Anda di halaman 1dari 30

BUKU PERATURAN SEKOLAH

NAMA : …………………………………………………………………………

TAHUN : 20…… 20……. 20……. 20……. 20…….. 20……..

KELAS : 1 ….. 2 …… 3 …….. 4 …….. 5 ……... 6 ……...

PRAKATA
Syukur, Alhamdulillah. Pada kali ini SK. Sungai Rusa dapat melahirkan Buku Kecil
PERATURAN SEKOLAH yang bertujuan supaya murid-murid dapat mengetahui dan
menghayati peraturan dan undang-undang sekolah khasnya serta perkara-perkara
yang berkaitan dengan persekolahan amnya. Pihak sekolah amat berharap supaya
murid-murid sentiasa mematuhi semua perkara yang terkandung di dalamnya.

Perkara-perkara yang terkandung di dalam buku ini bertujuan untuk mendidik murid-
murid menjadi insan yang berakhlak mulia dan berguna kepada agama, bangsa dan
negara. Semoga dengan penghayatan sifat-sifat mulia dan usaha mencegah diri dari
terlibat dengan sebarang kes salah laku membantu kearah mencapai Matlamat
Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan,


maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, Kepada-Nyalah naik perkataan –
perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya. Dan orang-orang yang
merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras, dan rencana jahat mereka
akan hancur.” (Surah al Faathir 35:10)

Saya mengharapkan agar semua pihak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi
merealisasikan semua perkara yang terkandung di dalam buku ini.

Sekian. Terima kasih.

Puan Hamidah binti Hamzah


Guru Besar,
SK. Sungai Rusa
11010 Balik Pulau,
Pulau Pinang.

RUKUN NEGARA
Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam
usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970
oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukun Negara adalah seperti berikut:
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
 Kepercayaan kepada Tuhan 
 Kesetiaan kepada Raja dan Negara 
 Keluhuran Perlembagaan 
 Kedaulatan Undang-Undang 
 Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran
dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Visi Kementerian Pendidikan Malaysia


Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia


Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu
bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Visi Khas Sekolah


Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa akan menjadi sekolah cemerlang dalam bidang
kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum peringkat negeri Pulau Pinang menjelang
2020

Misi Khas Sekolah


Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa akan menjadi sekolah Band 2 menjelang 2020

IKRAR MURID
Bahawasanya kami,
murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa,
Berikrar dan berjanji,
akan melaksanakan kewajipan kami ,
dengan mematuhi peraturan-peraturan,
dan disiplin sekolah, menjaga keselamatan dan harta benda sekolah,
nama baik sekolah, guru-guru serta rakan-rakan.
Kami juga berjanji untuk berakhlak mulia,
bersungguh-sungguh dalam pelajaran,
bercita-cita tinggi serta berwawasan,
menjadi insan yang memberi manfaat
kepada agama, bangsa dan negara ,
demi mendapatkan keredhaan Allah

FIKIR-FIKIRKAN, AMBIL PENGAJARAN


Profesor Dr. Hamka berkata “Orang yang pengetahuannya sedikit kerap kali
menyangka dirinya telah mengetahui semua. Tetapi orang yang telah mendalami
ilmunya tidak berani lagi mengatakan bahawa dia tahu segalanya. Bahkan dia lebih
berani berkata, “Banyak yang belum saya ketahui.”

Abdullah bin Mubarak pernah menyebut, “Seseorang itu akan sentiasa menjadi ‘alim
selama mana dia menuntut ilmu.Tatkala dating persepsi padanya bahawa beliau sudah
menjadi ‘alim maka (saat itu bermula) jahillah dia”

Kata Imam As Syafie “Ilmu yang sebenar-benarnya ialah ilmu yang mendekatkan kita
kepada Allah. Tidak kiralah ilmu ukhrawi seperti tauhid dan ilmu duniawi seperti sains
dan matematik kerana kedua-dua jenis ini mengajar kita kewujudan dan kekuasaan
Allah yang tiada batas.”

Yang paling jauh bukannya bintang, matahari atau bulan. Tetapi adalah masa yang
telah berlalu dan tidak akan kembali.Kelmarin yang luput menjadi kenangan. Kelmarin
yang terluput mengukir sesalan, yang ada hanyalah hari ini dan akan datang. Gunakan
hari ini sebaik mungkin kerana esok belum pasti milik kita, sedangkan semalam telah
pergi buat selama-lamanya.
Imam As Syafie

KENALI ANTARA RIBUAN TOKOH ILMUAN ISLAM


1. AR RAZI – PAKAR KEDOKTORAN DAN AHLI KIMIA
2. AZ ZAHRAWI – PAKAR KEDOKTORAN DAN PENEMU PENYAKIT
KANSER DARAH (HEMOFELDIA)
3. HASSAN BIN HAITHAM – PAKAR ILMU ALAM DAN KIMIA
4. ABBAS BIN FARNAS – PENEMU JAM DAN TEORI PESAWAT TERBANG
5. AL KHAWARIZMI – PENEMU ILMU ALJABAR DAN PELETAK DASAR
ILMU FALAK
6. IMAM AL GHAZALI – AHLI FILSAFAT, AHLI TASAWUF, DAN ILMU-
ILMU ISLAM LAINNYA

