Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENTOSA

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN DAN


KERJAYA PENGAWAS PSS
DAN PRS
2020
SMK SENTOSA

Disediakan Oleh

( PN. NOR FAEZAH BINTI ROMLI)


Guru Perpustakaan dan Media
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN DAN KERJAYA
PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

1.0 Pengenalan

Kekaburan peranan dan tanggungjawab pemimpin murid di sekolah menyebabkan tanggungjawab tidak
dapat dilaksanakan dengan amanah dan tepat. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab badan kepimpinan
melalui kerjasama Unit Kokurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mengadakan satu program
bagi membawa mereka memahami tanggungjawab sebenar dalam jawatan masing-masing di samping
membina jati diri setiap murid.

2.0 Rasional

Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk menjadikan murid lebih bersistematik dan bersemangat dalam
menjalankan tugas dan secara tidak langsung membantu menguruskan diri murid dengan berkesan.

3.0 Objektif

Kursus ini bermatlamat untuk meningkatkan kesungguhan dan semangat murid berdasarkan beberapa
objektif antaranya:

1. Membentuk sahsiah dan keperibadian murid.


2. Membantu murid mempunyai sifat tanggungjawab kepada jawatan yang dipegang.
3. Membantu murid menguruskan masa dengan baik dalam aspek kehidupan.

4.0 Butiran Lawatan

Tarikh / Hari : 20 Februari 2020 / Khamis


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Nazrin
Sasaran : 40 orang Pengawas Pusat Sumber dan 30 orang Pembimbing Rakan Sebaya

5.0 Anggaran Perbelanjaan

PENDAPATAN RM ANGGARAN PERBELANJAAN RM


PCG PSS 130.00 Bayaran Jurulatih 90.00
(3 x RM 30) 40.00
Makanan Tetamu
(4 x RM 10)

JUMLAH 130.00 JUMLAH 130.00

6.0 Jawatankuasa Program

Pengerusi : Pn. Hajah Latifah Binti Ramli (Pengetua)


Naib Pengerusi 1 : En. Yaakop Bin Noh (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Yasmin a/p Abdul Gafor (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Sakinah Binti Md. Noor (Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 4 : Pn. Hajah Zuraidah Binti Ideris ( Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Penyelaras : Pn. Mas Ayu Binti Mohd Noor (Guru Kaunseling)
Setiausaha : Pn. Nor Faezah Binti Romli (Guru Perpustakaan dan Media)
AJK : En.Mohd. Ariff Shafrail B. Abdul Rashid
Cik Nur Jannah Binti Yasuni

7.0 Aturcara Kursus :

8:00 pagi : Semua Pengawas PSS dan PRS dan guru berkumpul di Dewan Nazrin
8:15 pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis
Bacaan doa
8:30 pagi : Slot Ceramah 1
10:30 pagi : Rehat
11.00 pagi : Slot Ceramah 2
1.00 petang : Penutup
Bersurai

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat memberi manfaat kepada murid dalam memantapkan jati diri
dan keutuhan asas kerohanian dalam diri. Secara tidak langsung, perkongsian ilmu yang diberikan kepada
murid akan memberikan manfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Disediakan oleh,

_______________________
(NOR FAEZAH BINTI ROMLI)
Guru Perpustakaan dan Media

Disemak oleh,

_______________________
(EN. YAAKOP BIN NOH)
PK Pentadbiran

Disahkan oleh,

_______________________
( HJH LATIFAH BINTI RAMLI )
Pengetua,
SMK Sentosa,
Taman Bandar Baru,
31900 Kampar, Perak

Anda mungkin juga menyukai