Anda di halaman 1dari 3

KULIAH DASAR 2 : KONSEP IBADAH DALAM ISLAM ( 1 JAM 45 MINIT )

AKTIVITI 1 : kisah Mus’ab bin Umair


Masa : 45 minit

Obejektif
1. Memahami kisah Mus’ab bin Umair
2. Membandingkan Aqidah dan Ibadah Mus’aib dengan keimanan umat Islam
sekarang
3. Memberi kafahaman tentang banyaknya unsure idealisme barat sekarang yang
mengancam aqidah umat islam

PERLAKSANAAN
1. Pilih salah seorang daripada ahli kumpulan untuk membacakan cerita tantang
Mus’aib bin Umair ( lampiran 1) . Kemudian peserta tersebut di kehendaki
menceritakan dengan penuh perasaan kepada semua ahli kumpulan tanpa
melihat kertas
2. Ajukan beberapa persoalan berikut untuk membangkitkan perbincangan ;
 Apakah perasaan saudara apabila mendengar cerita ini
 bandingkan keimanan Mus’aib bin Umair dengan keimanan umat Islam
sekarang
 mengapa cerita sejarah pejuang Islam terdahulu penting kepada kita
 Mengapakah kita perlu mempertahankan Aqidah kita daripada
mensyirikkan ALLAh swt

3. Fasi perlu memberi kafahaman kepada peserta bahawa terdapat begitu banyak
idealisme barat yang mensyirikkan ALLAH swt di negara kita sekarang
Contihnya : Sekularisme , Nasionalisme , Pragmatisme, Sosialisme dan lain –
lain .

Lampiran

MUS’AIB BIN UMAIR

Sabda Rasulullah saw “ Tidak pernah aku melihat di kalangan pemuda pemudi
Makkah yang mempunyai jambul yang lebih anggun , barang perhiasan yang lebih
halus dan limpahan kenikmatan dunia yang melimpah ruah sebagaiman yang di miliki
oelh Mus’aib bin Umair ”

Siapakah sebenarnya Mus’ab bin Umair ? Beliau adalah seorang pemuda yang
terkenal dan bergaya di kalangan penduduk kota Makkah . Mempunyai nasab
keturunan yang tinggi iaitu daripada keturunan Bani Abdu – Dar . Ibu bapanya
tergolong daripada golongan bangsawan dan hartawan terbilang di kalangan
masyarakat Jahiliyyah .mereka sangat mengasihi Mus’ab bin Umair dan
memanjakannya sebagai menatang minyak yang penuh.

Ketika Nabi memulakan dakwah nya di kota Makkah , golongan yang


mengikutnya adalah amat kecil sekali .Tidak cukup dengan itu sahaja, bahkan mereka
akan di seksa dan di azab dengan teruk dan pedih sekali .Tetapi Mus’ab seorang
pemuda yang cerdas dan masih sempurna fitrahnya , akhirnya memilih untuk
memelukislam sekalipun menyedari ujian berat yang bakal menimpa dirinya.
Ibnu saad , seorang sejarawan agung Islam menulis, “ sesungguhnya Mus’ab apabila
mengetahui perkhabaran rasulullah yang menyebarkan dakwah di rumah Al - Arqam ,
beliau pergi menemui baginda rasul lalu membenarkan dakwahnya dan seterusnya
memelukagama Islam .Dia menyembunyikan keislamannya daripada kaumnya ,
khususnya daripada ibunya Khannas binti Malik . dia selalu berulang alik berjumpa
dengan rasulullah SAW secara penuh rahsia ”

Pendek kata , Mus’ab adalah di antara kumpulan yang terdahulu memeluk Islam
iaitu di antara 3 tahun dakwah rasulullah yang di jalankan secara rahsia . Bahkan
beliau adalah antara sahabat yang berhujrah ke KOTA HABSYAH .

KISAH MUS’AB BIN UMAIR DENGAN IBUNYA

Apabila hal keislamannya di ketahui oleh ibunya, maka berderailah segala


harapan dan impian terhadap Mus’ab . Amat besra pulalah perasaan marah dan
geramnya , lalu di kurungnya Mus’ab di dalam rumah serta di tarik balik segala
kemudahan dan kemewahan yang di nikmati olehnya sebelum ini. tetapi Mus’ab tetap
tgeuh di atas agama Islam . Apabila ibunya berputus asa dengan menggunakan cara
kekerasan seperti itu, dia mula menggunakan ikatan pertalian darah antara ibu dan
anak sebagai cara untuk mendesak.ibunya bersumpah tidak akan memakan apa –apa
makanan selagi mana Mus’ab tidak mahu meninggalkan islam .

