Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA SETIA,

36000 TELUK INTAN, PERAK


KOD SEKOLAH : ABA 8243

TELEFON : 056219343 | EMAIL : aba8243@1bestarinet.yes.my

Kepada : Ruj Tuan :


Ruj Kami :
SJN IZAHAR SHAH BIN MUSTAFA Tarikh : 20 Jun 2022
Penolong Ketua Polis Balai,
Balai Polis Jejawi,
Kota Setia, Perak

Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENYAMPAI WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH
DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SK KOTA SETIA TAHUN 2022

Dengan Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Buat makluman tuan, SK Kota Setia akan mengadakan upacara Penyerahan Watikah
Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2022 pada ketetapan berikut ;
Tarikh : 27 Jun 2022 ( Isnin )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Kota Setia

3. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati ingin menjemput tuan merangkap
Pegawai Perhubungan Sekolah SK Kota Setia merasmikan dan seterusnya menyampaikan watikah
pelantikan tersebut.
4. Bersama surat ini dilampirkan atur cara majlis, semoga dengan kehadiran tuan akan
melancarkan program kami. Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan jutaan Terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMUMARAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan Amanah,

(NAHAR BIN DESA)


Guru Besar,
Sek Keb Kota Setia
Lampiran

ATUR CARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS

8.30 Pagi : Ketibaan Perasmi


8.40 Pagi : Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber Masuk Baris
8.50 Pagi : Ucapan Alu-Aluan Dan Bacaan Doa
9.00 Pagi : Ucapan Perasmian Dan Penyerahan Watikah Pelantikan
9.30 Pagi : Bacaan Ikrar Pengawas
9.45 Pagi : Sesi Bergambar Rasmi
10.15 Pagi : Bersurai Dan Jamuan Ringkas

Anda mungkin juga menyukai