Anda di halaman 1dari 3

2.0 FUNGSI KENAZIRAN SEKOLAH 2.

1 Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Menurut cabutan laporan Suruhanjaya Pelajaran Brunei Tahun 1972, salah satu daripada fungsi kenaziran sekolah ialah memeriksa perjalanan sekolah-sekolah dengan tujuan untuk memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran berkembang maju dan terpelihara (Kenaziran Sekolah-sekolah, n.d). Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Negara Malaysia, pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik. Penyeliaan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran guru dalam bilik darjah agar pendidikan yang diberi membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Penyeliaan ini melibatkan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran terhadap guru di dalam kelas. Penyeliaan dijalankan berpandukan hubungan profesionalisme dengan guruguru bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (Abdullah Sani Yahaya, 2003). Terdapat beberapa ciri yang dititikberatkan dalam penyeliaan pengajaran dan pembelajaran, iaitu rancangan pengajaran tahunan dan harian. Tujuan penyeliaan terhadap rancangan pengajaran ialah untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dijalankan berdasarkan sukatan pelajaran dan menepati kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan penyeliaan ini, guru akan dapat membuat penilaian terhadap kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta mengenalpasti kekuatan dan kelemahan perancangan dan penyampaiannya. Dalam setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, penyediaan rancangan pengajaran hendaklah mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Oleh itu, guru perlu merancang aktivit pembelajaran yang menarik, sesuai dan berkesan (Abdullah Sani Yahaya, 2003).

Terdapat dua bahagian dalam penyediaan rancangan pengajaran, iaitu (1) Rancangan Pengajaran Tahunan dan (2) Rancangan Pengajaran Harian (Abdullah Sani Yahaya, 2003). 1. Rancangan Pengajaran Tahunan Rancangan pengajaran tahunan adalah disediakan pada awal tahun persekolahan dan penyediaan ini adalah berlandaskan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan pelajar dan keadaan semasa. Panduan yang ditetapkan seperti tajuk mata pelajaran, objektif, hasil pembelajaran yang dihasratkan, bilangan minggu dan catatan hendaklah dipatuhi semasa melakukan penulisan rancangan tahunan. Semasa peyeliaan terhadap persediaan mengajar, perkara yang ditekankan ialah piawaian kandungan persediaan mengajar yang ditetapkan seperti mempamerkan visi, misi, matlamat dan piagam sekolah, dan bagi memastikan guru-gur menjalankan pengajaran dan pembelajran berpandukan matlamat yang ditetapkan, pencerapan dan refleksi guru akan dijalankan. 2. Rancangan Pengajaran Harian Penyediaan rancangan harian perlu meliputi maklumat seperti tarikh, hari, masa, mata pelajaran, tajuk dan aktiviti pembelajaran. Selain itu, penyediaan rancangan harian hendaklah ringkas, tepat, jelas dan padat. Dari aspek penyampaian isi pelajaran, penyeliaan daripada semasa ke semasa terhadap pengajaran guru dan pembelajaran akan menjadikan pelajaran itu lebih bermakna dan menarik. Di samping itu, kualiti pengajaran dan pembelajaran akan dapat dipertingkatkan. Melalui penyeliaan juga, interaksi antara guru dan pelajar juga dapat di perbaiki. Ini adalah kerana dalam pengajaran dan pembelajaran, seharusnya wujud interaksi dua hala andtara guru dan pelajar. Samada pelajar itu adalah secara individu ataupun secara berkumpulan, guru akan memberi layanan dan perhatian kepada mereka. Oleh itu, penyeliaan yang dijalankan akan memberikan suasana pembelajaran yang aktif seterusnya dapat mempertingkatkan kefahaman dan minat pelajar (Abdullah Sani Yahaya, 2003).

Dalam Akta Sekolah 1992, akta ini menubuhkan Officer for Standard in Education (OFSTED) sekali gus mengubah peranan Nazir Sekolah Diraja (Her Majestrys Inspectors of School- HMI). Fungsi OFSTED adalah melantik dan melatih nazir yang memeriksa sekolah setiap empat tahun. Proses ini bermula pada tahun 1993 untuk sekolah menengah dan 1994 untuk sekolah rendah. Secara ringkasnya, pasukan nazir menawarkan kontrak dan OFSTED memilih pasukan mana yang memeriksa sebuah sekolah tertentu. Pasukan nazir OFSTED menilai prestasi sekolah berpandukan kritiria yang ditetapkan terlebih dahulu, dibentangkan dalam Framework for Schook Inspection yang ditulis oleh HMI. Keputusan pemeriksaan diumumkan dan pentadbiran sekolah dikehendaki membuat pelan tindakan bagi menyelesaikan isu yang ditimbulkan oleh Nazir. (Sonia Blandford. 2009)

Rujukan Kenaziran Sekolah-sekolah. (n.d.). Retrieved from

http://www.pmo.gov.bn/pmo1/index.php?option=com_content&view=article&id=372&Ite mid=273 Abdullah Sani Yahaya. (2003)s. Mengurus Sekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur. Sonia Blandford. 2009. Mengurus sumber di sekolah. KL: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Anda mungkin juga menyukai