Apabila melihat kesungguhan ibunya yang luar biasa itu, di aberkata


“ kalaulah ibu mempunyai seratus nyawa , lalu dicabut nyawa itu satu demi satu ,
begitu pun tetaplah saya tidaka akan meninggalkan Agama Islam ” . Ya kalau ibu
mempunyai seratus nyawa , dan nyawa itu di cabut dengan kekerasan dan dalam
keadaan yang cukup terseksa, hati saya yang lembut ini terpaksa juga berkeras untuk
tetap di atas keimanan . Anak yang mana sanggup melihat penderitaan ibunya yang
sebegitu dahsyat tetapi itulah yag diajarkan oleh islam kekal teguh bersama dengan
keimanan dalam masa yang sama menghormati keua ibu bape sekali pun berlainan
aqidah . Ini semua dengan tidak melupakan tuntutan berdakwah kepada mereka secara
berhikmah .
MUS’AB DI MEDAN PERANG

Perang Uhud menyaksikan pasukan muslimun melanggar arahan Rasulullah


sehinggalah barisan serang musuh dapat menembusi barisan pertahanan orang –
orang Islam . bahkan mereka p berupaya untuk sampai kepada Rasulullah SAW .maka
ramnailah tentera – tentera islam yang bermati matian mempertahankan Rasulullah
jiwa raga mereka , menggunakan pedang , tombak dan tubuh badan mereka
memperthankan Rasulullah daropada serangan pedang , tombak dan panahan musuh
yang datang dari segenap pelusuk.

Mus’ab di beri tugasan untuk memegang bendera tentera Islam .Selain daripada
bermati –matian mempertahankan rasulullah , Ia terpaksa juga sedaya – upaya
memastikan benderta tentera Islam tetap tegak menjulang langit sehinggalah datang
seorang Musyrik lalu ,memeganga tangan kanannya yang memegang bendera .Lalu
bendera ini di pegang pula dengan tangan kirinya sehinggalah tangan kirinya yang di
penggal . lalu dia memegang bendera itu dengan ke dua belah tangannya yang masih
tinggal .Sehinggalah kepada rebahnya Mus’ab sebagai seorang syahid apabila is terus
di serang bertubi –tubi .bendera itu di ambil oleh tentera Islam yang lain pula sebelum
ia sempat gugur.

KISAH SELEPAS PERANG

Selepas perang , di kumplkan semua mayat – mayat syuhada’ .Datanglah


adiknya Hamzah penhulu sekalian Syuhada’ pada hari Kiamat dengan membawa
sedikit kain kafan ., untuk mengkafankan Hamzah .Tiba – tiba dia melihat di tepi
abangnya , ada satulagi jenazah yang tidak mempunyai kain kafan untuk di kafankan ,
lalu di indi siapakah di kalangan dua orang pahlawan yang besar ini akan mendapat
bahagian kain kafan yang lebih besar . maka di kafankan Hamzah dengan kain yang
cukup untuk saiz badannya .Adapun Mus’ab bahagian kafannya , apabila di tarik
menutup , maka nampaklah kepalanya dan jika di tarik menutup kepalanya , maka
nampaklah kakinya.rasulullah pun memerintahlan agar di tutup dengan Akhzar.

KESIMPULAN

Sabda Rasulullah SAW “ Lihatlah orang ini : Mus’ab Orang Allah telah terangi
hatinya dengan Nur rabbaniyyahnya.Aku telah melihat kemanjaan yang telah di
eberikan oelh kedua ibu – bapanya dalam urusan makan dan minumnya ,Aku, suatu
ketika dahulu melihatnya memakai barang perhiasan yang hanya dapat di beli dengan
dua ratus dirham .Lalu kecintaan kepada Allah dan Rasulnya telah membawanya
kepada apa yang kamu perhatikan di hadapan mata kepalamu sekarang ”

Anda mungkin juga menyukai