Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA:

GREEN DAY

TARIKH:
11 MAY 2019

ANJURAN:
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

DENGAN KERJASAMA:
JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

TEMPAT:
DUSUN BUAH-BUAHAN DAN SEKITAR KAWASAN
BATANG KALI, SELANGOR
PROGRAM GREENDAY
PELAJAR VOLUNTEERISM & SERVICE LEARNING
FAKULTI PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

1.0 PENDAHULUAN

PROJEK GREENDAY

Program Khidmat Masyarakat merupakan tajuk utama dalam mata pelajaran


volunteerism & service learning (USDV1113) bagi pelajar yang mengikuti program
Ijazah Sarjana Muda di kampus Universiti Tun Abdul Razak. Melalui mata pelajaran
ini pelajar dikehendaki merancang, melaksanakan dan membuat laporan berkenaan
projek yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk
memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu projek
khdimat masyarakat di luar kawasan kampus

Selain itu, program ‘Greenday’ ini juga akan mendapat kerjasama dari Jabatan
Pertanian Negeri Selangor. Jabatan Pertanian Negeri Selangor bersetuju untuk
membekalkan bahan keperluan untuk menjayakan projek ini. Pihak berkenaan akan
membekalkan biji benih dan anak pokok untuk projek ‘Greenday’.

Keberjayaan aktiviti ini akan memberikan pengetahuan dan pengalaman yang sangat
bererti kepada peserta, memandangkan ilmu yang diperoleh akan diaplikasikan pada
masa hadapan.
2.0 RASIONAL
Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang,
mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat. Juga diharapkan
program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat
ataupun secara globalnya kepada negara. Penglibatan pelajar dalam perbagai
kegiatan berfaedah sepanjang tempoh berkursus selain kuliah-kuliah wajib, adalah
diharapkan dapat membantu dalam mencapai hasrat ini.

Salah satu cara untuk melibatkan diri dalam bidang kokurikulum adalah dengan
menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh sesebuah persatuan atau kelab mahupun
aktiviti semasa kursus bagi sesebuah matapelajaran. Antaranya adalah seperti
matapelajaran volunteerism & service learning ini. Selain dari mendedahkan peserta
dengan pengetahuan dan pengalaman, aktiviti ini juga mendukung aspirasi negara
dalam menghijaukan alam. Memandangkan era globalisasi ini, banyak tanah
diratakan untuk dijadikan tempat gerbang-gerbang pencakar langit didirikan sehingga
mengakibatkan hakisan tanah dan juga pemanasan global.

Maka, usaha ini dapat dilihat sebagai satu alternatif dalam membantu negara
menamankan semangat cinta dan sayangkan alam sekitar dalam kalangan pelajar
seterusnya diterapkan dalam jiwa supaya mereka menghargai buah-buahan tempatan
serta keindahan alam dan bukan merosakkannya. Anak pokok dan benih tanaman
yang disumbangkan dari Jabatan Pertanian akan ditanam oleh pelajar di sekitar
sungai yang berhampiran dengan dusun terpilih untuk dijadikan “dusun angkat”.
Selain mencantikkan sungai dan meredupkan kawasan dusun, hasil dari tanaman dan
buah dari pokok yang ditanam boleh dimanfaatkan oleh warga universiti sendiri.

Oleh yang demikian, kerjasama antara dua pihak iaitu pihak universiti dan juga
Jabatan Pertanian diharapkan dapat merapatkan hubungan antara dua agensi dan
dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang. Justeru itu, keberhasilan projek ini
memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada pelajar malahan juga kepada
universiti secara amnya.
3.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini, diharapkan pelajar dapat :

3.1 Meningkatkan pemahaman berkaitan cara megendalikan sesuatu


aktiviti atau program dengan betul
3.2 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman baru berkaitan dengan
bidang pertanian
3.3 Menjalankan aktiviti penaman buah-buahan menggunakan langkah dan
teknik yang betul
3.4 Mengenalpasti cara penanaman yang bersesuaian dengan kondisi
tempat dan jenis tanaman
3.5 Membezakan cara penaman secara konvensional dan moden
3.6 Menghasilkan tanaman buah-buahan yang subur dan sihat
3.7 Menimbulkan kesedaran mengenai kepentingan tumbuhan kepada alam
sekitar
3.8 Mecantikan sungai dan meredupkan kawasan persekitaran dusun
terpilih.
3.9 Dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan
pembelajaran luar kelas yang kreatif dan kritis.
3.10 Bekerjasama dengan agensi luar dalam memartabatkan industri asas
tani ke peringkat yang lebih tinggi
3.11 Memupuk sifat cintakan kehijauan dan menentang pemanasan global.
4.0 CARTA ORGANISASI

4.1 Jawatankuasa Induk.

Penaung : Assoc. Prof. Dr Zaida Mustafa


Dekan,
Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaan
Universiti Tun Abdul Razak.