BUKU PERATURAN SEKOLAH


1 WAKTU PERSEKOLAHAN
2 PAKAIAN RASMI MURID-MURID
3 RAMBUT DAN PERAWAKAN
4 BAHASA
5 BANGUNAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH
6 KAWASAN SEKOLAH DAN KELAS
7 WAKTU REHAT
8 BARANG-BARANG YANG HILANG
9 LALU LINTAS
10 KEMALANGAN
11 AKTIVITI SEKOLAH
12 MASA PERHIMPUNAN
13 ADAB SOPAN
14 UJIAN DAN PEPERIKSAAN
15 PERBUATAN YANG DIHARAMKAN / PERTUBUHAN LUAR SEKOLAH
16 PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
17 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
18 PERALATAN SUKAN
19 KEBERSIHAN
20 KESELAMATAN
21 PELAWAT
22 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS
23 KETUA KELAS DAN PENGAWAS
24 WAKTU SOLAT
25 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
26 PENGURUSAN MASA
27 BAYARAN DAN YURAN SEKOLAH
28 SURAT MENYURAT
29 TINDAKAN DAN HUKUMAN
1 WAKTU SEKOLAH
1.1 Waktu sekolah bagi semua murid-murid adalah seperti yang dinyatakan
dalam Jadual Waktu Sekolah.
1.2 Murid-murid diwajibkan hadir pada masa yang ditetapkan untuk aktiviti
Kurikulum dan Kokurikulum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah.
1.3 Murid-murid dilarang daripada tidak menghadirkan diri ke sekolah tanpa
kebenaran khas dari Guru Besar. Jika diserang penyakit dengan tiba-tiba
atau pada masa kecemasan , surat rawatan doctor atau keterangan
daripada ibu bapa / penjaga murid-murid mesti diberikan kepada sekolah
dengan secepat mungkin.
1.4 Murid-murid yang sengaja datang lewat ke sekolah akan dikenakan
tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Disiplin.
1.5 Murid-murid dilarang meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran
bertulis daripada pihak sekolah. Murid-murid yang berbuat demikian
dianggap melakukan kesalahan serius dan akan dikenakan tindakan
disiplin.

2 PAKAIAN RASMI MURID-MURID


2.1 MURID LELAKI
2.1.1 Semasa di sekolah, murid-murid lelaki mesti memakai pakaian seragam
sekolah yang lengkap. Pakaian seragam bagi murid-murid lelaki ialah
kemeja putih berlengan pendek dan seluar panjang biru tua.
2.1.2 Seluar yang tidak kemas, tidak sopan, berlabel , ketat, terlalu longgar atau
terlalu labuh tidak boleh dipakai. Panjang seluar hendaklah melebihi buku
lali dan menutupi stoking tetapi tidak boleh mencecah lantai ataupun
tanah.
2.1.3 Tali pinggang kanvas yang berwarna biru dan berkepala yang dibenarkan
sahaja boleh dipakai. Tali pinggang kulit atau jenis-jenis yang lain tidak
dibenarkan.
2.1.4 Murid-murid Islam digalakkan memakai songkok berwarna hitam. Kopiah
atau penutup kepala yang lain tidak dibenarkan.

2.2 MURID PEREMPUAN


2.2.1 Pakaian seragam bagi murid-murid perempuan ialah baju kurung putih
dan kain berwarna biru tua. Pelajar Islam diwajibkan memakai tudung
berwarna putih tanpa sulaman dan renda.
2.2.2 Pakaian seragam bagi murid-murid bukan Islam ialah “Blouse “ biru tua
yang labuh menutupi lutut dan kemeja putih berlengan panjang.
2.2.3 Murid-murid perempuan dilarang memakai
a) Baju , kain dan tudung yang jarang dan nipis.
b) Kain yang singkat .( atas buku lali)
c) Kain yang ketat, jenis berselisih dan “A line”.
d) Alat solek dan barang-barang emas
e) Inai, pewarna kuku dan pewarna rambut

2.3 SEMUA MURID


2.3.1 Murid-murid mesti memakai lencana sekolah, tanda nama pada setiap
masa apabila berada di sekolah.
2.3.2 Murid-murid mesti berkasut kanvas berwarna putih sahaja. Selipar tidak
dibenarkan kecuali kaki cedera dan mendapat kebenaran guru. Murid-
murid mesti memakai stoking putih sahaja dan mesti melebihi kira-kira 10
cm di atas buku lali.
2.3.3 Topi ataupun “cap” , pakaian jenis “jean” dan “cardigan” / jaket tidak boleh
digunakan di kawasan sekolah kecuali “track suit” yang ditetapkan sahaja.
2.3.4 Murid-murid tidak boleh memakai sebarang jenis barang emas / aksesori
seperti gelang , cincin , subang, rantai dan lain-lain kecuali untuk tujuan
keagamaan dan mesti mendapat surat kebenaran ibu bapa / penjaga.
3 RAMBUT DAN PERAWAKAN
3.1 MURID LELAKI
3.1.1 Murid-murid tidak dibenarkan berambut panjang. Istilah BERAMBUT
PANJANG adalah seperti berikut.
a) Di belakang - Rambut jatuh melebihi garisan bawah cuping 2
telinga.
b) Di hadapan - Rambut menutup garisan tengah dahi
c) Di tepi - Rambut menutup telinga. Bahagian “side burn”
melebihi garisan tengah hidung.
d) Di atas - Rambut lebih daripada 6”
3.1.2 Rambut ala “punk”, mempunyai ekor di depan atau belakang, atau fesyen
rambut yang dianggap tidak sesuai, tidak dibenarkan.
3.1.3 Murid-murid tidak boleh menggunakan gel rambut . Rambut hendaklah
disikat dengan kemas.
3.1.4 “Dye” atau pewarna rambut tidak dibenarkan sama sekali.

