Anda di halaman 1dari 5

UNIT PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMAS PARLIMEN PASIR GUDANG

KERTAS KERJA
PROGRAM STREET DAKWAH
‘EXPLORACE DE KAMPUNG BARU MASAI’
MATLAMAT

Program Street Dakwah bertujuan melaksanakan islah kepada ummah dan


penambahbaikan dalam masyarakat menerusi golongan muda. Justeru, pendekatan
seruan dan sebaran harus dipelbagaikan oleh Unit Pembangunan Insan KEMAS agar ia
kekal relevan dan menepati keperluan kelompok sasaran. Kebanyakan program tarbiah
dilaksanakan dalam suasana yang tertutup dan mengadakan perbincangan yang lebih
serius.

Justeru, program Santai Ilmu dilakukan di tempat-tempat yang terbuka menjadikan para
peserta lebih bersahaja dan santai menyertainya. Di samping itu juga, objektif yang
dapat dicapai ketika program Program Street Dakwah ini diadakan adalah bagi
mengeratkan ukhuwah sesama ahli disamping memupuk nilai-nilai murni seperti sabar,
bersyukur, keinsafan, bekerjasama, menghargai, ehsan dan kemuliaan.

OBJEKTIF

 Menyampaikan dakwah dan nilai-nilai murni kepada generasi muda dengan lebih
dekat, berkesan dan lebih santai

 Berusaha menangani permasalahan ummah dalam membina kehidupan yang


diberkati pada masa hadapan.

 Menjadikan agama Islam adalah ikutan yang terbaik dan syumul.

 Bersama berusaha melaksanakan tuntutan berdakwahsecara bersepadu agar


lebih berkesan dan menyeluruh.

KUMPULAN SASAR

Komuniti generasi muda yang berusia 18 hingga 40 tahun dengan Penglibatan Pelajar
IPT yang terdiri dari pelbagai lapisan peringkat dan masyarakat.
1. PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 20 Mac 2022


Tempat : Padang Awam, Jalan Tengah, Kampung Baru Masai.
Peserta : * Masyarakat setempat
* Remaja / Belia
* Pemimpin Tempatan

2. PENGISIAN PROGRAM

MASA PERKARA
8.00 pagi – 8.30 pagi Pendaftaran peserta
8.30 pagi – 9.00 pagi Tazkirah & Pelepasan Peserta
9.00 pagi – 11.00 pagi Kembara Éxplorace Kampung Baru Masai
11.00 pagi – 12.00 tengahari Majlis Penutup
12.00 tengahari Bersurai

3. URUSETIA PROGRAM

i) Penyelia Pembangunan Masyarakat KEMAS Parlimen Pasir Gudang


ii) Penyelia / Pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan Parlimen Pasir Gudang
iii) Agensi luar/ Badan bukan Kerajaan sekiranya perlu.

4. PERBELANJAAN

Peruntukan :
Peruntukan sebanyak RM2,000.00
Peruntukan berkenaan meliputi:
 Jamuan/ makan minum peserta
5. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH

1. Saguhati Penceramah 1 org x 1 jam x RM150.00 150.00

2. Makan Minum Peserta

Sarapan RM6.00 x 30 pek 180.00


Makanan Tengahari RM12.00 x 30 pek 360.00
Air Mineral 4 Carton RM18.00 x 6 Karton 108.00

3. Kit Pendidikan

Nota, Fail, Alat tulis RM10.00 x 30 set 300.00

4. Sewaan

Khemah Arabian (20’x 20’) RM250.00 x 2 Buah RM500.00

Kerusi Banquet RM1.00 x 50 Buah RM80.00

Kerusi Plastik RM9 x 10 Set RM50.00

Meja RM90.00

5. Kit Peralatan Sanitasi

Face mask RM2.00 x 50 set RM100.00

Cecair Sanitasi RM32.00 x 1 Botol RM32.00

JUMLAH RM 2,000.00

6. PENUTUP

Adalah diharapkan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan sempurna didalam


memastikan kefahaman masyarakat terhadap Islam dapat dipertingkatkan. Pelaksanaan
Program (Street Dakwah) ini dapat menjadi asas dalam memperkukuhkan institusi
kekeluargaan dan masyarakat disamping dapat melahirkan umat Islam yang berilmu di
kalangan generasi muda serta dapat melaksanakan amal syariat mengikut apa yang
dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.
Di Sediakan Oleh ; Di Semak dan Di Sokong Oleh ;

........................................................ ...................................................................

Tarikh :..................................... Tarikh :....................................

Anda mungkin juga menyukai