Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PROTON

TANJUNG MALIM SDN BHD, PERAK

1) UNIT : CONTOH: UNIT KURIKULUM


2) NAMA SEKOLAH: SMK DATO’ HAJI KAMARUDDIN
JALAN RASATHURAI
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR DARUL EHSAN

3) KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PROTON


TANJUNG MALIM SDN BHD
TARIKH: 12 SEPTEMBER 2019 ( KHAMIS)
TEMPAT: PROTON TANJUNG MALIM SDN BHD, PERAK

4) PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH


NKRA MELUASKAN AKSES KEPADA
PENDIDIKAN BERKUALITI DAN
BERKEMAMPUAN
Sub- NKRA Tawaran baru kepada pemimpin sekolah
Fokus Peningkatan prestasi pelajar
Bidang Teknik dan Vokesional
Unit Kurikulum
Strategi Pdpc di luar bilik darjah
Pelan taktikal Lawatan

PAGE \* MERGEFORMAT 3
1) PENDAHULUAN
Mata pelajaran perniagaan sangat sinonim dengan perusahaan yang mendatangkan
keuntungan di dalam syarikat. Program ini dijalan kan bagi membolehkan pelajar
perniagaan belajar bagaimana jabatan-jabatan dalam organisasi Proton berkejasama
dalam menghasilkan automobil keluaran Malaysia yang mendapat permintaan yang
banyak daripada pengguna. Menerusi lawatan akademik ini para pelajar dapat melihat
dengan lebih jelas lagi tentang gambaran sebenar proses automasi yang digunakan di
dalam proses penghasilan sesuatu reka bentuk. Teknologi yang tinggi di dalam kilang
tersebut dapat mengembangkan lagi pemikiran pelajar dalam menjana idea yang
baru.Para pelajar dapat melihat dengan lebih jelas proses pembuatan automobil ini dan
seterusnya bagaimana ia dipasarkan

2) RASIONAL
Program dijalankan sesuai dengan topik bahagian fungsian yang telah dipelajari
oleh pelajar di tingkatan 4. Pelajar secara rasionalnya dapat mengaplikasikan apa yang
telah dipelajari dengan dapat melihat sendiri bagaimana sesebuah keluaran(automobil)
dikeluarkan dari proses penjanaan idea, penghasilan produk, pengujian produk dan
seterusnya pemasaran produk.

3) MATLAMAT
Program ini dilaksanakan sebagai salah satu program lawatan sambil belajar kepada
pelajar Perniagaan. Program ini bertujuan sebagai pembelajaran secara maujud dengan apa
yang telah dipelajari. Selain daripada bersifat mengembangkan minda murid, program ini
juga dilihat boleh meningkatkan pengetahuan sedia ada murid berkaitan mata pelajaran
bidang teknik dan vokesional. Diharapkan dengan pelaksanaannya, pelajar aliran perniagaan
akan mendapat manafaat yang maksimum sekaligus mencapai objektif program ini.
4) OBJEKTIF
a) Pelajar dapat tahu bagaimana sebuah kilang beroperasi untuk
menghasilkan kereta dari awal hingga akhir
b) Pelajar mempunyai pengalaman dalam melibatkan aktiviti sosial
dengan masyarakat luar
c) Pelajar diberi pendedahan dan pengalaman kepada murid tentang
operasi pengeluaran sebuah kereta dan mengaplikasikan sebahagian
daripada sukatan pelajaran bagi mata pelajaran perniagaan

PAGE \* MERGEFORMAT 3
d) Pelajar memperolehi maklumat yang membantu pelajar dalam
menyiapkan kertas kerja projek SPM 2019.

