, __________________________________ ( DR. NADHRATUL WARDAH BT. HJ. SALMAN ) Penyelaras Pensyarah Kursus VMES 3116 Seminar Dalam Pengurusan Sukan Pusat Sukan,Universiti Malaya. LAMPIRAN MODUL PENGISIAN PROGRAM

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

PROGRAM KONVENSYEN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI IPTA MALAYSIA 2009

PENGENALAN

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Kemahiran

merupakan

satu

elemen

yang

amat

penting

dalam

menentukan arah tuju matlamat. Setiap orang dilahirkan untuk menjadi pemimpin walaupun ianya berada dalam satu kelompok minoriti seperti memimpin sebuah keluarga. Proses memimpin kini boleh dipelajari dan bukan lagi merupakan satu factor yang dikatakan wujud secara semula jadi. Namun pengalaman yang luas akan mencerminkan bahawa seseorang itu benar-benar pemimpin yang berwibawa.

OBJEKTIF
1. Untuk menjadikan seseorang itu menyedari potensi diri selaku menjadi seorang pemimpin. 2. Menerangkan bahawa kepentingan kepimpinan dan organisasi. 3. Mengenalpasti proses kepimpinan ini boleh dipelajari.

PERUNTUKAN MASA

140 minit

AKTIVITI 1 : APAKAH ERTI KEPIMPINAN

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

PENJELASAN Aktiviti ini adalah untuk memberikan peluang kepada peserta memahami erti kepimpinan serta dapat membezakan antara Ketua dan Pemimpin. METODOLOGI Berinteraksi dengan peserta secara soal jawab (dua hala) di samping memberi penerangan ringkas maksud aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan yang besar. ARAHAN FASILITATOR ARAHAN 1 Langkah 1 - Berikan penerangan ringkas objektif modul. Langkah 2 - Minta tiga orang peserta bangun secara seorang demi seorang. Setelah mereka berdiri, minta pula kumpulan peserta berkenaan berdiri. Arahkan tiga orang peserta tadi duduk, kemudian arahkan pula kumpulan peserta berkenaan duduk. Lakukan sekali lagi kaedah berkenaan terhadap peserta dan kumpulan yang lain pula. Langkah 3 - Berdasarkan kepada aktiviti berkenaan, minta peserta memberikan definisi kepimpinan mengikut pemahaman masing-masing. Minta seorang peserta mencatatkan jawapan yang diberikan itu di kertas mahjung. Setelah jawapan diperolehi secara rambang, fasilitator akan menjelaskan definisi kepimpinan. (LAMPIRAN KK 1.1) ARAHAN 2 Langkah 1 Buat perbincangan dengan peserta menanyakan apakah perbezaan antara ketua dan pemimpin. Minta seorang peserta mencatatkan jawapan di kertas mahjung. Langkah 2 Seterusnya minta seorang peserta bangun. Kemudian minta peserta itu memilih peserta yang lain untuk bangun. Seterusnya minta peserta yang kedua itu memilih pula peserta yang lain untuk bangun. Lakukan perkara yang sama sehingga mencapai lima orang peserta. Langkah 3 Setelah selesai, tanyakan peserta yang ke lima atau keempat adakah dia pernah terfikir bahawa dia juga akan terlibat dala aktiviti ini semasa fasilitator mengarahkan peserta pertama tadi bangun. Langkah 4 Hasil daripada aktiviti yang dijalankan, huraikan perbezaan ketua dan pemimpin dengan memberi gambaran :

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Peserta yang mengarahkan rakannya untuk bangun secara seorang demi seorang itu adalah menunjukkan kuasa yang ada pada seorang ketua itu amat terhad. Manakala arahan yang dikeluarkan oleh fasilitator kepada peserta pertama tadi adalah merupakan gambaran pemimpin (fasilitator) yang dapat mempengaruhi semua peserta berkenaan untuk bangun (kelima-lima orang peserta) walaupun pada permulaannya bermula dari seorang. Seterusnya, berikan penerangan perbezaan antara Ketua dan Pemimpin (LAMPIRAN KK 1.2)

MASA 20 MINIT ALAT BANTU Kertas mahjung Marker pen Lampiran KK 1.1 : Definisi Kepimpinan Lampiran KK 1.2 : Perbezaan antara Ketua & Pemimpin RUMUSAN FASILITATOR Kepimpinan merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan bermasyarakat. Ia boleh menentukan hala tuju serta matlamat itu tercapai. Manakala perbezaan di antara ketua dan pemimpin amat ketara jika dilihat dari segi bidang kuasa dan pengaruh terhadap sesuatu organisasi.

AKTIVITI 2 : FUNGSI DAN PERANAN KEPIMPINAN

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

PENJELASAN Aktiviti ini adalah untuk menghuraikan beberapa fungsi utama dalam kepimpinan disamping peranan-peranan yang dimainkan oleh pemimpin. METODOLOGI Berinteraksi dengan peserta secara soal jawab (dua hala) di samping memberi penerangan ringkas maksud aktiviti dijalankan. ARAHAN FASILITATOR ARAHAN 1 Langkah 1 Minta peserta berada dalam kumpulan masing-masing. Setelah itu, minta kumpulan berbincang dan menyenaraikan apakah fungsi utama seorang pemimpin dalam organisasi. Berikan contoh peranan bapa mereka dalam keluarga yang boleh dijadikan sebagai panduan. Berikan masa selama 10 minit untuk berbincang. Langkah 2 Setelah selesai, minta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka dihadapan kumpulan-kumpulan yang lain. Langkah 3 Di akhir sesi ini, fasilitator akan membuat rumusan dengan menggunakan lampiran Lima Fungsi Kepimpinan ( LAMPIRAN KK 1.3 )

ARAHAN 2

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Langkah 1 Minta peserta berada dalam kumpulan masing-masing dan lantik seorang (bukan dikalangan ketua kumpulan yang sedia ada) pemimpin pada setiap kumpulan. Dalam masa yang sama, setiap kumpulan dibekalkan sebungkus straw minuman dan satu kotak pin. Langkah 2 Arahkan pemimpin setiap kumpulan tersebut berbincang untuk membuat satu projek dengan menggunakan alatan yang telah dibekalkan. Tempoh yang diberkan adalah selama 15 minit. Langkah 3 Setelah selesai, buat pemeriksaan ke atas projek yang dijalankan dengan memberi pujian kepada kumpulan-kumpulan tersebut. Kemudian panggil semua pemimpin ke hadapan dan berinteraksi secara dua hala kepada : Pemimpin fasilitator bertanya apakah peranan yang telah dimainkan oleh pemimpin. Catatkan jawapan mereka di kertas mahjung. Kumpulan setelah bertanya pemimpin, tanyakan pula kepada kumpulan secara rambang pendapat mereka/perhatian mereka, apakah peranan yang telah dimainkan oleh pemimpin mereka tadi. Catatkan jawapan di kertas mahjung. Langkah 4 Di akhir sesi ini, fasilitator akan membuat rumusan dengan mengenai Peranan Kepimpinan (LAMPIRAN KK 1.4) MASA 20 minit ALAT BANTU Kertas mahjung Marker pen Lampiran KK 1.3 : Lima Fungsi Kepimpinan Lampiran KK 1.4 : Peranan Kepimpinan RUMUSAN FASILITATOR Seorang pemimpin perlu memahami fungsi serta peranan yang dimainkannya, ini adalah penting kerana kuasa dan pengaruh itu adalah berpandukan kepada kekuatan fungsi dan peranan tersebut. Dalam erti kata lain, survival kepimpinan itu bergantung kepada kewibawaan pemimpin melaksanakan tanggungjawabnya.

AKTIVITI 3 : GAYA DAN KREATIVITI KEPIMPINAN

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

PENJELASAN Aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan pengaruh dalam kepimpinan. METODOLOGI Berinteraksi dengan peserta secara soal jawab (dua hala) disamping mengadakan latihan minda kepada peserta. ARAHAN FASILITATOR ARAHAN 1 Langkah 1 Fasilitator memberikan penerangan ringkas tentang Gaya Kepimpinan. Penerangan ini diadakan dalam kumpulan peserta yang besar secara ringkas. (LAMPIRAN KK 1.5 ) ARAHAN 2 Langkah 1 Seterusnya fasilitator memeklumkan kepada peserta tentang latihan yang akan dijalankan dengan mempamerkan Helaian Kerja KK 1.6 Gambarajah Titik ( LAMPIRAN KK 1.6). Latihan ini adalah secara berkumpulan. Langkah 2 Arahkan semua kumpulan melakarkan rajah @ gambaran sei empat sama dengan menggunakan titik-titik yang ada pada kertas mahjong yang disediakan. Minta kumpulan melakarkan seberapa banyak bentuk rajah @ gambaran segi empat sama tersebut dan mengira jumlah segi empat sama yang diperolehi. Berikan masa selama 10 minit untuk menjalani latihan tersebut. Langkah 3 Setelah cukup tempoh, minta setiap kumpulan mempamerkan jumlah segi empat sama yang mereka perolehi serta membuktikannya di kertas mahjong. Langkah 4 Setelah semua kumpulan mempamekan jawapan mereka, fasilitator akan membuat rumusan mengenai Kreativiti Pemimpin. (LAMPIRAN KK1.7)

