Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA “GREEN CARNIVAL”

ANJURAN KATURA DAN PIBG SK KAMPUNG TUNKU


SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUNKU

1.0 PENDAHULUAN

Alam Sekitar merupakan Anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kehidupan manusia bergantung
sepenuhnya kepada sumber alam yang luas ini sebagai tempat tinggal dan punca rezeki untuk satu kehidupan yang
harmoni dan sejahtera. Walaubagaimanapun penggunaan sumber secara berleluasa dan tidak teratur akan
menyebabkan pencemaran dan kerosakan alam sekitar

Dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar maka pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku dan KATURA menganjurkan satu program “ Green
Carnival” yang memberi peluang kepada ibu bapa, penduduk setempat dan murid-murid mengenai pengetahuan
berkaitan pengurusan alam sekitar yang bijak.

2.0 OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan “ Green Carnival” adalah untuk:


1. Lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya.
2. Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas mengenai alam sekitar dan masalahnya.
3. Memperoleh penglibatan bersama komuniti dalam program alam sekitar untuk penilaian PAJSK murid di sekolah.

1
3.0 MATLAMAT

Matlamat pelaksanaan “ Green Carnival adalah untuk:


1) Membentuk pelajar yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar
2) Memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk menjaga alam sekitar oleh penduduk setempat.
3) Penglibatan dan penilaian dalam PAJSK murid.

4.0 TEMA

“ Green Carnival”

5.0 BUTIRAN KEPERLUAN

Disertakan bersama kertas kerja Greean Karnival dan keperluan perbelanjaanuntuk menjayakan program ini.

Bil Perkara Kiraan Jumlah


1 Sewaan ( Dewan/ PA sistem / Khemah lipat / kerusi ) RM500.00
2 Sijil ( penglibatan murid dan guru ) ekstrakurikulum PAJSK 200 x RM1.50 RM300.00
3 Makan dan minum ( Murid dan guru) 150 x RM5.00 RM750.00
4 T shirt ( 100 pendaftar awal) – meningkatkan sambutan/kehadiran 100 x RM15.00 RM1500.00
5 Backdrop ( Latar belakang pentas) – Gegantung 10x 5 kaki 1 x RM150.00 RM150.00
6 Jamuan VIP 20 x RM 10 RM200.00
7 Pendaftaran ( kertas dan pen) RM10.00 RM10.00
Jumlah RM3410.00

2
8.0 PENUTUP

Program yang julung kali diadakan ini bukan sahaja memberi impak yang tinggi kepada warga Kampung Tunku,
tetapi menjadi pemangkin kepada generasi baharu mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ini agar
dapat menjadi satu pendidikan secara tidak formal kepada masyarakat .

Disediakan oleh

……………………………….

( )

PIBG Sk Kampung Tunku

Anda mungkin juga menyukai