Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KEMBARA SEJARAH

ANJURAN:

PANITIA SEJARAH
SK MERU 2

PENCERAMAH:

TARIKH:

APRIL 2016

TEMPAT:

MELAKA
1.0      PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak  pengalaman”, maka Sekolah


Kebangsaan Seliau telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Selain
menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan
untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid sekolah. Melalui
program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan
minat murid.

2.0      RASIONAL

Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung
kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan
dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti
sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka
masa depan yang lebih baik.

3.0     OBJEKTIF

1.      Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada  murid-murid untuk membina
keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.

2.      Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.

3.      Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan
masyarakat.

4.      Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran
yang lebih kondusif.

4.0       DESTINASI

            Kilang Coklat, Kidzania

           

5.0       PERLAKSANAAN LAWATAN
           

            Tarikh              : 25 April 2015

            Hari                 : Sabtu

            Masa               : 7.00 pagi – 7.00 petang

6.0       KUMPULAN SASARAN

            Program ini disasarkan kepada murid-murid tahap 2. 

7.0      KUTIPAN

KUTIPAN JUMLAH       


  
Kutipan Murid 40 x RM 110.00 RM    4400.00
        
Kutipan Guru   4 x RM 110.00 RM     440.00

JUMLAH RM    4840.00  

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH

Bas     1 x RM 600.00 RM     600.00

Kidzania 40 x RM 85.00 (murid) RM   3400.00

  4 x RM 85.00 (guru) RM     340.00

Makanan 40 x RM10.00 (murid) RM     400.00

4 X RM10.00 (guru) RM       40.00

Air Mineral RM       20.00

JUMLAH RM    4840.00

9.0    AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : En Azman bin Ambia

(Guru Besar SK Seliau)     

Naib Pengerusi :   Pn. Anis binti Md Nasir

(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Setiausaha : Pn Siti Maryama binti Zakaria

Bendahari : Cik Nor Aidah bt Mohd Sulong

AJK Dokumentasi En Faiz Nor b Ahmad

AJK Pengangkutan : Pn. Siti Norzaliza binti Razali

AJK Makanan dan Minuman : Pn. Ashbenoriemie binti Che Ghani

 10.0    TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

 
a) SETIAUSAHA 

Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan proram lawatan.
Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program.
Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

b) BENDAHARI

Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan menyelaraskan
wang keluar masuk.

c) JK PENGANGKUTAN

Menghubungi pihak bas, bayaran, memastikan mempunyai permit dan insurans serta memastikan


kedudukan murid semasa di dalam bas.
d) JK MAKANAN

Menguruskan makan dan minum murid sepanjang lawatan.

e) JK DOKUMENTASI

Membuat laporan tentang  lawatan

11.0    TENTATIF LAWATAN

07.00 AM – 08.30 AM           BERTOLAK KE KUALA LUMPUR

08.30 AM – O8.40 AM          KUDAPAN

09.00 AM – 10.00 AM           KILANG COKLAT

10.00 AM                                BERTOLAK KE KIDZANIA

11.00 PM – 04.00 PM             KIDZANIA

4.00 PM                                   BERTOLAK BALIK

            7.00 PM                                  DIJANGKA SAMPAI DI SK SELIAU

12.0    PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada murid-
murid Sekolah Kebangsaan Seliau. Melalui program ini juga murid diberi pendedahan dan pengalaman
yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga
boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat
kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh :   Disahkan oleh :

……………………………… ……………………………      

(SITI MARYAMA BINTI ZAKARIA) (ANIS BINTI MD NASIR)


Setiausaha Lawatan Penolong Kanan HEM

Sek. Keb. Seliau Sek. Keb. Seliau

71200 Rantau 71200 Rantau

N.S.D.K N.S.D.K

Anda mungkin juga menyukai