Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Tujuan

1.1 Kelulusan

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran serta


kelulusan daripada pihak pengurusan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia bagi menjalankan program “Save The World By Arts” yang akan diadakan
di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah, Johor dan memohon
peruntukan berbentuk kewangan dan cenderamata bagi melaksanakan program ini.

2.0 Pendahuluan

Universiti Teknologi Malaysian sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan telah


menghasilkan pelbagai bentuk perubahan, perkembangan dan penambahbaikan dalam
semua aspek pengurusan dan pentadbiran di universiti. Fakulti Pendidikan telah
melaksanakan aplikasi Service Learning dalam pengajaran. Pendekatan ini
menggabungkan perkhidmatan komuniti dengan pengajaran berfokuskan pemikiran kritis
dan reflektif di samping penerapan tanggungjawab sivik dan personal. Pelajar akan
terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan selain mengembangkan kemahiran akademik dan
komitmen mereka terhadap masyarakat.

Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan
yang menghargai alam sekitar. Ini adalah kerana hanya di sekolahlah keperibadian dan
persepsi manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Apabila sudah
dewasa atau keluar dari alam sekolah, seorang manusia akan lebih sukar untuk dididik
seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. SMK Taman Tun
Aminah harus mula menerapkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di
kalangan pelajarnya dan mewujudkan generasi masa hadapan yang menghargai alam
sekitar.

Penekanan bagi program ini adalah berkaitan konsep kelestarian serta cinta akan
alam sekitar yang bersesuaian dilaksanakan di sekolah. Sehubungan itu, program yang
bakal dilaksanakan adalah bersesuaian dengan pembentukan Sekolah Lestari di bawah
Program “Green School Environmental Learning Project (GSELP)” yang mempunyai
elemen pembelajaran berkesan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar dalam
kalangan pelajar.
3.0 Butiran Program

3.1 Tajuk

“ Save The World By Art”, Fakulti Pendidikan, UTM.

3.2 Objektif Program

Antara objektif Program ‘Save The World By Art’ diadakan ialah:

i. Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan


memulihara alam sekitar di sekolah.

ii. Untuk memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga
sekolah dan masyarakat setempat.

iii. Untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan


dan pemuliharaan alam sekitar.

iv. Memeberi kesedaran bahawa bahan kitar semula boleh menjadi sesuatu
produk yang bileh diguna pakai.

v. Menjadikan amalam kitar semula sebagai satu gaya hidup.

3.3 Matlamat Program

3.3.1 Melalui program ini, diharapkan mahasisiwa dan mahasiswi dari Fakulti
Pendidikan memperoleh pengetahuan dan pengalaman tentang service
learning dalam pengajaran dan pembelajaran, seterusnya membuat
perancangan untuk menerapkan komponen service learning dalam
pengajaran mereka kelak.

3.3.2 Menjadikan program kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan


Taman Tun Aminah berkenaan sebagai satu program tahunan disamping
dapat menjana pendapatan kepada pihak sekolah.

3.3.3 Melalui program ini, di harap dapat membentuk satu komuniti pelajar
yang berdaya kreatif dan mempunyai rasa tanggungjawab kepada alam
sekitar.

3.4 Faedah Program kepada Fakulti dan UTM

3.4.1 Secara khususnya, program ini membantu mahasisiwa dan mahasiswi dari
Fakulti Pendidikan melaksanakan kaedah pengajaran mengikut aspirasi
universiti dan masyarakat. Secara implisitnya, program ini membantu
mahasisiwa dan mahasiswi dari Fakulti Pendidikan merancang pengajaran
yang mengintegrasi perkhidmatan komuniti yang bermakna dengan
pengajaran serta memperkaya pengalaman pembelajaran, memupuk sikap
tanggungjawab sosial dan menggalakkan penglibatan sepanjang hayat
terhadap khidmat masyarakat.
Program ini turut bertindak sebagai satu medan perkongsian idea dalam
menjalankan aktiviti sosial dan kebertanggungjawaban dalam kalangan
ahli kumpulan.

3.5 Penyertaan

3.5.1 Semua pelajar dan guru SMK Taman TUN Aminah, Johor.

3.7 Tempoh pelaksanaan

3.7.1 Program ini akan dijalankan dalam masa ?????

3.8 Tempat Program

3.8.1 Lokasi: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah.

3.9 Tentatif Program

Masa Aturcara

b) Aktiviti Sepanjang Minggu

Minggu Tarikh Masa Tempat Aktiviti Aturcara

Masa Aturcara

3.10 Organisasi Pelaksana


Penasihat : Dr Zainudin b Hassan
Pengarah : Mohamad Arif Bin Zakaria
Setiausaha : Siti Saripah Maizun bt Suhaimi
Bendahari : Nur Syamimi Izati Bt Tahar
AJK Aktiviti : Nur Syamimi Izati Bt Tahar
AJK Makanan : Nor Hafeza Bt Anuar
AJK Dokumentasi/ Fotografi : Mohamad Arif Bt zakaria
AJK Kawalan Murid : Nor Hafeza Bt Anuar
: Siti Saripah Maizun Bt Suhaimi

3.11 Pendapatan dan Perbelanjaan

Anggaran pendapatan
Tajaan Perkara Kuantiti Jumlah Catatan

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN

4.1 Memohon peruntukan dari Fakulti Pendidikan, UTM sebanyak ?????


untuk menjayakan Program “Save The World By Art” di Sekolah
Kebangsaan Medini, Johor Bahru.

5.0 KEPUTUSAN FAKULTI

5.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Fakulti Pendidikan adalah dengan


segala hormatnya diminta menimbang dan meluluskan Program “Save The
World By Art” yang akan diadakan di SMK Taman Tun Aminah. Johor
pada ???????

Nama Pengarah Program : Mohamad Arif Bin Zakaria


Tarikh : ????

Disediakan oleh,
………………………………………………………..
(SITI SARIPAH MAIZUN BINTI SUHAIMI)
Setiausaha,
Program Save The World By Art,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Tekonologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai