Anda di halaman 1dari 9

PROGRAM LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM

KERTAS KERJA

_________________________________________________________________________
____________

PROGRAM IKATAN UKHWAH MAHASISWA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

RUMAH NUR KASIH BESTARI

DI KAMPUNG SELAT BOTA KANAN 26300 BOTA, PERAK

TARIKH : 14-15 MAC 2015

DISEDIAKAN OLEH

PRATEEB RAJ A/L GUNASEKARAN (KETUA)

SEMESTER : SEMESTER 1

KURSUS : ISMP PENDIDIKAN MORAL

NAMA PENSYARAH : DR. ADBUL MUNIR BIN ISMAIL


0.1 MOTTO

Melawan kemiskinan dengan pendidikan

0.2 VISI

Melahirkan insan yang berakhlak mulia

0.3 MISI

Memperkasakan nilai-nilai murni dalam kalangan anak-anak yatim

0.4 PENGENALAN

Ikatan ukhwah mahasiswa bersama anak-anak yatim di Kampung Selat Bota Kanan 26300
Bota, Perak merupakan tugasan pertama ISMP Pendidikan Moral semester 1 bagi pelajar
yang mengikuti kursus Akhlak Islam (HMF 3023). Melalui kursus ini pelajar dikehendaki
merancang, melaksanakan, dan membuat laporan projek yang dilaksanakan. Oleh itu,
kertas kerja ini bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar
menjalankan satu program yang diberi nama Ikatan Ukhwah Mahasiswa bersama anak-
anak yatim Rumah Nur Kasih Bestari.

Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim
adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga
merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang.

Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian memandangkan mereka
merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau
kedua-duanya yang merupakan tempat untuk mereka meluahkan dan mencurahkan kasih
sayang. Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini di
Rumah Nur Kasih Bestari.

Adalah diharapkan melalui program ini, kami dapat mempelajari kemahiran


merancang, mengurus, dan melaksanakan program dengan lebih berkesan dan baik. Juga
diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti
setempat ataupun secara globalnya kepada negara.
0.5 KEPERLUAN MENGADAKAN PROGRAM

Program Ikatan Ukhwah Mahasiswa bersama anak-anak yatim di rumah Nur Kasih Bestari
ini merupakan program yang dikelolakan sepenuhnya oleh ahli kumpulan 5 kursus Akhlak
Islam ISMP Pendidikan Moral. Melalui program ini, penganjur yang merupakan pelajar-
pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dapat mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran berkaitan dengan pengurusan sesuatu program.

Penganjuran ini adalah sangat penting kerana program ini menjadikan medium atau kayu
ukur kefahaman pelajar tentang pengelolaan aktiviti luar yang melibatkan masyarakat.
Seterusnya dapat menyemai semangat berpasukan dan kerjasama dalam kumpulan besar
pelajar kepada masyarakat.

0.6 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 14 dan 15 Mac 2015

Hari : Sabtu dan Ahad

Masa : 2 hari 1 malam

Tempat Program : Rumah Nur Kasih Bestari Kampung Selat Bota Kanan 26300 Bota,

Perak

0.7 OBJEKTIF

1. Menziarahi rumah anak-anak yatim dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara


peserta dengan anak-anak yatim
2. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan masing-masing
3. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak seperti amanah, tolong-menolong,
dan cinta akan alam sekitar.
4. Mendedahkan anak-anak yatim dengan nilai positif.
5. Memupuk kreativiti dalam setiap diri anak-anak yatim.
0.8 KAEDAH PERLAKSANAAN

1. Suai Kenal
2. Permainan Puzzle
3. Penanaman Pokok
4. Tazkirah
5. Tayangan Video
6. Motivasi
7. Senamrobik
8. Kreativiti

0.9 KUMPULAN SASARAN

Peserta terdiri daripada 7 orang iaitu Ahli Jawatankuasa kursus HMF 3023 Akhlak Islam
UPSI dan seramai 12 orang anak-anak yatim rumah Nur Kasih Bestari. Mereka terdiri
daripada pelajar perempuan yang berumur di antara 7 tahun hingga 12 tahun.