Pensyarah Penasihat : Dr. Azrul Fazwan bin Kharuddin

4.2 Jawatankuasa Kerja Pengelola

Pengelola :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Naib Setiausaha :
Bendahari :

Ahli JK Kecil:

Jawatankuasa Alatan :
Jawatankuasa Tugas Khas :
Jawatankuasa Kebersihan :
Jawatankuasa Makanan :
Jawatankuasa Keusahawanan :
Jawatankuasa Dokumentasi :
5.0 BUTIRAN PROGRAM

5.1 (a) Tarikh Mula : 11 May 2019


(b) Hari : Sabtu
(c) Waktu : 9.00am – 5.00pm

5.2 Tempat : Dusun buah-buahan dan sekitar kawasan Batang


Kali yang berukuran 2 ekar.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Peserta Program Greenday disertai oleh pelajar matapelajaran volunteerism & service
laerning di bawah nasihat Dr. Azrul Fazwan bin Kharuddin.
(Rujuk Lampiran A).

7.0 TENTATIF PROGRAM


(Rujuk Lampiran B)

8.0 ANGGGARAN PERBELANJAAN

(Rujuk Lampiran C)

9.0 SUMBER KEWANGAN

Hasil kutipan yuran penyertaan pelajar, sumbangan dari Jabatan Pertanian dan
sumbangan badan-badan NGO yang terlibat.
10.0 PENUTUP

Melalui program ini, adalah diharapkan agar setiap pelajar memperoleh input yang
maksimum terutamanya cara menghargai alam, menjaga kebersihan sungai,
menghargai buah-buahan tempatan dan menaman pokok dengan cara yang betul.
Pelajar juga dapat membezakan kaedah penanaman yang sesuai dengan jenis
tanaman yang ingin ditanam. Dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang
ditimpa, diharapkan pelajar dapat mengendalikan ilmu yang berharga ini dengan baik
untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................................... ...........................................
( ) ( )
Setiausaha, Pengerusi,
Projek Greenday, Projek Greenday,
Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaan Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaan,
Universiti Tun Abdul Razak Universiti Tun Abdul Razak
Disahkan oleh,

....................................................
(DR. AZRUL FAZWAN BIN KHARUDDIN)
Projek Greenday
Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaan
Universiti Tun Abdul Razak

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN,

..............................................................
(ASSOC PROF DR ZAIDA BINTI MUSTAFA)
Dekan,
Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaan
Universiti Tun Abdul Razak
LAMPIRAN C
Anggaran Perbelanjaan
Keluasan Tanah untuk Tanaman adalah 2 ekar.
Bil Perkara Harga Kuantiti Jumlah
.
1. Biji benih
Durian
Rambutan
Cempedak
Manggis
Langsat
Duku RM 5/pek 50 pokok
2. Anak pokok
Mangga RM 5/satu 10 pokok
3. Baja Disumbangkan oleh
Baja NPK 15:15:15 RM 3/kg 10 kg Jabatan Pertanian
Baja organik RM 1/kg 10 kg
Negeri Selangor dan
4. Racun
Racun Rumpai RM 10 /liter 10 liter agnesi yang terlibat

5. Barang selenggara Di bawa sendiri


Cangkul 10 oleh pelajar dan
Plastik sampah 30
pihak yang terlibat
6. Pengakutan RM500 1 Bas RM500
7. Makanan
Sarapan RM3 55 RM165
Tengahari RM6 55 RM330
8. Cenderamata RM50 2 RM100
9. Dokumentasi RM10 3 RM30
10 Banner RM100 1 RM100
Jumlah RM1225

Anggaran Pendapatan
Yuran Penyertaan (50 pelajar x RM15) RM750
Hasil Pra-Jualan anak pokok (30 x RM10) RM300
Sumbangan pihak-pihak tertentu (RM200) RM200
Jumlah RM1250

LAMPIRAN B
Tentatif program
11 MAY 2019
Waktu Aktiviti
7.00 am - Peserta berkumpul di kampus UNIRAZAK
7.30 am - Bertolak menaiki bas UNIRAZAK (sarapan)
9.00 am - Sampai ke lokasi, Dusun buah-buahan Batang Kali
9.30 am - Taklimat program
- Mengumpul buah-buahan mengikut jenis
- Aktiviti mengenali dan menikmati buah-buahan tempatan
- Menyemai biji benih.
- Memindahkan anak benih dari bekas semaian ke tapak
semaian
- Merumput dan membersihkan sekitar tapak semaian
- Membaja
- Meracun

1.00 pm - Makan tengahari


- Membersihkan kawasan sekitar (sungai dan dusun)

4.00 pm - Bertolak pulang ke kampus

LAMPIRAN A
SENARAI PELAJAR VOLUNTEERISM & SERVICE LEARNING 2019

1.
2.
3.

Anda mungkin juga menyukai