3.2 MURID PEREMPUAN (BUKAN ISLAM)


3.2.1 Rambut tidak dibenarkan panjang sehingga mencecah bahu. Bagi murid
yang berambut panjang (melebihi bahu) , rambut mesti diikat dengan
kemas. Rambut di bahagian hadapan pula mesti tidak melebihi bahagian
tengah dahi.
3.2.2 Riben dan sepit rambut yang berwarna putih , hitam dan biru sahaja
dibenarkan.
3.2.3 Rambut ala “punk”, mempunyai ekor di depan atau belakang atau fesyen
rambut yang dianggap tidak sesuai , tidak dibenarkan.
3.2.4 “Dye” atau pewarna rambut tidak dibenarkan sama sekali.

3.3 SEMUA MURID


3.3.1 Murid-murid tidak dibenarkan berkuku panjang.
3.3.2 Sebarang tanda atau tatu yang dibuat pada tubuh adalah dilarang . Murid-
murid yang didapati secara sengaja mencederakan tubuhnya untuk tujuan
pengiktirafan yang tertentu akan dikenakan tindakan yang amat berat,
termasuk digantung persekolahan.
3.3.3 Semua teguran berhubung dengan perawakan yang dianggap tidak
terurus ataupun tidak segak sebagai murid sekolah mesti diberi perhatian
yang serius dan segera.

4 BAHASA
4.1 Murid-murid diwajibkan berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja
semasa waktu persekolahan dan dalam setiap aktiviti sekolah kecuali
pada masa mata pelajaran bahasa yang lain.
4.2 Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan perkataan lucah, biadap,
atau yang menunjukkan perwatakan yang tidak sopan dan anti social.

5 BANGUNAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH


5.1 Murid-murid dilarang memasuki makmal sains, makmal komputer, bengkel
kemahiran hidup, bilik muzik, bilik rawatan dan bilik-bilik khas kecuali
dengan pengawasan guru di tempat tersebut.
5.2 Murid-murid dilarang menggunakan kelas pada bila-bila masa selain
daripada waktu sekolah kecuali mendapat kebenaran khas daripada Guru
Besar atau guru-guru yang berkenaan. Murid-murid tidak dibenarkan
berada di kelas, blok atau tangga-tangga bangunan sekolah pada waktu
rehat kecuali dengan kebenaran guru.
5.3 Tandas-tandas mestilah digunakan dengan sempurna supaya tidak kotor
atau tersumbat dan paip air mestilah ditutup selepas digunakan. Murid-
murid dilarang menggunakan tandas guru pada bila-bila masa pun.
5.4 Bangunan sekolah dan harta benda sekolah termasuk kerusi dan meja
mesti digunakan dan dijaga dengan baik. Sebarang kerosakan yang
dilakukan sebagai akibat dari kecuaian murid-murid akan dikenakan
denda atau ganti rugi.
5.5 Sebarang kerosakan harta benda sekolah mestilah dilaporkan kepada
Guru Besar, penolong-penolong kanan, guru bertugas atau guru yang
berkenaan dengan segera.
5.6 Murid-murid dilarang menyalah gunakan harta benda sekolah untuk
kepentingan peribadi.

6 KAWASAN SEKOLAH DAN KELAS


6.1 Murid-murid mesti menjaga kebersihan kawasan sekolah dan kelas.
6.2 Lampu dan kipas hendaklah ditutup apabila tidak digunakan ataupun
semasa meninggalkan kelas.
6.3 Jadual bertugas kelas perlu disediakan dalam tempoh 2 minggu selepas
sesi persekolahan bermula.Semua murid diwajibkan menjaga papan
kenyataan kelas, papan putih dan bertugas mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
6.4 Murid-murid yang hendak keluar kelas semasa sesi Pdpc berlangsung,
samada untuk ke tandas atau urusan lain, hendaklah mendapat
kebenaran guru yang sedang mengajar, memakai kad kebenaran keluar
kelas dan keluar dengan sopan. Murid-murid yang keluar tanpa
kebenaran guru atau tanpa kad kebenaran keluar kelas dianggap
ponteng kelas.
6.5 Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas jika tiada guru di dalam kelas.
Murid-murid boleh dikenakan tindakan atas kesalahan ponteng kelas.
6.6 Murid-murid hendaklah mengetuk pintu dan mengucapkan salam sebelum
masuk ke bilik Guru Besar, Pejabat, Bilik Guru dan ke kelas semasa guru
sedang mengajar
6.7 Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur, kertas-kertas dan
sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
6.8 Sebarang kerosakan perabot hendaklah dilaporkan kepada guru asset/
guru kelas supaya dapat diperbaiki dengan segera.
7 WAKTU REHAT
7.1 Pada waktu rehat, murid-murid dikehendaki makan di kantin. Semua
pembalut makanan dan kertas-kertas hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.
7.2 Murid-murid dilarang meletak pinggan mangkuk, sudu, garfu dan gelas di
merata-rata tempat. Alat-alat tersebut hendaklah diletakkan ditempat yang
disediakan.
7.3 Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas kecuali mereka yang
bertugas membersihkan kelas.
7.4 Murid-murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas.
7.5 Murid-murid dilarang membeli makanan semasa waktu Pdpc. Murid-murid
dilarang sama sekali berada di kantin untuk makan atau minum pada
waktu persekolahan selain daripada waktu rehat.
7.6 Sepanjang waktu persekolahan, bahan-bahan makanan dan minuman
hanya boleh dibeli di kantin dan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari
kawasan sekolah untuk membeli makanan atau minuman atau membeli
makanan dari luar kawasan sekolah.

