Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM:
CERAMAH PERDANA

KERTAS KERJA

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT:

MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN

TARIKH:
11 MAC 2017 (SABTU)

TEMPAT:
TANAH PERKUBURAN ISLAM BEHRANG 2020

ANJURAN:

CUP 2021 GURU KADET REMAJA SEKOLAH 2 (KUMPULAN 9)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DENGAN KERJASAMA:

MASJID AL HIDAYAH DAN KELAB RUKUN TETANGGA BEHRANG 2020

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk:

Mendapatkan kelulusan daripada pensyarah kursus CUP 2021 Guru Kadet Remaja
Sekolah 2, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2. PENGENALAN

Program khidmat masyarakat ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kursus CUP 2021
Guru Kadet Remaja Sekolah 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penganjuran program ini bertujuan untuk mendidik mahasiswa dan mahasiswi


supaya menjadi insan yang berilmu, berwibawa, berakhlak mulia serta mengamalkan
nilai-nilai murni yang diterapkan dalam agama Islam supaya menjadi hamba Allah yang
bertaqwa serta dapat mempertingkatkan sahsiah diri mahasiswa dan mahasiswi yang
cemerlang.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk semangat kerjasama dalam
aktiviti berkumpulan sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka dan
juga masyarakat sekitar. Melalui program seperti ini juga, mahasiswa dan mahasiswi akan
lebih peka terhadap persekitaran mereka bukan hanya berfokuskan kepada aktiviti dalam
universiti sahaja.

3. OBJEKTIF

i. Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cintakan agama Islam.


ii. Melahirkan kesedaran mahasiswa dan mahasiswi tentang kepatuhan agama dan
cara hidup Islam.
iii. Menyemarakkan ukhuwah Islamiah antara mahasiswa dan mahasiswi dengan
masyarakat luar.
iv. Membentuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus
CUP 2021 melalui kerja berpasukan.
v. Menyalurkan sumbangan berbentuk tenaga kepada masyarakat.
4. JUSTIFIKASI

Program berbentuk kemasyarakatan seperti ini dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim


antara mahasiswa dan mahasiswi terutamanya dalam memupuk rasa cinta akan ilmu
agama. Penganjuran program ini secara tidak langsung dapat menunjukkan kemampuan
mahasiswa dan mahasiswi UPSI dalam mengorganisasikan program. Program ini juga
mampu membentuk ukhuwah yang erat dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi
dengan masyarakat luar yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.
Ikatan yang kuat ini mampu mewujudkan suasana yang harmoni, aman dan sejahtera di
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

5. HASIL PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH

i. Memupuk minat pelajar-pelajar untuk mendekati program berbentuk khidmat


masyarakat.
ii. Menjadi tapak permulaan bagi setiap peserta untuk menaikkan nama universiti ke
tahap yang lebih tinggi.
iii. Mendidik dan memupuk diri setiap pelajar terhadap nilai-nilai diterapkan berdasarkan
Al-Quran dan Sunnah.
iv. Menyeimbangkan ilmu dunia dan akhirat dalam kehidupan mahasiswa dan
mahasiswi.

6. TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 11 Mac 2017 ( Sabtu )


Masa : 8.00 11.00 pagi
Tempat program : Tanah Perkuburan Islam Behrang 2020

7. KUMPULAN SASARAN/ PESERTA

Pelajar kursus CUP 2021 dan penduduk Behrang 2020.

8. TENTATIF PROGRAM
Tarikh : 11 Mac 2017 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Tanah Perkuburan Behrang 2020

Tentatif

7.30 pagi : Ahli kumpulan 9 berkumpul.

8.00 pagi : Tiba di kawasan tanah perkuburan.

8.15 pagi : Aktiviti gotong-royong membersihkan kubur.

9.30 pagi : Rehat

10.00 pagi : Aktiviti diteruskan.

11.00 pagi : Pelajar pulang ke kampus masing-masing.

9. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Bil Jawatan dan Nama Bidang Tugas

1. Penasihat :
Encik Shaharuddin bin Othman Menyemak kertas kerja yang
disediakan dan menasihati
keseluruhan perjalanan program.

3. Pengarah: Merangka, merancang dan


Wan Ahmad Amzar bin Wan Zain menganalisis program yang akan
dijalankan.

4. Timbalan Pengarah: Membantu Pengarah dalam


Siti Nasuriah binti Abu Bakar merangka, merancang dan
menganalisis program yang akan
dijalankan.

5. Setiausaha: Membuat surat-menyurat berkaitan


Nurul Natasha binti Zakaria program dan laporan setiap gerak
kerja yang dijalankan.

6. Penolong Setiausaha: Membantu Setiausaha dalam


Nurshafiera binti Ibrahim@Jaafar membuat surat-menyurat berkaitan
program dan laporan setiap gerak
kerja yang dijalankan.

7. Bendahari: Membuat perbelanjaan berdasarkan


Noor Afiqah Amirah binti Ubaidillah kewangan program serta membuat
catatan pengeluaran yang digunakan.

8. AJK 3K: Memastikan kebersihan, keselamatan


Nur Nadirah binti Eisa dan keceriaan dijaga semasa dan
selepas program dijalankan.

9. AJK Teknikal dan Pengangkutan: Mengurus peminjaman keseluruhan


peralatan yang digunakan sebelum,
semasa dan selepas program serta
menguruskan hal-hal berkaitan
teknikal semasa program berlangsung
dan mengurus pengangkutan untuk
ke tempat program.

10. PENUTUP

Pihak kami memohon agar program ini akan mendapat kelulusan dari pihak tuan di
mana seterusnya akan dapat menjayakan program ini dengan jayanya. Semoga
program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh
semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung akan dapat
melicinkan perjalanan program khidmat masyarakat ini. Segala kerjasama dan
perhatian daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
11. PENGESAHAN DAN KELULUSAN

Disediakan oleh Nurul Natasha binti Zakaria


Setiausaha Program Khidmat Masyarakat
Kursus Guru Kadet Remaja Sekolah 2 (CUP
2021),
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak.

Tandatangan:
Tarikh:
Disemak oleh Encik Shaharuddin bin Othman
Pensyarah Kursus Guru Kadet Remaja Sekolah
2 (CUP 2021),
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak.

Tandatangan:
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai