Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

BENGKEL PENGATURCARAAN
DAN ASAS ROBOTIK
2022
ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM SKTBR2

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 2

TARIKH:

0
1.0. TUJUAN

Penggunaan Robotik semakin diminati oleh golongan muda dan menjadi teknologi yang penting dalam
pembangunan negara. Hal ini dapat dilihat dengan beberapa hasil dalam penggunaan robotik telah membawa
beberapa kepentingan dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, teknologi ini perlu dikembangkan lagi sejajar
dengan hasrat untuk melahirkan lebih ramai pakar yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, dinamik serta
mampu bersaing dalam bidang industri sains dan teknologi yang sedang mengalami perkembangan pesat.
Dengan ini usaha dan hasrat Unit Kokurikulum menganjurkan Bengkel Pengaturcaraan dan Asas Robotik
Micro:Bit. Ianya bertujuan dalam meningkatkan pemahaman serta memupuk minat murid terhadap bidang
sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan. Di samping ianya membantu murid mempelajari sesuatu yang
baru yang lebih menarik dan menyeronokkan.

2.0. PENDAHULUAN

Unit kokurikulum SKTBR2 akan mengadakan Bengkel Pengaturcaraan dan Asas Robotik Micro:Bit 2022.
Program ini merupakan satu langkah untuk memperkenalkan Micro:Bit yang terdapat dalam DSKP Reka
Bentuk Teknologi tahun 5 dan 6 . Penggunaan Micro:Bit juga boleh di akses melalui komputer riba,komputer
dan juga telefon pintar. Murid dapat membuat prototype dan seterusnya menghasilkan projek inovasi yang
kreatif.

3.0. RASIONAL / MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti murid dalam bidang pengaturcaraan dan robotik yang telah
diterapkan dalam DSKP Reka Bentuk Teknologi tahun 5 dan tahun 6 . Murid yang telibat dapat mengenal
Micro:Bit dan tatacara penggunaan dengan lebih mendalam lagi . Beberapa siri latihan dan ujian akan diadakan
semasa PdPc untuk menguji dan memantapkan lagi penguasaan murid tentang Micro:Bit . Murid-murid akan
dibantu oleh Mentor yang mahir dan guru STEM,guru Sains Matematik dan juga guru RBT untuk akses sistem
yang diperkenalkan sehingga mahir.

1
4.0. OBJEKTIF

Terdapat beberapa tujuan dan objektif yang perlu dilaksanakan bagi melancarkan program dan aktiviti ini
antaranya adalah:

4.1. Menanamkan minat robotik di kalangan murid, guru untuk menguasai teknologi terkini
4.2. Meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
4.3. Memenuhi keperluan DSKP Reka Bentuk Teknologi tahun 5 dan tahun 6

5.0. TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Terdapat masa dan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan aktiviti ini antaranya adalah:
5.1. Tarikh : 04 Januari 2023
5.2. Tempat : Dewan Al-Biruni SKTBR2
5.3. Masa bermula : 8.00 pagi

6.0. SASARAN

Bagi melancarkan program ini penglibatan adalah melibatkan:


6.1. Semua Murid Tahap 2
6.2. Semua Guru SKTBR2

7.0. JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Penasihat : En. Zaini bin Mad Lazin (Guru Besar SKTBR2)


Pengerusi : En. Zulkifli Bin Mahmad (GPK Kokurikulum)
: Pn. Ruzaiton binti (GPK Pentadbiran)
: Pn. Sarimah binti Jabar (GPK HEM)
Penyelaras : Pn. Faizahtul Salma binti Othman
Pen. Penyelaras : Cik Nurhidayah binti Mohd Sabri

2
AJK Nama AJK Bidang Tugas
Persiapan Tempat/P.A En. Nik Ahmad Tarmizi  Menyediakan tempat
En. Muhd Azwan
Sistem En. Mohd Azlan program dan p.a sistem
dengan baik
Alatan Pn. Faizahtul salma  Menyediakan alatan yang
Cik Nurhidayah diperlukan untuk para
peserta program
Buku Program Pn Norshaheera  Membuat dan
Pn Farina
mengedarkan buku
program
Pengacara En Mohd Azim  Mengacara majlis
JK Sijil Pn Naziefah  Menyediakan dan
Pn Siti farizan
Pn Siti Samihah mengagihkan sijil untuk
peserta
JK Dokumentasi Pn Zawiroh  Membuat laporan
Pn Faizah
& dokumentasi program
Pn Rosidah
JK Fotografi  Mengambil gambar
sepanjang program
berlangsung
Penceramah En Zulkifli  Memberi penerangan dan
tunjuk ajar sepanjang
program berlansung
JK Makanan Pn Maizun  Menguruskan makanan
Pn Rohayu semua yang terlibat
dalam program

3
8.0. TENTATIF PROGRAM

Terdapat beberapa tentatif dan perancangan yang perlu dilaksanakan bagi melancarkan program ini antaranya
adalah:

8.00 pagi Pendaftaran kehadiran peserta


9.00 pagi Pengenalan Program oleh penceramah jemputan
10.00 pagi Murid dibahagikan dalam kumpulan dan edaran bahan aktviti
10.30 pagi Rehat
11.00 pagi Murid menjalankan LDK bersama Mentor
11.30 pagi Persembahan hasil kumpulan terpilih
Penutup

8.1 AKTIVITI

a. Pengenalan Micro:bit
b. Penerangan ciri pada Micro:bit
c. Penggunaan dan rekacipta
d. Uji hasil

4
9.0 KEWANGAN

Terdapat anggaran dan perbelanjaan yang dikeluarkan bagi melancarkan aktiviti dan program ini agar
ianya dijalankan seperti yang dirancang antaranya adalah:

Sumber Jumlah
Bil. Perkara Butiran Jumlah
Pendapatan Keseluruhan

BTP
10 Unit x RM99.00
1. Kit Micro:bit RM990.00 ( KoKurikulum)
= RM990.00

BTP RM 1077.50
7 Unit x RM12.50
2. Sarung silikon RM87.50 ( KoKurikulum)
= RM87.50

38 Unit x RM7.00 PIBG


3. Makanan peserta RM266.00 RM 266.00
= RM266.00

BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH (RM)


1. BKK RM1077.50
2. PIBG RM266.00
3. SUMBANGAN LUAR -
RM1343.50
JUMLAH

5
10.0 PENUTUP

Bengkel Pengatrucaraan & Asas Robotik Micro:Bit 2022 merupakan aktiviti yang sewajarnya mendapat
sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan pelaksanaannya. Penganjuran program ini bukan semata-mata
sebagai satu pengisian takwim tahunan sekolah tetapi merupakan program yang agak penting dalam mencapai
hasrat sekolah untuk melahirkan pelajar yang mahir dan kreatif dalam bidang STEM dan cemerlang dalam
semua aspek selaras dengan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Disediakan oleh: Disemak Oleh:

(FAIZAHTUL SALMA BINTI OTHMAN) (EN. ZULKIFLI BIN MAHMAD)


Penyelaras Kelab Robotik Guru Penolong Kanan KoKurikulum
SK Taman Bunga Raya 2 SK Taman Bunga Raya 2

Disahkan oleh:

(EN. ZAINI BIN MAD LAZIN)


Guru Besar
SK Taman Bunga Raya 2

6
0

Anda mungkin juga menyukai