Anda di halaman 1dari 7

GOTONG-ROYONG PERDANA ANGGERIK

SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020

KERTAS KERJA PERLAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI

KOLEJ ANGGERIK

NAMA PROGRAM

GOTONG-ROYONG PERDANA ANGGERIK

TARIKH
SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020

TEMPAT
SEKITAR KOLEJ ANGGERIK, UITM SHAH ALAM

Anjuran

“Jawatankuasa Perwakilan Kolej Anggerik,


Universiti Teknologi MARA,
Shah Alam, Selangor”
GOTONG-ROYONG PERDANA ANGGERIK
SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020

KERTAS KERJA
GOTONG-ROYONG ANGGERIK

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon kelulusan program beserta bajet bagi mencapai
objektif program iaitu GOTONG-ROYONG ANGGERIK PERDANA bagi tahun 2020.

2.0 LATAR BELAKANG

Bagi memastikan keselesaan para pelajar Kolej Anggerik, maka kebersihan dan keceriaan kawasan
persekitaran kolej amatlah dititikberatkan. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, satu program iaitu
Gotong-Royong Anggerik Perdana 2020 akan dijalankan di Kolej Anggerik. Sepertimana program
gotong-royong yang dijalankan sebelum ini, program gotong-royong perdana pada kali ini perlu
melibatkan usaha padu oleh seluruh warga Kolej Anggerik yang terdiri daripada para pelajar dan staf-
staf sokongan.

3.0 OBJEKTIF

1. Meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan kolej.


2. Memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga Kolej Anggerik.
3. Menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.
4. Meningkatkan kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara warga kolej.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Seluruh warga Kolej Anggerik dan staf-staf Kolej Anggerik dalam anggaran 200 orang.

5.0 TARIKH / TEMPAT / MASA

Tarikh : sesi September 2019 – Januari 2020


Tempat : Sekitar Kolej Anggerik, UiTM Shah Alam
Masa : 8.30 am – 1.30 pm
GOTONG-ROYONG PERDANA ANGGERIK
SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI

6.1 Membuat mesyuarat bagi membentuk jawatankuasa.


6.2 Menyusun gerak kerja Gotong-royong Perdana Anggerik.
6.3 Setiap jawatankuasa yang dilantik akan diagihkan tugas dan mengenalpasti tugas
masing-masing.
6.4 Bermesyuarat bagi mengenalpasti masalah berbangkit.

6.5 Pengurusan program berjalan dengan lancar.

6.6 Aturcara program seperti di lampiran A

7.0. IMPLIKASI KEWANGAN

Rujuk Lampiran C

8.0 SOKONGAN

Pengetua dan SRK menyokong sepenuhnya program yang hendak dirancang kerana program
ini memberi impak kepada Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dari pelbagai aspek.
Semoga permohonan program ini mendapat kelulusan Jawatankuasa Tabung Amanah HEP.

9.0 TINDAKAN

Diharapkan program ini mendapat sokongan dari semua pihak dan seterusnya mencapai
objektif yang telah digariskan. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan, kami dahului
dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga perancangan yang dibuat mendapat keberkatan
dan keredhaan dari-Nya.

10.0 PENUTUP

Semoga kertas kerja Gotong-royong Perdana Anggerik ini mendapat perhatian dan kelulusan
daripada Jawatankuasa Tabung Amanah HEP dengan sewajarnya. Diharapkan program
GOTONG-ROYONG PERDANA ANGGERIK
SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020

Gotong-royong Perdana Anggerik ini akan mendapat sokongan dari semua pihak dan
seterusnya mencapai objektif yang telah digariskan.

Disediakan oleh:

………………………...............……….......
(NURUL SYAKIRIN BINTI AHMAD)
Pengarah Program
Gotong-royong Perdana Anggerik
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Anggerik

Disemak oleh:

........................................................................
(PUAN ROZAIDA BINTI ABD RASHID)
Penolong Pengurus Asrama Kanan
Kolej Anggerik

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PELAKSANA – GOTONG-ROYONG PERDANA ANGGERIK

JAWATAN SKOP TUGAS NAMA


Penasihat Memantau dan memberikan nasihat serta idea Mohd Saiful Nizam bin Suhaimi
penambahbaikan.
Pengarah Menyediakan kertas kerja di samping Nurul Syakirin binti Ahmad
memastikan program berjalan lancar.
Timbalan Pengarah Membantu pengarah program dalam Nur Afiqah binti Rahimi
menguruskan perihal-perihal pengurusan.
Setiausaha Membuat minit mesyuarat dan membuat surat- Rus Hanisa binti Ruslan
surat yang berkaitan.
GOTONG-ROYONG PERDANA ANGGERIK
SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020

Bendahari Mengurus perihal kewangan. Debra Lika anak Watt


AJK Publisiti Memastikan semua pelajar mengetahui Nurul Nabila binti Suhaimi
program ini bakal berlangsung dengan
menampal poster dan sebagainya.
AJK Peralatan Memastikan semua peralatan berada dalam 1. Ainin Sophia binti Mohd Rosli
keadaan yang baik sebelum dan selepas 2. Nur Nadhira binti Maruzuki
program.
AJK Tugas-Tugas Khas Memastikan tempat dalam keadaan teratur dan 1. Siti Maisarah binti Suhaimi
lengkap peralatan. 2. Elina binti Ilias

AJK Pendaftaran Mengurus dan menjaga kehadiran para peserta. 1. Natasha Nurul Iman binti
Yusri
2. Nurul Asyiqin binti
Rosmahadir
AJK Multimedia Mengambil gambar dan video sepanjang Wan Nor Anis Amni binti Salam
program berjalan

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM - GOTONG-ROYONG PERDANA ANGGERIK


TARIKH MASA AGENDA

(Sabtu & Ahad) 8.00 am - Kehadiran para peserta bagi tujuan pendaftaran.
- Sarapan Pagi
8.15 am
- Taklimat gotong-royong serta pembahagian
8.30 am tugas-tugas mengikut blok masing-masing.
- Sesi ambil gambar sebelum bermula

- Sesi gotong-royong bermula

8.45 am - Mengemaskini peralatan dan alat gotong-royong.


- Makan tengah hari
1.00 pm
- Bersurai
GOTONG-ROYONG PERDANA ANGGERIK
SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020

1.30 pm

LAMPIRAN C

IMPLIKASI KEWANGAN GOTONG-ROYONG PERDANA ANGGERIK


UNIT/ HARGA SEUNIT
BI PERBELANJAAN ORAN JUMLAH (RM)
L
G
1. Makanan
Makanan Pelajar
1) Sarapan Pagi 200 RM4.00 x 200 orang 800.00
2) Makanan Tengahari 200 RM6.00 x 200 orang 1,200.00
(RM2,000.00)
2. Keperluan Program

a. Pencetakan (poster) Lumpsum 50.00


b. Kain Rentang (banner) 15 Lumpsum 100.00
c. Laporan Bergambar Lumpsum 50.00
d. Keperluan/Peralatan Lumpsum 200.00

program (plastic sampah, (RM400.00)


glove dll)
GOTONG-ROYONG PERDANA ANGGERIK
SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020

JUMLAH KESELURUHAN RM2,400.00

Anda mungkin juga menyukai