Anda di halaman 1dari 9

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KERTAS KERJA

EXPLORACE: MATHEMATING THE PUZZLE

TARIKH:
????

TEMPAT:
KOLEJ PENGAJIAN
PENGKOMPUTERAN,
INFORMAIK & MATEMATIK
(KPPIM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM.

ANJURAN:
KELAB MATEMATIK (SIDANG 2023/2024),
KOLEJ PENGAJIAN
PENGKOMPUTERAN,
INFORMAIK & MATEMATIK
(KPPIM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM.
1.1 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bagi tujuan berikut:

i. Memperoleh kelulusan program daripada pihak pentadbiran


Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Analitik (KPPIM) dan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

ii. Memohon kebenaran untuk menggunakan barangan dan kemudahan kolej bagi
menjalankan program.

2.0 PENGENALAN

Program Explorace : Mathemating the Puzzle ini akan berlangsung pada hari sekian” yang akan
bertempat di Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & matematik (KPPIM), UiTM Shah Alam.
Program ini terbuka kepada para pelajar Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik
(KPPIM), UiTM Shah Alam. Puzzling Math Explorace merupakan aktiviti pembelajaran dua hala (two
ways communications) dimana kecergasan tubuh dah minda para pelajar akan dicabar. Subjek
Matematik sering dianggap susah dan menjadi punca kegagalan para pelajar. Oleh itu, aktiviti ini
dijalankan untuk menyangkal perspektif yang ketinggalan zaman itu dan membuktikan bahawa subjek
Matematik adalah menyeronokkan dan bukanlah satu beban. Aktiviti ini dilaksanakan menggunakan
konsep belajar sambil bermain untuk memupuk minat pelajar untuk mempelajari subjek Matematik
tanpa adanya tekanan. Melalui program ini, para pelajar akan belajar berfikir secara kritis untuk
menjawab setiap teka teki Matematik yang telah disediakan.

3.0 OBJEKTIF
i. Mengajar para pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis di luar kelas.

ii. Memperkukuhkan kemahiran para pelajar untuk melakukan operasi aritmetik.

iii. Mewujudkan kerjasama dan mengeratkan silaturahim di kalangan pelajar.

iv. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial selain
menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri
yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng
untuk kebaikan diri sendiri.
4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : BELUM PASTI

Hari : BELUM PASTI

Masa : 8:30 pagi – 12:30 petang

Tempat : Perkarangan Kolej Pengajian Pengkomputeran dan MAtematik

4.1 SENARAI TETAMU JEMPUTAN DAN PERASMI PROGRAM


i. Sapa” yg bakal dijemput
ii. BELUM PASTI

5.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA


Jumlah anggaran peserta adalah 50 orang yang terdiri daripada:
i. Pelajar Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM).
ii. Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.30 pagi Pendaftaran para peserta

9.00 pagi Taklimat

9.30 pagi Taklimat ringkas daripada AJK Program

10.00 pagi Permainan bermula

11.30 pagi Permainan tamat. Rehat dan makan.

12.00 tengah hari Penyampaian hadiah kepada pemenang dan penutup.

12.30 petang Bersurai.


7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Jawatankuasa dan Bidang Tugas


Nama Pelaksana
Penaung

Menyemak dan meluluskan kertas kerja yang disediakan.

Penasihat Program Dr. Mohd Hakim Bin Jamil

Memantau dan menasihati perkara berkaitan


program yang sedang dijalankan.
Pengarah Program Aina Qamarina Binti Fazil

Merangka, merancang dan menganalisis program yang akan


dijalankan.
Timbalan Pengarah Alvera victor
Program &
Setiausaha Membantu pengarah program merangka, merancang dan
menganalisis program yang akan dijalankan serta menyiapkan
laporan program dan laporan gerak kerja yang dijalankan berkaitan
dengan program.

Bendahari Puteri Lyyana Farzana Binti Ghazally

Menguruskan kewangan, pelarasan perbelanjaan dan jamuan.

AJK Logistik dan Fatiha ‘Amirah Binti


Persiapan Tempat Irdina Marsya Binti Mohd Khalil

Menyusun dan menyediakan peralatan bagi kegunaan sebelum dan


semasa program serta memastikan kesediaan tempat yang akan
digunakan.
AJK Program dan Amira Faarisha Binti Shahruddin
Protokol Siti Syafiqah Binti Sahranbana

Menguruskan alatan teknikal dan memenuhi segala keperluan


hebahan sepanjang program berlangsung. Memastikan program
berjalan dengan lancar. Menyediakan gerak kerja program.

AJK Multimedia Muhammad Asyraf Bin Zainuddin


dan Publisiti Muhammad Zulfadhli Bin Alias

Mencetak kad jemputan, menyediakan banner dan tag nama dan


memenuhi segala keperluan publisiti program serta mengambil
gambar sepanjang program berlangsung.
AJK Urusetia dan Annur Fazira Binti Ahmad Fauzi Konstatin
Pendaftaran Damia Balqis Binti Che Zainal Abiddin

Mengurus borang dan pendaftaran setiap peserta yang terlibat serta


perkara berkaitan dengan setiap slot sepanjang program.

AJK Sijl, Hadiah Nur Hanis Binti Yazhar


dan Cenderamata Nurul Insyirah Binti Abdul Hamid

Menyediakan cenderamata bagi pihak berkenaan serta menguruskan


sijil penyertaan dan penghargaan kepada para AJK dan peserta

AJK Makanan dan Ahmad Alimi Bin Asis


Tugas-tugas Khas Muhammad Hanif Haqimi Bin Hasmadi.

Menempah dan menyediakan makanan untuk VIP dan peserta


semasa program berlangsung serta membantu AJK lain untuk
menjalankan program
8.0 ANGGARAN KEWANGAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH


SEUNIT (RM)
(RM)
11.2 MAKANAN DAN MINUMAN 10 50 500

JUMLAH
11.3 PERALATAN DAN AKTIVITI 15 6 90

JUMLAH

11.4 SIJIL DAN CENDERAMATA 50 1 50


(TETAMU)

FAKULTI 66 FAKULTI
(PESERTA)

KONTIGENSI (10%) 64
JUMLAH 704
9.0 KEPERLUAN PERALATAN

Bil. Perkara Kuantiti

1. Bola pingpong 1 unit

2. Peti kecemasan 1 unit

3. Bekas telur 1 unit

4. PA System 1 unit

5. Banner 12 unit

6. Kanvas 8 unit

7. Tisu 3 unit

8. Dulang 2 unit

9. Extension 2 unit

10. Plastik Sampah 5 unit

10.0 PENUTUP

Sebagai wakil daripada Kelab Matematik, saya berharap agar program mendapat kelulusan.
Dengan penganjuran program ini, diharap program Explorace : Mathemathing the Puzzle
ini dapat berjalan dengan lancar selari dengan objektif program tersebut. Diharapkan agar apa
yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala aktiviti
yang kami sampaikan di dalam program ini akan dapat memberi manfaat kepada pelajar
dalam kehidupan seharian disamping memberi keseronokan kepada para peserta. Oleh itu,
Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh: Aina Qamarina Binti Fazil,
Pengarah Program,
Explorace : Puzzling Math
Kelab Matematik,
Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Tandatangan :
Tarikh :

Disokong oleh: Dr. Sumarni Abu Bakar,


Ketua Pusat Pengajian Matematik
(PPM),
Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Tandatangan :
Tarikh :

Disemak oleh: Dr. Mohd Hakim Bin Jamil,


Penasihat Program,
Explorace : Puzzling Math
Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Tandatangan :
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai