Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN

PENGAWAS PUSAT SUMBER 2019

1.0 PENDAHULUAN

Kekaburan peranan dan tanggungjawab pemimpin kecil di sekolah seperti pengawas dan
pengawas pusat sumber menyebabkan tanggungjawab tidak dapat dilaksanakan dengan amanah dan
tepat. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab badan kepimpinan melalui kerjasama

2.0 MATLAMAT

1. Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih.


2. Memperkenalkan kepada murid- murid barisan pemimpin Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat
Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2019.
3. Memberi contoh teladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis rasmi.

3.0 OBJEKTIF

1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua
Kelas dan Penolong Ketua Kelas supaya melakukan tugas yang yang diamanahkan oleh pihak
sekolah dengan penuh dedikasi dan penuh tanggungjawab.
2. Meningkatkan tahap motivasi barisan pemimpin kecil yang terpilih untuk menjalankan tugas
dengan baik.
3. Menggalakkan murid lain agar mencontohi rakan- rakan yang terpilih.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Shuhaili Bin Salleh – Guru Besar


Pengerusi : Pn. Zuraida Binti Kamaruddin - GPK HEM
Naib Pengerusi : En. Norazahari Bin Md Sharafi- GPK Pentadbiran
En. Amarjit Singh A/L Dushan Singh- GPK Kokurikulum
Penyelaras & Setiausaha : Pn. Noor Fazillah Binti Ahmad
Buku Program : Pn. Fairuzana Binti Leman
Juruacara : Pn. Rohana Binti Abdul Sukoh
Pengurus Peserta : Pn. Zahariah Binti Zainuddin
PA Sistem : En. Aliyas @ Ashaari Bin Hasan Habidin
Sijil & Cenderahati : Cik Masrifah Norhafidah Binti Abu Massuut
Jurukamera : Pn. Wan Dliyana Binti Wan Ahmad Kaspi
Jamuan : Cik Norhidayat Binti Abu Bakar
Dokumentasi & Laporan : Pn. Noor Fazillah Binti Ahmad

6.0 TENTATIF

7.40 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku


Nyanyian Lagu Negeri Perak
Nyanyian Lagu Sekolah
7.50 pagi : Bacaan Doa
7.55 pagi : Ikrar Rukunegara
8.00 pagi : Ucapan Pengacara Majlis
Ucapan Guru Besar
Ucapan Ketua Polis Daerah Tapah
8.15 pagi : Upacara Watikah Pelantikan
8.30 pagi : Ikrar Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
8.35 pagi : Penyerahan Kad Kebenaran Keluar Kelas
8.40 pagi : Sesi Bergambar
Bersurai

7.0 TEMPAT

Dataran Kejat SK Perlok

8.0 TARIKH

14 Januari 2019 (Isnin)

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1. Sijil Watikah Pelantikan 1 rim x RM 9.00 RM 9.00
2. Cenderahati Penyampai RM 40.00 RM 40.00
3. Kad Kebenaran Keluar Kelas RM 1.50 x 20 = RM 30 (Kad) RM 40.00
RM 0.50 x 20 = RM 10 (Klip)
JUMLAH RM 89.00

10.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas
Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas ini mendapat
pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

11.0 PENUTUP

Diharapkan majlis ini dapat berlangsung dengan lancar dan dapat meningkatkan motivasi
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas untuk
menjalankan tugas dengan amanah dan penuh dedikasi. Program ini sedikit sebanyak dapat
memberi motivasi dan semangat buat para pemimpin kecil ini untuk menjalankan tugas dengan
lebih berkesan.
Di samping itu, para pelajar dapat membentuk diri menjadi pemimpin yang berilmu,
berakhlak mulia dan berketerampilan tinggi. Semoga majlis ini juga dapat melahirkan pemimpin
yang dapat bertindak berdasarkan ilmu dan peraturan serta pertimbangan yang rasional.

Disediakan oleh,

………………………………
NOOR FAZILLAH BINTI AHMAD
Setiausaha Unit Disiplin dan Pengawas

Anda mungkin juga menyukai