0 PENGHARGAAN
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan pentaksiran berterusan dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim kerana memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan
pentaksiran berterusan ini dengan menyediakan kemudahan seperti
perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang
berkaitan dengan tajuk tugasan saya ini.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hanizad bin Ramlan yang
telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya
dari awal lagi sejak tugasan pentaksiran berterusan ini diedarkan sehinggalah
dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan model insan yang cemerlang.
2.0 PENDAHULUAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t melalui jelajah siri perjalanan hidup
baginda Nabi Muhammad. Kita dapat mengenali dan menyelami kehidupan
ikutan sepanjang zaman Baginda Nabi Muhammad adalah rasul yang terakhir
diutuskan Allah s.w.t kepada umat Islam dan syariat yang dibawa oleh Baginda
merupakan penutup segala syariat.
Nabi Muhammad merupakan contoh teladan yang sempurna dan model
kepada sesiapa sahaja yang ingin memiliki kehidupan yang baik dan bahagia
samada di dunia dan di akhirat. Tambahan pula, kehidupan Baginda tidak ditokok
tambah dengan sifat ketuhanan dan dijauhkan dengan ceritacerita dongeng yang
tidak memberi peluang kepada musuh Islam menyerang agama yang suci ini.
3.0KEHIDUPAN RASULULLAH SEBELUM MENJADI RASUL
Sebelum diangkat menjadi Rasul, Nabi Muhammad SAW digelar sebagai Al-
Amin, yang bermaksud "orang yang amanah”. Nama Baginda ialah Muhammad
Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib. Baginda berasal daripada kabilah Bani Hasyim
(Keturunan Quraisy yang paling mulia). Baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12
Rabiulawal bersamaan 20 April 570 M iaitu pada tahun gajah di Kota Makah Al-
Mukarramah.
Setelah baginda diutus menjadi Rasul, Nabi Muhammad SAW telah mula
menyebarkan dakwah ajaran Islam kepada penduduk Mekah dan sekitarnya.
Baginda menyebarkan dakwah Islam secara rahsia kepada keluarganya dahulu.
Golongan yang menerima dakwah ajaran Islam termasuklah dari golongan
wanita, lelaki, kanak-kanak dan hamba. Baginda menghadapi pelbagai cabaran
dan tentangan daripada Quraisy, yang tidak menyetujui ajaran baru ini.
Pada tahun 622 Masihi, Nabi Muhammad SAW berpindah ke Madinah, yang
menandakan permulaan penyebaran Islam ke seluruh Semenanjung Tanah
Arab. Beliau menubuhkan masyarakat Islam yang kuat dan memimpin
perjuangan mempertahankan dan menyebarkan Islam.
Nabi Muhammad SAW juga banyak terlibat dalam peperangan
mempertahankan umat Islam daripada serangan musuh semasa kepimpinan
baginda. Perang Badar, Uhud, dan Khandaq adalah antara yang paling terkenal.
Sepanjang pertempuran ini, beliau menunjukkan keberanian dan kepimpinan
yang luar biasa, memberi inspirasi dan menggalakkan umat Islam.
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja pemimpin politik dan tentera, tetapi juga
guru dan pembimbing rohani bagi umat Islam. Beliau mengajar tentang akidah,
akhlak, dan amalan Islam yang penting.
Nabi Muhammad SAW wafat di Madinah pada tahun 632 Masihi pada usia 63
tahun. Kepimpinan baginda telah menyatukan bangsa Arab yang berpecah
belah, serta keamanan dan keadilan kepada masyarakat. Legasi beliau sebagai
Rasul Allah telah memberi impak yang besar kepada sejarah dunia dan terus
mempengaruhi kehidupan umat Islam hari ini.
5.0 PENUTUP
Kehidupan Nabi Muhammad sebelum dilantik menjadi rasul telah menunjukkan ciri-
ciri seorang rasul yang akan memimpin umat Islam. Baginda telah menunjukkan
kebijaksanaan dalam menyelesaikan hal yang berkaitan dengan kabilah Arab di Mekah
dan dapat mengelakkan pertumpahan darah berlaku.
Selain itu, Baginda sendiri terdiri daripada kabilah yang mulia dan disegani oleh puak
kabilah yang lain dan Baginda telah menunjukkan ciri-ciri pendakwah yang betul dengan
tidak mengemis dan meminta-minta wang daripada orang lain, sebaliknya Baginda telah
bekerja keras untuk menyara kehidupan. Apa yang dapat kita saksikan di sini bahawa
Baginda merupakan contoh ikutan dan teladan yang sempurna dari segi individu,
keluarga dan masyarakat.
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat menambahkan keyakinan diri dan memberi
manfaat kepada umat Islam.