MASA

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

20 minit ALAT BANTU Kertas mahjong Marker pen Lampiran KK 1.5 : Gaya Kepimpinan Lampiran KK 1.6 : Helaian Kerja Gambarajah Titik Lampiran KK 1.7 : Kreativiti Pemimpin RUMUSAN FASILITATOR Terdapat tiga gaya kepimpinan utama yang dikenal pasti. Setiap gaya kepimpinan ini akan menentukan corak seseorang memimpin dan akan memberikan impak yang berbeza-beza kepada pengikut. Seharusnya pemimpin itu mempunyai daya kreativiti dalam memimpin kerana itu adalah daya tarikan yang menyebabkan ia mempunyai pengikut yang ramai.

LAMPIRAN KK 1.1

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

DEFINISI KEPIMPINAN
KEUPAYAAN UNTUK MEMPENGARUHI ORANG LAIN DARI SEGI FIKIRAN DAN TINDAKAN KE ARAH MENCAPAI SUATU MATLAMAT YANG TELAH DITETAPKAN. KEPIMPINAN ADALAH MERUPAKAN FENOMENA SOSIAL.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

LAMPIRAN KK 1.2

PERBEZAAN ANTARA KETUA DAN PEMIMPIN


KETUA
MERUJUK KEPADA KUASA YANG TERHAD KAWALAN SEMPADAN YANG TERHAD MEMPUNYAI BILANGAN PENGIKUT YANG KECIL MEMPUNAYI STATUS PERJAWATAN

PEMIMPIN
PENGARUH & KUASA YANG LUAS KAWALAN SEMPADA YANG TIDAK TERHAD MEMPUNYAI PENGIKUT YANG SETIA & RAMAI TIDAK SEMESTINYA BERJAWATAN

LAMPIRAN KK 1.3

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

LIMA FUNGSI KEPIMPINAN


MENENTUKAN MENGURUS KUMPULAN MENJALANKAN KERJA MEMBANGUN ANGGOTA MENILAI

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

LAMPIRAN KK 1.4

PERANAN KEPIMPINAN
PENGGERAK PERUBAHAN PEMBANTU PROSES PENGHUBUNG SUMBER PENYELESAI MASALAH

LAMPIRAN KK 1.5

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

GAYA KEPIMPINAN
DEMOKRATIK AUTOKRATIK BEBAS

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

LAMPIRAN KK 1.6

GAMBARAJAH TITIK

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

LAMPIRAN KK 1.7

KREATIVITI KEPIMPINAN
KREATIVITI KEPIMPINAN MERANGKUMI :
1. SKOP DAYA PEMIKIRAN BUKAN DILIHAT DARI SATU SUDUT SAHAJA, MALAH DARI PELBAGAI SUDUT. 2. PEMIKIRAN SECARA KREATIF DALAM MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN. 3. MAMPU BERTINDAK DALAM APA JUA SITUASI. 4. BERTINDAK SECARA RASIONAL DAN BUKAN EMOSIONAL.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

PROGRAM KONVENSYEN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI IPTA MALAYSIA 2009

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

PENGENALAN
PENJELASAN Taklimat kursus adalah penting bagi peserta dan pelaksanaan program kerana ia memberi peluang kepada pelaksana program menyampaikan maklumat manakala peserta dapat menerima maklumat mengenai program dan memahaminya. Ia memberi peluang kepada peserta membuat persediaan diri untuk menghadapi cabaran pembelajaran yang disediakan sepanjang latihan. Umumnya taklimat mengandungi pengenalan ringkas berhubung : Latar belakang Objektif kursus Penyertaan Jadual pelaksanan program Peraturan

METODOLOGI Ceramah dan penerangan ARAHAN FASILITATOR ARAHAN 1 Langkah 1 Memulakan dengan salam dan bacaan Umul Kitab Langkah 2 Menerangkan latarbelakang kursus dan penyertaan peserta kursus. Ambil masa selama 15 minit dan beri sedikit ruang untuk peserta menyatakan pandangan mereka. Langkah 3 Memaklumkan objektif kursus dan menyampaikan mesej tersebut secara ringkas dan padat. Ambil masa selama 15 minit dan beri sedikit ruang untuk peserta mengajukan soalan dan pandangan. Langkah 4 Menerangkan etika perjalanan kursus, peraturan kursus peraturan penginapan yang disediakan oleh pemilik dan larangan- larangan yang ada. Ambil masa selama 15 minit. Langkah 5 Menerangkan jadual kursus dan jadual harian peserta serta meminta maklumbalas daripada mereka.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Langkah 6 Meninta para peserta mengembalikan boring pendaftaran / maklumat peribadi. Berikan masa selama 15 minit untuk aktiviti ini. Langkah 7 Beri sedikit masa untuk peserta mengemukakan soalan dan berikan jawapan yang boleh memuaskan semua pihak. MASA 120 minit ALAT BANTU Jadual kursus dan jadual harian Peraturan Kursus Borang maklumat peserta P.A Sistem RUMUSAN FASILITATOR Fasilitator menjelaskan etika perjalanan program, memberi penerangan dan penjelasan berhubung dengan peraturan tempay penginapan yang disediakan, larangan-laranga yang ada, jadual harian program, maklumbalas kesihatan peserta dan perkara yang berkaitan.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

PROGRAM KONVENSYEN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI IPTA MALAYSIA 2009

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

PENJELASAN Salah satu bahagian terpenting dalam mana-mana program ialah aktiviti suai kenal. Ia merupakan nadi untuk menggerak dan menjayakan sesuatu program. Sesi Ice Breaking yang efektif akan dapat mewujudkan suasana yang selesa dan ceria kepada perjalanan program dan dikalangan peserta. Ice Breaking perlu juga berlaku antara peserta dan pelaksana program bagi memastikan keberkesanan program. Tahap Ice Breaking di kalangan ahli-ahli sesebuah organisasi dapat menghasilkan keberkesanan dan kejayaan organisasi tersebut. Ice Breaking dapat mengurangkan halangan psikologi antara sesame peserta dan antara peserta dengan pelaksana program dan menggalakkan interaksi yang terbuka dan mesra. Ianya akan menghasilkan suasana yang lebih selesa dan ceria. METODOLOGI DAN ARAHAN FASILITATOR Peserta diberikan kertas berukuran 4 x 6 dan diminta menulis mengikut arahan. Kertas A4 yang dipotong EMPAT sesuai digunakan. Fasilitator menyebut satu persatu dan peserta diminta menulis satu persatu mengikut arahan : 1. Nama manja / glamour / panggilan : 2. Nama penuh : 3. Tempat Tinggal : (kampung / daerah) 4. Yang paling disukai : 5. Yang paling tidak disukai : Peserta dibekalkan klip kertas ATAU jarum peniti dan diarahkan untuk melekatkan kertas yang telah ditulis pada pakaian hadapan sebelah kiri (atas). Peserta diminta berdiri dan akan mengikut arahan yang selanjutnya : Peserta tidak dibenar brcakap. Minta peserta berjalan-jalan dan memerhatikan apa yang ditulis oleh peserta lain. Minta peserta mencari pasangan dan bertukar-tukar pandangan mengenai apa yang telah dicatat satu demi satu: o Pasangan Berdua o Pasangan Bertiga o Pasangan Bertujuh o Pasangan Bersembilan Minta pandangan peserta yang tidak mempunyai kumpulan untuk menyatakan kenapa dirinya tidak dapat menyertai kumpulan. Seterusnya peserta diminta membentuk kumpulan berdasarkan : o Sama bulan kelahiran o Kumpulan yang mengandungi 4 lelaki & 3 perempuan o Kumpulan yang mengandungi 3 lelaki & 4 perempuan o Kumpulan yang mengandungi 5 lelaki & 5 perempuan

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

o Semua ahli kumpulan diminta berbaris Semua ahli kumpulan diminta berbaris dengan cepat mengikut : o Tinggi & rendah o Nama bermula huruf A hingga Z o Umur mengikut muda hingga tua o Barisan terpendek o Barisan terpanjang o Tugu Manusia MASA 30 minit ALAT BANTU Kertas Jarum peniti @ klip kertas Marker pen P.A Sistem Muzik / lagu