8 BARANG-BARANG YANG HILANG


8.1 Sekolah tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kecurian
barang –barang, termasuk barang kemas dan wang. Oleh itu murid-murid
dinasihatkan jangan membawa barang-barang yang berharga dan wang
yang berlebihan ke sekolah.
8.2 Barang-barang yang hilang atau dijumpai mestilah dilaporkan segera
kepada Guru Bertugas atau pengawas.

9 LALU LINTAS
9.1 Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke
dalam kawasan sekolah.
9.2 Murid-murid yang berjalan kaki ke sekolah ditegah berjalan bersaingan
(berdua-dua) dan mesti berjalan di sebelah kanan jalan.
9.3 Murid-murid yang berbasikal tidak dibenarkan menunggang bersaingan.
Apabila tiba di pintu pagar, basikal mestilah dituntun masuk ke dalam
kawasan sekolah.
9.4 Basikal mestilah dilengkapi peralatan asas yang cukup, seperti tongkat,
brek, “mud guard” dan sebagainya tanpa sebarang aksesori yang
memudaratkan.
9.5 Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan sepanjang waktu
persekolahan dan rehat.
9.6 Basikal tidak boleh ditunggang di dalam kawasan sekolah. Ia mesti
diletakkan dalam keadaan tersusun.

10 KEMALANGAN
10.1 Segala jenis kekacauan, kemalangan atau kecederaan yang berlaku di
kawasan sekolah mesti diadukan segera kepada Guru Bertugas, mana-
mana guru, pengawas atau pejabat sekolah.
10.2 Pihak sekolah tidak akan mengeluarkan sebarang surat jaminan hospital
kepada murid-murid yang mengalami kemalangan kenderaan akibat
daripada kecuaian sendiri , contohnya tidak memakai topi keledar,
menunggang motosikal tanpa lesen kenderaan ataupun motosikal
tersebut tiada cukai jalan.

11 AKTIVITI SEKOLAH
11.1 Murid-murid Tahap 2 mesti menjadi ahli sekurang-kurangnya dalam satu
unit beruniform, satu persatuan / kelab dan satu permainan.
11.2 Murid-murid mesti menghadiri setiap perjumpaan rumah sukan, unit
beruniform, persatuan/ kelab dan permainan seperti yang telah
ditetapkan tanpa alasan seperti tusyen, rumah yang jauh dan sebagainya.
11.3 Murid-murid yang tgerpilih mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti sekolah
mesti menerima pemilihan itu sebagai penghormatan dan tidak boleh
menolaknya.
11.4 Murid-murid yang datang untuk menghadiri aktiviti kokurikulum mestilah
memakai pakaian sekolah atau pakaian seragam persatuan / kelab atau
pakaian sukan sekolah. ( Lelaki baju sukan sekolah / T. Shirt putih , track
bottom biru/hitam, perempuan baju sukan sekolah berlengan panjang / t.
shirt putih berlengan panjang , longgar bertudung putih atau hitam.
Pakaian lain tidak dibenarkan. Topi / “cap” tidak dibenarkan.
11.5 Murid-murid boleh dilarang menyertai aktiviti kokurikulum, kelas tambahan
atau aktiviti sekolah yang lain jika tidak mematuhi etika berpakaian yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kegagalan mematuhi peraturan
berulang kali akan menjejaskan perakuan dalam Sijil Berhenti Sekolah.

12. MASA PERHIMPUNAN

12.1 Murid-murid mesti segera berada di tapak perhimpunan apabila loceng


dibunyikan. Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali berada di kelas.
Semasa perhimpunan semua murid-murid mesti berbaris mengikut
kedudukan kelas masing-masing. Senyap dan memberi perhatian kepada
aturcara perhimpunan.

12.2 Murid-murid mesti berdiri tegak apabila lagu “Negaraku”, “Untuk Negeri
Kita” (lagu rasmi negeri Pulau Pinang), lagu sekolah dan “Aku Negaraku”
dinyanyikan dan bendera sekolah dinaikkan.
13 ADAB SOPAN

13.1 Murid-murid mesti berkelakuan baik pada setiap masa dan mengamalkan
nilai-nilai murni.

13.2 Murid-murid mesti menghormati setiap guru pada bila-bila masa dan
mengamalkan nilai-nilai murni.

13.3 Murid-murid ,mesti berada dalam keadaan senyap apabila berada


berhampiran dengan pejabat sekolah, bilik guru, pusat sumber, makmal
komputer, makmal sains, bilik kemahiran hidup , surau dan di dalam kelas
masing-masing.