10 .TENTATIF PROGRAM

14 Mac 2015 (Sabtu)

7.00 pagi : - Bertolak dari Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) ke rumah anak-anak

yatim

9.30 pagi : - Tiba di rumah anak-anak yatim Nur Kasih Bestari

- Sesi perbincangan bersama pengetua rumah anak-anak yatim

10.00 pagi : - LDK 1

- Nyanyian Lagu Tema Program

12.30 tgh : - Makan dan solat zohor

2.00 petang : - LDK 2

4.00 petang : - Minum petang dan solat asar

5.00 petang : - LDK 3


6.15 petang : - Makan malam dan persiapan solat maghrib

- Tazkirah maghrib

9.00 malam : - LDK 4

10.45 malam : - Bacaan Doa Rabitah

11.00 malam : - Minum malam

15 Mac 2015 (Ahad)

6.00 pagi : - Solat subuh

- Motivasi pagi

7.30 pagi : - Senamrobik

8.30 pagi : - Sarapan pagi

9.30 pagi : - LDK 5

- Tayangan video sepanjang program berlangsung

12.00 : -Majlis Perasmian Penutup

-Bacaan Doa Rabitah

12.30 tgh : - Persiapan Pulang

3.00 petang : - Bertolak balik dan tiba di Kolej Harun Aminurrashid ( KHAR)

11 SENARAI AHLI JAWATANKUASA (AJK) PROGRAM

Penasihat : Dr. Abdul Munir Bin Ismail


Pengarah : Prateeb Raj A/L Gunasekaran

Pen. Pengarah : Nurul Nadirah Binti Yusop

Setiausaha : Nurin Masturina Alyani Binti Ghazali

Pen. Setiausaha : Amanun Huda Binti Mohd Auli

Bendahari : Nur Nasuha binti Nasir

Pen. Bendahari : Vandey Bin Jaulis

AJK : Siti Najihah Binti Nawi

AJK : Noor Faezah Binti Mazlan

12 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan

RM

Sumbangan Ahli (RM 20 x8 ) 160.00

Sumbangan En. Syukrie Mail 100.00

Sumbangan Mantan Dewan Bahasa dan Pustaka 300.00

(Dato’ Abd. Aziz Deraman)

Sumbangan dari Pelajar UPSI 455.55

JUMLAH RM 1,015.55

Perbelanjaan

Sarapan pagi (RM 3.00 x 20 orang) 60.00

Makan Tengah hari (RM 5.00 x 20 orang) 100.00


Minum malam (RM 3.00 x 20 orang) 60.00

Air minuman (RM 10.00 x 4 kotak) 40.00

Peralatan

Maker 10.00

Kertas Majung 3.00

Kertas Manila 3.00

Tali Rafia 2.00

Gam 2.00

Pokok Bunga 30.00

Riben 5.00

Kertas Pembalut Hadiah 3.00

Cenderahati

Buku 38.00

Tabung (RM 2.00 x 12) 24.00

Kos Pengangkutan

Minyak Petrol (2 x Rm100.00) 200.00

Sewa Kereta (1 x Rm150.00) 150.00

Sumbangan kepada rumah anak yatim 285.55

JUMLAH RM 1,015.55
Sumbangan dalam bentuk barangan seperti pakaian, alatan elektrik dan barangan dapur
boleh di sumbangkan.

13 PENUTUP

Berdasarkan kertas proposal ini, maka dipohon pihak yang berkenaan dapat memberi
kerjasama dalam bentuk kewangan atau material bagi menjayakan program ini.

Disediakan oleh:

_________________________________________

(NURIN MASTURINA ALYANI BT GHAZALI)

Setiausaha

Program Ikatan Ukhwah bersama anak-anak yatim

Rumah Nur Kasih Bestari

Dipersetujui oleh:

____________________________________

(PRATEEB RAJ A/L GUNASEKARAN)


Pengarah

Program Ikatan Ukhwah bersama anak-anak yatim

Rumah Nur Kasih Bestari.

Disahkan oleh:

_______________________________

(DR. ABDUL MUNIR BIN ISMAIL)

Pensyarah

Kursus HMF 3023 Akhlak Islam

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak.

Anda mungkin juga menyukai