Anda di halaman 1dari 9

1.

0 MUKADDIMAH

Adalah seperti kita ketahui bahawasanya Islam menggalakkan kita agar


sentiasa mengambil berat akan silaturrahim sesama kita. Kerana hubungan
silaturrahim yang erat akan menguatkan lagi persaudaraan antara kita. Seperti
peribahasa menyatakan “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Justeru itu pada kali ini Ikatan Mahasiswa Malaysia Raden Fatah
(IMARAH) Sesi 17/18 telah merencanakan suatu program bagi mengeratkan
hubungan sesama ahli. Disamping itu juga dalam masa yang sama ia dapat
membangkitkan sifat kebersamaan dan dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim antara mahasiswa Malaysia di Univesitas Islam Negeri Raden
Fatah Palembang.

Maka dengan berdasarkan penjelasan diatas pihak IMARAH melalui


Lajnah Kebajikan dan Keselamatan telah merangka “Program Hari Keluarga
IMARAH” yang akan berlangsung pada tarikh 14/10/2018 hari Ahad
bertempat di Perkarangan Stadium Jakabaring, Palembang. Program seperti
ini adalah program tahunan yang diadakan dan dianjurkan oleh Lajnah
Kebajikan dan Keselamatan IMARAH bagi sesi 2017/2018.

2.0 MATLAMAT

2.1 Untuk mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa Malaysia di


Palembang.

2.2 Sebagai satu alat lonjakan kearah pembaikkan hubungan.

2.3 Mengeratkan ikatan ukhuwwah Islamiah di antara mahasiswa


demi meneruskan kelangsungan perjuangan di Malaysia.

2.4 Menyemai semangat perpaduan di samping mengembleng tenaga


mahasiswa yang belajar di Indonesia.

1
3.0 TEMA

“ SANTAI BERSAMA MENGERAT SILATURRAHIM ”

4.0 BUTIRAN PROGRAM

4.1 Hari : AHAD


4.2 Tarikh : 14/10/2018
4.3 Tempat : JAKABARING

5.0 SASARAN

Ahli IMARAH
6.0 ANJURAN
Lajnah Kebajikan dan Keselamatan ( Ikatan Mahasiswa Malaysia Raden Fatah )
Sesi 2017/2018.

7.0 AHLI JAWATANKUASA


Rujuk Lampiran I-II

8.0 BIDANG TUGAS

Rujuk Lampiran III – IV

9.0 TENTATIF PROGRAM


Sila rujuk lampiran V

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Sila rujuk lampiran VI

11.0 PENUTUP

Semoga program ini diberi taufik dan ‘inayah daripada Allah SWT
seterusnya mampu menghasilkan sebaik-baik natijah. Amiin.

2
Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… ……………………………………

(AHMAD MUJAHID BIN MAHAMAD AZIZ) (HAIRUL NIZAR BIN MAT ZIN)
Setiausaha Program, Pengarah Program,
Hari Keluarga IMARAH, Hari Keluarga IMARAH,
SESI 17/18 SESI 17/18

Disahkan oleh,

……………………………………..

(MOHD ZAHARUDIN BIN SUDIN)


Presiden IMARAH
SESI 17/18

“ MAHASISWA CEMERLANG, UMMAH GEMILANG ”

“ SANTAI BERSAMA MENGERAT SILATURRAHIM ”

.........................................................................................................

3
Lampiran I

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGARAH

HAIRUL NIZAR BIN MAT ZIN

TIMBALAN PENGARAH

NUR HASYIMAH BINTI MUSA

SETIAUSAHA

AHMAD MUJAHID BIN MAHAMAD AZIZ

UMMU SAFIAH BINTI CHE MAT

BENDAHARI

NUR SYAFIRA BINTI ABIDI

UNIT MAKANAN
MR ISMAAEL PANAWA
MUHAMMAD HANAFIAH BIN RAMLI
MISS FATIHAH CHEDUERAMAE

UNIT PERALATAN DAN TEMPAT


FATHURRAZIQ BIN ISMAIL
NUR LUQMAN HAKIM BIN ABDUL JALIL
SITI RAIHANAH BINTI ZAKARIA

UNIT MULTIMEDIA DAN PUBLISITI


MOHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD NASIR
MOHD ATHAILLAH MAJDI BIN ABD MAJID
MUHD RAFI’UDDIN BIN ROSLAN
NURUL AMANI BINTI MAT DIN
4
Lampiran II

UNIT PENGISIAN DAN SUKAN


AMMAR BIN ROSLAN
MUHAMMAD AMIR SHAKIRIN BIN MOHD ZAN
RABIATUL ADAWIAH BINTI ISMAIL
RAJA AMIRAH BINTI RAJA ABD MALEK

UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN


MUHAMMAD AZAM AZIZI BIN ABD AZIZ
NURUL NAJWA BINTI YATIM MUSTAFFA

UNIT JEMPUTAN DAN CENDERAHATI


MUHAMAD HUZAIFAH BIN AHMAD
TENGKU MUHAMMAD MAWARDI BIN TENGKU ANUAR
FAKHRIAH ADAWIAH BINTI MD NASIR
ROQAIYAH BINTI ABDUL HADI

5
Lampiran III

BIDANG TUGAS

PENGARAH
i. Mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa.
ii. Memasti dan mengawasi keseluruhan kerja-kerja perencanaan dan
perlaksanaan projek berjalan dengan lancar.
iii. Menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan kerjasama
Timbalan Pengarah dan Setiausaha.
iv. Mendapatkan sumber kewangan.

