Anda di halaman 1dari 8

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN DAN KELULUSAN

MESYUARAT PENGURUSAN
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

CADANGAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM INTERNATIONAL COMMUNITY BASED


LEARNING (ICBL) PELAJAR PROGRAM MASTER PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING (TUMPUAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN DADAH) DI
PADANG, INDONESIA

1. TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk pertimbangan permohonan kelulusan pelaksanaan dan
peruntukan kewangan dari Mesyuarat Pengurusan, Fakulti Pengajian Pendidikan bagi
mengadakan program International Community Based Learning (ICBL) pelajar program
Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (Tumpuan Pendidikan Pencegahan dan
Pemulihan Dadah) di Padang, Indonesia bermula 12 Februari 2023 hingga 15 Februari 2023.

2. PENGENALAN

2.1 Bermula 10 Oktober 2022, Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling
(JPKPK) telah menerima 18 orang guru Bimbingan dan Kaunseling tajaan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyambung pengajian di peringkat Master yang memberi
tumpuan khusus kepada pendidikan pencegahan dan pemulihan dadah.

2.2 Pihak JPKPK dan KPM bersetuju bahawa para pelajar program ini disarankan untuk
melakukan beberapa aktiviti kokurikulum di peringkat tempatan dan antarabangsa. Ia
bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan aktiviti pendidikan
pencegahan dan pemulihan dadah dalam komuniti. Justeru, program International
Community Based Learning (ICBL) telah dirancang melibatkan jalinan kerjasama dengan
Universitas Negeri Padang Indonesia, agensi pemulihan dadah dan sekolah berisiko di
Padang, Indonesia. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah:
a) Sesi diskusi dan perkongsian ilmu bersama para pensyarah dan pelajar siswazah
Universitas Negeri Padang, Indonesia
b) ICBL di Rumah Healing Padang Panjang, Indonesia
c) ICBL berfokuskan pencegahan dan pemulihan di Rehabilitasi Nakoba Lapas Klas
11 A Padang, Indonesia.
d) ICBL berfokuskan pencegahan di SMP Negeri Tujuh, Bukit Tinggi.

3. OBJEKTIF

a. Meningkatkan kompetensi pelajar dalam menganjurkan program kerjasama di


peringkat antarabangsa.
b. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai kaedah pencegahan serta
intervensi pemulihan dadah yang diaplikasikan oleh negara luar.
c. Memperkukuhkan jaringan ilmu pendidikan dan rakan strategik antara Universiti
Putra Malaysia dan Universitas Padang Indonesia.

4. KAEDAH PELAKSANAAN

Kaedah pelaksanaan program adalah pembelajaran secara International Community Based


Learning (ICBL) melalui sesi perkongsian, lawatan lapangan dan pemindahan ilmu.

5. TEMPAT

a) Universitas Negeri Padang, Indonesia


b) Rumah Healing Padang Panjang, Indonesia
c) Rehabilitasi Nakoba Lapas Klas 11 A Padang, Indonesia.
d) SMP Negeri Tujuh, Bukit Tinggi.
6. TARIKH

Tarikh : 12 – 15 Februari 2023


Hari : Ahad - Rabu

7. JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA NAMA

Penasihat  Dr. Muhammad Asyraf bin Che Amat


Pensyarah Pembimbing Dr. Engku Mardiah binti Engku Kamarudin
Pengarah Program Nur Azlinshuhada binti Mat Radzi
Timbalan Pengarah Sheikh Mohamad Hafify bin Shaikh Khazan Nar Basha
Setiausaha Kazimah binti Shamsudin
Bendahari Nurul Ashikin binti Muaaz
Penolong Bendahari Siti Alawiyah binti Abd. Fatah
AJK Perhubungan Luar Aryani binti Zakaria
Rasinah binti Mohamad
AJK Pengangkutan dan Penginapan Muhammad Khairulanaam bin Mustapha
AJK Penajaan Siti Zubaidatul Halimah binti Hasbullah
Liyana binti Yunus
AJK Buku Program Nor Fazela binti Che Hasim
AJK Cenderamata Tan Siew Peng
AJK Fotografi dan Barirahtulnadwa binti Kadir
Dokumentasi Mohd Syamil bin Ahmad Sukiman
AJK Publisiti Lee Jing
Siti Hawa binti Mat Zorodi
AJK Aktiviti dan Intenari Mohd Zulfadli bin Mohamed Salleh
Hairul Azhar bin Said

8. IMPLIKASI KEWANGAN

Rujuk Lampiran A

9. TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

10. ANJURAN & PENYERTAAN

Program ini dianjurkan oleh pelajar Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling
(Tumpuan Pendidikan Pencegahan dan Pemulihan Dadah) melibatkan penyertaan
seramai 18 orang pelajar, 13 orang tenaga akademik dan 5 orang staf pelaksana Jabatan
Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling.
11. SYOR

