Anda di halaman 1dari 3

BERCERITA TAHAP 1

TAJUK : LEMBU SUCI YANG MENJADI SAKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada pengacara majlis yang budiman.

Yang saya hormati barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga
masa yang peka dengan waktunya, rakan-rakan peserta serta warga
dewan yang saya kasihi sekalian.

Saya ………………………………………………………………………….
dari kelas ………………………

Pada hari ini saya ingin menyampaikan sebuah kisah Haiwan teladan
daripada Al-Quran.

Tajuk cerita yang ingin saya kongsikan ialah Lembu Suci yang Menjadi
Saksi.

Begini kisahnya. Dengar ya kawan-kawan..

Pada Zaman Nabi Musa a.s ada seorang pemuda yang tinggal
bersendirian. Ibu bapanya telah meninggal dunia. Dia mempunyai
seekor lembu betina yang sihat dan gemuk. Lembu itu adalah satu
satunya harta yang ditinggalkan oleh ibu bapa pemuda itu. Dia sangat
sayang kepada lembu betina itu.

Bapa pemuda itu telah berwasiat supaya dia memelihara lembu betina
itu dengan baik. Selain itu, lembu betina itu hendaklah dijual dengan
harga yang paling tinggi.
Pemuda itu akur dengan wasiat ayahnya dan menjaga lembu betina itu
sebaiknya.

Lembu betina itu semakin membesar dengan sempurna kerana dijaga


dengan baik. Kulitnya bersih dan bewarna kekuning-kuningan.
Anggotanya tidak ada cacat cela.

Ramai orang tertarik kepada lembu betina itu dan ingin membelinya.

Namun, pemuda itu tidak mahu menjualnya kerana mencari harga yang
paling tinggi seperti wasiat ayahnya.

Pada suatu hari, telah berlaku satu pembunuhan dalam kalangan Bani
Israel. Kaum Bani Israel telah menuntut Nabi Musa a.s mengadili
pembunuhan itu.

Nabi Musa a.s memerlukan saksi untuk mengadili pembunuhan itu, lalu
baginda telah mengarahkan seseorang untuk mencari seekor lembu
betina yang sihat dan berwarna kekuning-kuningan.

Maka, datanglah orang itu menemui pemuda tersebut untuk membeli


lembunya.

Memandangkan orang itu telah diperintahkan oleh Nabi Musa dan


menawarkan harga yang sangat tinggi, maka pemuda itu bersetuju
untuk menjual lembu betina miliknya.

Akhirnya, lembu itu dibawa menghadap Nabi Musa a.s.

Orang Bani Israel mula tertanya bagaimanakah lembu ini akan menjadi
saksi kepada peristiwa pembunuhan.

Nabi Musa menjawab, tidak ada perkara yang mustahil jika ALLAH
berkehendak.
Pada keesokan harinya, lembu betina dibawa ke Kawasan pembunuhan
untuk disembelih. Di situ juga masih ada mayat yang dibunuh pada hari
semalam.

Bani Israel juga sudah berkumpul untuk menyaksikan bagaimana kes


pembunuhan itu akan diselesaikan.

Akhirnya, lembu betina direbahkan dan disembelih. Orang Bani Israel


mula tertanya-tanya.

Setelah lembu betina itu disembelih, Nabi Musa a.s mengambil anggota
badan lembu lalu memukul mayat yang terbaring. Tiba-tiba mayat itu
hidup semula. Dia menceritakan siapa yang membunuhnya.

Pembunuh itu akhirnya berjaya ditangkap dan menerima hukuman.

Rakan-rakan, lihatlah betapa besarnya kekuasaaan ALLAH hingga


mampu menghidupkan mayat yang telah mati dan menjadi seekor lembu
sebagai saksi.

Semoga cerita saya ini akan mengukuhkan lagi keimanan kita kepada
ALLAH.

Sampai di sini dahulu cerita saya. Terima kasih kerana sudi


mendengarnya.

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai