Anda di halaman 1dari 5

KERTAS

KERJA
PERMOHONAN SUMBANGAN
PERALATAN SUKAN PETANQUE

SMK SENIBONG, LUNDU


TAHUN 2018

Disediakan Oleh:

PUAN MIMI GRIFFORD ANAK ADOT

ENCIK MOHAMAD DHIYA HAFRIZ BIN MASHOR

GURU PENASIHAT
SUKAN PETANQUE SMK SENIBONG
1.0 PENGENALAN

Petanque boleh dijadikan sebagai satu alternatif kepada beberapa kegiatan sukan yang
terdapat di negara ini samada yang sudah ‘established’ dan yang baru muncul. Istimewanya
sukan ini, ia dapat memenuhi konsep “Sukan Untuk Semua”. Seseorang yang tidak
dikurniakan kelebihan dari segi fizikal, kecergasan, stamina, konsentrasi dan kewangan boleh
menceburi sukan ini. Lelaki, wanita , kanak-kanak, remaja, dewasa dan mereka yang berumur
boleh melibatkan diri dalam sukan ini. Mereka boleh bergabung dan bermain dalam satu
pasukan tanpa memerlukan apa-apa ‘advantage’ atau ‘handicap’. Faktor jantina dan fizikal
bukan menjadi satu kelebihan. Petanque amat mudah dipelajari. Dengan memerhati dan
mengkaji orang lain bermain dan mengetahui beberapa peraturan asas , seseorang itu mampu
bermain petanque. Ia tidak memerlukan pergerakan yang banyak atau yang ‘vigorous ‘
kerana permainan dilakukan dalam gelanggang yang kecil berukuran 15meter x 4 meter
minimum dan tiada had masa ditentukan untuk menghabiskan permainan. Petanque sebagai
satu kegiatan sukan dapat memenuhi konsep “Kecergasan SeUmur Hidup”. Faktor usia dan
kekuatan tubuh badan bukan menjadi ukuran atau kelebihan kepada seseorang pemain.
Semua peringkat umur pemain dari peringkat sekolah rendah membawa kepada alam remaja,
belia, dewasa dan warga tua boleh menguasai sukan petanque dengan baik dan bijak.

2.0 RASIONAL

Petanque adalah sejenis permainan yang mudah dipelajari dan dimainkan. Selain
daripada kos yang murah untuk mula memainkan permainan ini, ia juga boleh dimainkan
pada semua jenis permukaan kecuali simen dan tar serta tidak terikat dengan gangguan angin.
Permainan petanque ini mempunyai banyak persamaan dengan permainan bowling padang,
namun permainan bowling padang hanya dapat dimainkan di atas permukaan gelanggang
khas sahaja. Manakala petanque boleh dimainkan di permukaan gelanggang tanah, pasir,
rumput dan sebagainya. Peralatan permainan petanque juga sangat mudah iaitu hanya
memerlukan beberapa biji bola besi (Boules) dan sebiji bola kayu (Jack). Walaupun harga
bola petanque agak mahal (bergantung kepada jenis dan jenama), namun ia adalah berbaloi
untuk dibeli kerana bola petanque boleh tahan bertahun-tahun lamanya. Dari segi bilangan
pemain pula sukan petanque boleh dimainkan secara perseorangan, bergu dan bertiga.
Dengan kelengkapan alat sukan petanque dan pembinaan gelanggang petanque di SMK
Senibong, harapannya supaya permainan petanque menjadi sukan yang paling digemari
dalam kalangan pelajar, warga sekolah serta komuniti masyarakat sekitar sekolah.
3.0 MATLAMAT

3.1 Memiliki peralatan petanque yang memenuhi syarat dan pengiktirafan


Persekutuan Petanque Antarabangsa (FIPJP) dan Persekutuan Petanque
Malaysia (PPM) .

3.2 Menarik minat lebih ramai pelajar, warga sekolah serta masyarakat setempat
untuk bermain petanque.

3.3 Memantapkan kemahiran asas dan lanjutan pemain petanque sekolah agar
mampu bersaing di dalam kejohanan pelbagai tahap.

3.4 Meraih beberapa kejohanan petanque dalam sasaran jangkamasa 5 tahun


bermula dari 2018.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memiliki dan menyedia peralatan yang berkaitan dengan keperluan 


permainan petanque. Dengan adanya kemudahan yang sempurna,  prestasi
pemain dapat ditingkatkan melalui latihan yang bersistematik dan peralatan
yang berkualiti.

4.2 Memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar-pelajar mendapat lebih


pengalaman dan menguasai kemahiran untuk memantapkan lagi pasukan
sekolah bagi kejohanan pelbagai peringkat.

4.3 Persediaan latihan am dan latihan  intensif  kepada para pemain sebelum
menyertai pertandingan yang  sebenar dan sentiasa bersedia menyertai apa-apa
pertandingan yang diadakan sepanjang  tahun.

4.4 Mampu meningkatkan disiplin dan seterusnya memenangi pelbagai anugerah


seperti pointer terbaik , shooting terbaik dan juga pasukan terbaik .
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

(sila rujuk lampiran sebut harga dari syarikat yang dikepilkan bersama)

5.1 Perkara: Anggaran harga peralatan petanque

BIL PERKARA KUANTITI KADAR (RM) JUMLAH


(RM)

1 Boules Jenama Geologic 4 set 250.00 1000.00


Alpha

2 Hultafors Talmater 3 meter 1 unit 150.00 150.00

3 Gelung Jenama Marathon 4 unit 35.00 140.00

4 Jack Jenama Obut (6 biji) 2 unit 50.00 100.00

5 * Papan markah 2 unit 150.00 300.00

JUMLAH KESELURUHAN 1690.00

5.2 Jumlah anggaran perbelanjaan keseluruhan adalah seperti berikut =

RM 1690.00

6.0 PENUTUP

Dengan memiliki kelengkapan peralatan petanque akan mampu menaikkan nama para
pelajar SMK Senibong di tahap yang lebih tinggi. Selain membentuk sahsiah dan moral
pelajar, sukan ini diyakini mampu melahirkan pelajar seiring dengan kehendak semasa
pendidikan negara yang dipayungi Falsafah Pendidikan.
Disediakan Oleh:

(MIMI GRIFFORD ANAK ADOT)


Guru penasihat 1 Petanque
SMK Senibong

(MOHAMAD DHIYA HAFRIZ BIN MASHOR)


Guru penasihat 2 Petanque
SMK Senibong

Disemak Oleh:

(JITI ANAK TAHIENG)


Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SMK Senibong

Diluluskan Oleh:

(NOR FARDILLAH BINTI HAMNI)


PENGETUA
SMK Senibong

Anda mungkin juga menyukai