5) SASARAN
Pelajar tingkatan 5ek dan 5 pg

6) SUMBER KEWANGAN

6.1 SUMBER KEWANGAN


BIL PENDAPATAN DANA

1 SUMBANGAN MURID DAN GURU ( RM RM 410.00


10 X 41)

2 PIBG RM 300

JUMLAH RM 710.00

6.2 PERBELANJAAN
BIL PERBELANJAAN KUANTITI JUMLAH

1 PENGANGKUTAN (1 BAS X 1 HARI) 1 BAS RM 500.00

2 SARAPAN PAGI DAN MAKAN RM 6 X 35 orang RM 210.00


TENGAHARI pelajar

JUMLAH RM 710.00

PAGE \* MERGEFORMAT 3
6 TEMPOH PERLAKSANAAN
TARIKH : 12 SEPTEMBER
MASA : 7.30 PAGI – HINGGA SELESAI
TEMPAT : PROTON TANJUNG MALIM SDN BHD

7 AKTIVITI PERLAKSANAAN/ ATUCARA MAJLIS/ PROGRAM

MASA PROGRAM
 Para peserta berkumpul di Sekolah
07.30 PAGI  Taklimat daripada Ketua Lawatan.
08.00 PAGI  Bertolak dari Sekolah
 Tiba di Proton, Tanjung Malim.
9.30 PAGI  Mendengar taklimat keselamatan
 Membuat lawatan dalam kilang.
10.00 PAGI
 Solat atau makan tengahari.
2.00 PETANG  Bertolak pulang ke Sekolah.

8 JAWATANKUASA
8.1 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn Kanha a/p Prak Prom Keu
Timbalan Pengerusi : Puan Maniza Binti Yusof ( PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Tn Hj Che Zainuddin Bin Che Mohd Noor
Naib Pengerusi 2 : Encik Abdul Aziz Bin Ahmad
GKMP Teknik dan : Pn Hjh Faizah Binti Yusof
Vokesional

PAGE \* MERGEFORMAT 3
8.2 JAWATANKUASA KERJA
NAMA JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
KETUA LAWATAN 1. Mengadakan mesyuarat dengan AJK dan membuat
1. PN YUMAIZA agihan tugas
2. Menyediakan jadual kerja dan agihan tugas
3. Memastikan semua ketua bahagian menjalankan
tanggungjawab masing-masing.
4. Bertanggungjawab menjadi penasihat dan tempat
rujukan ketua-ketua jawatankuasa.

JK PENGANGKUTAN 1.Memastikan tiada pelajar yang tercicir semasa pergi


1.PN NOOR IDAYU dan pulang
2.Memastikan ada guru yang menaiki bas bersama-
sama pelajar
3.Memberi taklimat kepada pelajar bersama-sama
dengan pengurus peserta sebelum program dijalankan

JK PENGURUS PESERTA 1.Menyemak senarai kedatangan pelajar


1.PN ZALEHA 2.Memastikan bilangan pelajar cukup semasa aktiviti
program dijalankan
3.Memantau pelajar semasa aktiviti program

JK JAMUAN 3.Menyediakan anggaran perbelanjaan dan


1.PN ROSLAH menyerahkannya kepada bendahari.
4.Mencadangkan menu untuk sarapan pagi dan
makanan tengahari
5.Memastikan keperluan jamuan lengkap seperti
pinggan, gelas, sudu , garpu dan tempat basuh tangan
disediakan
6.Memastikan kebersihan makanan dan bekas
makanan dan elakkan makanan terdedah dan tercemar

JK DOKUMENTASI
1.Pn suhana 1.Menyediakan 2 salinan dokumentasi Mengumpul,
menyunting dan menyusun semua bahan daripada
semua unit.

PAGE \* MERGEFORMAT 3
2.Mengambil gambar semasa program dijalankan

10. PENUTUP
Program ini diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya serta dapat mencapai
semua objektif yang telah disasarkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

-------------------------------------- ------------------------------------------
(YUMAIZA BINTI MOHD DIN) (PN HJH FAIZAH BINTI YUSOF)
KETUA PANITIA PERNIAGAAN GKMP TEKNIK DAN VOKESIONAL
SMK DATO' HAJI KAMARUDDIN SMK DATO' HAJI KAMARUDDIN
KUALA KUBU BHARU KUALA KUBU BHARU

Disahkan oleh,

--------------------------------
(PN KANHA A/P PRAK PROM KEU)
PENGETUA
SMK DATO' HAJI KAMARUDDIN
KUALA KUBU BHARU

PAGE \* MERGEFORMAT 3
PAGE \* MERGEFORMAT 3

Anda mungkin juga menyukai