Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN
Program lawatan ke rumah anak yatim ini adalah salah satu buah fikiran yang telah
dicetuskan oleh kumpulan kami. Kami telah bercadang untuk membuat satu lawatan sehari
ke Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu yang sangat bedekatan dengan Kolej
Cybernetic Antarabangsa tetapi masih kurang pelajar yang tahu akan kekurangan yang
dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik ini. Jumlah anak yatin yang menetap di
sini lebih kurang 44 orang murid yang terdiri daripada umur 13 tahun sehinggalah 17 tahun.

2.0 MAKLUMAT PROGRAM

2.1. Objektif Program

 Melahirkan rasa syukur dan nikmat terhadap pemberian Allah SWT kepada kita
yang masih mempunyai ibu dan bapa.
 Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang populasi masyarakat yang masih
tiada tempat pergantungan.
 Memupuk semangat kerjasama di antara ahli kumpulan agar dapat merapatkan
ukhwah.
 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam berkomunikasi dengan melatih mereka
untuk berinteraksi bersama golongan yang kurang bernasib baik.
 Melatih diri sendiri mengenai pentingnya penjagaan seseorang yang masih kecil
agar kehidupannya semasa membesar tidak tercemar dengan amalan amalan
mahupun budaya yang tidak elok.

2.2 Aktiviti- aktiviti

 Melakukan lawatan di sekitar rumah anak yatim


 Berinteraksi dengan anak-anak yatim dan mengenali diri mereka dengan lebih
mendalam.
3.0 KUMPULAN SASARAN

 Kumpulan yang terlibat dengan aktiviti ini adalah pelajar-pelajar Pengurusan


Pelancongan KKC 2011
 Bilangan pelajar termasuk urus setia berjumlah 22 orang ; 20 pelajar dan 2
pensyarah pengiring.

4.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Ms Aziemah Binti Anas

Pengarah Projek : Mohamed Azmil Irfan bin Mohamed Amiruddin

Tim. Pengarah Projek : Mohd Anas bin Noor Azahari

Setiausaha : Mohamed Sauddi Syamier bin Sauddi

Penolong Setiausaha : Ahmad Nabil Fayyadh bin Shamsul Arifin

Bendahari : Muhammad Azwan Aris bin Jamil Aris’

Penolong Bendahari : Mohamad Umeir bin Mohd Zulkufli

Biro Teknikal : Muhammad Amin bin Ramlan

Biro Kenderaan : Mohammad Jazeel Jakwan bin Jamaludin

Biro Keselamatan : Mohd Ashraaf Iqmal bin Mohd Radzi

Biro Makanan : Mohd Taqrimi bin Mohd Zaidi

Biro Aktiviti : Mohammed Zul Faez bin Azizul Hanafee

Biro Tajaan Luar : Muhammad Akif bin Zainuddin

Biro Kebersihan : Mohammed Khairul Najib bin Azman


5.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 am : Bertolak ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak yatim Qaseh Ibu

8.30 a : Ketibaan Peserta

9.00 am : Taklimat ringkas oleh Pengerusi Qaseh Ibu

1:30 pm : Rehat (Solat Zohor & Makan tengah hari)

2:30 pm : Persediaan aktiviti

3:00 pm : Menjalani aktiviti sukaneka.

5:00 pm : Penyampaian hadiah dan sumbangan.

6:00 pm : Program Selesai

6.0 PERUNTUKAN BAJET

Bagi program ini, peruntukan projek telah disediakan dengan teliti bagi mengira kos
yang diperlukan. Program ini memerlukan sebuah bas bagi kemudahan pengangkutan
ke rumah anak yatim. Anggaran kos program adalah seperti berikut:

BIL. PERKARA BARANG KUANTITI HARGA


1 Sumbangan Dana Wang 44 X RM10 RM 440.00

RM440.00
2 Fundraising Melalui Kutipan yuran 20 X RM RM 400.00
ahli
20
Memohon Sumbangan

RM 400.00

3 Makan Tengah Nasi Lauk Ayam 20 X RM6 RM120.00


Air Mineral 20 X RM1 RM20.00
Hari
RM140.00
4 Keperluan Belon 5 X RM6 RM30.00
Tepung 5 X RM3 RM15.00
Sukaneka
Gula-gula 3 X RM40 RM120.00

RM195.00
5 Kenderaan Bas 25 seats RM400

RM300
JUMLAH RM1425

7.0 KAEDAH PERLAKSANAAN AKTIVITI

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Urus setia akan membahagikan ahli-ahli pelajar kepada beberapa kumpulan secara
rawak. Setiap kumpulan akan bergerak mengikut tugasan yang akan diagihkan kepada
mereka. Seorang ahli kumpulan akan dilantik sebagai ketua bagi memastikan
kumpulan mereka tidak tersasar daripada motif sebenar program ini dilaksanakan.
Kaedah ini digunakan bagi memastikan setiap ahli kumpulan lebih teratur dalam
membuat tugasan mereka dan sekaligus merapatkan ukhwah di antara para pelajar.

Berinteraksi bersama anak yatim

Mengikut perancangan yang telah sediakan, pihak kolej akan mengadakan gotong
royong membersihkan surau selain kelas-kelas yang berada didalam bangunan
tersebut.

8.0 PENUTUP

Berkenaan dengan projek ini, pihak penganjur memohon agar pihak pentadbiran Kolej
Cybernetic Antarabangsa dapat memberikan sepenuh galakan, kerjasama dan
dorongan agar projek ini dapat berlangsung dengan jayanya. Selain itu, pelbagai nilai-
nilai murni akan diterapkan dalam diri para peserta di samping mereka merehatkan
minda setelah melalui berbulan-bulan proses pembelajaran dan berseronok dengan
aktviti yang telah dirangka untuk mereka. Selain itu dapat mengharumkan nama Kolej
Cybernetic Antarabangsa di dunia luar dan membuktikan bahawa seorang pelajar
bukan sahaja harus mahir dalam akademik, tetapi juga dalam aktiviti kokurikulum.

Akhir sekali, adalah diharapkan agar permohonan ini diluluskan supaya kami dapat
menjalankan program ini dengan jayanya. Di samping itu, semua peserta akan
memperoleh banyak manfaat dari aktiviti ini

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................... ............................................
nama Aziemah Anas
Setiausaha Projek, Penasihat,
Diploma Pengurusan Pelancongan Penyelaras Program
Kemasyarakatan & Komuniti
011-21992568 013-8916551

Anda mungkin juga menyukai