13.4 Murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran tanpa sebab dan tanpa urusan
di pejabat dan di bilik guru.

13.5 Murid-murid mesti menghormati pengawas dan ketua kelas dan mengikut
arahan mereka.

13.6 Murid-murid mesti sentiasa kelihatan bersih , kemas dan selesa dari segi
tubuh badan, pakaian, pertuturan dan kelakuan.

13.7 Sebarang kesalahan jenayah akan dilaporkan kepada pihak polis/ pihak
berkuasa dan tertakluk kepada undang-undang awam.

14 UJIAN DAN PEPERIKSAAN

14.1 Murid-murid wajib menghadiri setiap pentaksiran sumatif dan formatif


yang diadakan dan sentiasa bersedia menghadapi pentaksiran tersebut.

14.2 Murid-murid yang tidak hadir semasa pentaksiran diadakan tidak


dibenarkan menduduki semula pentaksiran yang sama kecuali
mengemukakan surat daripada doktor yang mengesahkannya sakit pada
masa / tarikh pentaksiran tersebut. Guru boleh memberi soalan ujian atau
peperiksaan yang lain.
14.3 Murid-murid mesti jujur dan amanah. Murid-murid dilarang meniru atau
membenarkan murid-murid lain meniru jawapannya dalam ujian atau
peperiksaan. Perbuatan meniru atau membenarkan murid-murid lain
meniru adalah kesalahan serius dan akan dikenakan tindakan disiplin
yang sewajarnya.

14.4 Murid-murid mesti membawa alat tulis/ alatan yang perlu semasa ujian
atau peperiksaan sesuatu mata pelajaran. Murid-murid dilarang meminjam
alatan semasa ujian atau peperiksaan sedang berlangsung.

15 PERBUATAN YANG DIHARAMKAN / PERTUBUHAN LUAR SEKOLAH

15.1 Perbuatan merokok, meminum minuman keras atau minuman yang ada
campuran alkohol dan mengambil dadah diharamkan sama sekali.

15.2 Murid-murid dilarang berjudi, membawa atau bermain alat muzik,


permainan,contohnya “pin table”, “video game”, “game and watch”,
“Walkman”, “cyber pet” , “mp4” atau yang seumpama dengannya.

15.3 Murid-murid dilarang membawa makanan ringan, kertas tisu, cecair


pemadam, dan barangan atau alatan yang boleh dikategorikan sebagai
senjata kecuali dengan kebenaran guru.

15.4 Permainan atau alatan yang dilarang akan dirampas dan tidak akan
dipulangkan semula kepada murid-murid.

15.5 Murid-murid dilarang memasuki atau mewakili persatuan dan badan


sukan luar sekolah tanpa kebenaran bertulis dari Guru Besar.

15.6 Murid-murid dilarang membuat bantahan secara berkumpulan . Murid-


murid yang ingin membuat cadangan atau mengemukakan rasa tidak
puasa hati mesti menggunakan saluran yang betul seperti berjumpa
Kaunselor, guru disiplin, guru kelas, penolong kanan atau Guru Besar.
Kegagalan menggunakan saluran yang betul (contioh: menulis di akhbar,
media sosial dll) akan menyebabkan pelajar menghadapi tindakan serius
termasuk digantung atau dibuang sekolah.

16 PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER

16.1 Murid-murid mesti berpakaian kemas dan bersih .(pakaian yang


ditetapkan oleh pihak sekolah).

16.2 Peminjam buku perpustakaan akan hanya dilayan apabila menggunakan


kad keahlian sendiri.

16.3 Buku rujukan “red spot” , majalah dan surat khabar tidak boleh dibawa
keluar kecuali dengan kebenaran khas Guru Pusat Sumber.

16.4 Buku yang dipinjam mesti dipulangkan sebelum atau pada tarikh yang
ditetapkan. Denda akan dikenakan kepada peminjam yang lewat
memulangkan buku.

16.5 Murid-murid yang menghilangkan atau menyebabkan kerosakan buku


perpustakaan mesti menggantikan buku itu.

16.6 Beg, bahan makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke
perpustakaan.

16.7 Buku, majalah dam surat khabar yang telah dibaca , hendaklah diletakkan
semula di tempat asalnya.

16.8 Kerusi yang telah digunakan hendaklah disusun semula dengan baik dan
apabila pengguna perpustakaan hendak meninggalkan perpustakaan,
buku-buku yang dibawa masuk mestilah diperiksa oleh pengawas pusat
sumber.

16.9 Murid-murid sentiasa senyap apabila berada di perpustakaan. Murid-


murid yang didapati mengganggu ketenteraman di perpustakaan boleh
disuruh keluar dari perpustakaan oleh pengawas pusat sumber

17 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


17.1 Buku-buku SPBT mestilah dijaga dengan baik dan digunakan dengan
sepenuhnya. Buku-buku tersebut mestilah dibalut dengan pembalut
plastik yang sesuai.

17.2 Murid-murid hendaklah menulis nama dan kelas dalam ruangan yang
telah disediakan dalam buku-buku SPBT dan buku –buku tersebut
hendaklah digunakan oleh peminjam dan tidak boleh dipinjamkan kepada
orang lain atau berkongsi menggunakannya.dengan murid-murid yang
mendapat kemudahan SPBT.