Program ini diharapkan dapat memberi pengalaman baharu serta meningkatkan


kemahiran dan keyakinan diri pelajar UPM untuk menjadi kaunselor yang efektif.
Pembelajaran di dalam kelas akan dapat diperkukuhkan lagi melalui program lawatan
sambil belajar ini. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon pertimbangan ahli
Mesyuarat Pengurusan, Fakulti Pengajian Pendidikan untuk meluluskan program ini
dan seterusnya membiayai peruntukan kewangan sebanyak RINGGIT MALAYSIA DUA
PULUH TUJUH RIBU DAN LIMA RATUS RINGGIT SAHAJA (RM 27,500.00) bagi
menjayakan lawatan ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

……………………………………….
(DR. ENGKU MARDIAH ENGKU KAMARUDIN K.B. ; P.A.)
Pensyarah Kanan
Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Tarikh :
Disemak oleh:

……………………………………………….
(DR. MUHAMMAD ASYRAF CHE AMAT K.B. ; P.A.)
Ketua
Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Tarikh :……………………………
Disahkan oleh:

………………………………………………..
(PROF. MADYA DR. ABU BAKAR MOHAMED RAZALI)
Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni)
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Tarikh :……………………………

ULASAN KELULUSAN

Permohonan program ini adalah diluluskan/ tidak diluluskan dengan


peruntukan perbelanjaan program sebanyak RM_____________________
dipersetujui.

Ulasan:
………….
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………….

Diluluskan oleh:

………………………………………………..
(PROFESOR MADYA DR. SOAIB ASIMIRAN)
Dekan
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Tarikh :……………………………
LAMPIRAN A

12. ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

a. Anggaran Perbelanjaan:

JUMLAH
BIL PERKARA BUTIRAN
(RM)

1. 13 orang tenaga akademik


5 orang staf pelaksana RM1,000 x 18 18,000.00
(Tiket Penerbangan, Penginapan dan
elaun-elaun berkaitan)

2. 18 orang pelajar. RM 500 x 18 9,000.00


(Tiket Penerbangan)

3. Kain rentang RM 100 x 1 unit 100.00

4. Cenderamata RM 100 X 4 unit 400.00


JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 27,500.00

b. Anggaran Pendapatan:

JUMLAH
BIL PERKARA BUTIRAN
(RM)

1. Tajaan Fakulti Pengajian Pendidikan - 27,500.00


UPM
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 27,500.00

PERMOHONAN BANTUAN DAN KEMUDAHAN DARIPADA BAHAGIAN HAL


EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA:
BIL PERKARA JUMLAH

1 Pengangkutan 1 buah bas bagi:


.
Membawa pelajar pergi dan balik dari lapangan terbang 1 buah
KLIA 2, Sepang Selangor. bas
LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

Tarikh : 12-15 Februari 2023


Masa : Rujuk jadual
Tempat : Negeri Padang, Indonesia

HARI MASA AKTIVITI


Berkumpul dan bergerak ke Lapang Terbang KLIA 2,
7.30 pg
Sepang.
Daftar masuk dan berlepas dari Lapangan Terbang KLIA 2,
10.00 pg
Sepang Selangor.
Hari 1.00 tgh Dijangka tiba di Lapangan Terbang Minangkabau,
Pertama Indonesia.
12/2/2023 1.30 tgh Bergerak ke Universitas Negeri Padang, Indonesia.
(AHAD)
2.00 ptg Daftar masuk di Universitas Negeri Padang, Indonesia.
2.30 ptg Sesi suai kenal dan perbincangan bersama pensyarah dan
pelajar kaunseling Universitas Negeri Padang, Indonesia.
5.00 ptg Pengurusan diri.
7.30 pg Sarapan pagi di Universitas Negeri Padang, Indonesia.
9.00 pg Sesi International Community Based Learning bersama
para guru bimbingan dan kaunseling di Padang, Indonesia.
Hari 1.00 ptg Rehat / Solat Zohor / Makan Tengahari.
Kedua 2.00 ptg Bergerak Pusat Rehabilitasi Narkoba Lapas Klas 11 A
13/2/2023 Padang, Indonesia.
(ISNIN) 2.30 ptg Program bersama Pusat Rehabilitasi Narkoba Lapas Klas
11 A Padang, Indonesia.
5.00 ptg Bergerak pulang ke Universitas Negeri Padang, Indonesia.
8.00 mlm Malam kebudayaan Malaysia dan Indonesia.
11.00 mlm Pengurusan Diri.
7.30 pg Sarapan pagi di Universitas Negeri Padang, Indonesia.
8.30 pg Bergerak ke Rumah Healing Padang Panjang, Indonesia.
Hari 9.00 pg Program bersama Rumah Healing Padang Panjang,
Ketiga Indonesia.
14/2/2023 11.30 pg Bergerak ke SMP Negeri Tujuh, Bukit Tinggi.
(SELASA) 2.00 ptg Program di SMP Negeri Tujuh, Bukit Tinggi.
5.00 ptg Pengurusan Diri.
7.30 pg Sarapan pagi.
Hari 9.00 pg Bergerak ke Lapangan Terbang Minangkabau, Indonesia.
Keempat 10.30 pg Daftar masuk dan berlepas pulang ke Malaysia.
15/2/2023 12.00 tgh Dijangka tiba di Lapangan Terbang KLIA 2, Sepang
(RABU) Selangor.
1.00 tgh Bergerak pulang ke Universiti Putra Malaysia.
2.30 ptg Bersurai.

Anda mungkin juga menyukai