RUMUSAN FASILITATOR Fasilitator menjelaskan moral permainan : Permainan dalam Modul ini bertujuan untuk menyesuaikan diri peserta apabla mengikuti pembelajaran. Teknik yang dicadangkan adalah untuk mempercepatkan tindak balas peserta bagi mereka dapat mengekspresi diri, menerima, dan diterima. Teknik bermula dengan permainan yang hanya memerlukan pergerakan perlahan, kemudian diikuti dengan pergerakan yang lebih pantas. Seterusnya memerlukan penggunaan lisan dan yang berakhir dengan berlaku sentuhan sesame peserta. Permainan perlu dikawal agar tidak melanggari batas agama, social serta etika masyarakat Malaysia. Keutamaan adalah untuk mengatasi jurang perbezaan dikalangan peserta yang terhasil oleh kelainan fizikal, emosi, minda, pendidikan, daya, dan taraf hidup. Akhirnya mereka dibantu untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan sesama peserta, fasilitator dan petugas yang lain. Fasilitator boleh memilih diantara beberapa permainan yang telah dicadang atau mengemukakan beberapa tambahan permainan berdasarkan

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

kreativiti yang bersesuaian dengan persekitaran. Proses ini berterusan sehingga peserta dapat terlibat dengan aktiviti yang dilaksanakan. MORAL PERMAINAN : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Sepakat membawa berkat Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Belajar membuat keputusan dengan tepat Merancang Menerima teguran dan tunjuk ajar Tabah dan tekun serta bersungguh-sungguh Bersabar dan mengawal emosi Semangat berkumpulan dan kekitaan Menghilang tekanan diri Berkorban untuk kejayaan serta memahami keperluan orang lain Menerima persahabatan secara sihat dan keterbukaan Tiada jalan mudah untuk kejayaan Pendorong kejayaan ialah kegagalan

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

PROGRAM KONVENSYEN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI IPTA MALAYSIA 2009

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

PENGENALAN Pembentukan kumpulan adalah penting memastikan pelaksanaan tugas dan operasinya mencapai matlamat. Manusia dilahirkan dengan pelbagai keupayaan, kemahiran dan kebolehan. Jesteru itu, setiap individu memerlukan individu lain bagi menyempurnakan setiap hasrat dan keinginannya. Manusia perlu hidup dalam kumpulan, kerana hidup bersendirian mengundang pelbagai tanggapan. Walaupun pada masa-masa tertentu, individu boleh bersendirian, pada kebanyakan masa mereka perlu berada dengan orang lain atau kumpulan. Setiap kumpulan harus dibentuk dengan semangat cintakan kumpulan di samping memahami dasar perjuangan dan falsafah penubuhan atau pembentukan kumpulan. METODOLOGI DAN ARAHAN FASILITATOR Fasilitator mestilah memastikan supaya sesebuah kumpulan kecil seimbang dari segi jumlah dan personality peserta. Fasilitator menerangkan kepada peserta mengenai aktiviti pembentukan kumpulan yang akan dijalankan pada sesi suai kenal. Minta peserta menyebut nombor mengikut turutan kedudukan mereka bermula dari nombor 1 hingga 200. Peserta diminta untuk mengingati nombor masing-masing yang akan diguna pakai hingga tamat kursus. Peserta diarahkan membentuk kumpulan mengikut nombor yang telah ditetapkan oleh fasilitator. Kumpulan akan dibentuk mengikut nombor berasaskan nombor utama contohnya : Kumpulan 1 : ahli kumpulannya terdiri daripada nombor yang berasaskan nombor 1 iaitu 1,11,21,31,41,51,hingga 191

MASA 15 minit ALAT BANTU Kertas mahjong Marker pen Kertas A4

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

ARAHAN FASILITATOR Langkah 1 Fasilitator menerangkan kepada peserta mengenai aktiviti pembentukan kumpulan yang akan dijalankan pada sesi suai kenal. Langkah 2 Fasilitator menerangkan kepada peserta menyebut nombor mengikut turutan kedudukan mereka bermula dari nombor 1 hingga 200. Peserta diminta untuk mengingati nombor masing-masing yang akan digunapakai hingga tamat program. Langkah 3 Fasilitator menerangkan membentuk kumpulan mengikut nombor yang telah ditetapkan oleh fasilitator. RUMUSAN FASILITATOR Fasilitator menutup aktiviti taklimat, suai kenal dan pembentukan kumpulan dengan mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama dikalangan peserta dan petugas.

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2009

Anda mungkin juga menyukai