17.3 Buku-buku SPBT yang hilang atau rosak mestilah diganti dengan buku
yang sama judulnya. Sekiranya buku tersebut tidak ada di pasaran
tempatan, murid-murid hendaklah menggantikannya dengan nilai semasa.

17.4 Murid-murid yang bertukar sekolah dalam negeri boleh membawa buku-
buku SPBT yang dipinjamkan ke sekolah baru. Murid yang berhenti
sekolah wajib mengembalikan buku SPBT kepada guru kelas. Pihak
sekolah berhak menahan pengeluaran Sijil Berhenti Sekolah atau
dokumen lain kepada murid-murid yang gagal memulangkan buku-buku
SPBT.

17.5 Semua buku SPBT yang dipinjamkan oleh pelajar mestilah dipulangkan
pada masa yang telah ditetapkan.

17.6 Pihak sekolah berhak untuk tidak memberi kemudahan SPBT atau
menarik balik kemudahan SPBT kepada mana-mana murid yang didapati
tidak layak menerima kemudahan tersebut atau melanggar syarat-syarat
pemberian pinjaman.

18 PERALATAN SUKAN

18.1 Semua alatan sukan yang hendak digunakan mestilah dengan kebenaran
setiausaha sukan atau guru yang berkenaan dan murid hendaklah
menggunakan peralatan tersebut dengan baik dan berhati-hati.
18.2 Alatan sukan yang telah selesai digunakan hendaklah dikembalikan ke
tempat asal dan mana-mana peralatan yang dipinjam , contohnya : jersi,
hendaklah dijaga dan dipulangkan dengan keadaan baik, selamat dan
bersih. Sebarang kehilangan atau kerosakan alatan yang disebabkan oleh
kecuaian murid hendaklah diganti.

19. KEBERSIHAN

19.1 Murid-murid dilarang berludah dan membuang sampah di merata-rata


tempat. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan. Kebersihan kelas menjadi tanggungjawab murid-murid kelas
yang berkenaan dan adalah menjadi kesalahan bagi murid-murid yang
menulis, melukis, menconteng dan mengotorkan bangunan sekolah.

19.2 Murid-murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik air dan tandas.


Tandas yang digunakan mestilah dialirkan airnya dan jangan
memasukkan sebarang benda yang tidak mudah hancur dan reput ke
dalam lubang tandas / singki. Paip air hendaklah sentiasa ditutup selepas
digunakan. Murid-murid dilarang membasuh kaki di singki.

20. KESELAMATAN

20.1 Murid-murid dilarang membawa sebarang senjata atau alatan yang


dianggap berbahaya dan mengancam keselamatan ke sekolah.

20.2 Murid-murid mesti berbaris dengan senyap di tapak perhimpunan ,


sebelum waktu pertama mengikut kelas masing-masing, di luar kelas
selepas waktu rehat dan apabila tamat waktu akhir sebelum keluar dari
kawasan sekolah.

20.3 Murid-murid mesti berbaris berdua-dua dan berjalan dengan senyap


semasa di tapak perhimpunan, semasa pertukaran kelas dan semasa
pulang dari sekolah.
20.4 Murid-murid mestilah memandang kiri dan kanan dan kekiri semula
apabila hendak melintas jalanraya.

20.5 Semasa berjalan masuk dan keluar dari kawasan sekolah, murid-murid
hendaklah berjalan di lorong yang ditetapkan untuk mengelakkan
kesesakan.

20.6 Semasa menaiki dan turun dari bas / van sekolah, murid-murid hendaklah
beratur dan jangan bertolak-tolak.

20.7 Semasa membeli bahan makanan dan minuman di kantin , murid-murid


hendaklah berbaris, tidak berebut-rebut, bertolak-tolak dan bising.

20.8 Murid-murid dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi semua


peraturan khas di Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Pusat Sumber,
bengkel Kemahiran Hidup, Surau dan bilik-bilik khas yang lain semasa
mengikuti matapelajaran berkenaan supaya tidak berlaku sebarang
masalah dan kemudaratan.

21 PELAWAT

21.1 Semua pelawat samada ibu, bapa, ahli keluarga, saudara mara, atau
kenalan yang ingin menemui murid-murid pada waktu persekolahan
mestilah mendapat kebenaran Guru Besar di pejabat sekolah terlebih
dahulu.

21.2 Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati mana-mana pelawat yang


masuk ke kawasan sekolah.

21.3 Murid-murid hendaklah melaporkan dengan serta merta kepada Guru


Besar atau mana-mana guru sekiranya melihat orang-orang yang dicurigai
atau disyaki memasuki kawasan sekolah dengan tujuan yang tidak baik.
22 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS

22.1 Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit mestilah
membawa surat akuan doktor. Murid-murid yang tidak dapat hadir kerana
sebab-sebab tertentu dan munasabah yang lain, mesti membawa surat
akuan atau jaminan daripada ibu bapa atau penjaga.

22.2 Murid-murid akan dikenakan tindakan disiplin sekiranya gagal


mengemukakan bukti secara bertulis dan dianggap munasabah oleh pihak
sekolah kerana ketidak hadirannya ke sekolah.

22.3 Nama murid-murid akan dipotong daripada daftar sekolah jika ia masih
tidak hadir ke sekolah (ponteng) selepas surat peringatan yang ketiga
dihantar kepada ibu bapa / penjaga.