TIMBALAN PENGARAH
i. Memangku tugas Pengarah apabila diperlukan.
ii. Menguatkuasakan disiplin dan adab-adab semasa majlis berlangsung.
iii. Mengawasi dan memastikan keseluruhan kerja-kerja ahli jawatankuasa
yang berada di bawahnya berjalan dengan lancar.

SETIAUSAHA
i. Mengurus segala surat menyurat yang berkaitan dengan program dan
merekodkannya ke dalam fail.
ii. Mencatat minit mesyuarat bagi mesyuarat Ahli Jawatankuasa program.
iii. Menyimpan dan menjaga segala rekod lengkap mengenai program.
iv. Membantu Pengarah dalam kerja-kerja pentadbiran dan mengawasi
perjalanan program.
v. Menyiapkan direktori jawatankuasa program.

TIMBALAN SETIAUSAHA
i. Membantu dan menyelaraskan kerja-kerja di bahagian siswi.
ii. Bekerjasama dengan Setiausaha.
iii. Bertanggungjawab menyedia, menaip, mencetak dan menjilid bahan-
bahan seperti kertas kerja, buku cenderahati, modul dan risalah yang
berkaitan jika perlu.

BENDAHARI
i. Mengurus dan merekodkan segala urusan kewangan projek.
ii. Mencari dan mendapatkan sumber kewangan program.
iii. Menyedia dan membentangkan penyata kewangan dalam mesyuarat
terakhir.

6
Lampiran IV

UNIT PENGISIAN DAN SUKAN


i. Mengurus semua acara agar berjalan lancar.
ii. Menyelia hubungan dengan pengisi bagi setiap slot pengisian.
iii. Menyedia dan membentang laporan dalam mesyuarat terakhir dan
menyerahkan kepada Setiausaha Kerja.

UNIT MULTIMEDIA DAN PUBLISITI


i. Menyediakan iklan dan banner program.
ii. Merakam gambar setiap aktiviti semasa program berlangsung.
iii. Mengatur sesi penggambaran pada setiap program atau aktiviti yang dibuat.
iv. Mencuci gambar dengan seberapa segera untuk dijual@diberikan kepada para
peserta program.
v. Menyedia dan membentangkan laporan dalam mesyuarat terakhir dan
menyerahkan kepada Setiausaha Kerja beserta dengan kesemua foto program.

UNIT MAKANAN
i. Bertanggungjawab menyedia atau menempah makanan dan minuman
serta mengedarkan kepada peserta dan tetamu.
ii. Menyediakan alatan untuk penyediaan makanan.
iii. Mengurus dan memastikan persiapan makanan dan minuman menepati
masa serta berjalan dengan lancar.
iv. Menyedia dan membentangkan laporan dalam mesyuarat terakhir dan
menyerahkan kepada Setiausaha Kerja.

UNIT JEMPUTAN DAN CENDERAHATI


i. Membeli cenderahati dan hadiah untuk setiap acara yang
dipertandingkan.
ii. Menyediakan cenderahati kepada yang berkenaan.
iii. Menyedia dan membentangkan laporan dalam mesyuarat terakhir dan
menyerahkan kepada Setiausaha Kerja.

UNIT KESELAMATAN DAN KECEMASAN


i. Memastikan perjalanan program berjalan lancar tanpa gangguan.
ii. Memastikan ubat-ubatan untuk kecemasan ada sewaktu berlangsung
program jika diperlukan.
iii. Bersedia untuk menghadapi kecemasan atau kejadian yang tidak di
ingini sepanjang program.
iv. Menyedia dan membentang laporan dalam mesyuarat terakhir dan
menyerahkan kepada Setiausaha Kerja.

7
Lampiran V

TENTATIF HARI KELUARGA IMARAH

MASA AKTIVITI

7.00 am – 7.30 am Bertolak Ke Tempat Program

7.30 am – 8.00 am Pendaftaran dan Sarapan Pagi

8.00 am – 8.30 am Perasmian Oleh Presiden IMARAH


SESI 17/18
8.30 am – 9.00 am Senaman Ringan

9.00 am – 12.00 pm Sukan Sesi 1

12.00 am – 1.00 pm Bersiap Untuk Solat Zohor Dan Makan


Tengahari
1.00 pm – 3.00 pm Sukan Sesi 2

3.00 pm – 3.45 pm Perasmian Penutup Dan Pembagian Hadiah


Bagi Pemenang
4.00 pm Bertolak Pulang Dari Tempat Program

*Tertakluk kepada perubahan

8
Lampiran VI

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA PERKIRAAN JUMLAH

1 Unit Makanan Rp 20.000 x 78 Orang Rp 1,560,000.00

2 Unit Jemputan Dan Cenderahati Rp 3,500,000.00

3 Unit Peralatan Dan Tempat Rp 750,000.00

4 Unit Multimedia Dan Publisiti Rp 200,000.00

5 Unit Keselamatan Dan Kesihatan Rp 100,000.00

6 Hal – Hal Lain Rp 300,000.00

JUMLAH KESELURUHAN Rp 6,410,000.00

# JUMLAH KESELURUHAN : RP 6,410,000.00 bersamaan RM 1,751.1210


dengan Kadar Rate 1MYR= 3,660.5123 IDR.

Anda mungkin juga menyukai