Anda di halaman 1dari 7

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

KERTAS KERJA

KURSUS PEMANTAPAN PENGETAHUAN


DAN KEMAHIRAN RANGKAIAN KOMPUTER
JURUTEKNIK FT17 SEKOLAH RENDAH

TARIKH :

04 & 05 OGOS 2015- ZON UTARA


11 & 12 OGOS 2015 ZON TENGAH
25 & 26 OGOS 2015 ZON SELATAN

TEMPAT :

MAKMAL KOMPUTER
SK SULTANAH ASMA ZON UTARA
SK SRI JERAI ZON TENGAH
SK TUNKU ABDUL MALIK, KULIM ZON SELATAN

ANJURAN:

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT & ICT

1
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan


kelulusan dari Pengarah Pendidikan Negeri serta peruntukan
kewangan bagi melaksana program ini.

2.0 PENGENALAN

Program ini adalah berdasarkan Pelan Tindakan Strategik ICT Jabatan


Pendidikan Negeri Kedah bagi tahun 2015 terhadap perkara-perkara
berikut:

2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Juruteknik Komputer


(FT17) di sekolah berkaitan rangkaian komputer.
2.2 Kursus/bengkel ini akan dikendalikan oleh penceramah yang
berpengalaman dan berkemahiran tinggi.
2.3 Kursus/bengkel ini akan diadakan di makmal sekolah terpilih ,
dalam suasana kerja yang sebenar.
2.4 Kursus/bengkel ini akan diadakan di tiga zon iaitu zon utara, zon
tengah dan zon selatan yang melibatkan peserta seramai 30 orang
setiap zon yang berjumlah 90 orang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang asas sistem


rangkaian dan cara-cara pemasangannya.
3.2 Meningkatkan kemahiran berkaitan pemasangan, pengujian dan
penyelenggaraan sistem rangkaian dengan teknik yang betul.
3.3 Meningkatkan kefahaman tentang aspek keselamatan rangkaian.

4.0 JUSTIFIKASI

2
Kursus/bengkel ini diperlukan bagi memantapkan kefahaman dan
kemahiran Juruteknik Komputer (FT17) yang bertugas di sekolah-
sekolah negeri Kedah agar sistem rangkaian komputer yang terdapat
di sekolah dapat diurus dengan baik dan berfungsi pada tahap yang
optimum. Melalui kursus ini, para peserta juga dapat mengemaskini
maklumat terkini berkaitan sistem rangkaian komputer dan aspek
keselamatan rangkaian.

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

5.1 Siri 1: Zon Utara PPD Kota Setar, Kubang Pasu dan Langkawi.
Tarikh : 04 dan 05 Ogos 2015
Hari : Selasa dan Rabu
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Sultanah Asma, Alor
Setar

5.2 Siri 2 : Zon Tengah PPD Kuala Muda/Yan , PPD Padang Terap
dan PPD Pendang
Tarikh : 11 dan 12 Ogos 2015
Hari : Selasa dan Rabu
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Sri Jerai, Gurun

5.3 Siri 3 : Zon Selatan PPD Kulim/Bandar Baharu dan PPD


Baling/Sik
Tarikh : 25 dan 26 Ogos 2015
Hari : Selasa dan Rabu
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Tunku Abdul
Malik,Kulim

6.0 PENCERAMAH / FASILITATOR

3
Penceramah & fasilitator yang dicadangkan untuk menjayakan kursus
ini terdiri daripada pensyarah dari Jabatan Pengajian
Pengkomputeran, Universiti Utara Malaysia dan Pegawai Teknologi
Maklumat daripada agensi kerajaan.

7.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA

7.1 Peserta program/kursus adalah terdiri daripada Juruteknik


Komputer (FT17) di sekolah-sekolah terpilih seluruh negeri
seramai 90 orang yang merangkumi tiga zon.
7.2 Peserta kursus dipilih berdasarkan tempoh berkhidmat di sekolah
kurang dari lima tahun, baru berpindah masuk ke Negeri Kedah
atau peserta yang dicadangkan oleh pihak pentadbiran
sekolah/PPD/JPN.
7.3 Senarai maklumat lengkap peserta adalah seperti di lampiran 1.

8.0 TENTATIF PROGRAM

Hari pertama
Masa Aktiviti
8:30 pagi Pendaftaran dan taklimat kursus
9:00 pagi Slot 1: Introduction to Networking
10:30 pagi Minum pagi
11:00 pagi Slot 2: Server setup and Network Performance
1:00 ptg Rehat /makan tengahari dan solat
2:30 ptg Slot 3: Network Configuring
5:00 ptg Minum petang/bersurai

Hari kedua
Masa Aktiviti
8:30 pagi Slot 4: Network Troubleshooting & Safety Policy
4
10:30 pagi Minum pagi
11:00 pagi Slot 5: Handle network equipment/software
1:00 ptg Rehat/makan tengahari/solat
2:30 ptg Slot 6: IPv6
4:30 ptg Majlis penutup dan penyampaian sijil
5:00 ptg Minum petang/bersurai

9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Abd. Halim bin Ahmad


Ketua Sektor Pengurusan Maklumat &
ICT

Timb. Pengerusi : Pn. Maheran binti Ali


Ketua Unit Teknikal

Penyelaras / : Mohd Puzi bin Yaacub


Setiausaha Penolong Pengarah (Maklumat 1)

Urusetia : 1. Pn. Nur Syakirah bt. Mohamad


Yusof - (Kewangan)
2. Pn. Umi Kalsom binti Mohd Zaini
(Pentadbiran)
3. En. Khairul Kaabah b. Saad
(Teknikal/Dokumentasi)

10. ANGGARAN PERUNTUKAN KEWANGAN

Jumlah
Bil. Aktiviti Kuantiti/bil. Kos (RM)
(RM)
1 Makan dan minum
5
1.1 Peserta 30 org. x
RM 15.00
30 orang 2700.00
x 2 hari x 3
zon
1.2 2 org. x
Penceramah/Fasilitato RM 15.00
2 orang 180.00
r x2 hari x 3
zon
1.3 Urusetia & 3 org. x
penyelaras RM 15.00
3 orang 270.00
x 2 hari x 3
zon
2 Bayaran Penceramah
2.1 Zon Utara 2 orang 2 org. x
RM
2400.00
200/jam x
6 jam
2.2 Zon tengah 2 orang 2 org. x
RM
2400.00
200/jam x
6 jam
2.3 Zon selatan 2 orang 2 org. x
RM
2400.00
200/jam x
6 jam
JUMLAH 10,350.00

11. PENUTUP

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan atas


pertimbangan dan perhatian yang diberikan bagi menjayakan
program ini.

6
12. TANDATANGAN

Disediakan Setiausaha,
oleh: Kursus Pemantapan Pengetahuan dan
Kemahiran Rangkaian Untuk Juruteknik
Komputer FT17

..........................................................
( Mohd Puzi bin Yaacub )

Disahkan Ketua Sektor


oleh: Sektor Pengurusan Maklumat & ICT

...................................................
( Abd. Halim bin Ahmad )

Anda mungkin juga menyukai