23 KETUA KELAS DAN PENGAWAS

23.1 Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab kepada guru
kelas. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada kelas masing-
masing. Murid-murid lain di dalam kelas berkenaan mesti menghormati
ketua kelas dan keputusannya termasuk pengawas di kelas itu sendiri.

23.2 Setiap pengawas bertanggungjawab kepada Guru Besar dan setiap guru
pada bila-bila masa.

23.3 Pengawas sekolah yang dilantik bertanggungjawab melaksanakan


peraturan sekolah. Setiap murid mesti menghormati pengawas.

23.4 Ketua kelas hendaklah mencari guru yang sepatutnya memasuki kelas
jika guru itu tidak sampai selepas 5 minit waktu matapelajaran itu bermula.
Guru penyelaras jadual waktu atau guru bertugas atau guru kelas atau
mana-mana guru hendaklah diberitahu sekiranya guru yang berkenaan
tidak ditemui.

24 WAKTU SOLAT

24.1 Semua murid Islam wajib menunaikan solat fardhu.

24.2 Waktu solat di sekolah ialah sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak
sekolah. Semua murid Islam hendaklah mematuhi peraturan tersebut.
Murid-murid yang gagal mematuhi peraturan / arahan tersebut boleh
dikenakan tindakan.

25 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

25.1 Murid-murid yang berada di kawasan sekolah pada bila-bila masa


hendaklah bersedia mengikuti latihan kebakaran dan kecemasan dengan
penuh tatatertib serta mematuhi segala arahan yang ditetapkan.

25.2 Latihan tidak boleh dipermain-mainkan kerana melibatkan keselamatan


diri semua individu di sekolah.

26 PENGURUSAN MASA

26.1 Murid-murid mesti menepati masa sepanjang masa persekolahan.


Kegagalan menepati masa untuk menghadiri kelas / aktiviti / gerak kerja
yang ditetapkan akan menjejaskan kelancaran pengendalian kelas l
aktivitil gerak kerja yang berkenaan.

26.2 Kegagalan menepati masa yang berulang kali, contohnya: dating lewat ke
sekolah dan lewat masuk ke kelas selepas waktu rehat akan
menyebabkan muri berkenaan dikenakan tindakan disiplin.
27 SURAT MENYURAT

27.1 Semua bahan kiriman melaui pos untuk murid-murid yang dialamatkan ke
sekolah akan ditapis oleh Guru Besar atau wakilnya.

27.2 Pihak sekolah akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada murid-
murid yang didapati menerima surat yang isinya menyeleweng atau tidak
secocok dengan statusnya sebagai murid sekolah.

27.3 Surat menyurat dari dan kepada unit beruniform / persatuan / kelab
agensi/ kerajaan / swasta mestilah melalui Guru Besar.

28 TINDAKAN DAN HUKUMAN

28.1 Sebarang kelakuan samada sengaja atau tidak, yang bertentangan


dengan peraturan sekolah ini dianggap sebagai kesalahan.

28.2 Murid-murid yang melakukan kesalahan melanggar peraturan –peraturan


yang terkandung dalam buku peraturan ini atau tidak dinyatakan di dalam
buku ini tetap diwartakan dari semasa ke semasa dengan jelas kepada
murid-murid , akan dikenakan tindakan disiplin yang setimpal dengan
kategori kesalahannya dan hukuman tersebut umumnya adalah seperti
berikut:

28.2.1 Nasihat

28.2.2 Amaran Lisan dan Amaran Bertulis

28.2.3 Diberitahu kepada ibu bapa/ penjaga dan perjanjian berkelakuan baik

28.2.4 Hukuman rotan

28.2.5 Persekolahan digantung

28.2.6 Nama akan direkodkan dan dicatat salah lakunya dalam Sijil Berhenti
Sekolah

28.2.7 Dibuang sekolah


28.3 Murid-murid yang dikenakan hukuman akan direkodkan namanya ke
dalam Rekod Disiplin Murid. Laporan akan diberitahu kepada ibubapa /
penjaga.

28.4 Jawatankuasa Disiplin akan mendengar dan membincangkan kesalahan-


kesalahan besar seseorang murid. Keputusan cadangan tindakan oleh
Jawatankuasa Disiplin akan dikemukakan kepada Guru Besar untuk
tindakan beliau.

28.5 Sebarang masalah berhubung dengan kekeliruan atau ketidak fahaman


tentang peraturan serta tindakan terhadap salah laku, boleh dikemukakan
kepada Jawatankuasa Disiplin sekolah pada bila-bila masa, selagi murid
tidak / belum terbabit dengan salah laku.

SENARAI AMALAN BAIK


(Senarai sedia ada dalam SSDM)

Kod Amalan
Baik Keterangan Amalan Baik
01 Sukarela Membantu Guru
02 Sukarela Melapor Kes Salah Laku
03 Membantu Melaksanakan Kerja-Kerja Landskap / Taman
04 Membantu Mengemas / Menyusun Atur Bilik-Bilik Khas
05 Membersih Kawasan / Bilik Khas
06 Kerja-Kerja Mengecat
07 Menyertai Aktiviti Luar Di Bawah Bimbingan Dan Kaunseling
08 Aktiviti Lain Yang Menzahirkan Nilai-Nilai Murni

SENARAI KESALAHAN / KES KHAS


(Senarai sedia ada dalam SSDM)

Kod Keterangan Salah Laku


N101 Membawa handphone
N104 Menunjuk perasaan/berpiket
N109 Meniru dalam peperiksaan
A101 Berjudi
A102 Mencuri
A103 Mengancam/memukul/mencederakan guru
A104 Mengancam/memukul/mencederakan kakitangan
A105 Mengancam/memukul/mencederakan murid
A106 Peras ugut
A107 Gengsterisme
A108 Bergaduh
Kod Keterangan Salah Laku
B101 Buli bahasa
B102 Buli fizikal
B103 Buli isyarat
B104 Buli perhubungan
C101 Memiliki dan menyimpan rokok
C102 Membekal dan menawarkan rokok
C103 Menjual dan mengedar rokok
C104 Menghisap rokok
D101 Ponteng sekolah
D102 Ponteng kelas
D104 Ponteng ujian / peperiksaan
D107 Ponteng acara rasmi sekolah
D108 Ponteng perhimpunan
E101 Bercumbuan
E102 Berkhalwat
E103 Bawa bahan lucah
E104 Mengedar bahan lucah
E105 Mengintai
E106 Menggunakan kata / perbuatan lucah
E107 Melukis dan menulis kata-kata dan gambar lucah
E108 Menonton vcd / filem lucah
E109 Memeluk murid lain jantina
E110 Berdua-duaan yang menimbulkan syak
F101 Biadap kepada guru
F102 Biadap kepada kakitangan
F103 Biadap kepada tetamu
F104 Berkelakuan kasar kepada murid
F105 Berbahasa kesat / kasar kepada murid
F106 Meminum / membeli / menyimpan / mengedar minuman yang memabukkan
F107 Membuang sampah merata-rata
F108 Ingkar arahan guru
F109 Ingkar arahan pengawas
F110 Meludah di tempat tidak sepatutnya
G101 Merosakkan harta benda sekolah
G103 Merosakkan harta benda kantin
G104 Merosakkan peralatan bilik-bilik khas
G105 Merosakkan tanaman tumbuhan / tanaman hiasan
G106 Menconteng dinding bangunan sekolah
G108 Merosak / mengoyak buku SPBT
G109 Merosakkan peralatan sukan
G110 Merosakkan kenderaan guru besar / pengetua / guru / kakitangan
G111 Merosakkan harta / kenderaan murid
H101 Pecah amanah
H102 Berbohong
Kod Keterangan Salah Laku
H103 Tidak bertanggungjawab
H104 Tidak jujur
J101 Menunggang motosikal / basikal dalam kawasan sekolah
J102 Masuk tandas berlainan jantina
J103 Sengaja membunyikan loceng kecemasan
J104 Mengganggu semasa pengajaran dan pembelajaran
J105 Tidak ikut giliran / berebut-rebut / bertolak-tolak
J106 Membawa / bermain mercun
J107 Mengubahsuai pendawaian elektrik
J108 Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran
K101 Lewat ke sekolah
K102 Lewat ke perhimpunan
K103 Lewat masuk kelas
K104 Lewat datang aktiviti luar kelas / kokurikulum
L101 Berkuku panjang
L102 Mewarna kuku / berinai
L103 Berambut panjang
L104 Rambut berfesyen
L105 Bermisai / berjanggut
L106 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan
L107 Pakai barang kemas
L108 Mencukur bulu kening
L109 Memakai alat solek
M10
1 Penglibatan dalam politik
M10
2 Penglibatan dalam perhimpunan / perarakan politik
M10
3 Merayu undi dalam pilihanraya
M10
4 Menyebar penulisan / dokumen / propaganda politik
P101 Penyalahgunaan dadah / inhalan
P102 Memiliki / menyimpan bahan berkaitan dadah / inhalan
P103 Membekal / menawarkan bahan berkaitan dadah / inhalan
P104 Menjual / mengedar bahan berkaitan dadah / inhalan
Menghisap / menyuntik / menyedut / meminum / menghidu bahan berkaitan
P105 dadah / inhalan
P106 Menghidu bahan-bahan inhalan
P107 Bertatoo
P108 Mencederakan diri sendiri
P109 Cubaan membunuh diri
P110 Terjun bangunan
P111 Penyalahgunaan racun
P112 Hamil
P113 Lumba haram
P114 Kemalangan dalam sekolah
P115 Lari dari rumah
P116 Ajaran sesat / militan

PERAKUAN MURID

Saya …………………………………………………………………………………………...

murid tahun …………………………………. Mengakui bahawasanya saya telah

membaca dan meneliti serta memahami akan segala peraturan yang terkandung di

dalam “BUKU PERATURAN SEKOLAH” ini.

Saya berjanji akan mematuhi segala peraturan, bersedia menerima hukuman dan
denda

yang akan dikenakan sekiranya saya melanggar peraturan yang ditetapkan.

Sekian. Terima kasih.

Tandatangan Murid Tandatangan Ibubapa / Penjaga


……………………………….. …………………………………….

( ) ( )

Contoh potongan rambut murid lelaki (Surat Pekeliling Ikhtisas No.2/1976)


Contoh pakaian seragam murid perempuan dan murid lelaki.

(Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 / 1985)


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI

GURU BESAR

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA

11010 BALIK PULAU, PULAU PINANG

Anda mungkin juga menyukai